Sunday, July 26, 2015

KIMA @ KEEMA DAGING? WHAT EVER ... YANG PENTING SEDAP!!!

Salam sume,

Wahhhh .... habuk sana sini kat blog akak ni! Lama betul tak jengah dapur ni. Agaknye sape-sape yang jadi follower akak mesti bosan gitu, jenguk tak update!

Anyway, Salam Aidilfitri buat semua! Dah lama tak bersiaran rasa rindu pulak! Bila jenguk blog orang lain, pun lebih kurang sama gak dengan akak! Tapi akak salute pada certain bloggers yang masih tak jemu nak share sesuatu, walau pun perkara kecil yang kita mungkin terlepas pandang!

Ok, for those yang visit this blog, tapi tak de update, so soorryyy ye! Tuan rumah gering dari awal cuti sekolah hinggalah raya! Diserang sekali lagi dengan penyakit psoriasis! Bertapa 12 hari di wad, dan cuti sakit 1 1/2 bulan! 4 hari sebelum raya baru mula kerja semula! Ofis pun dah lenggang macam padang jarak padang tekukur! 

Well, tak banyak masa nak berborak disini, tapi akak nak share resepi yang akak cedok sana sini, dicampur aduk, baru menjadi! Ini pun baru tau nama masakan ni kima @ keema! Bahana jiran sebelah selalu hantar kat rumah, dan bebudak pun suka, so mak budak ni pun dengan rajinnye mencari resepi kat internet! Jumpa + otter sendiri kasi sedap tekak ni. Kepada yang sudi nak cuba, silalah, memang sedap, akak gerenti!!!

KIMA @ KEEMA DAGING

Bahan-bahannya :-

  • 250gm daging cincang. Cuci bersih dan toskan
  • 2 batang carrot. Potong dadu.
  • 1 cawan kacang peas
  • 1 cawan jagung kernel
  • 15 biji tomato ceri dibelah dua
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar merah dipotong dadu 
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 4 sudu besar lada kering dikisar halus
  • 1 1/2 sudu teh jintan halus dikisar halus
  • 2 sudu teh jintan kasar dikisar halus
  • 4 sudu besar sos cili
  • Daun ketumbar dipotong kasar-kasar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 senduk kecik minyak masak
  • Air

Lain-lain :
Roti bhai @ french loaf @ roti sandwich
Telur rebus separuh masak - ini aksesori tambahan, kalau tak nak pun tak pe!

Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak + minyak sapi.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan bawang holland dan biar layu seketika.
  4. Masukkan lada kering kisar, jintan halus & kasar, dan masak hingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kentang, kacau rata.
  6. Masukkan daging, kacau rata.
  7. Masukkan carrot dan tomato ceri, kacau rata dan kemudian masukkan sos cili. Biar seketika.
  8. Masukkan kacang peas, jagung. Masukkan 1 cawan air atau lebih jika kuah terlalu pekat. Kecilkan sedikit api dan biarkan terbitkan pada kuah kima.
  9. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
  10. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau sebentar dan tutup api. Hidangkan bersama dengan roti bai, atau french loaf atau roti sandwich pun boleh. Untuk yang sukakan keenakan berganda, boleh letakkan telur separuh masak di atas kuah kima ini.
Mesti ada rasa masam, manis dan garam secukup rasa! Nikmati masakan ini dengan penuh selera ye! Memang marbeles!

-InaChomel-

Thursday, May 7, 2015

RINDU BERTAMU ... CRANBERRY POUND CAKE

Salam sume,

Dah lama tak jenguk blog sendiri. Bukanlah sibuk mana pun, cuma kesempatan nak berborak panjang disini tak ada! Ada masak, tapi tak de modal nak bersembang. Kekadang tak mood pun ye jugak!!!

Tapi mood memasak memang tak pernah hilang. Penat pun tetap nak masuk dapur gak! 

Seminggu dua ni pun akak agak sibuk juga dengan beberapa tempahan kek! Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi yang mengurniakan kesihatan yang sihat untuk meraih rezeki yang halal. Permulaan, namun bukannya agresif untuk insan yang macam akak ni. Takat yang boleh aje, itu pun lebih kepada tempahan untuk keluarga, nak deco lebih-lebih tu, bukan akak orangnye. Belajor takat darjah 1, nak advance macam orang lain memanglah tidak jawapannye!!!

Cuma, jika ada kesempatan dan kudrat yang sihat, insyaallah, kalau ada yang sudi menempah, akak cuba usahakan. Terima kasih kepada yang sudi dan percaya dengan keupayaan akak yang tak seberapa ni .....

Ok, hari ini nak share satu resepi kek yang akak suka! Kek ni sedap! Ada rasa manis, lemak dan masam sikit! Tapi, serius akak suka! Simple and easy. Kalau guna butter yang mahal sket, lagi wangi bau kek ni. Resepi dari dapur Mat Gebu, so akak copy and paste aje ye. Memang berbaloi mencuba.

CRANBERRY POUND CAKE
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan @ Mat Gebu

BAHAN - BAHANNYA :-)

  • 180 gram mentega berkualiti (mat guna Anchor)
  • 220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 100 ml susu segar
  • 140 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
  • 50 gram cranberry kering
  • Sedikit badam cincang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 3.5inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci. Gaul cranberry dengan tepung hingga rata. Ketepikan.
  • Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, masukkan butter vanilla dan putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cranberry berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  • Tuang dalam tin, ratakan dan tabur badam cincang atasnya. Bakar 45 - 50 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate bersih ditengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk dan sambung bakar untuk 5-6 minit lagi. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan.
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda takde tepung naik sendiri atau self-raising flour, boleh guna tepung gandum, sukatan sama macam dalam resipi dan tambah 1 camca teh penuh baking powder, gaul rata dan ayak 3 kali sebelum guna, kemudian gaul rata dengan cranberry....Selamat mencuba!.

Well, dah bacakan! Senang jer .... must try, memang tak nyesal!



-InaChomel-

Tuesday, March 10, 2015

PUDING KARAMEL ... MARBELES!

Salam & selamat pagi sume,

This morning akak masuk ofis lambat 5 minit!!! Entah apa agaknye insiden yang menyebabkan jalan sesak sangat hari ni! Sesak jiwaku ini masuk ofis dengan mood yang merudum! Iman sampai sekolah pun lambat! 7.35 pagi, dah lah tu, arini ada ujian bulanan pulak! Semoga Allah mempermudahkan segala urusan buat anak-anak akak pada hari ini!

Mulai semalam sampai Khamis ni, kat ofis ni duduk melangut jer ler ... bulan ni statistik bertabur .... hanya boleh buat monthly analysis aje buat masa ni ... nak kena cari kerja yang sesuai sebab server tengah pindah rumah sekarang nihh!!! Huhuhu .... sakit kalau datang ofis hari2 macam ni .... 

Anyway, cite pasal masak selalu menjadi penyejuk hati! Walau pun sebulan dua ni hati bengkek aje ... tapi hidup perlu diteruskan! Sejak akhir2 ini pun, masuk ofis jiwa kusut semacam aje .... nak kata tak suke, kat situlah tempat mencari rezeki, nak kata suka, macam hipokrit ler pulak sebab ada aje isu yang membuatkan terkehel sana sini .... Memasak juga yang menenangkan jiwa .... tak rugi kalau ada hobi suka memasak nihh!!! Ini my sincere opinion tau!!!

Well, let's enjoy the dessert! Puding ni dah lama ngidam, tapi tak jumpa resepi yang mudah lagi sedap! Bila terjumpa resepi dari Azie Kitchen ni, akak rasa sangat ghairah nak cuba! Keghairahanku ini tidak sia2 ... memang sedap, tapi kalau yang ada diabetes .... jamah2 aje ye ... janji tak kempunan! Kalau nak balun satu loyang tu boleh .... lepas tu tanggung sendiri ye! Overall, pudingni memang sedap, taklah manis sangat, tapi kalau tak manis, macam bukan puding lah pulak! So balun jer ler sukatan kemanisannye tu, yang penting, memang tak mengecewakan ... I loike! Cubalah ... dah ler senang, sedap pulak tu! Yang pasti, lebihkan gula hangus tu .... itu yang buat sedap!


PUDING KARAMEL
Sumber : Azie Kitchen

Bahan bahan:

  • 8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur - akak balun 8 biji!
  • 1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis - akak balun 1 tin!
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air
  • Sedikit vanilla extract - akak letak 1 sudu teh
  • 8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus - akak letak lebih lagi ... tak ingat pulak!
Cara cara:
  • Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk pyrex kecil. Ketepikan. Akak panaskan gula dalam loyang atas api dan ketepikan.
  • Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. 
  • Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Akak kukus agak lama sebab pengukusnya agak kecil so, wap tak naik sangat! Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. 
  • Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk pyrex sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya. Akak tak letak pun buah, makan gitu aje ... memang marbeles!
Sebenornye akak bukanlah suka makan yang manis2, tapi kalau buat puding karamel, mentality akak mesti kata nak yang manis dan berlemak! Heavennnn .........
 
-InaChomel-

Thursday, February 26, 2015

SAYANG MAK, SAYANG SAUDARA, SAYANG LAGI KAT MATA ...... PENANGAN NASI LEMAK!


Salam sayang sume,

Hello .... ari ni dah Khamis ... balik pukul 3.30 petang, esok cuti! Tapi esok akak kerja! Nanti ambik cuti ganti untuk kerja esok! Jangan cite pasal kerja lah ... tak cun! My head got headache, my heart pun macam nak meletup, jalan pun macam jalan atas air aje sekarang ni ... semua rasa pun hado .... sampai dah tak de perasaan dah sekarang nih!!!

Meh cite pasal makan! Kalau cite pasal makan, I always cool aje ... macam ditiup dengan hembusan bayu Selat Tebrau .... nyamannnnn ......

Today, akak nak share resepi nasi lemak! Nasi lemak dah biasa orang buat, cuma nasi lemak ni bukan my feveret! Tapi pasal dah kebuntuan memikirkan apa nak masak, so dari tak de, baiklah ada yang nak ditelan! Kalau my darling, memang suke nasi lemak! Itu pun kalau tengok kat gambo atas nuu, tak cukup syaratnye sebab tak de kacang tanah goreng! Heemmmm dah petang, jangan banyak songeh, balun jer apa yang ada! 

Satu yang akak tak berapa nak suke makan nasi lemak ni, lepas makan pasti ngantuk tahap gaban! Tu yang tak tahan tu, macam ditolak-tolak kelopak mata ni suruh tido! Kalau spesis yang sayang kat mata, memang sesuai sangat makan nasi lemak! Akak pun spesis tu jugak, tapi tengok keadaan ler jugak! Oklah, pada yang nak ubah citarasa tekak, bolehlah cuba ye! Ini resepi dari buku Selera Perdana .... selera VVIP tau!

NASI LEMAK
  • 2 1/2 cawan beras basmathi, cuci bersih. Akak guna cawan plastik sukat beras rice cooker!
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat. Akak kurangkan jadi 3 cawan aje. Akak guna santan serbuk aje.
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 inci halia diracik macam lidi mancis
  • 2 batang serai diketuk sedikit
  • 3 helai daun pandan disiat-siat dan simpulkan
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi. Akak guna periuk rice cooker aje!
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
  • Masak atas api sehingga hampir kering.
  • Kecilkan api, tutup periuk dengan tudung periuk dan biar sehingga nasi kering.
  • Bila dan kering, angkat periuk dan boleh sambung untuk panaskan nasi di rice cooker.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
  • 1 mangkuk ikan bilis, cuci bersih dan goreng garing, kemudian ketepikan. Kalau nak ikanbilis lebih pun boleh, ikut suka!
  • 1 labu bawang holland, dipotong bulat kasar-kasar.
  • 1 1/2 biji bawang besar dikisar halus*
  • 5 ulas bawang putih dikisar halus*
  • 1 inci belacan dikisar halus*
  • 4 senduk lada kering kisar - akak guna senduk kecil aje, boleh ajdust sendiri kalau tak nak pedas @ nak lebih pedas!
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • Air asam
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
  • Masukkan lada kisar dan gaul rata, dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang holland dan kacau rata.
  • Masukkan air asam kacau rata.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula, kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng, kacau rata dan biar seketika hingga terbit minyak.
  • Angkat dan hidangkan.

Untuk pernyediaan hidangan, nasi lemak ini sedap digandingkan dengan hirisan timun, telur rebus @ goreng, ayam goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng. Ayam goreng tu akak just goreng drummet segera aje. 

Selamat mencuba!

-InaChomel-

Monday, February 23, 2015

SPECIALLY DEDICATED TO MY M.I.L .... MARBLE BUTTER CAKE!

Salam sayang sekali lagi ... 

Batuk dan selsema ku ini makin menjadi-jadi. Nak makan ubat nanti tertidur pulak kat ofis ni, dah pulak kena tuduh pemalas ... tido kat ofis! Namun apa kan daya. Dari akak tido ada baik kongsi ilmu kat korang disini, tapi tetap dosa sebab curi masa kerja untuk post N3! Manusia tak lari dari melakukan dosa ... Ayat ni tak leh pakai sangat, macam menggalakkan orang buat dosa pulak!

Ok, tanpa membuang masa, ini adalah hasil membaking untuk buah tangan mak mertua ku nun di Melaka sana .... kek ni sedap, cuma teksturnye agak berderai sikit, tapi akak suka, orang tak de gigi bagus makan kek ni, main telan jer ... lagi satu kek ni pun tahan lama walaupun tak simpan dalam fridge. Just simpan dalam bekas kedap udara sudah memadai ... takat 4 hari kat dalam bekas kedap udara masih maintain jer ... Resepi dari dapur Sonia, so malas nak translate in BM, tapi simple English ini takkan korang tak faham kot!

MARBLE BUTTER CAKE
Sumber : Sonia @ Nasi Lemak Lover
  • 250g butter (salted)
  • 180g caster sugar
  • 4 eggs (large or A)
  • 1tsp vanilla extra
  • 230g cake flour, sifted
  • 1 and 1/2tsp baking powder, sifted
  • 4tbsp milk
  • 1tbsp cocoa powder + 1/2tsp coffee powder + 2tbsp milk – mix together
Method

1.    Place the butter, sugar and vanilla in the bowl of an electric mixer and beat until light and creamy.
2.    Add one egg at a time, beating well after each addition. After well combine, slightly increase speed and beat for 1min till fluffy.
3.    Add the flour and baking powder (sifted together) and beat well to combine, fold milk alternately and combine well.
4.    Remove 250g of plain batter and place in another clean mixing bowl, mix well with cocoa mixture.
5.    Spoon the two batters, plain and chocolate batter, alternately into the cake tin (lined base and sides). Using a butter knife, gently swirl it around the mixture in the tin a few times to create a marbled effect. Tap the tin to remove any air bubbles.
6.     Bake at preheated oven at 170c for 50-55mins or until a skewer insert and come out clean.


-InaChomel-

BILA AKAK BORING .... KEK KARAMEL! AMBIK NGKO!

Salam sume,

Morning everyone! This morning akak tak berapa sihat lah sikit! Batuk dan selsema lah pulak. Dah masuk 4 hari dah ni! Selera makan pun spoil jer ... tapi badan tetap maintain ... ayu , gebu ... lagi mempersonakan!!!

Ingat tak ari Khamis lepas akak boring tahap gaban kat ofis sampai ambik cuti sebelah petang! So, inilah hasil jiwa boring ku ... Kek Karamel ngko! Haa ... itu boring, kalau tak boring, mau akak membaking kek lapis indon! Itu namanye boring yang berfaedah ye! Kalau boring yang tak berfaedah, mau dah bergolek macam dugong terdampar di pantai! Kwang kwang kwang kwang .....

Ok, rasanye ramai dah try buat kek ni. Cuma akak aje yang ketinggalan zaman! Tapi hasrat nak mencuba meluap-luap, sampai sanggup guna alasan boring kat pejabat!!! Tapikan, memang betul pun, sejak akhir2 ini, masuk pejabat tu macam menyampah jer .... eee ... tak baikkan menyampah! Itulah tempat akak mencari rezeki! Sori, sori, sori .... sangat suke datang pejabat! Muah, muah, muah ... i loike sesangat!!!

Wokeh, jom tengok resepi ni! Kalau rasa tak kuat iman, jangan ler buat ye, menambah stress ler pulak! Kalau nak membaking ni, jiwa kena tenang, kalau tak, hasilnye pun ke laut jer nanti! Akak guna cara blogger ni yang sangat membantu ... sebab takut tersalah masukkan portion telur!

KEK KARAMEL
Sumber : syamilamohd.com

Langkah 1 : Gula Hangus untuk lapisan atas Puding Karamel
  • Masukkan 1 1/2 sudu besar gula pasir ditengah2 loyang
  • Buka api perlahan dan biarkan gula cair
  • Ratakan keseluruhan loyang bila gula dah cair sepenuhnya.
  • Biarkan sejuk.
----------------------
Langkah 2 : Asingkan telur untuk Puding Karamel dan Kek

Sediakan 3 bekas untuk bancuh puding, meringue dan adunan kek 2

  • Bekas A : 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh
  • Bekas B : 3 biji kuning telur
  • Bekas C : 6 biji putih telur
----------------------
Langkah 3 (Bekas A) : Adunan Puding Karamel
  • 140gm gula caster
  • 1 tin susu cair atau 400ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Telur dari bekas A - 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh
 Cara penyediaan :-
  • Kacau rata telur dengan perlahan jangan sampai berbuih
  • Masukkan esen vanila, susu dan gula, kacau perlahan sampai sebati atau gula hancur
  • Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi
  • Ketepikan
----------------------
Langkah 4 (Bekas C) : Adunan kek 1 – Meringue
  • 70gm gula caster
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
  • Telur dari bekas C - 6 biji putih telur
Cara penyediaan :-
  • Pukul putih telur sehingga berbuih.
  • Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  • Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  • Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  • Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan kek 2
----------------------
Langkah 5 (Bekas B) : Adunan kek 2
  • 70gm gula caster
  • 130ml air
  • 50ml minyak
  • 140gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • Telur dari bekas B - 3 biji kuning telur
Cara penyediaan :-
  • Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  • Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  • Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang…matikan mixer.
  • Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk kayu dan kaup balik sampai sebati.
  • Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata juga dengan perlahan-lahan. 
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  • Warnakan dengan warna pilihan anda.
----------------------
Langkah 6 Cara tuang adunan kek atas puding karamel
  • Sendukkan adunan kek ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan…bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  • Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis…
  • 3 senduk warna Biru, 3 senduk warna merah, 3 senduk warna hijau
  • 2 senduk warna Biru, 2 senduk warna merah, 2 senduk warna hijau
  • 1 senduk warna Biru, 1 senduk warna merah, 1 senduk warna hijau
  • Teruskan langkah ke3 sehingga adunan habis
  • Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  • Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak dengan menggunakan api bawah sahaja. 10 minit terakhir guna api atas dengan suhu 100 degree.
  • Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang…pastikan pintu oven dibuka sedikit…saya letak lidi dicelah pintu.
  • Sejukkan dalam suhu bilik dalam 20-30 minit…baru terbalikkan adunan dalam pinggan.
  • Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
  • Potong Kek Puding Karamel semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

 Sedap ngko kek ni .... macam heaven jer bila makan kek ni ... 

-InaChomel-



Tuesday, February 17, 2015

BEEP BEEP ... KE TEPI, ROTI HIGHWAY NAK LALU!

Salam,

Hari ini datang kerja ada sikit stress! Sebab stress, tak yah lah cite, menambah stress lagi ada! Pikir baik aje dah ler ....

Sori aaa ... akak tak leh stress, walau pun sehelai kertas tak terbang, tapi dia punye angin tu, mau macam ribut topan! Ada unsur mistik kat situ ... jaga-jaga Cik Salmah!!!

Today, my western menu is roti highway ni ... Why highway? Sebab lebih lebar, lebih panjang, lebih muai, lebih isi, lebih segalanya dari roti S***** . Tuttt ..... roti ape itu??? Sendiri mau tau ......

Roti ni senang aje nak membuatnye, cuma pandai2 kita ler nak kasi muai dia punye isi perut! Makan sampai kenyang, balun kasi habis, lepas makan boleh terlentang tonton tv ... lepas tu tv tonton kita! Kwang kwang kwang kwang ....

Well, jangan banyak songeh, meh tengok resepi senang nih ....

ROTI HIGHWAY
  • 1 batang roti John jenama Daily. Kerat dua, lepas tu belah dua jangan sampai putus.
  • Chicken meat loaf - 4 keping. Sangai sikit atas kuali non-stick supaya tidak terasa mcam daging mentah. Kalau tak nak pun tak pe!
  • Slice cheddar cheese - 4 keping
  • 2 biji telur - dibancuh bersama sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah, goreng untuk dijadikan scramble egg.
  • Salad - dicuci bersih, toskan dan diracik halus.
  • Tomato - potong slice.
  • Bawang besar - potong slice.
  • Capsicum - potong slice.
  • Mayonis
  • Thousand island
  • Cili Sos
Cara penyediaan :-
  • Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius selama 15 minit.
  • Letakkan roti yang telah dibelah dua di dalam dulang pembakar.
  • Susun chicken meatloaf pada roti.
  • Sendukkan scramble egg pada bahagian atas chicken meatloaf.
  • Susun cheddar cheese slice di atas scramble egg.
  • Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi lebih kurang 2-3 minit sahaja. Kasi keju cair ....
  • Keluarkan dari oven.
  • Taburkan tomato, salad, bawang, capsicum dan akhir sekali sos cili, mayonis dan thousand island.
  • Tangkupkan roti. Kalau padat sangat, tak payah tangkup pun tak pe! Enjoy the Highway Bread!

-InaChomel-