Alhamdullillah, akak n famili dah selamat sampai ke JB tengahari tadi. Letih sungguh. Dah lama tak berjalan jauh, sampai kat umah tadi, selepas sia solat akak terlelap. Berat mata ni nak bukak untuk solat yang seterusnye ....
On the way back to JB, akak singgah Ayer Hitam, saja-saja nak cuci mata dan beli sket barangan untuk projek 5S kat ofis. Dah lama tak singgah, macam banyak bende aje yang dah baru kat pekan Ayer Hitam tu ... biasanye kalau sesiapa nak buat majlis kahwin, mereka akan ke sini untuk mencari barkat yang sesuai dengan majlis masing-masing! Cantik-cantik, geram jer .... timbullah idea nak buat barkat untuk birthday ..... Nanti ada masa nak ke Ayer Hitam lagi, skodeng mana yang patut! Dari umah akak ke Ayer Hitam cuma 45 minit aje ....
Ok, tonight just nak share resepi yang akak rasa ramai dah cuba. Tapi kali ni akak buat cupcake ni untuk barkat majlis khaujukan kelmarin. Sekali buat 5 adunan dan dapat dalam 85 cups. Cupcake ni akak rasa paling sedap dan paling tahan lama. Lebih seminggu masih ok lagi .... tak berkulat langsung! Resepi ni datangnye dari dapur CMG. So akak CnP dari dapur CMG untuk sesiapa yang berminat nak cuba ....
OREO CUPCAKES
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan
BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali
Buah strawberry segar, untuk hiasan
Gula manik halus, untuk hiasan
BAHAN BUTTERCREAM :-)
125 gram mentega
70 gram krimwell
80 gram gula ising, ayak
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar susu pekat manis
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
- Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias dengan buttercream, manik gula dan strawberry tadi.
- UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan2 buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati. Letak pula pada kelajuan sederhana dan putar hingga pekat. Isi dalam piping beg yang diisi nozel bentuk bintang, tabur gula manik dan hias atasnya dengan strawberry...
-InaChomel-
Mcm sedap je...nk trylah
ReplyDelete