Selamat pagi sume ... mata tu ngantuk ke sebab bangun awal untuk sahur sekali lepas tu solat subuh? Buat anak-anak yang bersekolah, liat betul nak bangun tido setiap pagi sekarang ni ... Tak kata anak orang lain, Iman sendiri pun susah sesangat nak bangun tido untuk ke sekolah. Bangun sahur tak de masalah sebab ... dia tau kalau dia tak sahur nanti dia lapar! Tapi lepas sahur dia tido jap dalam 1 jam ... nak kejut bangun tido punyelah susah!!!
Hari sekolah pulak, dia tak pegi terawih, pasal minggu ni ada ujian bulanan, siang dah penat dan letih, lepas berbuka puasa dia buat latihan lak. Jadi hujung minggu jer dia ikut terawih. Yang lain pun sama, time sekolah terikat ngan keje sekolah, jadi ikut terawih jika ada masa free aje dan hujung minggu. Yang tetap ke masjid berterawih adalah pak we akak. Akak pun kalau terlalu letih, pun ponteng terawih. Tapi tahun ni akak cuba buat sebanyak mungkin walau pun buat sendiri kat umah ... Bukan tak nak berjemaah di masjid, akak lebih selesa buat sendiri sebab keadaan kesihatan akak ni, kalau kat masjid kekadang agak laju sikit, kalau buat sendiri tu, boleh rehat kejap kalau belakang badan ni rasa sakit. Yang penting amalan di bulan Ramadhan ini tidak diabaikan ...... Kekadang terasa gak nak berjemaah di masjid, tapi bila fikir semula, nanti akak sendiri yang susah nak sesuaikan dengan keadaan kesihatan akak ni, maka akak ambil jalan tengah, buat sendiri di rumah, daripada tak buat langsung!!!!
Oklah, macam biasa, kisah dapur ari ni adalah tentang lauk. Bulan puasa ni kita orang macam biasa aje, still cari nasi putih untuk berbuka. Anak-anak pun jarang mintak nak makan yang macam-macam, cuma kalau jemu jer barulah cari alternatif lain. Sesekali hujung minggu tu boleh ler nak dibagaikan masakan tu, tapi hari bekerja ni, kena masak yang ringkas dan mudah, ..... yang penting dapat berbuka puasa bersama.
Untuk kali ni, akak nak share masakan entah dari mana ilham tu datang, tapi pasal nakkan perbezaan dari biasa, maka terhasillah lauk sotong kari ni .... ringkas dan mudah aje. Bahan-bahannya pun hanya bahan asas aje, kat dapur semua rumah memang ada ... kecualilah kalau orang bujang, mungkin jarang memasak ... Tapi jangan pandang rendah pada orang bujang zaman sekarang ni ... tak kiralah dara ke teruna ke ... kekadang dapur dia orang lagi complete berbanding dengan kita yang dah berkeluarga ni .... Ini semua pada akak terpulang kepada inisiatif masing-masing. Dapur penuh dengan keperluan pun tak rugi apa pun, bila nak masak semua ada, tak yah sibuk-sibuk dan gelabah sana sini gi carik barang kat kedai!
Eeaahhhh ... melalut lak akak ni!!! Dah meh tengok masakan mudah ni, kalau tak habis makan ngan nasi, boleh makan gak ngan roti masa sahur nanti yea ....
SOTONG KARI
- 1 kg sotong - potong bulat dan cuci bersih, toskan. Celur dengan air panas selama 5 minit dan toskan.
- 1 sudu kecil bwang putih kisar.
- 3 sudu besar bawang merah kisar.
- Sedikit halia kisar
- 3 sudu besar rempah kari ikan
- 4-6 sudu besar lada kering kisar
- Sedikit air
- Air asam jawa
- 2 pelepah daun kari
- Garam
- Serbuk perasa
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak. Masukkan daun kari, halia dan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing.
- Masukkan rempah kari, kacau rata dan biar seketika.
- Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa, kacau rata.
- Masukkan sotong dan kacau rata hingga kuah agak pekat sikit. Kalau sukakan kuah lebih, tak perlu tunggu hingga kuah pekat sebab sotong pun dah dicelur pada awal tadi.
- Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba!
-InaChomel-
adesss.. nape tunjuk pic cenggini pagi nih.. terus menyanyi perut comey i ni.. ekekeke.. kecur la plak :p
ReplyDeleteEeee Aizu ... air liur dah meleleh tuu ... baik try masak lauk ni petang nnt, jgn sampai kempunan lak! ;p
ReplyDelete