Sunday, January 29, 2012

MAKARONI BAKAR

Salam sekali lagi,

Seperti yang dijanjikan .... akak post N3 minum petang yang sempat dibuat petang tadi.

Sebenarnye dah agak lama tak buat makaroni bakar ni. Bila belek-belek buku masakan semalam, teringin lah pulak! Itupun pasal akak nak habiskan stok keju cheddar yang masih berbaki sejak tahun lepas ... bila akak beli dah tak ingat, tapi masih belum expired lagi! Makaroni tu  pun dah lama duduk bertapa dalam tupperware. Jadi ni kes nak habiskan stok!

Ok, akak pun dah nak solat Isyak ni .... jom cuba masakan mudah ni. Tapi akak ubah serba sedikit, especially inti sebab nakkan rasa pedas dan nak kurangkan rasa muak.

MAKARONI BAKAR
Sumber : Senangnya memasak masakan Barat bersama Chef Hanieliza - terbitan PTS.

Bahan untuk inti
  • 500 gm daging cincang - cuci bersih dan toskan
  • 1 tin cendawan butang - hiris nipis
  • 1 batang lobak merah - dipotong lidi mancis
  • 2 biji bawang holland - potong dadu
  • 3 biji tomato - dipotong dadu
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 batang lada merah - hiris nipis
  • 1 batang lada hijau - hiris nipis
  • 3 sudu kecil rempah kari daging
  • Minyak untuk menumis
  • Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawangputih dan bawang holland hingga layu.
  • Masukkan daging cincang, kacau rata.
  • Masukkan lobak merah, cendawan dan lada, kacau rata.
  • Masukkan rempah kari, kacau rata.
  • Masukkan tomato, lada sulah, garam dan serbuk perasa.
  • Bila selesai masak, ketepikan.

Bahan sos putih
  • 1 sudu makan minyak
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1/2 cawan susu segar
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, masukkan tepung, jkacau rata dan masukkan susu. Kacaua rata dan ketepikan.

Bahan untuk makaroni
  • Separuh paket makaroni - direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak untuk elakkan dari melekat
  • 1 cawan fresh milk - akak guna susu cair
  • 5 biji telur - akak guna 3 biji aje
  • Parutan keju cheddar
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Lenserkan minyak pada loyang atau bekas kaca tahan panas.
  • Masukkan makaroni dan sebahagian inti. Gaulkan dan tambaha inti pada bahagian atas makaroni.
  • Tuang sos putih pada permukaan inti.
  • Tuang bancuhan telur dan susu dan tabur dengan dengan serbuk lada hitam.
  • Tabur parutan keju cheddar dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau ikut tahap oven masing-masing. Panaskan oven terlebih dahulu selama 15 minit sebelum makaroni dibakar.
Komen ---- Makaroni bakar ni memang sedap! Kena pastikan sos putih tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Satu lagi, makaroni yang direbus terasa tawar, mungkin lebih sedap kalau digaulkan dengan sedikit mentega atau garam halus supaya ada rasa masin sikit. Atau boleh juga digaulkan dengan sebahagian inti dan ditutup dibahagian atasnya dengan lebihan inti yang masih berbaki. Lagi satu, kena bakar betul-betul garing sebab kalau tak berapa garing, bila dipotong, makaroni akan berderai. Tapi memang sedap! Cubalah kalau nak tau rasa sebenarnye ..... yang penting, inti kena betul-betul sedap!

-InaChomel-

KARI AYAM

Salam sume,

Tengah buat apa tu? Tonton berita ke? Ke tengah makan malam?

Maklumlah ... kejap lagi Juara Lagu ke 26 akan ke udara. Ramai yang menanti lagu apakah yang bakal dinobatkan sebagai JL2011 nanti!

Biasanye selepas solat Maghrib kami sekeluarga dah mula makan malam. Tapi malam ni hubby kata makan lepas solat Isyak sebab dia kenyang lagi sebab tadi minum petang akak masak Makaroni Bakar! Itu, nanti akak post N3nye.

Kali ni akak nak kongsi lauk yang akak masak ari ni! Ayam masak kari! Sebenarnya akak tak berapa gemar sangat lauk kari ni, tapi my darling manyak suka oooo .... Dengan gandingan padu sambal belacan, ikan sepat masin dan jering ... laju aje pakwe akak makan ari ni. Sesekali kenalah ikut selera yang lain jugak, kalau ikut tekak sendiri aje, macam tak adil ler pulak! Anyway, meh kita jengah ke dapur akak tengok resepi mudah ni ... jom!

KARI AYAM
  • 1 ekor ayam - potong 14 ketul
  • 3 sudu besar rempah kari daging/ayam - akak guna rempah Faiza, bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3-4 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 mangkuk kecil lada kering kisar - jika suka pedas, boleh tambah beberapa sudu besar lagi
  • Halia - tumbuk halus
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 1 batang kayu manis*
  • 5 kuntum bunga cengkih*
  • 5 biji buah pelaga*
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 5 biji kentang - belah empat
  • 1 paket santan serbuk - dibancuh dengan 1 cawan air @ 2 cawan santan yang tidak terlalu pekat dan terlalu cair
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan bertanda * dan daun kari.
  • Masukkan bawang mayang, bawang putih kisar dan bawang merah kisar. Kacau rata hingga bangkit bau wangi.
  • Masukkan lada kering kisar dan kacau rata hingga terbit minyak.
  • Masukkan rempah kari, kacau rata.
  • Masukkan kentang dan 1 cawan air, biar seketika untuk empukkan kentang.
  • Masukkan air asam.
  • Masukkan ayam bila kentang separuh empuk. Tambah 1 cawan air lagi, kacau rata.
  • Masukkan santan, garam dan serbuk perasa. Apabila santan sudah dimasukkan, kecilkan api supaya kuah kari kelihatan cantik dan tidak berbintil.
  • Rasa kuah kari, jika kurang asam, boleh tambahkan lagi air asam.
  • Bila ayam dan kentang dah empuk, hidangkan.
Kalau kuah kari ada lebih, boleh frozen dan panaskan semula untuk dimakan bersama dengan roti canai segera atau roti biasa (orang Johor biasa gelar roti bai ...). Selamat mencuba!

-InaChomel-

Saturday, January 28, 2012

SARDIN MASAK SAMBAL

Salam sume,

Tadi akak baru pos kisah sayur taugeh, kali ni nak share pulak kisah lauk sardin.

Menjelang sambutan Gong Xi Fa Cai ... rata-rata umat yang ke pasar mengeluh sebab harga barangan basah melambung berkali ganda. Antaranya udang yang tak jumpa pun harga sekilo dalam belasan ringgit. Sotong pun sama ... jadik rata-rata harga barang basah mahal, termasuk beberapa jenis ikan ... ikan kembung 'bodoh' pun mahal ... kata hubby akak takut nak beli ikan sekarang ni, mahal sangat!

Ayam masih maintain lagi harganye, tapi makan ayam sokmo pun jemu gak! Jadi alternatif kepada ikan basah ... akak masak sardin. Itu pun bila akak fikir masak sardin kalau dipadukkan dengan sayur taugeh memang cun! Jadi malam ni nak share lauk sardin ni kat korang sume, sori ler kalau ada yang tak berapa suke kat ikan sardin ni, tapi akak memang suka ... kecik-kecik dulu mak selalu masak sardin ni ... bila makan ngan nasi panas-panas ... memang syoik gilerr .... Apa juga yang ada kaitan dengan sardin memang akak suka, sama ada karipap, roti, sandwich dan lain-lain yang halal dimakan dan sewaktu dengannya.

Jom intai lauk ni ... Kalau nak beli sardin, akak syorkan jenama Marina, sebab ikan yang sederhana besar dan dalam bilangan yang sedang elok, kalau jenama Ayam Brand, ikan sardinnye agak besar dan hanya ada dalam 3-4 ekor sahaja ... terpulang citarasa masing-masing. Lagipun senang bila makan, tak payah nak kerat, maklum ler ikan sardin ni dah lama bertapa dalam tin, isinya agak lembut dan mudah hancur, jadi kalau sederhana saiznya, lebih mudah dan tak bimbang hancur.

SARDIN MASAK SAMBAL
  • 1 tin besar ikan sardin - akak guna jenama Marina (ikan sardinnye kecil dan ada sekitar 7 ekor dalam 1 tin)
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • Halia - diracik halus
  • 1 mangkuk kecil lada kering kisar
  • Air asam jawa
  • 1 batang lada merah - hiris halus
  • 1 batang lada hijau - hiris halus
  • Sedikit air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumus bahan kisar dan halia hingga garing dan wangi.
  • Masukkan bawang besar, lada merah dan lada hijau, kacau rata dan biar sebentar.
  • Masukkan air asam dan ikan sairdin bersama dengan sosnya. Jika kurang masam, boleh tambah air asam sedikit lagi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau perlahan supaya ikan sardin tidak hancur.
  • Angkat dan hidangkan.
Kalau suka pedas, sukatan lada kering kisar boleh ditambah, ikut selera masing-masing. Yang pasti mesti ada rasa pedas dan sedikit masam.

-InaChomel-

TAUGEH GORENG RAMPAI

Salam sejahtera dan selamat malam,

Hai ... dah lama bercuti kerja, berblog pun turut cuti jugak!!! Minggu ni akak cuti seminggu! Dua minggu bekerja akak mula rasa sakit belakang dan sakit pinggang. Dapat rehat seminggu rasa selesa sikit!

Cuti panjang sempena Gong Xi Fa Cai ni akak tak ke mana-mana pun! Balik kampung hubby pun cuma 1 hari aje, balik hari! Dah lama sangat kami tak balik! Nak tidur sehari dua kat kampung, kesihatan akak belum mengizinkan. Takut nanti ada yang kecik hati .... itu tak boleh, ini tak boleh! Jadi daripada terbongkar segalanya, biarlah kami sekeluarga sahaja yang tahu apa yang kurang .....

Hasrat nak ke KL pun tertunda sekali lagi! Kali ni pasal abah akak baru aje berjaya menjalani engiogram di HSA. Alhamdulillah .... semuanya berjalan lancar. Dua saluran ke jantung yang dahulunya tersumbat, kini dah kembali lega. Syukur kami ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang dan ruang kepada kami sekeluarga untu terus menghargai nikmat yang diberikan kepada kami. Sehari sebelum Gong Xi Fa Cai, kami sekeluarga mengadakan kenduri doa selamat kecil-kecilan yang dihadiri ahli keluarga terdekat! Semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga, juga buat rakan blogger yang lain juga ... Amin ...

Ok, kembali kepada kisah masak-masak pulak! Rasanya dah tak tau nak masak apa ... jadi bila tengok sayur taugeh kat KIP Mart kelmarin, terigin pulak nak masak sayur ni! Biasanya akak beli taugeh sama ada nak goreng mee atau mee hoon, atau nak buat rojak petis! Jarang sangat dibuat sayur goreng, sebabnye .... malas nak petik ekor taugeh! Nak makan pun malas .... teruknyeeee ..... tapi kali ni 'angin rajin' datang pulak! Tu yang masak taugeh goreng tuhhh!!!! Ok, penatkan baca akak membebel kat sini, jom tengok resepi yang senang banget ni .... makan ngan ikan goreng dan nasi panas-panas memang sodapppp!

TAUGEH GORENG
  • 500 gm taugeh - buang ekor, cuci dan toskan
  • 2 sudu besar udang kering - rendam sekejap, toskan dan tumbuk halus
  • 1 mangku kecil udang basah (optional) - akak tak letak pun
  • 1 batang lobak merah - potong lidi mancis
  • 1 biji bawang besar - mayang sederhana kasar
  • 1 batang lada merah - hiris serong
  • 1 batang lada hijau - hiris serong
  • 1 keping kek ikan - potong sederhana nipis
  • 1 sudu teh bawang putih kisar*
  • 2 sudu besar bawang merah kisar*
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar bertanda * dan bawang besar hingga wangi.
  • Masukkan udang kering dan lada hiris, kacau rata dan biar hingga garing sedikit.
  • Masukkan udang basah, kek ikan, garam danserbuk perasa, kacau rata.
  • Masukkan lobak merah, biar seketika.
  • Akhir sekali masukkan taugeh, kacau rata dan padamkan api.
  • Angkat dan hidangkan.
Kalau suka boleh jugak di campur dengan daun kucai yang dipotong lebih kurang 1.5 inci panjang, dan tauhu yang dipotong kecil dan digoreng dahulu sebelum dicampur ke dalam sayur taugeh semasa menggoreng. Selamat mencuba ....

-InaChomel-

Wednesday, January 18, 2012

PAPRIK AYAM

Salam sume,

Azan Zuhur baru aje lepas berkumandang di masjid sebelah bangunan ni ....

Sekarang ni surau kat dalam ofis ni sedang dinaiktaraf! Jadik kena le ke masjid untuk solat. Jauh sikit kena jalan ke sana. Kalau masa sihat kelmarin, tak de masalah untuk akak jalan ke sana, tapi dalam keadaan sekarang ni yang dalam proses pemulihan, jalan sekangkang kera pun rasa jauh sangat!

Nak ke toilet di Aras 4 pun tunggu betul2 nak terkucil baru akak pegi. Ini semua gara2 kerja2 renovation dan upgrading kat ofis ni ... susah rakyat jelata kat sini yang nak melepas hajat dan menunaikan solat!

Untuk hidangan malam nanti dah ada menu istimewa? Kalau nak berubah selera, sekali-sekala apa salahnye mencuba sesuatu yang lain dari biase! Lauk ni memang feveret anak-anak kat rumah! Kalau makan kat luar, Iman punye menu feveret. Tak pernah tukar menu lain, sangat setia dia meng'order' nasi goreng paprik! Puas pujuk untuk cuba order makanan lain, tak diendahkannye .... kecuali kalau gi KFC je dia akan makan ayam, kalau tak memang ni ler pilihan dia ....

Lauk ni kalau masak sendiri lebih muai. Akak pun kalau dah mati akal apa nak dimasak, pun selalu gak masak lauk ni ... biasanye kalau ada lebih daging ayam 3-4 ketul tu, maka nak kasi muai, akak bubuh sayur lebih sket ..... ok, cakap banyak pun tak jadik, meh tengok resepi ni .....

PAPRIK AYAM
  • 4 ketul daging ayam - ambil bahagian isi dan potong kecil2.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4-5 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2 batang serai - dititik
  • 6 sudu besar lada kering kisar
  • 7-8 batang cili padi - belah dua
  • 1 paket putih jagung - potong serong
  • 5 batang kacang panjang - potong 1 inci panjang
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 1 batang lobak merah - potong lidi mancis
  • 1 biji tomato buah - potong lapan
  • 5 helai daun limau purut - koyak kasar2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomoto
  • 1 labu bawang besar - potong bulat
  • Sedikit air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis serai dan bahan bertanda *. Goreng hingga wangi, masukkan cili padi.
  • Masukkan lada kering kisar dan masak hingga terbit minyak dan bau wangi terbit. Masukkan daun limau purut dan bawang besar mayang.
  • Masukkan sos tomato dan sos tiram, gaul rata dan perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masukkan isi ayam dan biar empuk seketika. Tambahkan sedikit air untuk dapatkan kuah.
  • Bila ayam dah empuk, masukkan sayuran, gaul seketika, dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.
* Lauk nasi paprik ni mesti ada rasa pedas, masam dan manis yang tidak keterlaluan.

Lebihan kuah pada kuali digaulkan dengan nasi putih. Kalau kurang kuah, ambil sedikit kuah pada lauk paprik dan gaul pada nasi rata2. Angkat dan hidangkan.

-InaChomel-

SOTONG ORIENTAL

Salam sume,

Selamat pagi dan salam sejahtera. Semoga hari ini adalah hari yang lebih baik dari hari semalam, dan semoga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNya.

Hai, macam mana hari ni? Ok tak? Hari ni mungkin akan menjadi hari yang agak sibuk sikit buat akak. Petang ni nak ke Hospital pasal abah akak kena buat angiogram sekali lagi ari ni. Mudah-mudahan Allah s.w.t permudahkan segal urusan untuk abah! Sebelum ni dah cuba buat, tapi gagl sebab doktor kata saluran darah ke jantung dah tersumbat 100%. Susahnya pasal abah akak tu suka makan makanan yang high kolesterol, bab makan ni dia susah sikit nak berpantang!

Ringkas aje untuk ari ni, akak nak share resepi yang akak dan beberapa kali cuba dari dapur Mat Gebu. Rasa sotong ni memang sedap, makan ngan nasi panas, sayur goreng dan ikan goreng! Hummmm tak tau nak bayangkan macam mana sedapnye. Cuma kena hati2 dengan sukatan sos ikan dan garam. Since sos ikan dah masin, akak tak guna langsung garam. Kalau nak cuba masakan ni, kena letak sikit dulu sos ikan tu, kalau kurang masin, barulah tambah lagi. Yang pasti lauk ni memang tak menghampakan tekak kami sekeluarga! Cuma Iman aje yang tak berapa suka, dia kata pedas, tak macam biasa akak masak (selalu akak masak sotong sambal dan goreng kunyit aje). Anyway .... no harm trying ... all the best!

SOTONG ORIENTAL
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong
1 tangkai daun kari
5 biji bawang merah, hiris halus
3 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 biji green capsicum, dipotong
1/2 biji red capsicum, dipotong
5-6 biji cili padi, diketuk (optional)
Gula dan garam secukup rasa

BAHAN SOS :-)
2 camca besar pes tomyam (mat guna jenama "LIFE")
2 camca teh serbuk kari ikan
1 1/2 camca besar sos tiram
2 camca teh sos ikan (nampla)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)

Sotong, dipotong, cuci bersih dan celur sekejap, angkat dan toskan. Bahan2 sos, disatukan dan kacau menjadi pes. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi dan layu.
Masukkan bahan sos tadi dan kacau, tumis selama 3 minit dengan api perlahan. Masukkan sotong bersama red dan green capsicum serta cili padi. Kacau rata. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap hingga sayur masak.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera...

-InaChomel-

Tuesday, January 17, 2012

PUDING KASTARD & JELI MANGGA

Salam sume,

Sekejap aje dah tengahari ye .... kalau tengah busy, memang tak perasan masa berlalu dengan begitu cepat sekali.

Permulaan 2012 ni macam-macam dalam kepala ni fikir nak siapkan kerja yang dah lama tertangguh! Tetiba ofis akak lak nak apply konsep 5S. Aduhai .... kena cari masa untuk mengemas barang nih!!! Dah hampir 1 tahun pindah department, masih ada kotak yang tersimpul rapi, tak sempat nak kemas lagi!!!! Bila ler masa yang sesuai nak mengemas ni???? Macam kena masuk ofis jer hujung minggu ni, kalau nak harap masa kerja memang tak sempat punye .....

Nak amal konsep orang Jepun ni kena banyak sabar. Jangan seminggu dua aje meja nampak kemas, lepas ru balik asal semula! Mau pengsan dibuatnye, penat mengemas belum hilang, dah selerak semula .......

Biasalah, kisah pejabat ni kadang2 membosankan, tapi kadang2 membuatkan kita rajin dalam bab kemas-mengemas ni. Tapi nak betul khusyuk buat keje pun tak leh gak, kena jaga mood dan perasaan jugak sekarang ni!!!

Memasak salah satu alternatif akak bila boring! Bukannya rajin sangat, tapi bila memasak tu rasa puas. Puas sebab, walau pun penat, tapi perut kenyang dan dapat rasa masakan yang belum pernah kita rasa sebelum ni .... ni kalau try resepi baru ler ..... Tapi kali ni akak bukan nak share resepi baru, cuma dah lama tak buat puding kastard ni, jadi kebetulan nak pulangkan mangkuk jiran sebelah, maka akak pun buatlah puding ni .... meh kita tengok resepi ni .... mudah jer .....

PUDING KASTARD & JELI MANGGA

Puding :-
  • 2 cawan tepung kastrad - brand Bird's
  • 12 cawan bancuhan susu - bancuhan 1 1/2 tin susu pekat bersama air suam yang menjadikan sukatan 12 cawan
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 ting koktel buah-buahan - hiasan

  • Masukkan tepung kastard dalam periuk dan bancuh sedikit demi sedikit dengan bancuhan susu suam.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masak hingga pekat (tekstur puding bila diceduk dengan senduk akan jatuh bertali). 
  • Sudukan puding ke dalam bekas yang telah dibasahkan dengan air supaya mudah untuk dikeluarkan nanti.
  • Bila telah hampir sejuk, masukkan acuan yang telah siap diisi dengan puding ke dalam peti sejuk.

Kuah puding :-
  • 3 tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 4-5 tin sukatan air
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji telur - pukul sedikit
  • Gula - ikut suka, tapi jangan terlalu manis
  • Masukkan ke semua bahan kecuali gula dalam periuk dan masak atas api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan supaya susu kelihatan berbintik-bintik.
  • Masukkan gula ikut citarasa.
  • Masak hingga pekat sedikit dan mendidih.
  • Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Jelly mangga :-
  • 1 kotak jelly mangga - jenama Nona
  • 400 ml air
  • Masak campuran serbuk jelly dengan air hingga larut dan mendidih.
  • Tuang ke dalam acuan, biarkan sejuk dan masukkan dalam peti sejuk.
Cara penyediaan :-
  • Masukkan puding dan jelly ke dalam mangkuk. 
  • Tuang kuah puding. 
  • Sudukan koktel buah-buahan sebagai hiasan sampingan.
  • Sedia untuk hidangan.

Makan bersama jelly akan menjadi rasa puding ini lebih sedap dan nyaman kerana akan ada rasa masam, manis dan kesejukkan jelly yang lembut ini memang enak. Selain perisa mangga, ada juga perisa oren, dan strawberi. Boleh pilih mana yang kita suka!

Cubalah ... pasti tak rugi! Anak akak sangat mengemari jelly dan puding ini dimakan bersama, katanya sedappppp .... Sememangnye puding sedap dimakan semasa sejuk pada keadaan cuaca yang panas sekarang ni .... nyaman sekali!!!

-InaChomel-

Monday, January 16, 2012

SIRAP BANDUNG

Salam sekali lagi ....

Ehh .... macam tak keje lak, asyik mengepos N3 jer ari ni???

Sebenornye keje melambak .... sendiri yang saje2 jer curi tulang! Bunyinye macam malas bebenor jer yea!

Bukan malas, tapi mencari ruang sekejap untuk release stress dan melegakan sakit belakang yang semakin menjadi2 ni ...... air-cond kat ofis ni macam nak membunuh orang ... sejuk bebenor sampai ke tulang rasa sejuknye!!!

Dalam cuaca yang agak panas kat luar tu ari ni setelah beberapa hari cuaca agak mendung walau pun tak hujan, minum minuman yang sejuk lagi berais macam ni memang ler sodap! Tapi lepas tu kalau batuk tak berhenti jangan ler merungut yea ... tanggung sendiri lah jawabnye.

Ok le .... cuba tengok cara mudah nak sediakan minuman ni. Dah lama akak tak minum sirap bandung, tetiba teringin pulak!

SIRAP BANDUNG
  • Cincau - diracik atau dicincang
  • 1 kotak besar fresh milk
  • Ketulan ais
Pati sirap ros
  • Gula pasir
  • Esen ros
  • Pewarna merah
  • Air panas
*Bancuh kesemula bahan ini dengan air panas.

Cara penyediaan :
  • Masukkan cincau ke dalam jug.
  • Tuang fresh milk.
  • Masukkan pati sirap, kacau dan masukkan ketulan ais. Sedia untuk diminum.
Senang kan? Akak saja gunakan fresh milk, sebab tak nak terlalu manis kalau guna bancuhan susu pekat! Pasti anak2 suka. Kalau sukakan rasa yang ber'gas' boleh gantikan pati sirap ros dengan Mirinda perisa strawberry. Akak tak berap gemar air ber'gas' dan kebetulan Iman pun tak minum air ber'gas', makanya akak gunakan pati sirap ros aje .... Selamat mencuba!

-InaChomel-

CHEESE MUFFIN

 
Salam sume,

Indahnye cuaca di luar sana .... dah petang macam ni baru ada sedikit ruang nak ber'blog' untuk hari ni! Kengkawan sume sihat ke? Mudah-mudahan semuanya sentiasa berada di dalam rahmat Allah s.w.t.

Siaran petang ni akak nak share satu resepi yang mudah sangat nak disediakan. Rewang2 kat dapur CT Delima, terjumpa resePi mudah ni. Rasa muffin ni not bad, cuma akak rasa kalau bebudak mungkin tak berapa gemar sebab biasanye muffin sifatnya manis. Tapi yang ni ada rasa masin sikit dan juga sedikit rasa manis. Tapi kalau dipadukkan muffin ni dengan masakan barat seperti chicken chop atau steak atau fish chip atau ayam goreng ala KFC, akak rasa masih boleh masuk tekak lagi dan ok. Sebenarnye sedap muffin ni, pada akak tak de yang kurang dari segi rasa, cuma sesetengah orang kalau tak biasa makan masakan barat dengan gandingan muffin, mungkin terasa janggal. Tapi kalau makan ayam panggang Kenny Rogers, pasti ada muffin kan? Lebih kurang gitu ler .... tapi akak suka rasa muffin ni, sesekali berubah selera apa salahnye kan? Satu aduan dapat lebih kurang 14 cup saiz sederhana seperti yang akak gunakan. Cubalah .... makan masa panas-panas, terasa keenakkannya ...... CT, akak share dengan yang lain ye .... tq.

Cheese Muffin
Resipi : Sexy Chef
Diolah : Che CT

Bahan Kering :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar baking powder
  • 3 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu teh garam
Bahan Basah :
  • 1 biji telur gred A
  • 1 cawan susu segar/ susu cair
  • 1/2 cawan minyak jagung / minyak masak

1/2 cawan cheddar cheese - diparut

Cara-cara :
1. Ayak bahan kering tepung - baking powder - gula kastor dan garam. Ketepikan.
2. Di mangkuk lain campur bahan basah telur - susu - minyak. Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.Tak perlu hingga kembang.
3. Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata. Tak payah gaul lama sangat sekadar bercampur saja.
4. Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga tercampur rata.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung. Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh. Tabur sedikit parutan cheddar cheese diatas nya kalau suka.
6. Panaskan oven 180 - 200C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga muffin masak.

NOTA : Muffin memang termasuk kuih yang padat dan agak keras. Membuat muffin, telur tidak perlu dipukul, cukup dipukul dengan hand whisk saja. Suhu oven sebaiknya tinggi, 180 - 200 C. Panaskan oven dahulu selama 15 minit. Bila dah masukkan adunan muffin baru turunkan suhu oven. Insya'Allah si muffin akan menjulang dengan cantiknya.

-InaChomel-

Sunday, January 15, 2012

THE SMURFS - MONOPOLY JUNIOR

Salam sume,

Malam ni terajin lak nak update blog ni .... sebenornye saje2 aje ... dah penat baring dan berehat, rasa nak berblog lah pulak!

Siang tadi akak, hubby dan Iman ke kubur, menziarah arwah Mohammad. Lagipun ari Khamis baru lepas ni, kubur arwah anak kami siap dibuat kepok dan dinaikkan nisan. Abah akak yang tolong uruskan sebab akak keje. Jadi tengahari tadi baru kami sempat berziarah! Alhamdullillah, semuanya berjalan lancar dan kemas hasil kerja pakcik yang kami upah untuk siapkan dan pasang kepok kubur. Sayu hati akak setiap kami berziarah ke kubur. Hampir setiap minggu akak dan suami menziarah kubur anak kami! Walau pun sekejap, kami cuba pastikan kami luangkan masa untuk berziarah pada setiap minggu!

Selesai di kubur, kami singgah sekejap ke Plaza Angsana, ada buku yang dah lama akak tunggu nak beli, kebetulan kelmarin dah habis stok, tapi tadi tak menghampakan! Alhamdullillah, buku yang dihajatkan ada! Bila bawa Iman sekali, jawabnya banyak ler bende yang kena angkut sekali! Antaranya, mainan Monopoly Junior The Smurfs! Pasal tak berapa mahal, jadi boleh le Iman sambar mainan ni ...... Cukai sampingan adalah buku latihan untuk tahun 3! Sambil tu dah alang2 ada kat Angsana, akak singgah ler kedai Migo, aksesori untuk wanita. Lepas tu singgah lak KIP Mart, beli sayur, next week my hubby keje shift malam, so tak de masa nak singgah banyak tempat! Kat sini kena pow jam tangan lak dengan Iman. Jam RM12 jer .... entah berapa lama lah pulak umur jam tangan ni ... kali ni jam Mickey Mouse pulak!

Balik dari aktiviti ronda, kaki sakit dan dah mula bengkak .... sudahnye rehat santai atas katil sampai petang sebab nak susutkan bengkak di kaki! Tulang belakang ni pun tiap2 hari sakit ... itulah kesan ubat! Kena lah bertahan buat sementara waktu ni selagi masih makan ubat! Sabar itu separuh daripada iman ... mudah-mudahan akak tergolong di kalangan orang2 yang beriman dan sabar. Doakan semoga akak cepat sihat dan dijauhkan dari segala sakit yang memudaratkan kesihatan akak yea ... Amin ......

Oklah ... sekian dulu untuk malam ni, esok kalau ada masa kita sambung sembang ye .... Selamat Malam dan Assalammualaikum buat semua pembaca setia akak ... Wasallam!

-InaChomel-

Wednesday, January 11, 2012

PAI SHEPHERD

Salam sume,

Hai, pagi yang indah walau pun agak mendung dan sedikit gerimis ..... baju kat umah dah berbakul tu tunggu giliran nak masuk mesin, tapi cuaca asyik mendung jer .... bila ler baju nak kering ni ......

Awal tahun ni kalau keje gomen, busy nak buat penilaian SKT staf. Akak ada 5 orang staf yang nak dinilai sebabagi penilai pertama. Emosi kena jaga masa nak beri markah, tak nak nanti emosi menguasai dir .... lingkup dibuatnye!!! Merana ler orang seliaan akak nanti ......

Ok, berbalik pada kisah dapur! Kali ni nak share satu resepi yang tak kurang hebatnye yang akak dapat dari buku masakan terbitan PTS. Sedap dimakan masa panas-panas. Cuma resepi inti tu akak buat sendiri bukan dari buku masakan. Tak rugi mencuba, memang sedap! Ok, jom kita jenguk respi ni, nampak macam susah tapi senang banget sebenornye .......

PAI SEPHERD
Sumber : Senangnya memasak ... makanan barat bersama Chef Hanieliza

Bahan A
  • 500 gm daging/ayam cincang
  • 3 batang sosej ayam/lembu - potong nipis
  • 1-2 biji bawang holland - potong dadu
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga garing.
  • Masukkan sosej dan biar seketika.
  • Masukkan daging/ayam cincang. Gaul rata.
  • Masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  • Masak hingga daging/ayam agak empuk.
  • Masukkan bancuhan air tepung jagung. 
  • kacau rata dan biar hingga pekat dan kering sedikit.
  • Angkat dan ketepikan.
Bahan B
  • 1 kg kentang - dipotong lapan dan rebus hingga lembut, kemudian toskan.
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Garam halus
Cara penyediaan :
  • Lecek kentang yang telah direbus dan gaulkan dengan susu segar, garam halus, mentega dan serbuk lada sulah.
  • Apabila telah sebati, masukkan sedikit kentang ke dalam bekas aluminium.
  • Masukkan inti, dan tutup semula inti dengan kentang lecek. Ratakan permukaan pai dan hias dengan hirisan lada merah.
  • Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 200 darjah C atau sehingga keperangan.
  • Sedap dimakan ketika masih panas.
 Memang sodapp .....

-InaChomel-

Tuesday, January 10, 2012

ROJAK PETIS

Salam,

Hai .... dah lama tak menulis, ari ni macam banyak idea lak nak share ngan korang! Lagipun nak adjust semula mood yang dah lama berehat kat umah! Nak kasi segar dan refresh!

Tadi, akak baru dapat MMS dari Maxis .... rupa-rupanye, siput boleh tido selama 3 tahun! Wowww ... kalau manusia tido selama tempoh tu, mau bangun tido je dah siap dibungkus dan tido buat selamanye ..... fakta yang menarik! Kadang-kadang kita tak pernah ambil tahu tentang perkara macam ni, tapi kalau kita bagus dalam general knowledge, itu satu kelebihan untuk diri kita.

Ok, tak nak bebel panjang petang ni, just nak post satu resepi yang semua orang suke kat umah akak. Cuba buat untuk masakan sampingan selain dari menu utama. memang sedap, pembuka selera! Kalau buat kuah rojak ni lebih, boleh simpan lama dalam fridge, tak payah simpan dalam freezer, memadai di bahagian biasa aje ... cubalah, tak rugi punye .....

ROJAK PETIS

Sayuran
  • Timun
  • Sengkuang
  • Tauhu - digoreng garing
  • Taugeh - dicelur dan toskan
  • Kangkung - dipotong dan celur, kemudian toskan
  • Nenas
Kuah Rojak
  • 1 kg kacang tanah - digoreng, toskan dan kisar @ tumbuk kasar-kasar. Asingkan 1 cawan untuk ditabur pada hidangan.
  • 2 botol kecil petis udang
  • 1 bungkus cili padi merah - dikisar halus bersama kicap manis (sukatan kicap manis sekadar membolehkan cili padi boleh dikisar dengan halus sahaja)
  • Kicap manis
  • Bawang putih kisar - 2-3 sudu besar
  • Jus limau kasturi - 20-25 biji
  • Gula
Cara penyediaan :
  • Masukkan kacang tanah goreng yang telah dikisar ke dalam bekas yang sesuai untuk digaul.
  • Masukkan petis dan bawang putih kisar (jangan masukkan semua bawang putih ini, masukkan 1 @ 2 sudu dahulu, kalau kurang rasa, boleh ditambah).
  • Masukkan cili padi yang telah dikisar bersama kicap manis. JANGAN masukkan semua, masukkan sedikit-sedikit dahulu supaya rasa pedas kuah rojak dapat dikawal. Kalau kurang pedas, boleh tambah lagi. Lebihan kisaran lada padi dan kicap ini boleh disimpan dalam fridge untuk kegunaan lain seperti kuah cicah goreng pisang!
  • Kacau rata.
  • Masukkan kicap manis. Agak-agak, jangan terlalu cair kerana akan dimasukkan jus limau kasturi.
  • Masukkan jus limau kasturi dan gula. Apabila membancuh kuah rojak, kena pastikan rasa kuah rojak ada rasa pedas, masam dan manis. Yang mustahak, rasa petis udang tu mesti ADA. Kalau kurang petis udang, kuah rojak kurang sedap. 
  • Gaul rata. Boleh tambah mana-mana yang kurang seperti rasa pedas, rasa manis dan juga rasa masam. Kalau kurang rasa bawang putih, boleh tambah sedikit lagi, tapi jangan terlalu banyak sebab akan terbit rasa maung yang kurang enak untuk kuah rojak ini. Kuah rojak juga tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Kuah rojak yang terlalu cair apabila digaulkan dengan sayuran akan menghasilkan rojak petis yang kurang enak kerana air juga akan dihasilkan dari sayuran.
  • Satukan sayuran yang telah dipotong atau dihiris dalam mangkuk dan curahkan dengan kuah rojak mengikut citarasa. Kalau sukakan kuah yang banyak, boleh letakkan lebih. Akhir sekali, boleh taburkan dengan kacang tanah goreng untuk rasa lemak yang extra!
Pengalaman akak buah kuah rojak ni, mula2 dulu fail jugak, bila buat untuk kali kedua, dah dapat detect kat mana yang kurang. Biasanye akak akan standby extra limau kasturi dan juga petis udang jika terkurang apabila merasa kuah rojak ini. Selamat mencuba!

-InaChomel-

STEAMED CORN ... MY FAVERET!

Salam sume dan selamat tahun baru ...

Rasanye dah agak lambat nak wish happy new year, tapi baru 10 hari masuk tahun 2012 ... masih muda lagi .... ada 300 ++ hari lagi yang akan kita lalui sepanjang 2012 ni!

Doa akak semoga tahun 2012 dan seterusnye memberi kesejahteraan buat kami sekeluarga, especially dikurniakan kesihatan yang sihat supaya kami sekeluarga dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh ketabahan dan kesyukuran. Ya Allah semoga Engkau melindungi kami sekeluarga dan memperkenankan doa kami, dan juga untuk korag sume ... InsyaAllah! Mudah-mudahan kita semua tergolong dikalangan insan yang sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t.! Amin .....

OK, rasanye ini entri pertama untuk tahun 2012! Dan hari ni akak baru kerja semula selepas diberi MC seminggu oleh doktor! Nak kata sihat 100%, belum lagi, tapi, alhamdullillah ... syukur kepada Allah, akak masih diberi kudrat untuk datang bekerja hari ini. Walau pun masih ada rasa sakit, especially pada bahagian sendi, tapi mulut akak masih riuh macam biasa! Sakit pada bahagian sendi tu memang biasa hasil dari kesan pengambilan Acitretin! Doktor pun dah pesan, ini salah satu kesannya, jadi lepas ni kena ler gi farmasi cari Vitamin D 600mg sebagai supplement kepada kesihatan akak sekarang ni!

Dalam diam, dah hampir 3 minggu akak berpantang macam orang bersalin lengkap 9 bulan! Nak MC lama-lama pun tak boleh gak! Duduk kat umah fikiran ni asyik fikir yang bukan-bukan aje, kadang-kadang bila duduk termenung tu meleleh air mata ni, terkenangkan apa yang akak lalui sejak akhir-akhir ni! Ehhhh ... meleleh lak airmata ni .... tu yang malas nak cite pasal kesihatan akak sekarang ni..... sedih memanjang!

Key lah, jom cite pasal dapur! Kali ni nak share resepi mudah tapi kita jarang terfikir nak buat sendiri! Akak pun bila dok boring kat umah kelmarin, baru terfikir nak buat sendiri jagung kukus ni. Kalau beli 1 cup tu macam tak cukup jer ... Kepada yang kongsi minat dan citarasa yang sama ngan akak, cuba buat sendiri kat umah, muai dan boleh dimakan sebanyak mana yang korang suka! Jom tryyyy .....................

STEAMED CORN
  • 500 gm isi jagung
  • Mentega
  • Susu pekat
  • Sedikit garam halus

Cara penyediaan :
  1. Panaskan kukus sehingga air mendidih.
  2. Masukkan isi jagung dalam bekas tahan panas atau jaringan yang sesuai.
  3. Kukus isi jagung hingga lembut (lebih kurang 10-15 minit).
  4. Toskan isi jagung dan tuang dalam mangkuk yang sesuai untuk mengaul.
  5. Masukkan mentega dan susu pekat. Gaul rata.
  6. Jika kurang masin, tambah sedikit sahaja garam halus.
  7. Bila siap, cedukkan dalam mangkuk dan hidangkan. Rasa jagung kukus ni mestilah lemak dan manis, jadi agak-gak ler bila masukkan mentega, cuba masukkan 2 sudu besar dahulu sebelum ditambah ikut selera masing-masing!
Selamat mencuba! Musim hujan ni sedap makan jagung kukus ni ......

-InaChomel-