Wednesday, June 20, 2012

SAYUR KACANG GORENG BERLADA

Salam dan selamat pagi sume,

Hari ni datang keje kaki akak sakit sangat. Mana tak sakitnye, semalam akak banyak berjalan dan terpaksa turun dan naik tangga.

Sudahnye balik petang semalam lutu dan pergelangan kaki ni rasa ketat sesangat. Sampai masa nak tidur masih sakit. Akhir sekali, akak sapu lutut ni ngan gel yang dapat dari HSA last week. Alhamdullillah ... pagi ni lutut dan pergelangan kaki dah rasa ok, cuma betis pulak rasa tegang sebab bangun pagi tadi macam nak terkena simpul biawak!

Walaupun semalam tersangatlah letihnya, tapi rutin memasak macam biase diteruskan. Cuma masak yang simple dan mudah serta cepat disediakan. Masak sayur kacang panjang ni memang mudah. Satu yang akak suka, sayur ni ranggup! Kali ni akak terajin pulak. Siap tumbuk ikan bilis dan lada merah lagi untuk rencah. Biasanye pakai serbuk ikan bilis ... itulah kalau orang malas, ada je cara nak senang keje! Ok, meh tengok masak sayur yang mudah ni .... sayur kacang goreng berlada ..

SAYUR KACANG GORENG BERLADA
  • 20 batang sayur kacang panjang - dipotong 1 inci panjang, cuci dan toskan.
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - direndam dan toskan.
  • 1 batang lada merah
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumbuk lumat ikan bilis dan lada merah.
  • Tumis bahan kisar hingga wangi dan kemudian masukkan bahan yang ditumbuk lumat tadi. Goreng hingga garing dan wangi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau lagi.
  • Masukkan sayur kacang dan kacau hingga sayur lembut sedikit. Jika sukakan kuah, boleh tambah sedikit sahaja air.
  • Angkat dan hidangkan.
Senang jer kan! Kalau nak tambah tauhu goreng ke, tempe goreng ke, lobak merah disangat halus ke, lada capsicum ke, ape-ape jer yang boleh dimakan pun boleh ..... lagi banyak beradan, lagi meriah .... Ok, selamat mencuba ye .... lauk senang ni ... sambil tido pun boleh buat!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment