Monday, June 25, 2012

BURGER FOR BREAKFAST

Salam sume,

Hai .... dah sarapan ke sume di sana tu ... Lum lagi! Apasal tak serapan lagi??? Puasa ke? Ke korang diet tak nak makan?

Sebenornye kan, kalau korang sedang diet, every 2 hrs korang kena makan. Bukanlah makan yang heavy, tapi makan makanan yang akan buat korang rasa lapar dalam tempoh lagi 2 jam yang akan datang. Tu baru betul korang punye diet! Bukannye sekarang berlapar, jap lagi korang balun berpinggan-pinggan sampai dah tak leh nak bangun dari kerusi. Cewahhhh ... pandainye nasihat kat orang, diri sendiri tu dah ok sangat ke??? Selalu jer lari dari schedule eating habits yang betul .... pirahhhhhh ....

Korang kalau belum sarapan, akak nak ajak korang makan burger! Nak tak? Akak kan sebenornye dah lama tak makan burger. Ari tu masa pegi Giant kat Tampoi, teringin lak pak we akak nak makan burger, akak pun tumpang sekaki lerrrr ..... sesekali makan, apa salahnye, bukan selalu. Just nak share satu cite yang boleh kita jadikan panduan untuk peringatan bersama .... makan makanan ringan seperti burger dan air bergas kat restoran makanan segera ni tak berapa elok sebenarnye ... salah sorang sedara akak, disebabkan selalu sangat bawa anak dia makan makanan segera ni, sudahnye anak dia dapat kencing manis dan darah tinggi pada usia seawal 7 tahun! Just imagine budak baru nak kenal dunia dah dapat sakit! Mak akak kata, doktor sangat marah kat parent dia sebab bacaan untuk kencing manis dah tak boleh baca langsung! Kesian kat budak ni ... nak pergi ziarah kat HSA pun tak boleh, sebab cuma parent sahaja yang dibenarkan masuk untuk melawat. Akak kalau dengar kisah bebudak sakit dan terima musibah ni memang mudah kesian.

Ok, ler ... semoga cite tu jadik pengajaran buat kita semua hendaknye. Nak makan tu boleh, tapi bukan berlebihan, biar berpada .... Untuk resepi burger ni, senang jer ... lebih baik kalau boleh buat daging burger sendiri, tapi pasal nak senang dan cepat, akak beli yang dah siap aje. Wokeh, meh cuba kalau teringin nak makan .....

BURGER
  • Roti burger
  • Kepingan daging burger ayam @ daging
  • Tomato buah
  • Salad
  • Timun
  • Bawang - optional
  • Sos cili
  • Margerin
  • Lada sulah - optional
  • Kicap seasoning - optional
  • Mayonis
  • Sos thousand island
Cara penyediaan :-
  • Belah dua secara melintang roti burger. Sapukan sedikit margerin pada kedua-dua belah roti dan bakar seketika di tas kuali. Angkat dan ketepikan.
  • Cuci bersih, sayuran. Potong sederhana nipis buah tomato dan timun.
  • Bawang besar dipotong bulat dan layukan sedikit jika tak gemar makan bawang mentah.
  • Goreng kepingan daging burger. Bubuh lada sulah dan sedikit seasoning pada daging untuk rasa yang lebih pedas dan berperisa. Goreng hingga garing, angkat dan toskan.
  • Sediakan roti yang telah siap dibakar. Letakkan daun salad, timun, tomato, bawang, daging burger, sos cili, mayonis dan thousand island.
  • Akhir sekali, tangkupkan satu lagi belahan roti yang dibelah dua tadi. Sedia untuk dihidang.
Selamat mencuba.

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment