Wednesday, August 1, 2012

SAMBAL TEMPE BERSAMA KENTANG DAN IKAN BILIS

Salam dan selamat pagi sume,

Macam mana puasa setakat hari ini? Bagi kaum hawa ada yang dah 'cuti' puasa? Itu biasalah .... tapi ada juga yang dapat puasa penuh. Alhamdullillah, dengan izin Allah dapat puasa sebulan ramadhan yang mungkin kaum hawa yang lain tak dapat rasa nikmat sebegitu. Bagi kaum Adam, semestinyalah nikmat yang Allah beri untuk berpuasa penuh tanpa 'cuti' menjadi kelebihan. Semoga puasa kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t. InsyaAllah .....

Hari ni dah mula bulan baru tahun 2012 ... Ogos dah muncul dan bagi rakyat Malaysia, inilah bulan yang mereka mengalih pandangan untuk menghias dan mengibarkan jalur gemilang sama ada di kereta, rumah, pejabat dan apa juga harta persendirian yang menggambarkan semangat patriotisme. Kalau kat umah akak, pakwe akak rajin hias porch dan tembok rumah kami dengan jalur gemilang. Biasanye jiran kita orang yang sebelah rumah pun sama naik jugak menghias .... bila malam on lampu kelap-kelip, nampak meriah sesangat! Semangat macam ni dari awal kita kena semai dalam diri anak-anak, kalau tak, nanti jadi macam sekarang nilah, budak-budak muda sekarang ni kurang rasa hormat dan menghargai nilai keamanan yang bukan mudah kita nak capai. Berkorban nyawa orang kita zaman dahulu nak tuntut kemerdekaan dan keamanan yang kita nikmati sekarang ini. Janganlah kita menjadi generasi yang lupa akan segala usaha yang perjuangkan oleh atuk nenek kita dahulu.

Cewahhh ... macam bagus gitu!!! Tapi tak pe, at least kita saling mengingati antara satu sama lain .....

Untuk pagi ni, ini resepi yang mudah dan sedap dimakan dengan nasi atau meratah gitu aje ..... Ada satu lagi versi masakan macam ni tapi dalam famili akak gelar lauk Sambal Sumatera, lebih kering dan lebih tahan lama! Yang ni agak lembab sikit dan sambal lebih! Akak buat semalam. Alah ... untuk tambah-tambah lauk aje, lagipun 2-3 hari boleh tahan lauk ni. Ok, jom skodeng ....

SAMBAL TEMPE BERSAMA KENTANG DAN IKAN BILIS
  • 1 bungkus tempe (akak beli yang dalam plastik tu aje ...) potong kecil dan goreng garing, ketepikan.
  • 2 biji kentang, potong kecil dan goreng, ketepikan.
  • 1 genggam ikan bilis, goreng garing dan ketepikan.
  • 1 sudu makan bawang putih kisar
  • 3 sudu makan bawang merah kisar
  • 4-5 sudu besar lada kering kisar
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan cuka, kacau rata.
  • Masukkan gula dan kacau rata.
  • Masukkan semua bahan yang telah digoreng awal tadi dan kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan.
Senang aje kan! Rasa lauk ni mesti ada rasa manis dan masam sikit. Selamat mencuba.

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment