Thursday, April 18, 2013

BUTTERED PRAWN ... SEDAP TAPI TAK BERAPA JADIK & KISAH DI CENDOL HOUSE

Salam,

Hai, dah lama tak bersiaran sejak berada dalam situasi boring dari Jumaat lepas! Well, kesibukan kerja jugak membuat akak tak dapat nak bersiaran! Ade jer mende yang dibereskan! Bukan ler orang penting pun, tapi dalam pada tak penting tu, berguna jugak ler .....

Last Saturday akak pergi ke Tmn. Molek, sebab S3 akak problem. Bila charge tak penuh2, lebih dari 6 jam baru ler penuh! Jenuh menunggu! Since under warranty, akak gagah jugaklah cari servis centre kat situ! Jumpa! Bila pergi jalan bawak si budak Iman, pastinye bila menjelang tengahari dia akan bersuara .... Laparrrrr ....... Jadik, akak pun cuit pakwe akak! Dia senyum jer .... dah tau dah! So akak cadangkan kita gi makan yang ringan2 jer kat satu tempat ni pasal sebelum keluar rumah tadi akak dah siap masak untuk makan tengahari. Dan kami planned lepas settle kat Tmn. Molek, akak akan terus ambil my dotter yang ada game netball kat sekolah!

So akak ajak ler gi minum cendol kat Cendol House area Kg. Melayu Majidee. Itupun pasal akak baru aje terbaca N3 dari Azlita Masam Manis minggu lepas. So kita orang pun carik le tempat tu .... punye excited nak gi sana sampai terlepas pandang gerai tepi jalan yang jual cendol tu. Rupa-rupanye gerai tu terletak betul2 di persimpangan Jalan Utama. So, bila pusing semula, baru perasan! Iman bukan main suke lagi. So, lepas dapat parking kita orang pun pilih tempat yang sesuai! Iman kata nak makan nasi lemak, so akak suruh dia ambik sendiri dalam bakul yang dilabel dengan nasi lemak. Kita orang order cendol, jemput2 ikan bilis dan goreng pisang. Lepas tu akak teringin lak nak makan mee goreng. Akak pun suruh Iman ambik sebungkus! Nampak jer macam mee goreng bodo, tapi terasa sedapnye! Wahhhh ... dalam hati akak dah aim, boleh datang lagi ni! Pun berbaloi makan kat sini! 

Siap makan, kita orang pun mula ler nak gerak balik. Tetiba akak ternampak tuan punye blog Masam Manis datang dari arah tangga sebelah tepi warung ni!!! Tergamamlah pulak! Macam terserempak ngan artis ngko! Masa berselisih dengan Kak Ita, akak senyum jer kat dia, malulah pulak nak tegur! Kecil molek orangnye. Dalili pun ada sama, comel jer budaknye ..... tak sangka budak kecik pandai masak jugak. Selalu tengok gambo dia kat blog maknye aje! Kalau Kak Ita baca N3 saya ni, perasan tak kat saya! Yang saya ingat masa tu Dalili pakai tudung hitam dan baju t yang sama macam yang di kebun sayur tu!!!! Pakwe akak tanya, nape tak tegur??? Malu ler .... macam tergamam, tak tau nak cakap ape!!! Kak Ita jangan salah faham ye, saya ni kalau jumpa orang yang glamer memang saya segan sket nak tegur! Maklumler, sebab saya tak glemer ........ kwang, kwang, kwang, kwang .... acah jer .... jangan marah eeaaa ...... Gambo2 masa makan kat warung tu ada akak upload kat FB, kalau sudi silalah ke sana ye ....

Oklah ... itu cite minggu lepas yang boring tapi di akhiri dengan moment indah terserempak dengan Kak Azlita dari blog Masam Manis!

Untuk hari ini, akak nak share masakan semalam yang try masak! Kalau tengok rupa macam tak jadik langsung, tapi bila tanya pakwe akak dia kata sedap, cuma agak muak sket pasal masak guna susu cair sepenuhnya dan mentega. Ini kali pertama try buat kiraian kuning telur tu .... tak macam sarang pun! Next akak nak try lagi! Tapi masakan ni tak leh masak selalu ... kolesterol tinggi tuhhhh!!! Yang bersarang kat badan ni pun masih kena control lagi! Ok .... jom tengok resepi ni, kalau rasa-rasa nak try boleh ler cuba, kalau tak confident, cubalah cari kat internet, ada yang lebih baik lagi dari yang akak try ni ......

BUTTERED PRAWN
  • 1 kg udang - potong ekor dan muncungnye, cuci bersih dan toskan. Goreng separauh masak dengan 1 senduk minyak dan ketepikan.
  • 1 tin susu cair
  • 20-25 biji cili padi - dihiris bulat nipis-nipis
  • 3 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar bawang outih kisar
  • 2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 3 biji kuning telur - dipukul sedikit.
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak dan mentega.
  • Tumis bawang putih hingga wangi.
  • Masukkan cili padi dan daun kari dan tumis lagi hingga harum semerbak bau daun kari tu.
  • Masukkan susu cair dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Jangan terlalu banyak garam sebab mentega pun dah agak masin!
  • Biarkan kuah mendidih dan pekat sedikit. Kalau sukakan kuah, jangan biarkan kuah kering.
  • Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan. Tabur dengan kuning telur yang digoreng tadi.
Kuning telur goreng
  • Panaskan 2 senduk minyak.
  • Bila minyak dah panas, ambik senduk dan kacaukan minyak dalam kuali semasa mencurah kuning telur sehingga selelsai. Proses mengcau kuning telur ini mestilah berterusan! Angkat dan toskan minyaknya bila kuning telur ini telah bertukar warna kuning keemasan.
Senang jer kan! Tapi kalau first round failed, jangan putus asa, cuba lagi. Rupa paras tak berapa nak penting, yang penting rasa mesti sedap!

-InaChomel-

Friday, April 12, 2013

TAK MALU BETUL ....

Imej Ihsan Yahoo
Salam dan selamat malam,

Seperti yang akak katakan ... hari ni memang hari boring!!! Boleh dikatakan ari ni memang mood kerja tak ada! Nasib baik tadi ada geng akak yang call kat tempat akak sedang bekerja ni. Lebih kurang 1 jam kita orang sembang, kebetulan pulak memang tak ada orang ganggu akak kat sini, so terubat juga rasa boring dan benggang akak malam ni!

Tapi!!!! Lepas selesai solat Maghrib dan makan malam tadi, akak sambung semula kerja! Tapi memang hari ni mood hilang abissss .... gilerrr punye boring! Dalam pada tengah boring tu, 2 ekor 'burung merpati' yang guna laptop kat depan meja akak ni bergurau senda macam orang dah kahwin! Maaf cakaplah! Si budak pompuan ni mengada lebih-lebih, pegang tangan budak jantan nih! Si jantan ni pun suke jer lerrr. Dah lah tu tergedik-gedik! Kalau orang lain tengok pun menyampah! Orang lain pun bercinta jugak, tapi selama akak berada kat sini,, akak tengok budak pompuan ni 'terlebih' gatal! Bertepuk tampar dengan si jantan ni lebih-lebih sangat! Tak malu betul!!! Mula-mula akak ingat student chinese sebab budak pompuan tu putih macam cina dan tak pakai tudung! Tapi bila masa dia berdua sedang bergurau, tetiba ada barang jatuh, baru akak perasan kedua-duanya budak Melayu! Memalukan betul!!!! Akak pandang jer budak dua tu, yang jantan tu toleh, lepas tu tunjuk muka bersalah! Yang pompuan tu buat dekkk jer ... eeiii mamang tak malu betul ler. Yang jantan tu memang tak rugi apa pun ... suke agaknye kena raba-raba ngan budak pompuan tu ....

Haiii.... kenapalah ari ni penuh dengan bende-bende yang membosankan!!! Agaknye keluar rumah masa pergi kerja tadi lupa baca bismillah agaknye !!!

-InaChomel-

BORINGGGNYEEE ....

Imej Ihsan Yahoo
Salam sume ....

Petang ni masa berlalu terasa sangat lambat!!! Dari jam 5 ptg tadi, sampai sekarang ni baru 45 minit akak mulakan tugas malam untuk bulan ni! Sungguh boring!

Ari ni pun akak masuk pejabat aje dah benggang semacam dengan pengurusan kat sini! Haiii ... bebudak muda sekarang  ni, sorry to say ... may be bukan semua yang berperangai macam yang ada kat ofis ni, tapi gara-gara segelintir yang berperangai macam 'bagus' sangat ni, tanggapan orang memberi perspektif kurang menyenangkan buat mereka nih!!! Bukan kerana kita ni pegawai, tapi kalau dah memang itu kerja ngko, boleh tak buat kerja tu dengan sebaiknye. Kalau dah kerja ngko pegawai yang buat, bak mai sini gaji ngko tu! Akak yang kena buat ni pun puas hati, kerja tu akak buat, gaji pun akak dapat! Ni baru kerja macam tu dah tunjuk lagak macam pegawai! Hangin akak hari ni tau!!! Mau ada yang kena herdik ngan akak kalau salah tune! Tak pasal-pasal akak tertinggi suara ngan bos akak hari ni. Yang buat akak benggang tu, ini bukan kali pertama orang yang sama mengada-ngada mengarah semacam kat akak! Dah terkena sekali kita beringat! 

Akak selalu pesan kat diri sendiri, kita kalau bekerja dengan siap pun, respect tu kena ada! Kalau kerja dengan orang muda tapi berdedikasi dan berdisiplin, bagi akak tak salah kita yang lebih tua dan senior hormat kepada yang muda! Hormat-menghormati di tempat kerja ni satu perkara penting! Kadang-kadang orang muda boleh hilang hormat kat orang lebih tua kalau kita tak pandai bergaul dengan baik! Rasa akak rules yang sangat mudah! Unless kalau kita ada klik sendiri yang memang dah biasa dengan cara kita bergurau senda dan cara percakapan kita. Itu group kawan yang boleh kita bergurau dan meluang masalah jika kita perlukan orang lain untuk mendengar dan memberi pendapat! Bukan dengan semua orang kita boleh bicara tentang isi hati kita ni kalau tak kena dengan regunye!!!

Kepada yang muda belia tu, beringatlah ... tak rugi pun kita ni kalau pandai hormat kat orang lain! Tak payah nak tunduk-tunduk, senyum pun dah cukup. Kalau pandai berbahasa lebih baik! Hidup ni kena ingat, kalau kita buat baik, InsyaAllah yang datang pun baik! Wallahhualam.

-InaChomel-

Monday, April 8, 2013

SHEPPERD PIE

Salam sejahtera dan selamat pagi,

Pagi yang indah, matahari masih belum terik! Tapi bahang mentari tetap terasa! 

Sekarang ni, kalau nak keluar ofis rasa macam malas jer ... Dengan cuaca yang agak panas sekarang ni, memang tak selesa rasanye. Keluar sekejap aje dah rasa berpeluh, melekit rasa badan ni .... Anyway, kadang-kadang sebelah petang hujan pulak mula lebat! Tak semua kawasan di JB akan hujan! Ada ketika kat ofis cuaca ok, sampai rumah mak akak hujan bukan main lebat lagi!!!

Well, pagi ni akak nak share resepi yang kali ini kali kedua akak buat! Sedap for sure! Cuma kali ni akak tak buat dalam bekas kecil, purposely akak buat dalam bekas pai yang besar. Nak try pulak very large pan! Well tak mengecewakan, masih sedap dan garing! Cuma kalau suka nak tambah aksesori, I will suggest u to add cheese! Wow! Pasti sedap dan menyelerakan! Anyway ada lebih sikit aduan kentang ni, akak buat dalam 5 bekas pai kecil ... for my mum! So, for those who would like to try, do it now! Within one hr u able to finish it, but takes another 30-40 minutes for baked! Defintely nice and .... speechlessssssssss ..... 

PAI SHEPPHERD
Sumber : Senangnya memasak ... makanan barat bersama Chef Hanieliza

Bahan A

  • 500 gm daging/ayam cincang
  • 3 batang sosej ayam/lembu - potong nipis
  • 1-2 biji bawang holland - potong dadu
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam 
  • 1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan sedikit air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga garing.
  • Masukkan sosej dan biar seketika.
  • Masukkan daging/ayam cincang. Gaul rata.
  • Masukkan sos tiram, garam, serbuk perasa dan serbuk lada hitam.
  • Masak hingga daging/ayam agak empuk.
  • Masukkan bancuhan air tepung jagung. 
  • kacau rata dan biar hingga pekat dan kering sedikit.
  • Angkat dan ketepikan.
Bahan B
  • 1 kg kentang - dipotong lapan dan rebus dengan sedikit garam hingga lembut, kemudian toskan.
  • 1/2 cawan susu segar
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
Cara penyediaan :
  • Lecek kentang yang telah direbus dan gaulkan dengan susu segar, mentega dan serbuk lada sulah.
  • Apabila telah sebati, masukkan sedikit kentang ke dalam bekas aluminium.
  • Masukkan inti, dan tutup semula inti dengan kentang lecek. Ratakan permukaan pai.
  • Bakar dalam oven selama 30 minit pada suhu 200 darjah C atau sehingga keperangan.
  • Sedap dimakan ketika masih panas. But I prefer when it turns cold .....
-InaChomel-
 

Friday, April 5, 2013

UDANG KARI LADA HITAM

Salam sume,

Dah agak lama tak bersua ye! Sibuk ngan cuti sekolah, kursus dan tuntutan kerja membuatkan akak pun tak modal nak upload N3 kat blog nih!!!

Petang ni, curi masa sket! This week, 3 days attended course! Heavy topic! Nak muntah pun ada, pening pun bukan takat pening lalat lagi, agaknye pening langgau kut!!!

Minggu ni juga banyak kisah sedih yang akak dengar! Antaranya kisah Abil Fikri yang kehilangan isteri tercinta. Kisah Abil ni akak pernah tonton di TV3 kalau tak silap, dalam program MHI. Ingat2 lupe ler. Tapi ketabahan seorang suami yang sanggup berhenti kerja kerana ingin menjaga isteri yang sedang sakit bukanlah satu pengorbanan kecil. Sungguh bertuah isteri Abil, di saat suka dan duka, suami sentiasa ada di samping memberi sokongan, malah lebih dari itu yang jarang sekali kita dapat lihat sekarang ini! Tadi masa akak baca kisah Abil di Sinar Harian, bergenang jugak airmata ni. Teringat pulak masa akak sakit kelmarin, pakwe akaklah yang jaga akak kat hospital. Makan, pakai, sapu ubat, mandi, tidur dikerusi kat hospital! Kalau diingat2kan semula, memang terasa sayu hati ini! Masa sakit tu, nak pegang sudu untuk suap makanan ke mulut pun tak larat. Rasa segala kudrat dalam diri ini hilang sekelip mata! Bila dah sihat kembali sekarang ni, akak memang tak lupa pengorbanan suami buat akak! Tiada apa akak nak kata selain dari Terima Kasih yang tidak terhingga! Bila dah keluar hospital pun, nak ke sana sini akak gunakan kerusi roda. Jadi bila dah semakin sihat sekarang ni, akak memang rasa sangat bersyukur! Allah masih memberi peluang buat akak bersama dengan keluarga tersayang! Ada ketikanya bila bersembang dengan pakwe akak, selalu teringat cerita masa akak sakit dulu ....

Hari ni pun kat ofis ni ada juga khabar sedih tentang officemate akak yang disahkan mengidap penyakit SLE @ Systemic lupus erythematosus. Sejenis penyakit yang mana sistem imunisasi dalam badan kita menyerang tisu dan organ dalam badan. Itu sedikit maklumat yang akak baca dari internet! .... Ada satu dua lagi cerita sedih, tapi cukup setakat disini.

Rasanya petang ni akak tak nak teruskan lagi dengan cerita yang mengharukan perasaan korang! Tapi wajar kita beringat dengan segenap ruang dan peluang yang Allah masih berikan buat kita. Jangan kita lupa dengan segala nikmat yang telah kita dapat! Syukurlah di atas segala pemberianNya buat kita! Kecil atau besar, kita patut bersyukur! 

Ya Allah, syukur di atas rahmatMu buat kami, sesungguhnya kami insan yang sentiasa berbuat silap, semoga Engkau sentiasa memberi petunjuk buat kami dan keluarga kami. Sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang. Aku bersyukur di atas limpah rahmatMu buat kami semua ... Amin.

UDANG KARI LADA HITAM

  • 1 kg udang - potong muncung dan ekornya, cuci bersih dan toskan.
  • 1 paket kecil serbuk kari ikan - dibancuh dengan sedikit air, ketepikan.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 sudu kecil halia kisar*
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/2 paket santan serbuk dibancuh dengan sedikit air menjadi 1 mangkuk kecil santan pekat.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
  • Air

Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * dan daun kari hingga wangi dan garing.
  • Masukkan serbul lada hitam, serbuk kunyit, asam gelugur dan rempah kari, kacau rata dan biarkan garing.
  • Masukkan udang dan kacau rata.
  • Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan kecilkan api sedikit. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air untuk mendapat sedikit kuah.
  • Angkat dan hidangkan.

-InaChomel-