Monday, May 27, 2013

KACANG PHOOL

Salam sume,

Dah bermula cuti sekolah dah minggu ni! Kat ofis ni pun dah sunyi sepi sebab ramai yang cuti bawa anak-anak makan angin!

Well untuk cuti sekolah kali ni, memang akak tak dapat nak ke mana-mana pun. Since memang tak sempat nak rancang untuk berjalan-jalan, maka cuti kali ni lebih banyak kepada aktiviti dengan keluarga jer dan kenduri kahwin ....

Hujung minggu yang baru berlalu ni pun sangat busy dengan kenduri kahwin cousin akak kat Bandar Putra Kulai! Lepas tu semalam pun sibuk ke Airport hantar MIL ke Miri. Then dalam masa yang sama ada 2 kenduri semalam. So datang kerja hari ni memang rasa penat semacam jer .... rasa malas nak datang kerja pun ada! Tapi duduk rumah pun tak leh nak buat ape, nanti ada ajer tangan ni gatal nak godak buat kuih ler ... sama aje tak rehat!

This morning akak nak share satu resepi yang akak cuba sebab adik akak dari KL ngidam nak makan! Dah lama tak buat Kacang Phool ni sebab selalunya makan kat Haji Kacang Phool sama ada di Plaza Larkin atau di Larkin Bomba aje ... Tapikan, makan kat kedai tak puas! Masak sendiri lagi best, seisi keluarga boleh rasa! Cumanya, rasa mungkinlah tak sama macam yang dijual oleh Haji Kacang Phool, but .... my darling like this very much!!!! Luv u darling .....

KACANG PHOOL

Kuah :-
  • 250 gm daging cincang - cuci dalam tapis dan toskan.
  • 1 tin kacang phool - akak guna jenama Kimball - ramas untuk hancurkan kacang, tetapi jangan terlalu hancur.
  • 1 tin besar kacang panggang - akak guna jenama Ayam Brand - ramas untuk hancurkan kacang, tetapi jangan terlalu hancur.
  • 6 sudu kecil rempah beriyani
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang besar kisar
  • 1 sudu kecil halia kisar
  • 2 sudu kecil jintan halus - dikisar halus
  • 2 sudu kecil jintan kasar - dikisar halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak zaitun untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan kedua-dua jenis jintan dan kacau rata lagi dan biar garing.
  • Masukkan rempah beriyani yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata dan biar sehingga terbit minyak.
  • Masukkan daging cincang, kacau rata.
  • Masukkan kacang phool dan kacang panggang, kacau rata.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. kacau rata lagi. Kalau terlalu pekat, boleh tambah 1/2 cawan air.
  • Bila hampir masak, kecilkan api dapur dan biarkan sehingga warna kuah menjadi pekat sikit dan terbit minyak.
Penyediaan untuk hidangan :-
  • Roti John - akak guna jenama Daily's. Dipotong serong 1 cm tebal. Bakar roti dan bila dah garing sapukan mentega pada permukaan roti.
  • 1 labu bawang besar - di potong dadu
  • 1 batang lada hijau - dipotong bulat
  • Limau kasturi - dibelah dua
  • Telur digoreng garing atau jika suka separuh masak aje.
  • Cedukkan kuah ke dalam pinggan. Letakkan roti bakar, bawang mayang, lada hijau, limau kasturi dan telur goreng. Perahkan limau kasturi pada kuah, dan sedia untuk dimakan. 
-InaChomel-

Thursday, May 23, 2013

BINGKA NESTUM

Salam sume,

Waahhh ... ari ni last kerja untuk minggu ni! Esok cuti Hari Wesak! 3 hari straight cuti ... eemmm ... bestnye ... 

Next week dah start cuti sekolah 2 minggu! Jemputan kahwin pun dah menimbun nih! Sabtu ni aje dah ada 3 jemputan! Ahad 2 jemputan! Next Sabtu 1 jemputan! Wahhh ... betul2 bela badan cuti sekolah ni!

Ahad ni jiran depan rumah akak buat majlis kahwin anak sulung dia! Anak perempuan! Pastinye kereta tak leh masuk porch! Kena parking kat belakang rumah atau tumpang tepi rumah jiran sebelah! Meriah tu memang ler meriah .... bebudak ler yang suka sesangat! Biasa bila pergi kenduri kahwin, lepas makan terus aje balik, jarang nak tunggu pengantin sampai. Ni dah depan rumah sendiri, makanye riuh ler ....

Cuti sekolah kali ni akak tak plan lagi nak gi mana. Pakwe dah tanya ... cuti ni nak jalan-jalan ke? Akak kena fikir banyak benda sebelum decide nak gi jalan-jalan .... pasal bulan Jun ni ada lagi segmen jalan-jalan yang tak rasmi! So kena tengok kocek gak! Jalan memang sedap ... kocek kering tu nanti yang tak sedap!

Ok, kali ni nak share resepi bingka yang akak jumpa kat blog Kak Yatie. Sedap dan lemak bingka ni. Cuma akak tak cukup nestum nak tabur atas bingka tu .... nampak togel jer ..... Akak kalau buat bingka, biasanye akak pilih bahagian tepi yang garing! Berebut ngan pak we akak! Dia pun sama gak!!! Kepada yang nak cuba, senang jer nak buat bingka ni .... bubuh dalam blender, press jer ON, sekejap jer dah siap, cuma nak tunggu masa bakar ajer ler yang ambik masa sket! Tapi tak rugi cuba tau! Ok, kepada yang berminat, kat bawah ni resepi CnP dari blog Kak Yatie ... 

BINGKA NESTUM
Sumber : Yatie Memories

Bahan-bahan ( loyang 9x9 inci )

    *2 cawan tepung gandum
    *2 cawan santan
    *1 cawan susu segar@ full cream
    *5 biji telur (B) - cuci dulu
    *3/4 cawan gula pasir
    *3/4 cawan susu pekat manis/krimer manis
    *1 sudu besar tepung jagung
    *1 sudu kecil garam halus
    *2 sudu besar butter - dicairkan


    bahan bertanda* diblend hingga sebati


    1 1/2 cawan nestum original
    1 sudu kecil esen vanilla-Yatie tambah
    sedikit pewarna kuning-Yatie tambah

Cara-cara :-

  • Panaskan oven 180'C. 
  • Satukan bahan yg dblend &masukkan nestum  dan gaul sebati (menggunakn hand whisk).
  • Sediakan loyang, masukkn 1 sudu besar butter & panaskn diatas api yg kecil...
  • Masukkan/tuang adunan kedlm loyang, tabur bijirin nestum diatasnya.
  • Bakar 50 - 60 minit @ sampai masak, cam biasalh...tunggu sedikit sejuk baru potong, ya....

Nota Kak Yatie : Selamat mencuba . Bagi mendapatkan permukaan yg garing, guna api grill selama 5 minit atau sehingga perang permukaannya. 

-InaChomel-

Friday, May 17, 2013

APAM BALIK

Salam sume,

Dah lama tak sempat nak bersiaran kat blog ni! Tengah sibuk dengan statistik dan laporan tahunan kat ofis sekarang ni! Nak ke dapur pun kekadang macam malas jer sekarang ni! Tapi bila mengenangkan anak-anak dan pakwe yang tak pernah jemu nak makan masakan di rumah berbanding di luar, kena gagahkan jugak semangat nak memasak ni!

Itulah sebahagian tanggungjawab ibu untuk keluarga! Lebih baik masak sendiri untuk hidangan kelauarga berbanding makan di luar. Tapi sesekali tu tukang masak nak rehat jugak! So kena pandai uruskan masa dan keluarga untuk pastikan urusan seharian berjalan lancar! 

Minggu ni adalah minggu yang agak sibuk sikit buat akak! Maklumlah, bila tiba sambutan Hari Guru, si Iman yang paling beria sangat nak beli cenderamata untuk cikgu sekolah! Sekali sebut sampai 6 cenderamata nak dibeli! Eeiikkk budak ni, nak beri kat cikgu satu sekolah apa! lepas dah negotiate, dapat ler reduce ke 4 cenderamata aje! Haiiii ... bebudak sekarang ni. Bersemangat betul! Zaman akak dulu, beri kat cikgu kelas aje. Tu pun kalau satu kelas beri satu kat cikgu kelas, mau penuh bonet kereta ngan hadiah dari anak murid! 

Oklah, akak pun tak banyak masa ari ni! Ada yang masih tak settle lagi kat ofis ni! Just nak share resepi yang akak dapat dari Along Roz @ Homecreation! Apam Balik Pandan! Haaa ... versi yang akak buat tak letak pes pandan pun! Mana yang ada jer ler .... janji sedap dimakan! Resepi ni kalau buat satu adunan aje dah memadai untuk keluarga yang sederhana ramainya ... Lembut aje tekstur tepung apam balik ni! Lepas ni akak nak buat sendiri jer ler ... sebab boleh bubuh extra kacang dan jagung! Tepung tu pun tak leh tebal sangat, nanti susah nak lipat ... gebusss! Kalau beli tu kekadang kurang menyegat ler intinye tu ... sikit sangat! Dah pandai buat sendiri, boleh ler buat jer, lagi pun muai dan terjamin kebersihannya! Pada yang nak mencuba, akak CnP resepi ni dari blog Along Roz .... 

APAM BALIK PANDAN
Sumber : Along Roz

BAHAN2:
  • ½ cwn Gula
  • 1 biji Telur
  • 2 cwn Tepung Gandum*
  • 1 st Soda Bicarbonate*
  • 1 st Baking Powder* (* ayak)
  • 1½ cwn Air
  • 1 sb Pes Pandan --- akak tak letak pun!
  • INTI:
  • 1 cwn Kacang Tanah - goreng tanpa minyak & di kisar --- akak tambah 2 sudu besar gula pasir dan gaul rata dengan kacang tumbuk ni.
  • 1 cwn Krim Jagung
  • Sedikit Planta --- akak guna buttercup
CARA2:
  • Mesin gula & telur sehingga kembang.
  • Masukkan campuran tepung*, air dan pes pandan sehingga sebati.
  • Panaskan kuali non-stick.
  • Tuangkan 1-2 senduk adunan & biarkan buih2 udara menggelembung sehingga masak.
  • Sapu planta ke atas permukaan apam & tabur kacang & jagung.
  • Lipat dua & hidangkan.
  • Ulangi sehingga adunan habis.
-InaChomel-
 

Monday, May 13, 2013

ROTI INTI BAKAR

Salam sume,

Pagi yang indah dan cerah! Start dari semalam, cuaca agak baik kat JB ni! Semalam tak hujan, tapi sekejap mendung, sekejap cerah! Pagi ni pulak, mentari Malaysia terang menyimbah bumi! Mungkin musim hujan dah hampir berakhir agaknye! Maklumlah .... sebelum ni cuaca kerap hujan di sebelah petang. Sinar dan harapan baru untuk seluruh rakyat Malaysia kalau boleh di umpamakan ....

Last week, akak 3 hari tak de kat ofis. Menghadiri kursus yang memeningkan kepala! Penat keluar masuk ofis sebab akak solat zuhur di ofis, kursus pulak di bangunan lain dalam kampus ni! Pun begitu, kisah blogger masih akak ikuti!

Untuk hari ini, akak nak share satu resepi yang terilham semasa akak beli roti kat Jusco Tmn. U! Akak ubah suai ikut selera akak dan akak rasa semua orang pun boleh buat! Senang sesangat! Meh cuba! Dalam cuaca hujan, sedap dapat makan makanan yang ranggup dibakar semasa masih panas-panas.

ROTI INTI BAKAR
  • 1 batang roti John - akak guna jenama Daily. Belah dua melintang dan potong kepada 3 bahagian bagi setiap belahan roti tadi.
  • Inti - boleh gunakan sebarang inti yang korang suka. Jika guna sardin pun boleh.
  • Garlic spread - akak gunakan yang ready made aje.    
  • 1 biji bawang holland - belah dua dan hiris nipis-nipis.  
  • Mayonis
  • Black pepper sauce
  • Parutan keju cheddar
  • Crab stick - celur dengan air panas sebentar, toskan dan hiris nipis.
  • Sosej - celur dengan air panas sebentar, toskan dan hiris nipis.
  • Mentega

Cara penyediaan :-
  1. Lenserkan dulang pembakar dengan mentega.   
  2. Sapukan garlic spread pada bahagian putih roti yang dipotong tadi. 
  3. Letakkan inti pada bahagian yang disapu dengan garlic spread, ratakan.  Taburkan hirisan bawang holland.
  4. Taburkan hirisan crabstick.
  5. Picitkan mayonis dan black papper sauce pada bahagian atas taburan crab stick tadi.
  6. Taburkan parutan keju cheddar dan susun di atas dulang pembakar tadi. 
  7. Ulang proses 3 hingga 6 sehingga habis. Untuk proses 4, boleh taburkan sosej pula untuk sebahagian lagi roti yang masih tinggal. Akak buat 2 jenis, satu bubuh crabstick, satu lagi bubuh sosej, sama banyak jumlah rotinya. Kalau nak combine kedua-duanye pun boleh!
  8. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama lebih kurang 10-15 minit.
  9. Siap untuk hidangan.
Sedap dimakan ketika masih panas. Kalau suka ranggup, boleh guna french loaf, tapi teksturnye agak keras sikit berbanding roti john jenama Daily! Akak prefer roti john jenama Daily sebab kalau nak kunyah pun mulut tak penat!!! Lagi satu, kalau guna black pepper sauce, semasa baru keluar dari oven, bau roti ni macam ala-ala pizza, berbeza sket kalau guna cili sos! Kalau suka, boleh juga taburkan rempah ratus seperti dried parsley, oregano dsbnya untuk bangkitkan bau yang wangi selepas siap dibakar!

Selamat mencuba!

-InaChomel-

Tuesday, May 7, 2013

SNOW CHEESE CAKE

Salam dan selamat pagi semua,

Amacam sume? Dah reda dengan angin PRU13? Masih lagi sok sek sana sini pasal keputusan PRU13? Adat pertandingan .... ada yang kalah, ada yang menang kan! 

Walau bagaimanapun ... ada sesuatu yang perlu kita teliti dengan mendalam hasil dari suara rakyat dalam PRU13 kali ini! Khususnya orang Melayu .... bangkitlah untuk membela nasib bangsa sendiri! Tak ada orang dari bangsa lain yang akan menyokong nasib bangsa Melayu kalau tak kita sendiri. Jangan terlalu megah untuk mencapai hasrat hati sampai lupa bumi bertuah yang kita pijak selama ini sangat berharga buat kita semua. Jangan lupa perjuangan kita untuk memerdekakan negara ini dari belengu penjajah! Dulu kita bersusah payah ingin merdeka, jangan sampai bumi Malaysia yang dah lama merdeka ini dijajah semula kerana kita sendiri yang membuatnya 'terjajah'. Walaupun akak lahir selepas merdeka, tapi akak sayangkan bangsa Melayu dan melihat sejarah perjuangan orang dulu-dulu yang bersatu padu! Sayang kalau kita lupa kesusahan masa lalu kerana kita dikaburi dengan kesenangan hari ini. Nak senang bukannya mudah, berpuluh tahun membina usaha dan keringat untuk kejayaan hari ini, namun nak musnahkannya, tak payah ambil masa yang lama, sesaat @ dalam sekelip mata aje, semuanya boleh punah ranah! Penatkan?!? Macam kita selalu membebel kat anak-anak juga .... nak kumpul duit beli sesuatu ambil masa, tapi bila dah dapat apa yang kita nak, kejap aje dah rosak kalau tak pandai dijaga! Itulah analoginya ....

Well, apa yang dah berlalu tetap berlalu. Tak perlu nak meratap hiba, tak ada gunanya. Apa yang penting, kita jangan lagi dibuai mimpi. Jangan kita buat silap lagi! Teruskan usaha semasa masih ada lagi ruang untuk diperbaiki! Jangan sampai terlambat!

Untuk kali ni, just nak share kek yang dah lama ngidam nak buat dan nak makan jugak, tapi last week, a day before election, baru sempat dibuat! Almaklumlah, pakwe akak kerja ngan SPR sempena PRU13, so dia busy buat persediaan di tempat pengundian, so tak ke mana-mana! Kalau tak gatal jer kali ni nak mengajak dia ronda sana-sini! Kek ni, frankly speaking, memang senang giler nak membuatnye, rasanya ... memang sedap, sentiasa mengundang tekak nak makan lagi dan lagi dan lagi ..... teksturnye pun lembut yang amat. Senang cite tak meragam langsung kek ni! Akak buat 2 adunan. Dapat 1 loyang empat segi sama saiz 10 x 10 x 3 dan 1 loyang 8 x 8 x 3. Muai betul!!! 1 loyang tu memang akak khaskan untuk hadiah sebagai tanda terima kasih kepada krew yang bantu akak siapkan projek kat ofis ni ... tak ramai pun, cuma 4 orang aje! Nak buat cream cheese tu pun senang amat! Akak guna food processor jer ... leburkan cream cheese ngan susu pekat, sekelip mata dah siap. Pasal kek ni di'cover' dengan parutan cheese, maka tak susah nak solek permukaan kek ni. Lebih-lebih tu boleh ler solek dengan aksesori lain yang korang suka! Well, tak yah cite panjang, meh tengok resepi yang akak ambil dan CnP dari blog Rahel.

SNOW CHEESE CAKE
Sumber : Rahel

Bahan:
  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100g gula halus
  • 100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)
  • 60g tepung jagung (maizena)
  • 50g air sejuk (dari peti sejuk)
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu makan ovalet
  • 75g mentega (dicairkan)
Untuk krim:
  • 1 kotak cream cheese philadelphia --- aka guna Tatura aje, itu pun dah sedap ngko!
  • 1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Toping :
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
  • Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
  • Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  • Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
  • Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
  • Bila sudah masak biarkan sejuk.Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
  • Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  • Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  • Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
  • Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.
Last but not least ... Wake-up Malays.
 
-InaChomel-
 

Friday, May 3, 2013

THIRD TRIAL --- BUTTERED PRAWN LAGI !!!


Salam sume ....

Hai! Selamat petang. Dah lama tak bersiaran! Rasanye macam tak de bende nak di'share'kan kat sini. Lagi pun rata-rata cite yang hangat masa ni adalah pasal PRU13. So, just read and evaluate by ur own self! Pun akak agak sibuk sket kebelakangan ini dengan banyak perkara kat ofis ni. Tapi masih ikuti kisah masak-memasak blogger di internet! 

Petang ni nak share kisah 'kejayaan' akak membuat kiraian kuning telur untuk masakan Udang Mentega yang akak baru aje masak tengahari ni masa rehat solat Jumaat! Betul tak akak cakap, sekali cuba jangan putus asa, nak pandai kena belajar dari kesilapan! Ye ... kesilapan yang lepas, masa akak nak kirai kuning telur ni api agak kuat dan gabra sket masa tu! Macam dalam gambar kat N3 pertama pasal masakan ni. Kali kedua, jadik sket, tapi masih tak secantik yang telah berjaya akak buat macam kat dalam gambo kat atas nuuu .... Apa rahsianye???

Haaa ... kali ni akak buat dengan penuh persediaan! Memula, sediakan penapis dan mangkuk kaca untuk toskan kiraian telur ini dahulu supaya bila dah sedia untuk diangkat dari kuali, tak yah sibuk2 baru nak cari penapis. Keduanya, api tak boleh terlalu kuat dan minyak tak terlalu panas. Api mestilah sederhana, dan minyak tak panas sangat. Ketiga, ketika nak tuangkan kuning telur yang siap dipukul dahulu sebelum digoreng, pastikan tumpuan adalah pada telur yang hendak dicurahkan ke dalam minyak di kuali. Kelajuan jatuhan bancuhan kuning telur mestilah perlahan sambil sebelah tangan lagi sentiasa mengacau minyak yang berada di dalam kuali menggunakan senduk! Keempat, selesai dituangkan bancuhan telur di dalam kuali, pastikan senduk sentiasa dikacau supaya kiraian telur tidak bercantum di antara satu dengan yang lain. Dan kelima, semasa mengacau kiraian telur di dalam kuali, minyak akan berbuih. Bila buih minyak semakin banyak, itu adalah tanda kiraian kuning telur telah masak dan sendukkan telur bersama dengan minyak ke atas penapis yang diletakkan mangkuk kaca di bahagian bawahnya untuk mengetoskan kiraian telur ini dari minyak. 

Cubalah! Akak sangat teruja bila melihat hasil kiraian telur ini begitu halus sekali macam halwa semitai! Cuma, kalau akak masak Udang Mentega, memang akak sengaja adakan kuah dari susu cair sebab anak-anak tak suka makan nasi dengan lauk yang kering. Asalnya masakan Udang Mentega ni kering, udang sama serap aje ngan tumisan daun kari, cili padi, bawang putih dan susu cair! Yang tu ikut tekak masing-masing! Yang pasti, akak dah berjaya buat kiraian kuning telur yang halus mulus tu! Well done!

Kalau nak resepi lengkap, silalah ke sini ... hasil yang pertama dahulu. Semua orang dalam rumah akak suka. So dah 3 kali akak masak lauk ni dalam masa 1 bulan! 

Selamat mencuba!

-InaChomel-