Saturday, December 31, 2011

2011 UNTUK KENANGAN .... 2012 PENUH DEBARAN!

Imej : Ihsan Google
Salam sume,

Entri terakhir 2011!

2011 yang ditinggalkan dengan seribu satu kenangan pahit manis buat kami sekeluarga lalui .... Setelah hampir 2 minggu menyepi diri, akak harap entri terakhir bagi tahun 2011 ni akan dapat mengubat rindu akak pada dunia blog ni!

Sebenarnya mood untuk menulis akak sejak akhir-akhir ini memang agak merosot! Bukan dah jemu dengan dunia blog ni, tapi akak masih dalam kesedihan!

Tak siapa menduga, dugaan yang kami sekeluarga tempuhi! Tapi kami redha dan kami yakin Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya ....

Seminggu berlalu .... sebenarnya akak baru sahaja kehilangan bayi berusia 4 bulan dalam kandungan. Seperti yang pernah akak ceritakan sebelum ini tentang pembatalan pemergian akak ke London akibat sakit Psoriasis, punca kehilangan bayi ini ada kaitannya dengan penyakit akak!

Siapa sangka selepas 8 tahun mengambil suntikan perancang atas nasihat doktor kerana faktor kesihatan, tiba-tiba akak disahkan mengandung 2 minggu yang lalu! Panik, terperanjat dan takut, semuanya ada dalam diri akak! First of all, happy sangat sebab mengandung di penghujung usia 30 an, tapi disebabkan akak mengambil ubat Acitretin untuk sakit Psoriasis akak ni, maka akak memang dilarang sama sekali untuk mengandung! Bayi boleh cacat fizikal, kegagalan fungsi otak dan juga jantung sangat besar peluang ini untuk berlaku!

Ya Allah! Besar sungguh dugaanMu buat aku yang lemah ini. Setiap detik akak dihambat rasa sedih dan bersalah kerana tidak peka dengan perubahan diri dan .... tak mampu akak nak cakap lagi, semuanya dah berlalu. Dan atas nasihat doktor, akak terpaksa melalui proses 'termination of pregnancy', dalam ertikata yang lebih mudah, terpaksa gugurkan kandungan! Selepas berbincang dengan suami dan ahli keluarga yang lain, kami memikirkan kesan jangka masa panjang jika hayat anak dalam kandungan ini panjang dan melihat dunia, kami sebagai ibu bapa memang tiada halangan untuk menjaga dan membela, tetapi apa yang kami tak sanggup lalui adalah melihat penderitaan anak ini nanti yang bukan sekejap, tapi sepanjang hayat!

Pada tarikh 24 hb. Disember 2011, tepat jam 5.49 petang, akak telah melahirkan bayi kami. Lebih menyayatkan hati kami, bayi kami adalah bayi lelaki! Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia! Kami redha .... mudah-mudahan pemergian bayi yang suci murni dari segala dosa ini akan lebih mendekatkan diri kami sekeluarga kepada Allah s.w.t! Bayi kami selamat dikebumikan pada pagi 25 hb. Disember 2011 di tanah perkuburan Islam Mahmoodiah. Kami sekeluarga memanggilnya dengan nama Muhammad (Iman panggil Baby Muhammad). Semoga memori 2011 sentiasa menjadi kenangan buat akak dan keluarga, ... dan kehadiran 2012 akan menguatkan lagi semangat kami sekeluarga untuk mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh rasa syukur dan keimanan .... Amin .....

Al-fatihah buat bayi kami .....


-InaChomel-

Tuesday, December 13, 2011

MEE HOON SUP

Salam sume,

Dah tengahari dah ... cuaca kat luar tu kejap cerah, kejap mendung! Kalau hujan petang ni, adeehhhh payah ler nak ke pasar malam kat area perumahan mak akak. Sebab petang ni Iman nak tido kat umah nenek dia, makanye tinggal 3 orang jer kat umah. Bila dah bertiga, rasa malas nak masak tu makin menjadi2 ler pulak ....

Darling akak pun kalau kata tak yah masak, dia on aje .....

Sebenornye sejak baik dari sakit ni bukannye malas nak masak, cuma akak kerap rasa lemah dan mudah letih. Ubat masih makan lagi, tu yang datang lemah aje ... kalau dah penat keje tu, kekadang sebelah petang tak larat nak masak. Makanye ke gerai ler carik makan malam! Tu yang Iman suke bebenor tu, makan kat luar jer kejenye, tak tau mak dia dah nak pokai ni ....

Sabtu lepas kita orang gi makan luar untuk dinner. Kita makan kat Luton van yang terlertak di Dataran Bandaraya. Huiiii ramai giler ngko orang kat sana. Sampai kena berdiri sebelah meja yang agak2 orang dah nak chau, kalau tak memang tak dapat meja ler jawabnye .... Sesekali makan makanan seperti yong tau fu ni ok gak ..... banyak pilihan ... duit aje kena sediakan, rambang mata, semua tekak ni nak rasa. Pasal excited sangat nak gi makan kat luar, lupe lak nak bawak camera .... Satu yang sedap kat sini, otak2 yang dibungkus macam nasi lemak, tapi comel aje, rasanye pun sedap. Sebungkus 40sen. Nanti kalau gi dinner kat sini lagi, akak snap gambo yea .....

Ok, sebelum rehat tengahari ni, akak nak share masakan mee hoon sup yang mudah ni .... semua hidupan laut dan darat yang boleh dimakan, boleh bubuh dalam mee ni, lagi banyak lagi meriah .....

MEE HOON SUP
  • 1/2 bungkus mee hoon, dicelur dengan air panas, biar seketika dan toskan.
  • Udang*
  • Fish cake*
  • Fish ball*
  • Daging
  • Sawi
  • Carrot
  • Tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Stok air udang/daging atau air biasa aje
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • 6 batang cili padi - belah 2
  • 3 sudu besar bawang putih kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih kisar dan cili padi hingga wangi.
  • Masukkan daging, kacau rata.
  • Masukkan sos tiram dan kiub ayam, kacau rata hingga garing.
  • Masukkan air stok dan biar hingga mendidih.
  • Masukkan kicap cair, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan bahan bertanda *. Kacau dan kemudian masukkan udang dan semua jenis sayuran kecuali tomato.
  • Mee hoon yang telah ditoskan tadi dimasukkan dalam mangku yang sesuai dan susun tomato bersamanya.
  • Bila kuah dah mendidih, tuang atas mee dan sedia untuk hidangan.
Sedap dimakan bersama lada jeruk kicap.

Lada jeruk kicap

  • 4 batang lada merah - potong bulat dan kiraikan lada untuk buang bijinya.
  • Bancuh 2 sudu besar gula bersama 1 sudu cuka dan 1-2 sudu kicap cair.
  • Masukkan lada dalam bancuhan dan biar seketika untuk dapatkan rasa jeruk yang pedas, masam serta sedikit manis.
-InaChomel-

Monday, December 12, 2011

ROTI SARDIN

Salam sume,

Hari Isnin datang lagi .... ada mood tak nak keje ari ni? Minggu ni akak akan ada kerja sesi malam dan sesi hujung minggu ... alamak ... boring betul! Tapi kena keje jugak! Sebab, masa akak sakit ari tu, kengkawan akak kat ofis dah tolong gantikan keje malam dan hujung minggu! Jadi kena ler bayar hutang!

Hujung minggu yang baru berlalu ni, akak banyak berehat. Tapi pasal dah biasa ke dapur, rasa macam boring lak dan janggal bila duduk rehat jer ... Maka terjadilah roti sardin ni. Masa rewang2 kat blog Kak Nor Secubit Garam, akak jumpa resepi mudah ni. Memang tak sia-sia akak cuba buat, sedap! Makan masa panas2 lagilah cun. Tak yah cicah ngan sos, makan gitu aje dah cukup sedap. Terima kasih pada Kak Nor Secubit Garam kerana sudi share resepi ni. Ni saya panjangkan pulak untuk yang lain cuba ...

ROTI SARDIN
Sumber : Secubit Garam
  • 10 bj bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 bj telur
  • minyak
Untuk Inti:
  • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  • Ketepikan.
Cara2
  • Potong dua bun burger.
  • Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
  • Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  • Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
  • Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
  • Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  • Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  • Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  • Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Selamat mencuba!

-InaChomel-

Friday, December 9, 2011

MASIH ADA LAGI YANG TERTINGGAL BUATKU ....

 Salam,

Hari ni mood kerja totally out! Microsoft word ni buat hal lak! Sudahnye, ari ni statistik tak leh buat langsung! Anyway, petang ni akak nak share satu lagi buah tangan dari London yang tercicir ! Tadi sebelum balik tengahari, Zureen hantar coaster ni kat akak! Dia kata tercicir satu barang lagi nak beri kat akak! Wahhhh ... tak pegi London, tapi mewah ngan cenderamata! Tak tau nak ucapkan apa lagi .... terharu yang tak terhingga! Thank you so much! Terima kasih yang tidak terhingga ..... dah lah tu, cantik2 pulak, jawabnye jadi perhiasan jer ler ni .... sayang nak pakai!!!!


-InaChomel-

CHICKEN SAUSAGE PUFF

Salam dan selamat pagi,

Kejap aje dah ari Jumaat kan? Esok dan lusa jemputan kahwin dah menunggu! Tajuknye, tak yah masak untuk lunch, masak waktu petang aje untuk makan malam!

Biasanye kalau ada jemputan, macam tulah ..... masak ala kadar jer .... Nanti malas nak simpan stok lebihan lauk dalam fridge, dah lama2 nanti ke tong sampah jugak akhirnye .....

Lepas Krismas ni cadangnye akak n family akan ke KL. Insyaallah jika tiada aral, kami nak jalan2 rehatkan minda, dan anak2 pun dah lama tak cuti sama ngan kami. Actually ada sedara kahwin kat Serdang, so ambillah kesempatan ini untuk jalan-jalan sekali .... Cuti sekolah pun dah nak berakhir. Barang keperluan sekolah pun belum sempat beli lagi.

Ok, hari just nak share resepi yang sebelum ni pun akak dah pernah upload kat blog lama akak, tapi tak pe, akak upload sekali lagi. Puff ni akak buat sebelum akak sakit kelmarin, cuma tak sempat nak upload ke blog aje .... senang dan cepat! Jom tengok resepi yang mudah ni ....

CHICKEN SAUSAGE PUFF
  • 1 bungkus pastry puff jenama Kawan (saiz 4 x 4)
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam
Inti
  • 3 batang sosej ayam - belah 2 memanjang, hiris nipis.
  • 6 biji kentang - kupas dan potong dadu
  • 2 biji bawang - potong dadu
  • Carrot - potong dadu
  • Serbuk lada hitam
  • Daun sup - optional
  • 3 sudu besar bawang kisar
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • Masukkan kentang dan kacau rata, biar hingga kentang agak empuk.
  • Masukkan sosej dan bawang serta carrot yang dipotong dadu, kacau rata.
  • Masukkan sos tiram dan daun sup, kacau rata dan masukkan serbuk lada hitam (ikut suka, kalau nak pedas boleh letak lebih sikit).
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata dan jika kentang sudah cukup empuk, angkat dan ketepikan.
  • Ambil sekeping pastry puff, kelar sebahagian daripada pastry.
  • Bubuh inti pada bahagian yang tidak dikelar.
  • Tangkupkan bahagian yang dikelar dan tekan kemas bahagian tepi pastry supaya inti tidak terkeluar. Tekan dengan garpu kecil supaya bahagian tepi kelihatan kemas.
  • Sapukan dengan telur dibahagian atas pastry dan tabur dengan serbuk lada hitam.
  • Susun pastry dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C hingga kekuningan. Pastikan oven dipanaskan 15 minit sebelum memasukkan pastry.

Ok senang kan! Akak suka buat puff ni, kekadang buat banyak2 simpan dalam freezer, bila nak makan just keluarkan dan panaskan. Ok, sebelum menutup bicara, kat sini ada gambo Iman dan her cousins di Airport Senai semalam. Anak buah akak ni nak balik Brunei selepas bercuti 1 minggu di Singapore n JB. Enjoy ur weekend! Bye .....


Sedih jer muka masing2, dah tak de geng nak main .....
Dari kiri : Syahirah, Iman & Liyana

-InaChomel-

Thursday, December 8, 2011

MEE HAILAM & LAGI BUAH TANGAN UNTUK AKAK ...

Salam kepada semua yang masih setia bersama blog akak ni,

Hari ini dah makin sihat walau pun kaki masih tak berapa kuat nak jalan jauh! Alhamdullillah .... syukur masih diberi peluang menikmati kurniaan Allah s.w.t yang maha agung ini.

Pagi ni awal-awal lagi dah datang rezeki kat meja akak. Thanks to Kak Aliah yang menghadiahkan kat akak sekotak coklat jenama Donovans serta pelbagai perisa coklat, buah tangan dari London. Ingatkan dah cukup lengkap souvenir yang akak dapat kelmarin, rupa2nye ada lagi ... Alhamdullillah ... mudah2an  murah rezeki buat mereka yang telah sudi menghadiahkan kat akak pelbagai cenderamata dari London!

Ok, pagi ni nak share resepi mee yang akak masak malam semalam. Tekak masing2 kat umah tu tak selera nak makan nasi .... lagipun akak sejak MC ni dah terikat ngan TV, tu yang bergegas balik kerja nak tonton cerita Tentang Dhia .... dah start tengok episod satu, berjangkit ... tu yang malas nak tonton cite bersiri ni ..... tak leh buat keje lain, asyik teringatkan kat dia aje ..... Sudahnye nak cepat masak jer mee, tapi tak mengecewakan, masing2 nak tukar selera, jadik mee ni laju je masuk mulut masing2!

Ok, jam dah pukul 8++, sat lagi nak start keje, meh nengok resepi ni kalau2 korang nak try masak nanti .... jom!

MEE HAILAM
  • 500 gm mee kuning
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 7 batang cili padi - belah 2
  • Sawi
  • Bunga kobis
  • Carrot - di sagat halus
  • Kobis panjang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Daging
  • Udang - akak tak letak, stok tak de
  • Kicap manis - akak guna kicap ABC
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Stok air udang atau daging atau ayam - kalau tak de boleh guna kiub pati ayam aje
  • Lada sulah
  • 2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  1. Panas sedikit minyak. Tumis bawang putih (anggaran 1 sudu besar) hingga wangi. Masukkan mee, gaul rata. Masukkan kicap pekat, kacau rata dan angkat mee, ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali bersih, tumis 2 sudu besar bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili padi, gaul rata.
  4. Masukkan daging dan biar seketika. 
  5. Masukkan kicap manis, sos tiram dan kicap pekat. Agak-agak aje sukatannye, kalau kurang, boleh tambah lagi kemudian. Kacau rata.
  6. Masukkan lada sulah, dan kacau rata. Masukkan air stok (><1 liter). Kalau suka banyak kuah boleh dilebihkan.
  7. Biar hingga mendidih. Masukkan fish ball dan fish cake, dan juga udang.
  8. Masukkan semua sayuran. Kalau kurang rasa kicap, boleh ditambah.
  9. Masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan gula.
  10. Bila mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung.
  11. Curah kuah ke atas mee yang telah digoreng tadi dan sedia untuk hidangan.
Senangkan! Nampak aje panjang berjela, tapi senang jer nak masak mee ni. Selamat mencuba!

Gambo coklat yang akak sempat snap kat ofis pagi ni --- Thanks Kak Aliah!

-InaChomel-

Wednesday, December 7, 2011

TERIMA KASIH SEMUA & SORRY ...


Salam dan selamat pagi sume,

Rasanya dah lama betul akak tak post N3 kat blog ni! Macam dah merajuk jer bunyinye .... Macam dah malas pun ye jugak kut!!! Tapi yang sebenarnye akak baru sihat dari sakit! Ni pun baru minggu kedua akak datang kerja! Berlambak-lambak kerja tertunggak kena dibereskan! Hampir sebulan setengah MC, akak terlalu letih untuk memulakan lembaran baru pada blog ni ... tapi ari ni dah tak leh tahan tengok blog ni tak diupdate, maka akak gagahkan juga .... bila dah mula, nanti susah lak berhenti!

Kepada yang mengucapkan selamat kepada akak terbang ke London, mohon maaf akak panjatkan kepada semua sebab seminggu sebelum berangkat ke London akak sakit! Sakit yang membawa akak bertapa di wad Hospital Sultanah Aminah JB selama 15 hari! Apa sakitnye??? Sejenis sakit kulit yang dipanggil Psoriasis! Habis satu badan kulit menanah! Lemah tak bermaya, seminggu demam tak kebah! Semua ini akak lalui untuk kali keempat sejak akak baby sampai dah berkahwin sekarang ni! Ujian Allah, akak terima dengan hati terbuka! Ada rahmat disebaliknya yang kita mungkin tak perasan.

Sekarang ni dah kembali pulih dengan kulit baru yang putih dan mulus --- itu kata bebudak kat ofis yang jealous ngan kulit baru akak ni! Tapi nak dapat kulit cantik ini .... bukan senang, derita dulu baru cantik! Pada akak bukan cantik yang diutamakan, tapi dikurniakan kesihatan yang sihat itu lebih utama! Alhamdullillah, dah beransur sihat, cuma lemah sebab masih ambil morphin untuk control skin problem!

Anyway .... most important thing is ... akak nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada team GOP-PSZ Road to London yang telah bersusah payah dan ingat kat akak yang tak dapat join mereka di saat-saat akhir untuk terbang ke London. Untuk tatapan semua, kat sini ada gambar souvenirs yang mereka hadiahkan untuk akak! I really like it! Thanks everyone .... I like! Juga terima kasih kepada Amri & Syukri, student Malaysia & Brunei yang banyak membantu akak via emel sebelum rombongan kami berangkat ke London, dan Syukri yang menjadi tourist guide semasa di London dan Paris! Thanks a lot!

Dari kiri : Coklat Cadbury (sedap sesangat --- Thanks Zureen), fridge magnet Big Ben & London, handbag Robin-Ruth --- Thank You everyone, key-chain with letter H & tea towel --- Thanks Kak CT (kena bingkaikan ni, sayang nak guna).

Dari kiri : Bingkai foto --- Thanks Fikri, Harrods make-up pouch --- Thanks JJ, fridge magnet Eiffel Tower, London post box dan London landmarks.

Thank You so much everybody, sangat-sangat terharu di atas ingatan u all kepada akak!
Luv U all ....
 Team members yang terbang ke London --- di perkarangan King's Collge London.
Dari kiri : JJ, Aliah, Zureen, Zaleha, CT Zaleha, ???, Pn. Aziah, Dzulhelmi, Ramli, Nasa & Zul Izuan --- gambo akak yang terpampang kat banner jer yang sampai ke London, tuan punye badan masa ni sedang terlantar kat hospital! :(. 
Imej ihsan Dzulhelmi @ Dzulhelmi's Blog.
  
-InaChomel-