Thursday, August 22, 2013

CHOCOLATE CAKE ... UBAH IKUT CITARASA SENDIRI

Salam dan selamat sejahtera,

Dah lama menyepi dari berblog, hari ini rasa kerinduan yang amat sangat pulak untuk berblog!

Masih belum terlambat nak ucap Salam Aidil Fitri buat semua yang singgah ke blog akak ni. Hari ini genap 15 Syawal kita menyambut raya. Kesibukkan kerja kat ofis ni buatkan akak tak menghayati suasana raya. Ada aje yang nak di'settle'kan. Tak sempat sana sini. 

Hujung minggu pulak ada aje jemputan sana sini untuk majlis open house dan pertunangan. Sejak akhir-akhir ni, ramai pulak yang melangsungkan pertunangan dalam bulan Syawal ni. Akak tumpang gembira sebab ramai sedara mara dan anak buah yang dah meningkat dewasa dan mula membina kehidupan berkeluarga .....

Untuk kali ini, akak nak share resepi yang dah beberapa kali akak cuba. Resepi asal kek ini adalah Chocolate Peppermint Cake dari blog DTS (Che Mat Gebu). Tapi perisa peppermint tu kurang mendapat sambutan. Ramai yang tak berapa gemar dengan rasa peppermint yang berangin dan sedikit pedas macam rasa ubat gigi. So, untuk kek ini, akak tambah sukatan coklat emulco tu sekali ganda kerana keseluruhan kek ini akak jadikan kek coklat! Untuk ganache tu pulak, akak sendiri memandai curah atas kek .... kasi moist sket. Tapi memang sedap! Licin .... Kek ini akak buat masa family akak datang beraya di rumah. Kepada yang ingin mencuba, silakan ..... senang lagi sedap yang tak terkira! Bahagian hiasan atas kek yang macam serdak tu adalah serbuk kek coklat ini yang akak potong dan ratakan permukaan atas kek berkenaan, dan akak ramas lebihan atas kek tu menjadi macam serdak biskut dan taburkan .... recycle beb, don't waste!

CHOCOLATE CAKE
Sumber asal : Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega
  • 140 gram tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 1 camca besar susu tepung*(*digaul rata dan diayak)
  • 3 biji telur gred "A" (ambil 3 kuning dan 2 putih sahaja)
  • 120 gram gula halus
  • 1/2 camca besar ovallate
  • 15 gram gliserin + 10 gram air (boleh ganti dengan 25 ml susu segar)
  • 1 camca besar serbuk koko*
  • 1 camca teh coklat emulco*
  • 1/2 camca teh esen vanilla*
  • 3 camca besar air panas*(*disatukan dan kacau hingga menjadi pes) - akak doublekan sukatan yang ini.
  • Sedikit pewarna hijau - akak tak letak
  • 3 titik perisa pudina - akak tak letak
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar rata, masukkan telur dan putar hingga kembang dan pekat, guna kelajuan tinggi. Perlahan kan kelajuan, masukkan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati, tambah gliserin + air tadi. Putar rata.
  4. Bahagi adunan tadi kepada 2 bahagian. 1 bahagian dimasukkan pes coklat, kacau rata. Dan satu bahagian lagi dengan warna hijau dan perisa pudina, kacau rata juga. Yang ini akak tak bahagi dua. Akak campurkan bancuhan coklat dalam semua adunan.
  5. Sudukan 1/2 camca besar kaler coklat, kemudian letak 1/2 camca besar kaler hijau, buat berselang seli hingga habis. Tuang adunan dalam loyang. Bakar 50 - 1 jam, bergantung pada oven masing. Sejukkan kek atas jaringan sebelum dihidangkan...
Chocolate Ganache ---- sorry, sumber asal tak pasti, tapi thank u so much pada penyumbang resepi ini ...
  • 50 gm serbuk koko
  • 60 gm mentega
  • 1 cawan susu pekat
 Caranya .....
  • Masak semua bahan ini kaedah double boiler sehingga licin teksturnya.
  • Sejukkan seketika, tak perlu masukkan dalam fridge.
  • Curahkan di atas kek.
  • Tabur coklat rice dan serbuk lebihan kek.
  • Sejukkan seketika untuk rasa yang menyegarkan!.

-InaChomel-