Monday, June 18, 2012

ASAM PEDAS IKAN DURI

Salam dan selamat pagi sume,

Permulaan minggu baru yang indah ....

Dah sarapan ke sume? Akak belum lagi, tapi dah beli tapau untuk sarapan, lunch dan tea time. Hari ni datang keje sorang. Pakwe akak off duty sebab semalam dan Sabtu dia keje, so ari ngan esok dia santai kat umah .... Santai ke? Biasanye kalau dia off, dia akan kemas rumah. Tu yang akak suke, umah bersih dan teratur, ada jer yang dialihnye nanti, sampai bila nak guna cari tak jumpa! Tu biase ler, kena tanya ngan dia di mana dia simpan, kalau tak buang masa jer cari tak jumpa-jumpa!

Tapi dah dua hari dia merungut sakit ibu jari kaki kanan .... apa maknanye tu??? Gout kembali menyerang sebab dia balun makan hati dan pedal ayam goreng yang mak akak beri minggu lepas. Kat umah tu, cuma akak ngan dia jer yang makan bende ni, bebudak tak suka! Jadik, kaki sudah sakit dan susah nak jalan, terhinjut-hinjut! Akak siap pesan suruh dia rehat, jangan buat apa-apa, nanti renyah sangat sakit lagi bertambah!!! Biasanye dia tak makan saman kecuali kalau dah sakit sangat! So ... wait and see lah petang nanti bila sampai rumah!

Pagi ni, nak share resepi biasa-biasa aje. Ikan duri ni dibekalkan oleh my mohter in law masa balik kampung ari tu! Pagi masa nak balik ke JB, father in law akak bawak balik ikan ni dari laut, terus dia siangkan ikan ni dan bekalkan kami bawak balik ke JB. Dapat 2 ekor, 1 ekor akak beri mak, banyak-banyak pun tak abis makan sebab saiz ikan ni agak besar. Ikan baru .... manis isinye. Pada orang Johor, biasanye ikan ni dibuat masak asam pedas daum kesum! Bebudak memang suka lauk asam pedas, apalagi, sehari selepas sampai kat JB, akak terus masak lauk ni ..... Kepada yang sudi dan ingin mencuba, silalah tengok resepi kat bawah ni ye ..... Pasti beresssss ................

ASAM PEDAS IKAN DURI
  • 1 ekor ikan duri - cuci dengan asam jawa dan sedikit garam dan biar seketika untuk buang bau hanyir ikan. Cuci bersih dan toskan.
  • Daun kesum - 50 sen - dilurutkan dan dicuci besih, toskan.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8-10 sudu besar lada kering kisar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa - 1 mangkuk kecil
  • Serbul lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air
Cara penyediaan :-
  • Satukan semua bahan kisar dengan belacan dan serbuk kunyit.
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar ini hingga garing dan wangi.
  • Masukkan serbuk lada hitam. Jika suka extra pedas, boleh letak lebih, tapi jangan banyak sangat nanti rasanye jadi pahit.
  • Masukkan air asam dan air. Pastikan jangan terlalu cair atau terlalu pekat, dan biarkan mendidih.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa kuah, jika kurang air asam, boleh ditambah lagi mana-mana yang kurang.
  • Masukkan ikan dan kecilkan sedikit api. Bila mendidih, masukkan daun kesum dan biar seketika sehingga terbit minyak.
  • Padamkan api dan angkat untuk hidangan.
Sedap dimakan bersama ulaman dan pembuka selera seperti ikan masin, cencaluk, petai atau jering. Kalau dimakan bersama kacang botol pun sedap jugak. Yang pasti, cencaluk jangan tak de, kalau tak kurang kick ler sesi makan korang! Ok, selamat mencuba ....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment