Monday, July 15, 2013

NASI AYAM ... YANG MUDAH LAGI SENANG UNTUK IFTAR

Salam Ramadan,

Sekejap aje dah hampir seminggu kita di bulan Ramadan ye! Sana sini sibuk orang ramai membuat persiapan Ramadan dan Syawal.

Sebut pasal persiapan Syawal, rasanye tahun ni ramai orang membuat persiapan awal ... ni tinjauan mata akak yang tengok secara 'live' ler ....

Last week, selepas gi Angsana, akak juga ke The Store di Jalan Tebrau. Much better over there! Senang nak cari baju, tak sesak dengan orang ramai, lebih mudah lagi, semua barang terletak dalam floor yang sama! Mungkin pasal shopping store yang agak kecil dan tak ramai orang rajin ke area sana, but for me, more easy dan boleh cari barang dengan tenang dan tak berebut-rebut! And again, last Friday I went to Angsana! Even during weekdays pun orang ramai macam weekends! Whatever ler .... since barang yang akak nak cari tu hanya available di Angsana, so ... have to!

Well, get back to kitchen story! Last weekend akak dah start buat biskut raya sikit2. Sikit2 pun, banyak juga! Sebab ramai yang nak diberikan biskut raya ni! However ... this year, my first experience buat Almond London! My goodness! Akak tak leh image yang biskut tu akan kembang setaman bila siap dibakar. So my Almond London this year really chubby! Makan 1 biji dah kenyang! Anyway cite pasal biskut raya ni later lah! Bila dah siap semua baru akak share kat sini!

For iftar last Saturday, akak sangat ler mengidam nak makan nasi ayam! Sana sini bila enter blog masakan, rata-rata masak nasi ayam for iftar! Meleleh lak air liur ni ..... Nak beli macam tak puas aje makan! Maklumlah, semua orang kat umah tu gemar nasi ayam! So, walau pun sibuk buat biskut, masih cari masa gak masak nasi ayam ni .... Well, resipi akak dapat dari blooger Singapore, Diana, tapi rasanya blog dia dah tak boleh akses lagi, I'm not sure why ... sebab akak pun berjinak2 dengan dunia blog ni dah agak lewat! But I'm sure, there's nothing too late for me to share something good with all my readers! So, just enjoy everything uploaded in this blog! Luv to see the counter moves ... showing there are somebody out there reading my writings! Thanks dear!

NASI AYAM
  • 7 cawan beras basmati - cuci bersih dan toskan.
  • 1 ekor ayam - dipotong 4, rebus sehingga setengah masak, angkat dan toskan.
  • 1 mangkuk kecil bawang putih kisar
  • 1 mangkuk kecil halia kisar
  • 2-3 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan. Yang ni akak tak letak, pokok pandan dah lama berkubur ...
  • Air rebusan ayam - 7 cawan, sama sukatan dengan beras.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis 
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia serta daun pandang hingga wangi dan garing.
  • Masukkan air rebusan ayam, kacau rata dan masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan beras, dan biar hingga air hampir kering.
  • Apabila air hampir kering, kecilkan api dan alas periuk dengan tudung periuk dan tutup erat periuk nasi dengan tudung periuk untuk elakkan wap keluar.
  • Masak sehingga nasi masak.

AYAM PANGGANG MADU
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap - akak guna Saus ABC
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 labu bawang besar dikisar halus
  • 2 sudu besar bawang putih
  • 2 sudu besar halia kisar
  • 2-3 biji limau kasturi diperah jusnya.
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Masukkan ayam yang telah direbus setengah masak ke dalam bekas.
  • Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Perap sekejap, tapi kalau lebih lama lagi baik, rempah ratusnye lebih serap.
  • Tuang sedikit minyak ke dalam loyang atau bekas pembakar, ratakan.
  • Letak ayam dan kuahnya dan bakar sehingga masak dan garing.

SOS CILI
  • 15 batang lada merah
  • 15-20 biji limau kasturi diambil jusnya
  • Gula
  • Garam
  • 2-3 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar halia kisar
  • Air

Cara penyediaan :-
  • Kisar lada merah bersama sedikit sahaja air.
  • Masukkan gula, garam, jus limau kasturi, halia dan bawang putih kisar, kacau rata.
  • Jika kurang rasa masam dari jus limau kasturi, bolehlah dicampur dengan cuka masak.

SUP
  • Air rebusan ayam
  • 1 labu bawang besar dimayang kasar-kasar.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • Serbuk lada sulah
  • garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Pansakan minyak. Tumi bawang besar dan bawang putih kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan lada sulah dan kacau rata.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan serbuk perasa, biar mendidih dan angkat untuk hidangan.
Tambahan :-
  • Daun salad
  • Timun - dikupas kulit dan dihiris serong
  • Tomato buah - dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang untuk ditabur pada nasi dan sup.

Untuk gambar kat atas nuu ... akak terlupa snap gambo sup, tapi kalau makan nasi ayam tanpa sup macam kurang kick ler sket walau pun korang kenyang jugak makan nasi tu .....

-InaChomel-

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADAN

Imej ihsan Google.

Salam,

Kepada semua pengunjung blog ini, akak dan keluarga ingin merakamkan ucapan Salam Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan rasa syukur. 

Di bulan yang mulia ini, alangkah baiknya jika kita sama-sama dapat merebut peluang untuk bersolat terawih yang hanya datang 1 bulan sahaja dalam setahun. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati di antara satu dengan yang lain.

Pastikan iftar kita secara sederhana dan elakkan amalan membazir. Sesungguhnya syaitan dirantai sepanjang Ramadan yang mulia ini. Hanya nafsu yang menguasai diri andai kata kita leka dan lalai.

Semoga kita sama-sama meraikan kehadiran Ramadan dengan penuh rahmat dan nikmat.

Ramadan Datang Kembali! Alhamdullillah ...

-InaChomel-

Monday, July 8, 2013

TOMYAM SANTAN

Salam sejahtera sume,

Dah lama blog ni bersawang! Tuan tanah tak menyempat nak update latest event kat sini! Nak kata sibuk sangat pun tak jugak! Cuma masa yang ada sangat terhad untuk menguruskan kerja2 yang perlu dibereskan sebelum Ramadan tiba! Antaranya ... menguruskan Majlis Penghargaan Staf dari pejabat kami yang pindah ke pejabat lain! Actually dah rancang awal, tapi terpaksa ditangguhkan kerana ada agenda rasmi kat ofis ni!!!

Petang ni dah tengok anak bulan Ramadan! Tapi rasanye puasa mula hari Rabu kot!!! Semalam aje, masa akak ke Uda Ocean Plaza Angsana, rasa macam nak pengsan pun ada kat department pakaian kanak-kanak! Punyelah ramai mak bapak dengan anak-anak bersesak membeli persiapan baju raya! Nak pilih t-shirt untuk si Iman pun macam nak pitam rasanye! Lorong setiap booth pakaian dah ler sempit! Redha aje ler bila bergesel punggung dengan orang lain. Sudahnye dapat gak pilih t-shirt dan jeans untuk Iman. Lepas tu gi cari kasut raya pulak! Cuma tinggal kakaknye aje yang belum dapat cari t-shirt! Abahnye pun tak sempat nak cari slack sebab nak fitting untuk bebudak pun menunggu lama! Aduiii .... macam mana lah agaknye kalau orang yang ada ramai anak pilih baju untuk raya??? Tak leh nak dibayangkan!!! Fengggsannn .....

Untuk pagi ni, akak kongsikan masakan yang dah lebih seminggu akak masak, tapi tak nyempat nak upload kat sini! Ini first time akak masak tomyam bubuh santan. Sebelum ni pakwe akak tak nak bubuh santan! Tapi ari tu masa nak masak tomyam ni akak tanya kat dia, dia kata OK! So akak pun cuba ler letakkan sedikit santan. Sedap uuuu!!! Cuma mungkin agak muak sikit ler ... kalau tak suka, tak yah letak langsung santan tu pun tak pe! Anyaway, kepada yang nak mencuba, silakan ... buat menu iftar pun ok jugak ni! Jommm ....

TOMYAM SANTAN
  • 5 keping isi ayam dipotong dadu. Cuci dan toskan. 
  • 1 batang lobak merah - dipotong baji.
  • 1 paket @ 5 batang putik jangung - dipotong serong.
  • 1 mangkuk kecil - bunga kobis.
  • 1 mangkuk kecil udang, sotong @ ketam jika suka.
  • 10-15 batang cili padi - ditumbuk kasar-kasar.
  • 2 batang serai - dititik.
  • 2-3 biji limau nipis - diambil jusnya sahaja.
  • 2 liter air stok udang @ ayam @ air jarang.
  • 5 helai daun limau purut di siat-siat.
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat kasar-kasar.
  • 4 sudu besar bawang merah kisar.
  • 2 sudu besar santan serbuk dibancuh dengan air menjadi 1 mangkuk kecil santan.
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 2-3 ketul kiub tomyam
  • 1 sudu besar gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumiskan serai, bawang hiris, cili padi, daun limau purut dan bawang merah kisar hingga garing dan wangi.
  • Masukkan isi ayam dan dan udang, kacau lagi hingga separuh masak.
  • Masukkan kiub tomyam dan kacau rata.
  • Masukkan air @ stok rebusan udang @ ayam dan lobak merah, biar hingga mendidih.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masukkan jus limau nipis.
  • Masukkan santan dan kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan sayur-sayuran lain dan biar mendidih seketika.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun sup / daun bawang.
 -InaChomel-