Tuesday, July 31, 2012

ROTI INTI

Salam sume,

Hai dah sampai pejabat? Apa??? Baru sampai!!! Haaa ... ari ni rata-rata geng ofis akak datang lambat pasal ... pasal apa???? Pasal lori traler tersangkut kat U turn berhampiran Tmn. Desa Skudai.

Memburukkan lagi keadaan, ada kereta yang nak mencilok sama masa lori traler tu buat U turn, sudahnye tak lepas! Hidup ni kena banyak bersabo .... Semua laluan menuju ke bandaraya JB dan dari pusat bandar menuju ke arah Pontian jam gilosss !!!! Nasib baik ler sempat punch-in before 8!

Kepada yang terperangkat dalam jerat jalanraya hari ni, banyakkan bersabo ler, bulan puasa ni memang cepat marah walaupun semua syaitan terikat dan terkurung! Jadi tak leh ler nak salahkan godaan syaitan bila naik 'hantu'. Sendiri yang tak leh kawal nafsu marah! Cewahhh macam bagus, minggu lepas baru naik angin satu badan gara-gara sikap manusia yang tak leh fikir panjang dan pentingkan diri sendiri! Untuk happy ending, weekend yang baru lepas ni akak gi shopping 3 hari berturut-turut bermula dari ari Jumaat hingga ke Ahad! Hilang tension akak ngko! Kekadang, kita memang sukar nak kawal rasa marah, jadi jalan terbaik kena cari ruang yang boleh mengurangkan tekanan dalam diri kita! Even duit habis berbelanja pun tak apa, pada akak kesihatan yang sihat tiada galang gantinye ... Hanya orang yang pernah dilanda sakit yang dalam kategori agak kritikal macam akak ni mungkin faham dengan apa yang akak maksudkan. Masa sakit kita terasa sangat-sangat akan kehilangan nikmat sihat yang Allah berikan pada kita selama ini, justeru bila kita dalam keadaan sihat, hargailah diri kita supaya kita lebih sayang akan diri kita sendiri! Ingat, sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita. Bila terasa susah, ada yang lebih susah lagi dari kita. Jadi janganlah kita tergolong di dalam golong orang yang kufur akan nikmat Allah s.w.t. Na'uzubillah .....

Oklah, nak share resepi yang senang ni sampai jauh lak akak ni melalut! Resepi ni adalah kali ketiga kalau tak silap akak ler ... akak try buat! Senang dan sedap! Lagi 15 minit nak berbuka pun sempat korang buat, asalkan semua bahan ada di sekeliling korang! Jom, tengok resepi ni ....

ROTI INTI
  • 5 biji roti burger - belah dua, dan kemudian belah tengah-tengah roti seumpama poket.
  • 1 biji telur ayam - kocokkan sedikit
  • Minyak
  • Inti - untuk inti ni boleh gunakan inti sardin yang dihancurkan bersama hirisan lada dan bawang serta sedikit lada sulah. Atau kalau ada lebihan inti karipap pun boleh jugak!
Cara penyediaan :-
  • Masukkan inti ke dalam roti yang dibelah tadi. Pastikan padat supaya bila makan nanti terasa kesedapannya.
  • Celup pada telur dan goreng dalam kuali leper dengan minyak yang sedikit sahaja, sekadar untuk menggaringkan permukaan roti yang dicelup telur tadi.
  • Angkat dan hidangkan.

Actually resepi ini akak dapat dari dapur Kak Nor Secubit Garam. Cubalah singgah dapur Kak Nor, macam-macam resepi mudah dan menarik ada di sana .... ada ditunjukkan kaedah membuat roti ini step-by-step lagi! Selamat mencuba!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment