Thursday, December 12, 2013

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU ... TAK BOLEH TAHANNN ...

Salam,

Dah lama tak bersiaran ye!? Ini maybe entri pertama dan terakhir untuk Dis. 2013. Sibuk sangat ler hujung tahun ni dengan borang SKT --- ni untuk orang gomen jer ..., laporan itu, laporan ini .... pendek kata, hujung tahun ni selalunye memang tak cukup nafas .... mana dengan cuti2 Malaysia nye lagi, itu suara anak2 yang memang kemaruk nak berjalan bila tiba cuti sekolah!!! 

Hari ni akak nak upload N3 resepi mudah ni aje. Actually dapat resepi dari fb seorang rakan sekolah menengah dulu. Thanks to Shaza! Simple dan sedap. Semalam jumpa resepi ni kat fb, balik keje petang terus buat! Senang lah katakan! Beriya balik kerja singgah kedai beli keju pasal stok kat umah dah habis. So, kalau akak boleh, korang pasti boleh gak kan! Jom ....

ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Sumber : FB SHAZA

Bahan-bahan untuk inti :-
  • 300 gm daging cincang @ 4 kpg daging burger (dihancurkan) kalau nak daging lebih blh tmbh lg..
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 biji bwg besar
  • 1/2 paket perencah daging black paper maggi
  • sedikit air
  • garam
  • gula
  • minyak
  • 12 kpg roti
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu fresh
  • 8 kpg slice cheese
  • cheddar diparut
  • sayur2 ikut suka
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing.
  • Masukkan daging dan goreng hingga daging empuk. 
  • Kemudian masukkan perencah black paper dgn sedikit air.
  • Masak sehingga daging masak dan kering. 
  • Ketepikan dann biar sejuk.
Untuk roti lapis :-
  • Sapukan keseluruhan bekas tahan panas atau loyang dengan mentega.
  • Bancuhkan telur dengan susu sehingga sebati.
  • Celup roti kedalam bancuhan susu tadi dan susun dalam bekas. 
  • Buat sehingga penuh bekas utk lapisan yang pertama. 
  • Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan. 
  • Kemudian susun slice cheese di atas daging. 
  • Ulang proses yang sama hingga habis.
  • Akhir sekali tabur chesse cheddar parut kat lapisan atas sekali.
  • Jika ada lebihan telur, tuang di atas roti lapisan atas sekali.
  • Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada sushu 180c lebih kurang 35-40 minit ( sehingga masak) Keluarkan dari oven sedia untuk dihidang.
Memang sedap, percayalah kata-kata ku ini, cuma inti tu akak buat resepi sendiri sebab kalau kurang pedas jemaah rumah akak tak berapa nak suka, so akak buat inti daging kari. Kalau tak de daging, sardin pun boleh untuk inti tu. Paling cikai inti telur hancur pun boleh gak, ikut tekak masing-masinglah. Agak2 ada stok isi udang, pun boleh gak korang balun buat inti.Well, selamat mencuba!

-InaChomel-

Tuesday, November 19, 2013

CHICKEN LEMON

Salam sume ....

Curi masa kejap waktu rehat ni ye .... curi masa tak pe jangan mencuri bende lain pulak!!!

Dah 2 hari duduk bertapa present pasal dasar kat ofis ni! Pening dan penat! Semua ada! 

Harap-harap lepas ni tak de ler lagi nak menyemak dasar yang dah 6 tahun tergelendat. Dari bersidang di Bukit Tinggi sampai ke kaki bukit la ni masih tak settle lagi! Well .... tengok je ler  sampai mana nanti siapnye .... mata dah ngantuk semacam jer ni ....

Ok, kali ni nak share masakan yang buat kali kedua akak cuba sebab first time buat dulu tak berapa nak menjadi kuahnye tu .... Chicken Lemon! Ini semua gara-gara balik dari family day kat Melaka tu ler .... kat sana masa dinner ada disediakan lauk ni sebagai salah satu menu. Bila dah banyak makanan jadiknye rambang mata, so bila sampai giliran nak makan ayam ni masa tu dah agak sendat perut ni, maka dapat makan sikit. Tapi teringat-ingat pulak bila dah sampai JB. So tu yang akak cari resepi ni ... menjadi jugak! Cuma kalau bagi yang dah biasa makan yang pedas-pedas, Chicken Lemon ni mesti digandingkan dengan satu menu lain yang pedas seperti sambal tumis, asam pedas, lemak cili padi dan sebagainya. Kalau saja aje makan chicken lemon ni ngan nasi putih memang tak jadik ler ... Tapi kalau makan ngan nasi goreng pedas ok rasanye .... Kalau meratah aje lagi sedap kut ....

Ok jom tengok resepi ni ...

CHICKEN LEMON
  • 2 keping isi dada ayam di potong sederhana tebal kecil-kecil
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji telur
Gaul rata dan perap kesemua bahan selama 1 jam dalam peti sejuk.
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk  menggoreng
Keluarkan ayam dari peti sejuk.
Gaul isi ayam dengan tepung satu persatu dan gorengkan hingga kuning dan garing.
Angkat dan toskan.
Susun dalam pinggan dan ketepikan seketika.

Kuah sos lemon
  • 1 cawan stok ayam - akak bancuh 2 sudu kecil serbuk pati ayam dengan 1 cawan air suam.
  • 1 sudu besar sos plum 
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon 
  • 2 sudu besar cuka - yang ni akak tak letak
  • 4 sudu besar gula 
  • 2 sudu teh tepung jagung 
  • Minyak secukupnya
Campur semua bahan dalam kuali dan masak dengan api kecil hingga kuah pekat dan menjadi jernih.
Siap dimasak, curah kuah ke atas isi ayam yang siap digoreng tadi.

Terima kasih kepada Kak CT dari batu lesung kerana memberi resepi ini yang akak ubah suai sket ikut tekak akak ni! Yang pasti sedap! Licin ... salad tu pun ghaib sekali!

-InaChomel-


Wednesday, November 13, 2013

MEE GORENG BASAH

Salam sume,

Dah sarapan? Ke ada yang berpuasa sempena bulan Muharram ni! Yelah ... esok 10 Muharram, jadi mungkin ada yang berpuasa sunat ari ni dan esok! 

Beberapa hari lepas akak ada terdengar di radio Ikim.fm tentang puasa sunat di bulan Muharram, khususnya puasa pada 10 Muharram. Menurut ustaz yang bersiaran pada pagi tu, orang Yahudi pun puasa pada 10 Muharram atas niat dan tujuan tu akak dah lupa. Jadi sebaiknya, bagi umat Islam untuk berpuasa pada 9 & 10 Muharram agar puasa umat Islam itu tidak menyamai puasa orang Yahudi. Wallahhuallam ... kalau tersilap, silalah rujuk kepada yang pakar ye! 

Sebut kisah orang Yahudi ni, akak ari tu pun ada terdengar pasal kisah pohon Yahudi atau pokok Gharqad, pohon yang melindungi kaum Yahudi semasa berlakunya perang antara orang Islam dan Yahudi nanti. Dan itu sebab orang Yahudi sekarang ni menanam pokok ini untuk melindungi mereka, kerana kelak di akhir zaman, semua pokok dan batu akan bercakap bahawa ada orang Yahudi yang sedang berselindung di sebalik aku kecuali pohon Gharqad yang hanya mendiamkan diri. Itu aje yang akak boleh kongsikan, akak ni bukan arif sangat, tetapi kalau berminat nak tahu lebih lanjut, bolelah cari dari sumber-sumber yang sahih! Akak google pasal pokok Gharqad ni pun pasal nak tau kisah sebenarnya .... tak tahu kita ambil tahu, bukannya diam buat tak tahu!

Oklah, hari ni nak share masakan simple yang akak rasa sejak akhir-akhir ini dah blurr tak tau nak masak apa! So ari tu akak suruh pakwe beli mee kuning masak Mee Goreng Basah! Mee ni kalau dimasak mesti dimakan segera atau nanti mee ni kembang ... dah tak berapa nak cun untuk ditelan! Biasanye gandingan mantap untuk makan mee ni adalah lada hijau jeruk! Dah lama tak buat lada hijau jeruk, sekali makan ari tu, tangkap sakit kat kaki ni ... gout ke? Jauhkan ... selama ni tak ade penyakit gout! Since masak ala bidan terjun, maka rencah pun tak meriah! Kalau nak meriah bolehlah tambah sotong, udang, ketam dan sebagainya yang sesuai! Ok ... jom lihat resepi mudah yang akak rasa dah beberapa kali juga akak upload kat blog ni!

MEE GORENG BASAH
  • 1 kg mee kuning - kalau untuk makan 1-5 orang, boleh kurangkan kepada 500 gm aje.
  • Taugeh - RM1.00 - buang helmet hitamnye, kalau rajin boleh petik ekornye sekali.
  • Sawi - RM1.00
  • Tomato - dibelah lapan
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 6-8 sudu besar lada kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk halus
  • Fish cake - dihiris tipis
  • Fish ball - dibelah dua
  • Udang - buang kepala dan sebahagian kulit badan - akak tak letak
  • Sotong - potong bulat - akak tak letak
  • Daging - hiris nipis - rebus dahulu hingga empuk kalau nak cepat dan mudah
  • 3-4 sudu besar Kicap Manis
  • 2 sudu besar - Sos tomato
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air
  • Daun sup, daun bawang
  • Bawangn goreng
  • Lada hijau jeruk
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan udang kering kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau rata.
  • Masukkan fish ball, fish cake, udang, daging dan sotong, kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan pula telur biar sedikit mengeras, baru dikacau.
  • Tambah air ikut tahap basah mee yang kita kehendaki.
  • Tambah garam, gula dan serbuk perasa. jangan terlalu banyak sebab dah masukkan kicap manis tadi. Jangan terlalu cair!
  • Masukkan mee, sawi dan kacau rata.
  • Masukkan tomato dan taugeh. Kacau sekejap aje dan matikan api.
  • Hidangkan dengan taburan hirisan duan sup, daun bawang dan bawang goreng. Cedukkan lada hijau jeruk dan sedia untuk dimakan!
  • Kalau ada tauhu, goreng 1-2 keping tahu hingga garing dan potong memanjang, taburkan semasa nak makan! Cun nak!!!
LADA HIJAU JERUK
  • 5 batang lada hijau - dihiris bulat dan saring biji lada dengan tapis.
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
Masukkan lada yang telah disaring dari bijinya ke dalam mangkuk.
Tuangkan cuka sekadar lada terendam sahaja.
Masukkan garam dan gula, kacau rata dan biar dalam 1 jam baru digunakan.
Mesti ada rasa masam dan manis dan rasa pedas dari lada!

Kalau rasa nak berpuka puasa petang ni dengan mee goreng basah, silalah cuba! Makan masa panas-panas, agak-agak lagi 20 minit nak azan Maghrib, bolelah mula menumis, kalau dah siap menumis awal, padam api dulu, lagi 5 @ 10 minit sebelum azan boleh panaskan semula kuah dan dimasukkan mee dan sayuran. 

Selamat mencuba!

-InaChomel-

Monday, November 11, 2013

MERAHNYE MAK NGAH ....

Salam sume,

Bersua kali ni dengan celoteh pasal kisah Hari Keluarga KKSPSZ .... kelab keluarga kat ofis akak ni! Akak tumpang membership pak we, keje satu jabatan, tak yah dua-dua jadik ahli! Sorang jer cukup! Jimat sket! Kedekut! ....... Bukan kede ... tapi membazir itu amalan syaitan! Kwang kwang kwang ....

Oklah! Ini citer last week. Kita orang ada event ni kat Bayou Lagoon Resort di Melaka. Pergi ari Sabtu balik ari Ahad. Masa pergi tu kita orang singgah jap kat Tangkak. Tua gambo budak dua orang pakai skirt labuh tu ... beli kat Tangkak! Asalnye mak dia yang nak beli, tapi tak de yang berkenan, anak ler yang dapat! Lepas tu gi makan kat Alor Gajah. Makan rojak kat medan selera di Menggong! Iman makan sate dan nasi ayam dia share makan ngan akak! My laling makan rojak jer. Nurul makan nasi ayam! Then around 3.40 kita orang sampai kat resort ni!

Memang cantik ler, tempat baru, ada water park, out door activities! Kita orang ni team merah! So masa dinner malam tu sume pakat pakai t-shirt merah! Gambo kat atas nu lepas dinner. Tangan penuh pegang hadiah cabutan bertuah, hadiah game dan goody bag untuk setiap family!

Cite pasal family day ni memang best! Yang buat tak bestnye adalah service kat resort ni! Rata-rata family yang join program kita orang menyumpah dengan service lift resort ni!. Tekan button nak turun ... memanjang jer lift ni penuh! Tunggu lift macam tunggu bas pulak, nak dekat setengah jam baru dapat guna servis lift ni! Sudahnye kita orang pilih button up, masuk aje lift tu, naik pun naik ler, janji dapat guna lift. Sampai ke penthouse ngko, lepas tu turun semula ... itu pun setiap level lift tu berhenti pasal ramai yang tunggu nak guna servis lift! Nak tunggu kosong hampehhh!!! Boleh jadik hangin satu badan masa nak tunggu lift ni! Service makan pun out. Makanan tu masakannye ok jugak. Tapi serving makanan out! Janji breakfast pukul 7 pg, tapi tak siap lagi, hampir 20 minit tunggu baru siap. Lunch pun sama ... setengah jam tunggu baru siap! Ini bukan nak jatuih reputasi, tapi untuk improve service! Masa nak check-out, dalam lift kebetulan ada staf hotel, akak pun membebel pasal servis lift yang teruk sesangat nih! Budak tu boleh kata biasalah masa time nak check-out memang ramai yang guna lift! Akak jawab balik, tak de makna nye, pukul 3, 4, 5, 6 pun sama aje. Tak efisyen langsung. Budak tu benggang kut, nasib baik dia turun dulu ... kalau tak mau menanah telinga dia dengor akak membebel! Satu yang akak puji, bilik studio resort ni memang luas. Ada dua bilik lagi, ruang tamu tu boleh bentang toto lagi kalau atang ramai. 1 studio room boleh masuk 6-8 persons. To be honest, improve service, or else jangan salahkan customer kalau keluar komen sana sini pasal service yang tak berapa menyenangkan! 

Anyway, memang enjoy ler ... mana tak, just bayar RM100 aje, 2 hari 1 malam, macam2 dapat! Yang penting enjoy dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik! Semuanya dipermudahkan ... alhamdullillah! See u for another 2 years ... kat mana plak? InsyaAllah panjang umur berjumpa lagi!



-InaChomel-

Thursday, November 7, 2013

PIZZA ROTI PITA ... PIZZA ORANG MALAS!

Salam sume,

Melepas rindu betul nampak gayanye ye .... pagi petang upload N3!!! Kata banyak keje??? 

Keje sampai bila pun tak abis! Penat dan tegang aje rasa leher ni ... kita rehat kejap!

Beberapa minggu yang lepas akak and hubby teringin yang amat sangat nak balun pizza. Nak uli tepung bahan-bahan tak de! So masa gi beli barangan dapur kat Giant Tampoi, akak terperasan roti pita ni! Roti pita pun boleh ler ... Roti pita yang selalu orang guna untuk buat kebab tu ... Ngko bagaikan ler pulak untuk buat pizza! Kita buat dia, yang penting sedap n kenyang!

Akak cuma tinggal beli keju mozarella jer, yang lain ada stok kat umah! Tapi ngidam nak makan pizza yang original belum habis lagi nih! Tak puas rasanye makan yang akak buat versi roti pita! Pakwe dah kata anytime boleh ... tapi sebenarnye dia lebih suka pizza yang dibuat sendiri, banyak inti katanye! Kalau beli yang ready-made, macam tak puas makan, inti sedikit! Tapi akak nak share kat korang jugak. Agak-gak korang ada perasaan malas tapi selera kebabom macam kita orang ni, cubalah buat pizza versi roti pita ni, sekeping dah kenyang! Akak ari tu makan sekeping untuk breakfast, lunch skipped, minum petang pun bila sedawa masih ada terasa pizza lagi! Dah jom tengok resepi orang malas nih .....

PIZZA ROTI PITA
  • Roti pita - boleh pilih flavour ikut citarasa masing-masing.
  • 1 biji bawang holland - potong bulat kasar-kasar
  • 2 biji tomoto - potong bulat sederhana tebal
  • 4 batang sosej - potong serong
  • 4 batang crabstick - potojng serong
  • 1/2 biji lada capsium merah dan hijau - potong macam french fries
  • Cendawan butang - hiris nipis-nipis
  • Nenas kiub - yang tak de, kalau ada lagi power!!!
  • Sos lada hitam
  • Mayonis
  • Sos tomato
  • Serbuk oregano
  • Keju mozarella - diparut
Cara penyediaan :-
  • Ambil sekeping roti pita.
  • Sapukan sos tomato pada permuka roti rata-rata.
  • Taburkan sosej, crabsrick, lada capsicum, cendawan butang, nenas, tomato dan bawang holland rata-rata.
  • Picitkan sos lada hitam dan mayonis, dan taburkan dengan keju. Akhir sekali taburkan sedikit oregano serbuk.
  • Bakar selama 10-15 minit dengan kepanasan suhu 200 darjah celcius.
  • Potong pizza dan makan semasa masih panas.

-InaChomel-

MARBLED CHOCOLATE-PEANUT BUTTER CAKE

Salam sume,

Hai hai hai ... rinduku pada blog ini semakin mendalam. 

Semakin hari semakin sibuk gamaknye ... makin nak abis tahun makin banyak keje! 

Well makan gaji namanye ... kenalah buat keje, tak nanti tak berkat lak duit gaji yang dapat tiap-tiap bulan kan!!! Itu pun ada segelintir yang 'kaki cilok' gak kat ofis ni!

Oklah, tak nak cakap banyak ... azam tahun baru Hijrah .... sama-sama ingat-mengingati ye ....

Ini kali ... nak share resepi dari buku yang dah hampir 6 @ 7 tahun akak beli, tapi dok terperap aje kat dalam bakul buku! Bukan malas, tapi selalu lupe apakah koleksi buku yang akak beli hinggalah bila mengemas rumah, baru jumpa dan tak sangka macam2 ada ...... 

So komen untuk kek ini ... sedap sebab lemak dengan rasa peanut butter dan coklat. Coklat glaze tu memang sedap, lemak dan manis. So control sketlah kalau ada diabetis ye! Kek tu tak berapa lembut sangat tapi i loike! Tapi tak le keras macam batu. Cuma tak selembut kek yang pernah buat sebelum ni ... maybe pasal ada campuran peanut butter ku!!! Rasa memang agak manis walau pun akak dah kurangkan sket sukatan gula, tapi masih boleh ditelan lagi tahap kemanisannye ... cuma kalau letak coklat glaze, next time kandungan gula dalam kek memang kena kurangkan lagi sket. Overall kek ni sedap pada tekak akak, pakwe pun kata sedap. Kat umah pun yang akak dah potongkan untuk bebudak makan, dah tinggal separuh. Kalau nak cuba, silakan ...

Marbled Chocolate-Peanut Butter Cake
Sumber : Chocoholic : 50 irresistible indulgences : the ultimate cook's collection by Elizabeth Wolf-Cohen. Published by Southwater.
  • 115gm  coklat masakan - akak guna dark chocolate
  • 1 cwn mentega
  • 1 cwn peanut butter
  • 1 cwn gula - akak letak 3/4 cwn aje ... pun terasa manisnye ...
  • 1 cwn padat gula perang - next time mungkin boleh kurang sket ...
  • 5 biji telur 'A'
  • 2 cwn tepung*
  • 2 sudu teh baking powder*
  • 1/2 sudu teh garam halus*
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1/3 cwn coklat cip
Cara penyediaan :-
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil.
  • Satukan bahan bertanda * dan ayak. Gaul rata dan ketepikan.
  • Pukul mentega, gula, gula perang dan peanut butter hingga ringan dan berkrim.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan tepung bersalng seli dengan susu segar. Gaul rata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • 1 bahagian dimasukkan dengan coklat cip dan satu bahagian lagi dimasukkan dengan coklat yang telah dicairkan. Kacau rata.
  • Oleskan mentega pada acuan kek. Akak guna acuan bundt cake. Masukkan 1 sudu aduna coklat berselang seli dengan adunan plain hingga habis. Lorekkan corak menggunakan pisau dan bakar selama 50-60 minit dengan kepanasan oven 180 darjah celcius.
  • Setelah masak, sejukkan di atas redai. Tuang chocolate glaze dan sedia untuk hidangan.

Chocolate Peanut Butter Glaze
  • 2 sudu besar peanut butter
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 170gm coklat masakan
  • 1 sudu besar air

Masak semua bahan atas api dengan api yang kecil. 
Kacau hingga adunan cair dan licin.
Tuang atas kek yang telah siap dibakar tadi.

-InaChomel-

Thursday, October 31, 2013

SOTONG SUMBAT MASAK KARI

Salam sume,

Dah lama menyepi dari dunia blog! Dunia hiburanku yang tak pernah akak lupa walau sibuk mana sekali pun! Cuma akhir-akhir ini agak sibuk dengan dunia kerja yang menuntut akak lebih masa untuk memenuhi kerja penting!

Esok dah masuk Nov. 2013! Pejam celik dah ke penghujung tahun rupanye! Banyak kisah suka duka sepanjang tahun 2013 ke? Yang penting, jadikan hidup kita ceria, gembira dan kurangkan tekanan! Sejak sihat kembali dari sakit hampir 2 tahun yang lalu, akak memang sangat menjaga emosi supaya stress dapat dikawal!

Oklah ... dah lama dapur sepi dari blog akak ni! Masak, bukannya tak masak, tapi mood nak ambik gambor tu macam kureng aje sekarang ni, kalau ada pun tu bila tetiba teringat nak update blog tapi tak buat-buat jugak! Tu yang makin bersarang blog ni dengan habuk! Tapi walau pun tak upload N3, akak masih jengah blog lain yang sealiran dengan jiwa akak ni! At least setiap pagi akak dah baca N3 yang banyak memberi pandangan yang pelbagai tentang banyak perkara.

Ok .... ni lauk yang akak try buat 2 hari lepas! Sotong sumbat! yang ni request dari pakwe akak yang tetiba mengidam nak makan lauk ni. Ni pun main terjah je resepinye pasal dah lama tak cuba dan buat yang seringkas mungkin! Bila pakwe kata sedap dan ok, maka boleh ler share kat sini! Pasal tekak dia yang paling cerewet kat umah tu! Kepada yang nak cuba, pastikan beli sotong yang bersaiz besar sket, senang sket korang nak menyumbat inti dalam perut sotong tu! Ni pun akak terlupa nak masukkan santan gara-gara nak cepat tengok cite Love You Mr. Arrogant! Penangan cite cinta ni membuatkan akak tak miss nak tonton! Suka tengok gaya lakonan bersahaja Zara Zya .... nama baru kut tapi akak dah pernah tonton beberapa drama lakonan dia sebelum ni, well ada potensi untuk terus maju pelakon ni .... 

SOTONG SUMBAT MASAK KARI
  • 1 kg sotong - asing badan dan kepalanya, buang dakwat hitam dan cuci bersih, toskan!
  • 1 sudu teh bawang putih kisar*
  • 2 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • 2 sudu besar lada kering kisar*
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar
  • Sedikit halia - dikisar halus*
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 2 sudu serbuk santan dibancuh dengan sedikit air --- yang ni lupe nak letak!
  • Minyak untuk menumis
  • 1 labu bawang holland - potong bulat kasar-kasar
Untuk inti:-
  • 3 biji telur
  • 1 labu bawang holland di potong dadu
  • 2 batang sosej di potong nipis dan kecil
  • Daun sup dan daun bawang
  • Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
Bancuh kesemua bahan ini dan goreng hingga garing, jadikan telur hancur. Ketepikan.
Ambil badan sotong dan masukkan inti, sematkan dengan lidi untuk elakkan inti terkeluar semasa dimasak.
Panggang seketika sotong yang telah siap diisi inti dan bahagian kepalanya di atas kuali non-stick untuk elakkan air sotong keluar semasa memasaknya dengan rempah kari.
  • Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan daun kari dan bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
  • Masukkan rempah kari dah gaul rata.
  • Masukkan serbuk lada hitam, kacau lagi dan masukkan air asam jawa.
  • Biar seketika, dan masukkan santan pekat tadi. Kacau lagi dan masukkan garam serta serbuk perasa.
  • Kemudian masukkan sotong yang telah dipanggang tadi, kacau rata dan akhir sekali tabur bawang yang dipotong bulat kacau sekitika, padamkan api dan siap untuk hidangan.
Selamat mencuba yea ....

-InaChomel-

Friday, September 27, 2013

MASAK YANG MUDAH AJE ... SOTONG GORENG KUNYIT!

Salam sume,

Penghujung minggu telah sampai! Hari ni Jumaat, esok lusa rehat 2 hari! Rehat? Esok dah ada 2 jemputan & nak ke kedai buku! Lusa dah planned nak gi beli barang dapur! Macam tak dapat rehat aje minggu nih!!!

Biasanye bila sampai aje hari Jumaat, rasa macam dah exhausted sesangat! Ntah apa yang penat sangat tu pun tak tau! Tapi kalau buat kuih & masak-masak tak rasa pulak penatnya! Tulah macam kalau dah suka buat sesuatu tu ... semuanye nampak macam relaks aje!

Sejak akhir-akhir ini akak sangat teruja nak ber'shopping' online! Seronok tu memang seronok, tapi nak kena pandai budget! Lagi jahat rasanye shopping online ni dari shopping yang nyata! Rambang mata ... semua kita nak try beli! So baru-baru ni akak ada ler terbaca komen seorang dua kengkawan yang rasa diri mereka tertipu walau pun dah bisa beli barangan online sebelum ini dari peniaga lain! 

My sincere comments kat sini ..... Bisnes online adalah salah satu cara kita nak tambah pendapatan sampingan atau full-time job! Tak sewa ruang, tak bayar extra bills dan tak payah fikir nak cari tapak. Hanya modalkan komputer aje untuk promosi dan kualiti barangan yang dijual mestilah terjamin. Bukan barangan cikai! For Malays, inilah peluang untuk tambah pendapatan! Most of ladies out there, ada yang full-time housewives! So inilah cara nak cari duit bantu keluarga dan menampung kehidupan yang semakin mencabar dengan kos yang serba naik! RON 95 nak naik lagi nih! Semalam dah dikhabarkan kat radio .... Ambillah peluang ini untuk membina keyakinan pelanggan untuk meneruskan usaha murni ini! I, myself suka beli barang online. Selain membantu jana pendapatan kaum wanita, juga initiatif terbaik untuk bantu bangsa sendiri! Lebih seronok, boleh customize ikut kehendak sendiri! Boleh order banyak mana yang kita suka, dan boleh buat 2 kerja dalam 1. Yang ni kena amalkan secara berhemah ye! Jangan asyik bershopping aje, sampai kerja hakiki kita abaikan! So, kalau bab tipu menipu ni, tak sampai ke mana .... bila kita tertipu, pasti kita akan khabarkan kat orang lain supaya tidak tertipu sama! So, bisnes pun boleh lingkup! 

Setakat ni alhamdullillah. Apa yang akak beli secara online berjalan lancar! Siap ada akad jual beli lagi! Boleh ke??? Itu kena tanya ustaz & ustazah lah pulak ye ... tak berani nak jawab! Tapi pada akak yang penting kenalah jujur dan ikhlas! Suka akak tengok di kalangan bangsa sendiri yang dah bijak mencari sumber pendapatan yang halal dan menguntungkan! Kalau betul cara kita meniaga, insyaallah, laluan untuk terus berjaya akan Allah buka pintu rezeki tu luas-luas! Tapi kalau nak tipu sana-sini, memang tak senang hidup kat dunia ni ... apatah lagi di akhirat kelak. Tup-tup mati tak sempat mintak maaf dengan orang yang kita tipu, tak ke kes aniaya tu ... roh terawang-awang! Itu kata ustaz yang pernah akak dengar dulu!

So, kepada peniaga online, akak ucapakan tahniah dan selamat maju jaya! Teruskan usaha murni dan kreatifkan lagi bisnes korang untuk menjana ekonomi keluarga yang menjurus kepada kesejahteraan hidup! Selagi ada barangan yang menarik minat dan poket akak ni, insyaallah akak akan sokong!

Oklah, penutup bicara ... nah, ambik ni .... resepi sotong yang senang sangat nak masak. Ini lauk time malas tahap gaban nak fikir untuk makan malam! Selamat mencuba!

SOTONG GORENG KUNYIT
  • 1 sotong - bersihkan hitamnya dan cuci bersih toskan.
  • 10 batang cili padai - belah dua
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, cili padai dan bawang mayang hingga wangi dan garing.
  • Masukkan serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa.
  • Akhir sekali, masukkan sotong dan kacau rata hingga masak.
  • Jika sukakan berkuah, boleh tambah sikit sahaja air dan biar hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan.
-InaChomel-

Monday, September 23, 2013

PINDAH RUMAH BARU ....

Sumber imej : jeevansworld.blogspot.com

Salam & again ... Selamat Pagi!

Sekejap tadi cuaca terang, kali ni toleh kat luar tu, dah mula mendung! Nak hujan!!! Hujan? Akak bukan nak cite pasal hujan @ banjir! Tapi nak cite tentang kisah pindah rumah! Oklah, tak leh lelama ni, tadi dah upload kisah puding, ni kisah pindah rumah pulak.

Ok! hari Sabtu yang baru berlalu ni, hubby dapat jemputan majlis kesyukuran dari staf kat ofis ni! Since kami satu Jabatan, so invite sorang meaning, spouse pun ikut sekali! Kalau spouse ikut, maksudnye anak-anak pun diheret sekali! Pasal malas nak masak! Ye ker? Bukan malas ... tapi nak bawak anak-anak jalan-jalan hujung minggu menziarah sedara sesama Islam dan  terapkan nilai-nilai murni supaya anak-anak faham hidup bermasyarakat ni macam mana!

So, untuk ke majlis ni lenggang kangkung aje macam segan! Tapi akak memang dah terbiasa, kalau ke majlis jemputan makan-makan ni, akak memang akan bawa buah tangan tak kiralah kuih ke buah ke ... Biasanye kalau tak berapa sihat @ penat, main beli ajelah! 

So, ari tu akak buatkan kuih bakar jagung seloyang untuk tuan rumah! Then akak teringat masa akak pindah ke rumah yang sekarang ni 10 tahun lalu, akak dapat hadiah dari sedara mara dan juga jiran mak akak semasa akak buat kenduri kesyukuran + majlis cukur jambul Iman yang masa tu hampir setahun umurnye .... Ada yang beri periuk, kuali, jam dinding, bawa makanan dan macam-macam lagi! 

So, lepas siap bakar kuih hari Sabtu ari tu, akak ajak hubby keluar kejap gi kedai, nak cari hadiah untuk ke majlis tersebut. So ronda-ronda area Tmn. U, akak dapat ler satu hadiah yang akak rasa sesuai untuk pasangan yang baru berumahtangga dan baru berpindah ke rumah baru!

Cuma, bila sampai kat rumah tu, kebetulan tersaing pulak dengan beberapa rakan sepejabat yang lain, sama-sama sampai! Tetiba akak tanya kat hubby ..... Eh, segan ler pulak nak bawak buah tangan dan hadiah. Macam over lah pulak! Tapi hubby akak kata, alah ... buat macam biasa aje, kita bukannya buat bende salah pun! Ye jugak! Tapi macam malu sendiri plak!

Mungkin, bukan satu perkara biasa bagi sesetengah orang untuk buat perkara yang sama macam apa yang akak buat! Tapi macam yang pernah tulis sebelum ni, kalau kita rasa apa yang kita buat tu datang dari niat yang ikhlas, teruskan! Mungkin apa yang kita buat tu akan jadi ikutan yang baik kepada orang lain! Moralnye, akak tak de niat nak menunjuk-nunjuk, tapi sekadar ingin memeriahkan majlis dan memberi sokongan kepada pasangan yang baru berkeluarga untuk mengharungi kehidupan berumahtangga dengan harmoni! 

Cabaran hidup berumahtangga sekarang ni bukan macam dulu, banyak yang hendak difikirkan! Godaannye terlalu banyak! Ada yang sampai ke penghujung, ada yang terputus di tengah jalan! 

Masa berbual sambil makan, tuan rumah ada berkata ... walaupun jauh jarak dari rumah ke ofis, tapi ini yang termampu! Katanya area Pasir Gudang, harga rumah masa dalam kategori mampu milik lagi! Jam 6.30 pagi dah keluar rumah untuk sampai ke ofis! Dengan keadaan mereka yang baru sahaja hidup berkeluarga, akak dapat rasakan yang mereka sudah mula membuat percaturan hidup dari awal! Mungkin sekarang terasa jauh nak ke ofis, tapi esok lusa kemudahan yang tersedia kita tak tau! Yang penting muafakat dalam kehidupan berkeluarga, itu yang dapat membimbing ke arah kesempurnaan dan kesejahteraan hidup!

That's all! Kami sekeluarga mengucapkan semoga kehidupan mereka dirahmati dan sentiasa mendapat perlindungan Allah s.w.t. Wish both of u all the best! Penatkan pindah rumah! Akak dah rasa woiii ... 2 kali pulak tuh!!!

Sumber imej : www.bridal-bags.com

-InaChomel-

PUDDING KASTAD

Salam & selamat pagi,

Minggu terakhir bulan September ... kejap aje kan dah nak hujung tahun! Biasanye bila kita sibuk dengan urusan, memang kita lupa masa berlalu dengan pantas! Bila terlalu sibuk pun tak bagus jugak, banyak bende yang relate dengan normal life kita, kita akan missed! Tapi kalau terlalu relaks pun tak best jugak! Macam tak adventure pulak routine life kita ni! So nak yang macam mana ye?

Yang baiknye ... kita boleh seimbangkan kedua-duanye! Akak cakap ni sambil ingatkan diri sendiri jugak! Sejak pulih dari sakit ni dalam masa 2 tahun, akak banyak belajar untuk menghargai diri sendiri! Dulu selalu fikir apa orang akan kata kalau kita buat macam tu, kalau kita buat macam ni ... Tapi sekarang akak banyak fikirkan apa aku akan jadi kalau sakit aku datang kembali! Bunyi macam pentingkan diri sendiri! Tapi akak yakin, perubahan selepas sakit baru-baru ni banyak buat akak lebih bersikap prihatin pada orang lain! Akak ambil jalan mudah .... buat apa yang akak fikirkan akak akan enjoy dan orang lain pun akan suka! Sometimes memang apa yang akak buat tu sungguh memenatkan. Tapi bila jiwa akak rasa tenang, hati gembira dan akak rasa apa yang akak buat tu memberi kebahagiaan kepada orang yang menerimanya ... itu sudah cukup buat akak rasa puas dan tenang! Sebenarnya ... nak mencari ketenangan jiwa ni tak susah ... yang penting niat di dalam diri kita mestilah ikhlas ... Akak selalu ingatkan diri akak, buat apa jua kerja biarlah ikhlas ... kalau datang dari hati yang ikhlas, InsyaAllah yang susah pun jadi senang!

Ok ... sesi terapi masakan minggu ni ... jeng jeng jeng .... yang mudah, tapi melegakan tekak dan mood! Puding kastad. Sebelum ni akak dah publish jugak kat blog ni, tapi apasalahnye buat ulang tayang kan! Or else ... tak de pulak cite nak sembang kat sini! Arkib blog ni pun bertambah! Gambar pun gambar terkini .... One thing yang akak nak kata tentang puding ni, kuah tu ikut selera masing-masing, tapi yang penting tekstur puding tu sendiri. Resepi ni akak dapat dari seorang ahli keluarga yang agak jauh dengan kami, tapi tekstur puding ni memang lembut dan sejak mencuba kali pertama dulu, akak dah tak pilih resepi lain, inilah yang terbaik setakat ini ... Cubalah, tak cuba tak percayakan dengan cakap akak ni kan!!! Yang penting masa masak puding ni, JANGAN sesekali membiarkan adunan puding ini TIDAK dikacau semasa di atas dapur ... or ... tekstur puding ni akan berketul-ketul, tidak licin ..... 

PUDING KASTAD

Puding :-
  • 1 cawan tepung kastard - akak guna Custard Birds
  • 6 cawan susu suam - bancuhkan susu pekat dengan air panas suam untuk dijadikan 6 cawan air, suskatan manis ikut citarasa masing-masing.
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara penyediaan :-
  • Masukkan tepung kastard ke dalam periuk.
  • Masukkan air susu suam sedikit demi sedikit sambil kacau untuk pastikan tepung kastard tidak berbintil dan menjadi cecair yang cantik.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masak bancuhan tepung kastard di atas api yang sederhana sehingga pekat dan bertali apabila dijatuhkan dari sudip kayu semasa mengacau!
  • Bila sudah pekat, angkat segera dan dengan segera sudukan ke dalam acuan yang digemari. Pastikan acuan dibasahkan dengan air terlebih dahulu untuk mudahkan proses mengeluarkan puding apabila telah mengeras nanti.
  • Bila selesai, biarkan sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk proses mengeraskan puding ini sepenuhnya!
Kuah puding :-
  • 2 tin susu cair
  • 2 tin air - sukatan dari tin susu cair
  • 1 tin jagung krim
  • 1 tin air - sukatan dari tin jagung krim
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Gula - ikut citarasa masing-masing
  • Garam - jika sukakan sedikit rasa lemak, terpulang, tak letak pun tak pe .....
  • 1 tin buah-buah koktel
Cara penyediaan :-
  • Masukkan semua bahan kecuali buah-buahan koktel ke dalam periuk dan masak hingga mendidih dengan api yang sederhana.
  • Sentiasa pastikan kuah dikacau.
  • Siap dimasak, sejukkan kuah sebelum disejukkan ke dalam peti sejuk.
  • Untuk sediakan puding ini, masukkan puding ke dalam mangkuk, tuangkan kuah dan taburkan dengan buah-buahan koktel. Enak dimakan ketika sejuk.
Tenang jiwa bila makan sesuatu yang sejuk ditekak dan nyaman sekali ..... 

*Nyaman itu bahasa yang biasa disebut oleh anak-anak sedara akak dari Brunei bila dia orang makan sesuatu yang sedap dan menyejukkan ditekak mereka .....

-InaChomel-

Tuesday, September 17, 2013

LAKSA PENANG .... CUBAAN YANG TIDAK MENGECEWAKAN!

Salam sume,

Puas dah berehat 3 hari kat umah? Berehat ke? Bagi blogger yang gemar memasak, actually cuti 3 hari ni kepala berputar memikir apa jenis masakan yang ingin dicuba! Cuba aje ... jadik belum tentu lagik! Sedap pun belum tentu lagik! Yelah ... kalau tak cuba manakan tahu sedap ke tidak, jadik ke tidak kan!!! So hidup ini memang penuh dengan cobaan ... itulah agaknye yang ingin disampaikan oleh orang dulu-dulu melalui filem! Agaknye ler ...

Ok, 3 hari bercuti tak banyak kisah yang menarik kecuali kisah masak-masak ler ... Mana taknye ... dari hari Ahad petang pakwe akak demam sampai ler semalam! Hari Ahad ada kenduri kahwin. 2 majlis! Alhamdullillah, kedua-duanye kami dapat hadir dan meriah majlisnye .... hari Sabtu pulak mengerjakan ikan kembung rebus untuk diasingkan isi dan tulang untuk buat kuah laksa ni .... 2 kilo ngko, akak sorang-sorang buat! Nak mintak tolong pakwe, matanye kurang awas sikit bab mencari tulang ikan ni, so dari kena buat kerja 2 kali, baik ler buat sorang2, puas hati u! 

Actually semalam dah planned nak gi jalan-jalan, saje jer  nak relakskan minda dari serabut kerja, tapi my darling dah terbaring dek makan ubat yang melenakan mata, so batal! Tak pelah ... kesian kat darling akak! Tapi dalam demam tu, selera makan bagus! 

Ahad akak try buat brownies cheese cake! Tak jadik ngko! Tak hensem seperti yang dikehendaki, jadik tak yah citer kat sini, buang karen aje! Nanti kalau jadik baru akak hebahkan ye! Ntah tahun bila lak nak try buat lagi! Yang pasti akak akan share kat sini kejayaan memasak Laksa Penang! Pakwe akak suke ler, bebudak ... out! Semua carik nasi untuk dinner! However, sebab dah lama tak pekena laksa ni, tekak akak ni ok jer ..... cuma akak tak guna hirisan cili padi untuk ulaman, sebab takut nak ke tandas aje pulak nanti! So, marilah lihat resepinye yang akak rasa banyak hasilnye tapi padat dengan rasa ikan! Jom try!

LAKSA PENANG
  • 2 kg mee laksa - dicelur sekejap dengan air panas mendidih, toskan.
  • 2 kg ikan kembung - dibuang isi perut dan kepalanya, rebus hingga lembut isinya dan toskan dari air rebusan. Kisar halus isi ikan dengan sedikit air.
  • Air rebusan ikan - ditapiskan dan ketepikan.
  • Lada kering kisar - ikut selera masing-masing, jika suka pedas boleh letak lebih. Akak letak lebih kurang 4 senduk besar.
  • Bawang merah kisar - yang ni pun ikut sukatan kuah juga, kalau rasa kurang rasa bawang pasa kuah, bila-bila masa boleh tambah. Akak guna lebih kurang 6 senduk besar bawang merah kisar.
  • Daun kesum - dalam RM1.00, petik dan cuci bersih, toskan.
  • 3 kuntum bunga kantan - diracik halus.
  • Asam keping - lebih kurang 15 keping. Jangan letak banyak sangat sebab nanti akan diperahkan limau kasturi untuk hidangan.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula
Cara penyediaan kuah :-
  • Air rebusan ikan dimasukkan dalam periuk yang sesuai. Didihkan.
  • Masukkan isi ikan yang telah dikisar.
  • Masukkan bawang kisar dan lada kering kisar, biar hingga mendidih.
  • Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.
  • Masak kuah hingga mendidih dan perasakan dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Bila telah betul mendidih, padamkan api dan sediakan bahan untuk hidangan.
Ulam-ulaman :-
  • Salad - dicuci bersih, toskan dan hiris halus.
  • Limau kasturi - dibelah dua.
  • Bawang besar - hiris nipis.
  • 1 biji nenas masak - dibuang empulurnye, potong kecil-kecil
  • Lada merah - dihiris nipis
  • Timun - dipotong macam lidi mancis
  • Telur - direbus dan dipotong 4 bahagian.
  • Sedikit petis udang dibancuh dengan air panas.
Cara penyediaan :-
  • Masukkan sedikit mee laksa ke dalam mangkuk, taburkan semua jenis ulaman ikut citarasa. Kalau akak, suke nenas lebih!
  • Kacau kuah rata-rata dan cedukkan kuah ke atas mee laksa. Perahkan limau kasturi dan gaul sebelum dimakan.
Senang jer kan! Yang susah tu nak asingkan isi ikan jer ... naik bular biji mata ni mengasingkan isi dari tulang!

-InaChomel-

Thursday, September 12, 2013

KEK MENTEGA ... SELEPAS 11 TAHUN BARU CUBA BUAT!

Salam sume,

Minggu ni agaknye memang minggu sibuk! Semuanya nak kena settle cepat! Pulak tu minggu ni jugaklah kena gi check-up 2 hari berturut-turut kat HSA! Wahhh ... dengan cuaca sekarang ni yg hujan lebat hampir setiap hari kat JB ni! Kat dalam ofis ni jangan citer ler ... sejuk macam dalam esbok!

However, akak rasa this week memang minggu yang sibuk dan menggembirakan akak! Sebab akak dah ada hobi baru yang sangat digeruni oleh pakwe akak! Shopping online! All this while, akak never care about shopping online, but then ... bila satu hari tu akak mencari sesuatu yang tidak diduga, tetiba akak terjumpa satu fb yang menarik minat akak! Wahhhhh ... apa lagi, skrg ni boleh dikatakan hari2 akak on fb akak! Kalau dulu, sebulan sekali pun payah nak jengah fb! For certain people, mungkin apa yang akak luahkan ni nothing buat mereka, but for me, i really like my current hobby! Bukan suka nak shopping, but ada something yang mendorong akak to help others by doing what i'm did! Tak pelah, nanti aje akak citer ye ....

Ok, for today, akak suka nak share satu resepi yang akak rasa dah terlalu lama akak rugi kerana tak cuba buat! Actually masa akak baru kahwin dulu, ada rakan sekerja di KL yang hadiahkan akak senaskhah buku masakan kat akak! Dah banyak kali baca, tapi tak terdetik pun nak cuba! Why? Ntah ler ... sekarang ni pun, insan berkenaan dah pencen dan baru kini terniat nak mencuba! Wow!!! Lama tu ... for the last 11 years ago, now baru akak cuba! Such a waste of time! But akak nak bagi tau satu perkara, bau kek ni sangat ler mengancam jiwa! Tu akak guna butter cikai jer tau! Kalau guna butter yang ada brand lagi ada nama yang tersohor dalam bidang masakan ni, jangan kata ler ... memang mengancam jiwa! Tekstur kek ni pun lembut, rasa manis yang sedang2 elok! Taburan atas kek tu akak sendiri yang memandai taburkan badam cincang! So kalau nak cuba, silakan .... mudah sesangat! Sekelip mata boleh siap! Cuma masa untuk membakarnya aje yang agak lama!

KEK MENTEGA
Sumber : Alex Goh
  • 250 gm mentega*
  • 200 gm gula caster*
  • 210 gm tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*
  • 5 biji telur
Cara penyediaan :-

1. Masukkan bahan bertanda * ke dalam mesin pemukul. Kacau hingga rata dengan kelajuan sederhana.
2. Masukkan telur sebiji-biji hingga habis dan kacau rata sehingga aduanan licin dan tidak berbintil.
3. Untuk tempoh 4-5 minit, pukul adunan dengan kelajuan tinggi.
4. Masukkan aduanan ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan mentega dan dialas dengan kertas minyak yang disapukan mentega di permukaannya. Oven hendakalah dipanaskan terlebih dahulu, iaitu 10 minit sebelum.
5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 50-60 minit. Akak turunkan suhu oven sebab pada pertengahan proses pembakaran, permukaan kek merekah. So kena adjust tahap suhu ikut oven masing-masing.

Selamat mencuba!

Inilah buku masakan hadiah dari Pn. Wan Poziah Abd. Kadir sempena majlis perkahwinan akak 11 tahun yang lalu ....

-InaChomel-

Thursday, September 5, 2013

PEACH CREAM CHEESE PIE .... WHAT A WONDERFUL TASTE!

Salam dan selamat pagi sume ...

Early morning dah kebas habuk kat blog ni yea ... kah kah kah kah .... mood tengah bagus dan tengah rajin ni ... jadik jangan buang masa, baca aje bebelan akak pagi ni .....

Rasanya dah lama sepi dengan resepi. Masak, bukannya tak masak! Cuma masak lauk biasa2 aje! Orang buta kayu tentang dapur pun boleh masak! Jadik tak yah upload kat sini, buat malu jer ....

Sepanjang kehidupan akak menjadi seorang blogger dalam kategori masakan dan merapu ni, first time kelmarin masa gi jamuan raya kat umah ex-staff ofis ni, akak disapa oleh seseorang yang katanya dia selalu cari resepi yang sedap2 kat blog akak! Ya Allah! Rasa terharu ada, malu pun ada! Akak ni bukanlah pandai sangat memasak! Mula masak secara serius pun bila bergelar isteri sejak hampir 10 tahun yang lalu. Sebelum ni tinggal ngan parents memang tak kisah jenguk dapur pun. Takat tolong2 masak tu ada ler ... Cuma kalau orang kata dah keturunan tukang masak tu, kuah nak tumpah ke mana kalau tak ke nasi! Family history akak memang rata2 di sebelah mak adalah tukang masak. My nanny dulu memang tukang masak majlis kenduri kahwin dan masak di kedai makan. My uncles, almost all of them memang pandai masak. One of them was Chef ... dah arwah dah pun my uncle tu, he's really nice person, all of us love him. Miss him so much Uncle Didit!!! My mum, for sure memang terror memasak! Laksa Johor dia memang no.1!

Then, family sebelah abah pun kebanyakkannya pandai masak, so tak mustahillah sedikit sebanyak darah tukang masak mengalir dalam diri kita orang ni. So, since dah ada family ni, akak kenalah berusaha untuk sediakan makanan yang family members pun memang kaki makan dan pandai merasa masakan yang sedap! One of them is my dotter ... Iman! Yang ni memang mulut pun laser! Kalau tak sedap, depan2 kita dia kata tak sedap, kalau sedap pun depan2 kita dia akan kata sedap! So from there akak belajar banyak bende tentang masakan. Dan mungkin salah satu faktor pendorongnye adalah ... minat pada bidang masakan dan ingin mencuba!

So kepada pembaca blog akak ni, thank u so much kerana sudi mampir dan sudi mencuba resepi yang ada disini .... 

Ok lah, tu sebahagian cite pasal history masak-memasak dari akak. Today, nak share satu resepi yang sangat senang dan pada akak ... tekak akak ler, memang sedap dan ada plan nak cuba buat lagi! 

Actually resepi asal menggunakan buah strawberry. Since tak de dalam stok, dan kebetulan buah peach dalam tin dah agak lama tersadai dalam laci kat dapur tu, so akak ubahsuai ler sikit tang bahagian atas pie ni! Untuk bahagian bawah pun akak double up untuk kelihatan tebal sikit dan untuk balancekan dengan lapisan cheese di tengah tu ... Actually akak buat pie ni masa jamuan raya kat ofis ni! Senang ... tak payah sibuk nak menumis bagai! Ok, jangan cite panjang lagi, meh tengok resepi mudah dari dapur Sonia @ Nasi Lemak Lover ni ....

PEACH CREAM CHEESE PIE
Sumber : Nasi Lemak Lover

Lapisan bawah
  • 100 gm biskut Marie biasa, dikisar halus
  • 50 gm mentega dicairkan
* Satukan kedua-dua bahan, gaul rata dan ketepikan.

Lapisan tengah
  • 250 gm cream cheese @ suhu bilik
  • 1/2 cawan UHT whipping cream
  • 2 sudu besar susu pekat --- akak lebihkan sikit! 3 sudu u ...
* Cream cheese dan susu pekat dipukul sehingga berkrim. Akak gunakan food processor aje ...
Masukkan UHT whipping cream dan putar hingga sebati, ketepikan.

Lapisan atas
  • Peach - dipotong dadu @ lain-lain buah yang digemari ..
  • 1 peket jelly --- akak guna Jeli Kristal Nona perisa mangga
* Masak jelly mengikut arahan seperti di belakang kotak.

Cara penyediaan :-
  • Di dalam bekas kaca yang bersih, masukkan bahan lapisan bawah dan eratkan serta ratakan.
  • Masukkan bahan lapisan tengah. Tutup dengan cling plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  • Selepas 1 jam, keluarkan bahan dari peti sejuk.
  • Taburkan buah-buahan di atas lapisan cream cheese tadi.
  • Sediakan air batu yang dicampur dengan sedikit air paip di dalam bekas.
  • Jelly yang masih di dalam periuk tadi, setelah dimasak, dengan segera disejukkan dalam bekas berisi ais tadi sambil dikacau supaya tidak cepat membeku dan mengurangkan tahap kepanasan jelly tadi.
  • Apabila jelly telah agak sejuk sedikit (tetapi jangan sampai membeku) dengan perlahan, cedukkan jelly ke atas permukaan buah-buahan tadi. Proses menyejuk dan menuang jelly ke atas buah-buahan ini perlu dilakukan dengan segera untuk elakkannya daripada membeku.
  • Sejukkan semula ke dalam peti ais dan sedia dimakan apabila telah sejuk!
Kalau nak lihat hasil yang disediakan oleh Sonia sendiri, bolehlah ke pautan yang ada di atas nu ... cuma di blog Sonia, resepinye dalam Bahasa Inggeris. Selamat Mencuba! Memang sedap ..... i loike!!!

-InaChomel-