Thursday, July 5, 2012

MEE GORENG BASAH

Salam sume,

Dah minum pagi ker? Ari ni dok bertapa kat ofis pasal puasa ... tambah pahala ... nak cover dosa kering yang tak nampak :p.

Sehari dua ni cuaca mendung jer ... kekadang dari pagi membawa ke petang! Dari dinding kaca ni boleh nampak hujan gerimis dan mula bertandang .... Teringat plak lagu Gerimis Mengundang ... nyanyian Slam! Tu music band yang top suatu ketika dulu masa zaman sekolah akak!

Tak lama lagi dah nak mula Ramadan. Kalau cuaca macam sekarang ni ok gak, tapi mesti cepat rasa lapar. Kalau cuaca panas terik pulak, kesian kat bebudak sekolah, balik dari sekolah rupenye macam nak pengsan, mulalah bila suruh sana sini tak leh gerak, bontot macam melekat kat kerusi .....

Untuk persiapan raya tahun ni akak dah buat awal, baju, kasut, tudung .... semua dah siap beli. Tinggal baju kurung tempahan aje yang belum siap dan hujung minggu ni akak nak start projek meng'cookies' pulak!!! Cepat??? Sebab bulan Ramadan nanti akak nak berehat dan bimbang kederat tahun ni tak sama ngan tahun lepas ... maklumlah baru sembuh dari sakit dan dalam proses pemulihan ..... Tahun ni pulak giliran balik kampung hubby kat Melaka, so kena prepare awal ler .... akak ni tak de kampung, orang bandar JB ... raya kat taman perumahan jer ler kalau turn raya kat JB. Ok lah, cite raya kite simpan nanti yea .....

Hari ni nak share masakan mudah yang dah lama tak masak. Sebenornye sejak disarankan berdiet yang ntah ke mana arah tujunye tu ... akak dah lama tak masak mee kuning. Lebihkan masak spaghetti untuk gantikan ngan mee kuning! So kalau goreng spaghetti ala-ala basah macam ni kang telanjang pulak sebab spaghetti tu licin. So ni kira menu nak hilangkan gian ler tajuknye .... Jom le tengok resepi ni ... tak leh tahan tengok gambo mee ni, tergodaaa ..... arrggghhhhh ...... nanti batal puasa ari ni !!!!

MEE GORENG BASAH
  • 1 kg mee kuning
  • RM 1 taugeh - boleh dipetik ekornye jika rajin atau kalau malas, just buang helmet hitamnye aje ...
  • RM 1 sawi hijau - potong 2 inci panjang
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 6-7 sudu besar lada kering kisar --- kalau suka pedas boleh tambah lagi
  • 1 genggam udang kering - rendam dan tumbuk lumat
  • 1 mangkuk kecil udang
  • 1 mangkuk kecil kerang
  • 1 mangkuk kecil kek ikan
  • 2 biji tomato dipotong lapan
  • 2 biji telur
  • 1 liter air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 4-5 sudu besar kicap manis pekat ABC
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • Masukkan udang kering, kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan sos tomato dan kicap manis pekat. Kacau rata.
  • Tambahkan air ikut kepekatan kuah yang digemari. 1 liter air tak perlu habiskan semua jika tak nak terlalu berkuah.
  • Biar mendidih dan bila mendidih, masukkan telur. Biar telur pecah sendiri hasil daripada kuah yang mendidih. 
  • Masukkan udang, kerang dan kek ikan. Perasakan kuah dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Masukkan mee, kacau rata cepat-cepat. Kemudian masukkan sayur sawi dan kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan taugeh dan tomato dan tutup api supaya terasa keranggupan taugeh semasa makan nanti.
  • Angat dan hidangkan dengan taburan daun sup, bawang goreng dan juga hirisan limau kasturi jika suka.
Senangkan .... kalau ada rencah lain yang nak dimasukkan pun boleh, kita buat dia, yang penting kenyang lagi sedap! Ok, silalah cuba ye ....tukar selera dari nasi ke mee pulak!!!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment