Wednesday, June 27, 2012

KUIH BAKAR JAGUNG

Salam sekali lagi,

Dari hujan lebat sampai dah berhenti ... masih lagi berblog! Tak de keje ker ari ni???

Sebenornyekan, mata akak ni tengah ngantuk gilerrr nihh!!! Ini bukan cubaan, ini betul-betul punye ngantuk niihhh!!! Tu yang mengomel jer kejenye ...

Just short N3 yea!

Ini adalah kuih bakar jagung yang akak buat untuk Majlis Penghargaan Staf kat ofis ari ni ... yang ni versi masuk blog, versi makan-makan, akak bakar dalam loyang 10 x 10 x 1 inci. Yang ni akak tabur ngan bijan hitam, boss akak kata bijan tu hanguss!!! Sabor jer ler Cik Bad! Kepada yang nak cuba, mehh ikut akak ... jommmm ..........

KUIH BAKAR JAGUNG
Sumber : Buku masakan Selera Perdana

  • 1 cawan tepung gandum - ayak, tepikan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan santan pekat @ 200ml santan kotak
  • 1 tin jagung krin @ 425 gm
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 4 biji telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Bijan untuk hiasan
  • 1/4 sudu teh garam halus
Cara penyediaan :
  • Oleskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum dan ratakan pada permukaan loyang.
  • Pukul telur hingga kembang.
  • Masukkan garam dan gula, pukul lagi.
  • Masukkan esen vanilla, pukul lagi.
  • Masukkan tepung dan pukul seketika hingga rata.
  • Masukkan pewarna kuning, jagung krim dan santan pekat. Pukul seketika sahaja.
  • Tuang adunan ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar dengan api yang kecil hingga masak.
-InaChomel-

No comments:

Post a Comment