Thursday, July 12, 2012

SERAWA DURIAN

Salam sume,

Aduhhhh aiii ... lengan sebelah kiri ni rasa berat betul nak angkat! Sakit mak eiiii .... Tapi kena gagahkan jugak, nak beri motivasi kat diri sendiri ....

Pagi-pagi lagi akak dah sarapan ngan pakwe akak, ari ni makan mee hoon sup. Macam biasa, akak kat warung tu dah tau, akak punye mee hoon sup tak nak telur tapi lebihkan sayur! Nak makan nasi pagi-pagi ni rasa macam heavy sangat, nanti cepat ngantuknye, mulalh asyik nak mengaum jer macam rimau (menguap memanjang). Kekadang bila minum pagi ni dah tak reti dah apa yang nak dimakan, menu ari-ari sama jer .... makan sekadar untuk kenyang jer, macam dah tak de pilihan plak!

Macam yang akak sebut di awal minggu ni, tema minggu ni adalah manisssss .... jadik kali ni nak share pulak masakan berasaskan durian! Actually pakwe akak saje-saje jer beli durian ni kat pasar malam kelmarin, tak banyak pun ... RM10, dapat ler 5 biji, tapi isinye cukup cantik dan sedap! Sebab kita orang laki bini ada hypertension, makanye dia suruh akak buat serawa .... Dah lama tak buat, jadik akak belasah jer ler ... Sebab dah petang, makanye akak suruh pakwe akak beli roti Gardenia aje, tak kuasa akak nak memulut walaupun ada pulut kat umah ni. Yang penting kuah serawa ii boleh dibagaikan makan dengan ape juga bentuk makanan sampingan yang lain ... kalau ada lempeng pun jadik! Ok, meh sama-sama tengok cara yang mudah jer nak buat serawa ni ....

SERAWA DURIAN
  • 5 biji durian - ambil isinya dan ketepikan.
  • 500 ml santan kelapa pekat
  • 1 - 2 liter air
  • 2 ketul gula melaka - kalau tak suka guna gula melaka, boleh tukar ngan gula pasir biase jer ....
  • 2 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan
  • Sedikit garam
Cara penyediaan :-
  • Masukkan isi durian dalam periuk yang sesuai. Masukkan juga daun pandan.
  • Masukkan separuh air dan masak atas api. Masak sehingga kuah sebati dengan isi durian.
  • Masukkan gula melaka, santan pekat dan sedikit garam dan masak hingga pekat. Pastikan kuah ini sentiasa dikacau. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi air. Tahap kemanisan pun ikut selera masing-masing. Janganlah terlalu manis, biar sederhana manis dan ada ras lemak sikit.
  • Angkat dan hidangkan dengan hidangan sampingan lain seperti pulut kukus, roti, lempeng kosong atau lempeng kelapa.
Kat bawah ni adalah roti Gardenia yang akak gunakan semasa makan bersama serawa durian ni, sedap, roti ni ada banyak fiber dan cepat kenyang. Pun senang nak jumpa kat mana-mana kedai runcit, so, kalau ada durian lebih gugur dari kebun belakang umah tu, bolehlah buat serawa tau bubur kacang durian .... Selamat mencuba!!!

Roti pun sedap dibakar dulu dan makan bersama mentega dan jem, makan ngan kacang panggang pun sodap tau, tau caya .... cuba try test cari kat kedai petang ni, gerenti korang suka!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment