Thursday, June 14, 2012

KEK BATIK ARORA ... UNTUK KALI KEDUA

Salam,

Sebelum melabuh tirai malam, akak nak share satu lagi resepi yang akak buat untuk kali kedua last weekend.

Sebenornye dah lama tak membaking, jadik tangan ni gatal jer nak mengodak apa yang ada dalam simpanan. Yang ada sesuai untuk buat kek ni, tu pun akak tak letak ovellette, dah abis, tapi rasanye tetap mantap. Cuma kek ni tak tahan lama, kalau buat kena makan cepat, kalau simpan dalam telap, cepat berkulat, tapi teksturnye tetap lembut.

Suka buat kek ni pasal warna-warni dan juga ada pelbagai perisa yang kita boleh letak ikut suka kita .... Sekali buat ari tu 2 adunan, kasi jiran sikit dan mak akak. Ok ler, pada yang nak mencuba, akak CnP resepi ni dari blog Masam Manis ....

KEK BATIK ARORA
Sumber : Azlita - MasamManis
By : Cida
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
  • 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper

Satukan tepung gandum dan baking powder
Kemudian di ayak ~ ketepikan

Dalam bekas mixer
Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
Tutup mixer
Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata

Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
Gaul adunan rata
Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis
Setiap tompokan 1 senduk

Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment