Tuesday, June 5, 2012

SEPETANG DI PANTAI KUALA SG. BARU, KUALA LINGGI


Salam sume,

Hai, dah beberapa hari tak update N3. Dah malam ni baru sempat nak bersembang sorang-sorang kat sini ..... Actually akak cuti seminggu minggu ni. Balik kampung pakwe kat Melaka --- Kg. Nelayan, Kuala Sg. Baru, Kuala Linggi, Alor Gajah, Melaka. Kampung pakwe akak ni dah sempadan ngan N9, 20 minute driving ... dah boleh sampai Port Dickson (PD).
Dah lama tak balik kampung dan bermalam disini lepas akak pulih dari sakit. Last time akak balik 1 hari aje sebab keadaan tak mengizinkan untuk bermalam di sini .... maklumlah baru keluar wad masa tu ... banyak pantangnye!

Kita orang sampai kat kampung semalam, sekitar waktu Zuhur. Cuaca masa sampai ... panas berdenting! Sampai ke malam cuaca panas dan melekit. Maklumlah ... berdekatan dengan pantai, cuaca panas dan berbahang macam ni dia orang dah biasa, kita orang dari bandar ni jer yang tak biasa dan tak tahan panas. Jangan kata bebudak, pakwe akak pun tak tahan panas. Bila dapat mandi, alangkah indahnye dunia ni .... seronok betul! Sedap sikit badan ni .....

Hari ni bebudak dah mula ajak ke pantai. Kat JB Pantai Lido dah tinggal nama jer ...... seronok sesekali dapat balik kampung ni! Rehat abis!!! My mother in law tak kasi masuk dapur, suruh rehat! Memang biasa kalau balik kampung akak tak masuk dapur, sebab my mother in law memang tak kasi orang usik dapur dia ... hanya dia aje yang mengetahui segalanye ....

So, minggu ni minggu santai! Insya Allah akalau ada masa akak upload resepi yang mudah dan juga aktiviti kat sini jika plan esok menjadi ...

Ok, selamat malam!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment