Saturday, December 31, 2011

2011 UNTUK KENANGAN .... 2012 PENUH DEBARAN!

Imej : Ihsan Google
Salam sume,

Entri terakhir 2011!

2011 yang ditinggalkan dengan seribu satu kenangan pahit manis buat kami sekeluarga lalui .... Setelah hampir 2 minggu menyepi diri, akak harap entri terakhir bagi tahun 2011 ni akan dapat mengubat rindu akak pada dunia blog ni!

Sebenarnya mood untuk menulis akak sejak akhir-akhir ini memang agak merosot! Bukan dah jemu dengan dunia blog ni, tapi akak masih dalam kesedihan!

Tak siapa menduga, dugaan yang kami sekeluarga tempuhi! Tapi kami redha dan kami yakin Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya ....

Seminggu berlalu .... sebenarnya akak baru sahaja kehilangan bayi berusia 4 bulan dalam kandungan. Seperti yang pernah akak ceritakan sebelum ini tentang pembatalan pemergian akak ke London akibat sakit Psoriasis, punca kehilangan bayi ini ada kaitannya dengan penyakit akak!

Siapa sangka selepas 8 tahun mengambil suntikan perancang atas nasihat doktor kerana faktor kesihatan, tiba-tiba akak disahkan mengandung 2 minggu yang lalu! Panik, terperanjat dan takut, semuanya ada dalam diri akak! First of all, happy sangat sebab mengandung di penghujung usia 30 an, tapi disebabkan akak mengambil ubat Acitretin untuk sakit Psoriasis akak ni, maka akak memang dilarang sama sekali untuk mengandung! Bayi boleh cacat fizikal, kegagalan fungsi otak dan juga jantung sangat besar peluang ini untuk berlaku!

Ya Allah! Besar sungguh dugaanMu buat aku yang lemah ini. Setiap detik akak dihambat rasa sedih dan bersalah kerana tidak peka dengan perubahan diri dan .... tak mampu akak nak cakap lagi, semuanya dah berlalu. Dan atas nasihat doktor, akak terpaksa melalui proses 'termination of pregnancy', dalam ertikata yang lebih mudah, terpaksa gugurkan kandungan! Selepas berbincang dengan suami dan ahli keluarga yang lain, kami memikirkan kesan jangka masa panjang jika hayat anak dalam kandungan ini panjang dan melihat dunia, kami sebagai ibu bapa memang tiada halangan untuk menjaga dan membela, tetapi apa yang kami tak sanggup lalui adalah melihat penderitaan anak ini nanti yang bukan sekejap, tapi sepanjang hayat!

Pada tarikh 24 hb. Disember 2011, tepat jam 5.49 petang, akak telah melahirkan bayi kami. Lebih menyayatkan hati kami, bayi kami adalah bayi lelaki! Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia! Kami redha .... mudah-mudahan pemergian bayi yang suci murni dari segala dosa ini akan lebih mendekatkan diri kami sekeluarga kepada Allah s.w.t! Bayi kami selamat dikebumikan pada pagi 25 hb. Disember 2011 di tanah perkuburan Islam Mahmoodiah. Kami sekeluarga memanggilnya dengan nama Muhammad (Iman panggil Baby Muhammad). Semoga memori 2011 sentiasa menjadi kenangan buat akak dan keluarga, ... dan kehadiran 2012 akan menguatkan lagi semangat kami sekeluarga untuk mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh rasa syukur dan keimanan .... Amin .....

Al-fatihah buat bayi kami .....


-InaChomel-

Tuesday, December 13, 2011

MEE HOON SUP

Salam sume,

Dah tengahari dah ... cuaca kat luar tu kejap cerah, kejap mendung! Kalau hujan petang ni, adeehhhh payah ler nak ke pasar malam kat area perumahan mak akak. Sebab petang ni Iman nak tido kat umah nenek dia, makanye tinggal 3 orang jer kat umah. Bila dah bertiga, rasa malas nak masak tu makin menjadi2 ler pulak ....

Darling akak pun kalau kata tak yah masak, dia on aje .....

Sebenornye sejak baik dari sakit ni bukannye malas nak masak, cuma akak kerap rasa lemah dan mudah letih. Ubat masih makan lagi, tu yang datang lemah aje ... kalau dah penat keje tu, kekadang sebelah petang tak larat nak masak. Makanye ke gerai ler carik makan malam! Tu yang Iman suke bebenor tu, makan kat luar jer kejenye, tak tau mak dia dah nak pokai ni ....

Sabtu lepas kita orang gi makan luar untuk dinner. Kita makan kat Luton van yang terlertak di Dataran Bandaraya. Huiiii ramai giler ngko orang kat sana. Sampai kena berdiri sebelah meja yang agak2 orang dah nak chau, kalau tak memang tak dapat meja ler jawabnye .... Sesekali makan makanan seperti yong tau fu ni ok gak ..... banyak pilihan ... duit aje kena sediakan, rambang mata, semua tekak ni nak rasa. Pasal excited sangat nak gi makan kat luar, lupe lak nak bawak camera .... Satu yang sedap kat sini, otak2 yang dibungkus macam nasi lemak, tapi comel aje, rasanye pun sedap. Sebungkus 40sen. Nanti kalau gi dinner kat sini lagi, akak snap gambo yea .....

Ok, sebelum rehat tengahari ni, akak nak share masakan mee hoon sup yang mudah ni .... semua hidupan laut dan darat yang boleh dimakan, boleh bubuh dalam mee ni, lagi banyak lagi meriah .....

MEE HOON SUP
  • 1/2 bungkus mee hoon, dicelur dengan air panas, biar seketika dan toskan.
  • Udang*
  • Fish cake*
  • Fish ball*
  • Daging
  • Sawi
  • Carrot
  • Tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Stok air udang/daging atau air biasa aje
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • 6 batang cili padi - belah 2
  • 3 sudu besar bawang putih kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih kisar dan cili padi hingga wangi.
  • Masukkan daging, kacau rata.
  • Masukkan sos tiram dan kiub ayam, kacau rata hingga garing.
  • Masukkan air stok dan biar hingga mendidih.
  • Masukkan kicap cair, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan bahan bertanda *. Kacau dan kemudian masukkan udang dan semua jenis sayuran kecuali tomato.
  • Mee hoon yang telah ditoskan tadi dimasukkan dalam mangku yang sesuai dan susun tomato bersamanya.
  • Bila kuah dah mendidih, tuang atas mee dan sedia untuk hidangan.
Sedap dimakan bersama lada jeruk kicap.

Lada jeruk kicap

  • 4 batang lada merah - potong bulat dan kiraikan lada untuk buang bijinya.
  • Bancuh 2 sudu besar gula bersama 1 sudu cuka dan 1-2 sudu kicap cair.
  • Masukkan lada dalam bancuhan dan biar seketika untuk dapatkan rasa jeruk yang pedas, masam serta sedikit manis.
-InaChomel-

Monday, December 12, 2011

ROTI SARDIN

Salam sume,

Hari Isnin datang lagi .... ada mood tak nak keje ari ni? Minggu ni akak akan ada kerja sesi malam dan sesi hujung minggu ... alamak ... boring betul! Tapi kena keje jugak! Sebab, masa akak sakit ari tu, kengkawan akak kat ofis dah tolong gantikan keje malam dan hujung minggu! Jadi kena ler bayar hutang!

Hujung minggu yang baru berlalu ni, akak banyak berehat. Tapi pasal dah biasa ke dapur, rasa macam boring lak dan janggal bila duduk rehat jer ... Maka terjadilah roti sardin ni. Masa rewang2 kat blog Kak Nor Secubit Garam, akak jumpa resepi mudah ni. Memang tak sia-sia akak cuba buat, sedap! Makan masa panas2 lagilah cun. Tak yah cicah ngan sos, makan gitu aje dah cukup sedap. Terima kasih pada Kak Nor Secubit Garam kerana sudi share resepi ni. Ni saya panjangkan pulak untuk yang lain cuba ...

ROTI SARDIN
Sumber : Secubit Garam
  • 10 bj bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 bj telur
  • minyak
Untuk Inti:
  • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  • Ketepikan.
Cara2
  • Potong dua bun burger.
  • Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
  • Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  • Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
  • Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
  • Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  • Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  • Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  • Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..
Selamat mencuba!

-InaChomel-

Friday, December 9, 2011

MASIH ADA LAGI YANG TERTINGGAL BUATKU ....

 Salam,

Hari ni mood kerja totally out! Microsoft word ni buat hal lak! Sudahnye, ari ni statistik tak leh buat langsung! Anyway, petang ni akak nak share satu lagi buah tangan dari London yang tercicir ! Tadi sebelum balik tengahari, Zureen hantar coaster ni kat akak! Dia kata tercicir satu barang lagi nak beri kat akak! Wahhhh ... tak pegi London, tapi mewah ngan cenderamata! Tak tau nak ucapkan apa lagi .... terharu yang tak terhingga! Thank you so much! Terima kasih yang tidak terhingga ..... dah lah tu, cantik2 pulak, jawabnye jadi perhiasan jer ler ni .... sayang nak pakai!!!!


-InaChomel-

CHICKEN SAUSAGE PUFF

Salam dan selamat pagi,

Kejap aje dah ari Jumaat kan? Esok dan lusa jemputan kahwin dah menunggu! Tajuknye, tak yah masak untuk lunch, masak waktu petang aje untuk makan malam!

Biasanye kalau ada jemputan, macam tulah ..... masak ala kadar jer .... Nanti malas nak simpan stok lebihan lauk dalam fridge, dah lama2 nanti ke tong sampah jugak akhirnye .....

Lepas Krismas ni cadangnye akak n family akan ke KL. Insyaallah jika tiada aral, kami nak jalan2 rehatkan minda, dan anak2 pun dah lama tak cuti sama ngan kami. Actually ada sedara kahwin kat Serdang, so ambillah kesempatan ini untuk jalan-jalan sekali .... Cuti sekolah pun dah nak berakhir. Barang keperluan sekolah pun belum sempat beli lagi.

Ok, hari just nak share resepi yang sebelum ni pun akak dah pernah upload kat blog lama akak, tapi tak pe, akak upload sekali lagi. Puff ni akak buat sebelum akak sakit kelmarin, cuma tak sempat nak upload ke blog aje .... senang dan cepat! Jom tengok resepi yang mudah ni ....

CHICKEN SAUSAGE PUFF
  • 1 bungkus pastry puff jenama Kawan (saiz 4 x 4)
  • 1 biji telur
  • Serbuk lada hitam
Inti
  • 3 batang sosej ayam - belah 2 memanjang, hiris nipis.
  • 6 biji kentang - kupas dan potong dadu
  • 2 biji bawang - potong dadu
  • Carrot - potong dadu
  • Serbuk lada hitam
  • Daun sup - optional
  • 3 sudu besar bawang kisar
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Minyak
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • Masukkan kentang dan kacau rata, biar hingga kentang agak empuk.
  • Masukkan sosej dan bawang serta carrot yang dipotong dadu, kacau rata.
  • Masukkan sos tiram dan daun sup, kacau rata dan masukkan serbuk lada hitam (ikut suka, kalau nak pedas boleh letak lebih sikit).
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata dan jika kentang sudah cukup empuk, angkat dan ketepikan.
  • Ambil sekeping pastry puff, kelar sebahagian daripada pastry.
  • Bubuh inti pada bahagian yang tidak dikelar.
  • Tangkupkan bahagian yang dikelar dan tekan kemas bahagian tepi pastry supaya inti tidak terkeluar. Tekan dengan garpu kecil supaya bahagian tepi kelihatan kemas.
  • Sapukan dengan telur dibahagian atas pastry dan tabur dengan serbuk lada hitam.
  • Susun pastry dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C hingga kekuningan. Pastikan oven dipanaskan 15 minit sebelum memasukkan pastry.

Ok senang kan! Akak suka buat puff ni, kekadang buat banyak2 simpan dalam freezer, bila nak makan just keluarkan dan panaskan. Ok, sebelum menutup bicara, kat sini ada gambo Iman dan her cousins di Airport Senai semalam. Anak buah akak ni nak balik Brunei selepas bercuti 1 minggu di Singapore n JB. Enjoy ur weekend! Bye .....


Sedih jer muka masing2, dah tak de geng nak main .....
Dari kiri : Syahirah, Iman & Liyana

-InaChomel-

Thursday, December 8, 2011

MEE HAILAM & LAGI BUAH TANGAN UNTUK AKAK ...

Salam kepada semua yang masih setia bersama blog akak ni,

Hari ini dah makin sihat walau pun kaki masih tak berapa kuat nak jalan jauh! Alhamdullillah .... syukur masih diberi peluang menikmati kurniaan Allah s.w.t yang maha agung ini.

Pagi ni awal-awal lagi dah datang rezeki kat meja akak. Thanks to Kak Aliah yang menghadiahkan kat akak sekotak coklat jenama Donovans serta pelbagai perisa coklat, buah tangan dari London. Ingatkan dah cukup lengkap souvenir yang akak dapat kelmarin, rupa2nye ada lagi ... Alhamdullillah ... mudah2an  murah rezeki buat mereka yang telah sudi menghadiahkan kat akak pelbagai cenderamata dari London!

Ok, pagi ni nak share resepi mee yang akak masak malam semalam. Tekak masing2 kat umah tu tak selera nak makan nasi .... lagipun akak sejak MC ni dah terikat ngan TV, tu yang bergegas balik kerja nak tonton cerita Tentang Dhia .... dah start tengok episod satu, berjangkit ... tu yang malas nak tonton cite bersiri ni ..... tak leh buat keje lain, asyik teringatkan kat dia aje ..... Sudahnye nak cepat masak jer mee, tapi tak mengecewakan, masing2 nak tukar selera, jadik mee ni laju je masuk mulut masing2!

Ok, jam dah pukul 8++, sat lagi nak start keje, meh nengok resepi ni kalau2 korang nak try masak nanti .... jom!

MEE HAILAM
  • 500 gm mee kuning
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 7 batang cili padi - belah 2
  • Sawi
  • Bunga kobis
  • Carrot - di sagat halus
  • Kobis panjang
  • Fish ball
  • Fish cake
  • Daging
  • Udang - akak tak letak, stok tak de
  • Kicap manis - akak guna kicap ABC
  • Kicap pekat
  • Sos tiram
  • Stok air udang atau daging atau ayam - kalau tak de boleh guna kiub pati ayam aje
  • Lada sulah
  • 2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  1. Panas sedikit minyak. Tumis bawang putih (anggaran 1 sudu besar) hingga wangi. Masukkan mee, gaul rata. Masukkan kicap pekat, kacau rata dan angkat mee, ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak dalam kuali bersih, tumis 2 sudu besar bawang putih hingga wangi.
  3. Masukkan cili padi, gaul rata.
  4. Masukkan daging dan biar seketika. 
  5. Masukkan kicap manis, sos tiram dan kicap pekat. Agak-agak aje sukatannye, kalau kurang, boleh tambah lagi kemudian. Kacau rata.
  6. Masukkan lada sulah, dan kacau rata. Masukkan air stok (><1 liter). Kalau suka banyak kuah boleh dilebihkan.
  7. Biar hingga mendidih. Masukkan fish ball dan fish cake, dan juga udang.
  8. Masukkan semua sayuran. Kalau kurang rasa kicap, boleh ditambah.
  9. Masukkan sedikit garam, serbuk perasa dan gula.
  10. Bila mendidih, masukkan bancuhan air tepung jagung.
  11. Curah kuah ke atas mee yang telah digoreng tadi dan sedia untuk hidangan.
Senangkan! Nampak aje panjang berjela, tapi senang jer nak masak mee ni. Selamat mencuba!

Gambo coklat yang akak sempat snap kat ofis pagi ni --- Thanks Kak Aliah!

-InaChomel-

Wednesday, December 7, 2011

TERIMA KASIH SEMUA & SORRY ...


Salam dan selamat pagi sume,

Rasanya dah lama betul akak tak post N3 kat blog ni! Macam dah merajuk jer bunyinye .... Macam dah malas pun ye jugak kut!!! Tapi yang sebenarnye akak baru sihat dari sakit! Ni pun baru minggu kedua akak datang kerja! Berlambak-lambak kerja tertunggak kena dibereskan! Hampir sebulan setengah MC, akak terlalu letih untuk memulakan lembaran baru pada blog ni ... tapi ari ni dah tak leh tahan tengok blog ni tak diupdate, maka akak gagahkan juga .... bila dah mula, nanti susah lak berhenti!

Kepada yang mengucapkan selamat kepada akak terbang ke London, mohon maaf akak panjatkan kepada semua sebab seminggu sebelum berangkat ke London akak sakit! Sakit yang membawa akak bertapa di wad Hospital Sultanah Aminah JB selama 15 hari! Apa sakitnye??? Sejenis sakit kulit yang dipanggil Psoriasis! Habis satu badan kulit menanah! Lemah tak bermaya, seminggu demam tak kebah! Semua ini akak lalui untuk kali keempat sejak akak baby sampai dah berkahwin sekarang ni! Ujian Allah, akak terima dengan hati terbuka! Ada rahmat disebaliknya yang kita mungkin tak perasan.

Sekarang ni dah kembali pulih dengan kulit baru yang putih dan mulus --- itu kata bebudak kat ofis yang jealous ngan kulit baru akak ni! Tapi nak dapat kulit cantik ini .... bukan senang, derita dulu baru cantik! Pada akak bukan cantik yang diutamakan, tapi dikurniakan kesihatan yang sihat itu lebih utama! Alhamdullillah, dah beransur sihat, cuma lemah sebab masih ambil morphin untuk control skin problem!

Anyway .... most important thing is ... akak nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada team GOP-PSZ Road to London yang telah bersusah payah dan ingat kat akak yang tak dapat join mereka di saat-saat akhir untuk terbang ke London. Untuk tatapan semua, kat sini ada gambar souvenirs yang mereka hadiahkan untuk akak! I really like it! Thanks everyone .... I like! Juga terima kasih kepada Amri & Syukri, student Malaysia & Brunei yang banyak membantu akak via emel sebelum rombongan kami berangkat ke London, dan Syukri yang menjadi tourist guide semasa di London dan Paris! Thanks a lot!

Dari kiri : Coklat Cadbury (sedap sesangat --- Thanks Zureen), fridge magnet Big Ben & London, handbag Robin-Ruth --- Thank You everyone, key-chain with letter H & tea towel --- Thanks Kak CT (kena bingkaikan ni, sayang nak guna).

Dari kiri : Bingkai foto --- Thanks Fikri, Harrods make-up pouch --- Thanks JJ, fridge magnet Eiffel Tower, London post box dan London landmarks.

Thank You so much everybody, sangat-sangat terharu di atas ingatan u all kepada akak!
Luv U all ....
 Team members yang terbang ke London --- di perkarangan King's Collge London.
Dari kiri : JJ, Aliah, Zureen, Zaleha, CT Zaleha, ???, Pn. Aziah, Dzulhelmi, Ramli, Nasa & Zul Izuan --- gambo akak yang terpampang kat banner jer yang sampai ke London, tuan punye badan masa ni sedang terlantar kat hospital! :(. 
Imej ihsan Dzulhelmi @ Dzulhelmi's Blog.
  
-InaChomel-

Monday, October 10, 2011

LONDON OH LONDON !

Salam sume,

Pejam celik pejam celik, tak sangka dah tinggal 2 minggu jer lagi akak akan berangkat ke London! Seronok ada, risau pun ada gak! Maklumlah, nak tinggal family, bebudak pun rasanye tengah nak exam final year! Next week exam final year sekolah agama! Akak masih sempat & boleh guide dia orang lagi. Tapi kalau minggu akak ke London dia orang exam final year untuk sekolah kebangsaan, payah gak! Tawakkal jer lah, mudah-mudah Allah terangkan hati anak2 akak dan mereka mendapat petunjuk dariNya .... Amin ... InsyaAllah!

Dalam kesibukan membuat persediaan ke London dan Paris, si Iman ni pun tak kurang sibuknye! Akak beli topi, dia nak tpoi, akak beli mafela, dia pun nak, akak beli sarung tangan, pun dia nak tumpang sekaki jugak! Sudahnye akak belikan set kelengkapan musim sejuk ni kat SoxWorld di Plaza Angsana. Memandangkan sekarang ni musim hujan, jadik dia pakai ler bende2 ni bila hujan lebat dan sejuk kat umah! kekadang kesian tengokkan si Iman, tapi nak gelak pun ada gak .... tak nak kurang dari orang, dia nak lebih jer .... maklumlah anak bongsulah katakan!!! Untuk barang akak, ada satu dua barang lagi yang masih belum dapat! Tak sempat nak gi beli. Tapi rasanye yang susah nak dapat, akak dah bereskan! Cuma yang mudah dan sambil balik keje pun akak boleh gi singgah beli jer yang masih belum beres! Harap2 Allah permudahkanlah segala urusan akak untuk persediaan ke London dan Paris, dan juga dikurniakan kesihatan yang sihat semasa di sana! InsyaAllah .... doakan untuk akak ye ....

Ok, akak rasa sampai sini dulu untuk malam ni, nasib baik ada broadband, kalau tak, tak update ler blog ni nampak gayenye yea .........

-InaChomel-

MEE TIAW GORENG KICAP

Salam sume,

Hai, apa khabar semua. Nampaknye sekarang ni dah makin jarak masa akak menulis di blog ni. Kalau dulu selang sehari, tapi sekarang ni, susah betul nak cari masa untuk berblog! Masa, kalau dicari memang tak jumpa, kalau dikejar memang tak dapat, tapi kena ikut rentak masa dan hargai setiap saat kita menggunakannya.

Akak rasa makin lama makin banyak perkara yang nak kena fikir, asyik fikir jer ... masa pun berlalu tanpa buat apa2 .....
Wake-up, wake-up!!! Jangan terus dibuai mimpi! Mimpi memang indah, realiti yang menyakitkan! Itulah hakikat dunia, kadang2 kita selalu yakin dan tabah, jangan mudah putus asa! Semangat kena kuat!

Sehari dua ni, bila tak masuk pejabat, akak rehat puas2 kat rumah! Kalau penat di hujung minggu, mesti hari Isnin datang keje muka toyek jer ..... macam orang malas! Begining of the week dah slow, nak speed up pun macam susah jer ....

Sorry ler ... mood last week sangat2 mempengaruhi rutin harian akak! Tu yang kekadang meraban sana sini .... Well, family always in my mind! Akak selalu fikir kalau orang lain tak suka kat kita, kita masih ada keluarga yang sayangkan kita, lebih utama Allah masih sayang dan masih tidak jemu memberi peluang kepada kita untuk terus berubah! Begitulah sayangnya Allah kat kita semua, cuma kita ni kadang2 lupa akan kasih sayang Allah pada kita, kita lupa nak mendampingi Dia, kita lupa nak memanjatkan rasa syukur kepadaNya, kita lupa memohon rahmat dariNya .... itu dia manusia, selalu lupa dan alpa!

Buat tatapan blogger, akak tidak lupa akan budi baik korang selalu singgah kat umah akak ni. Terima kasih. Sebagai tanda terima kasih, akak suka nak kongsi ilmu kat korang sume. Ilmu yang akak harap dapat mengerat kasih sayang antara suami dan isteri serta anak-anak. Ok ler, malam2 ni melalut lak! Meh kita tengok resepi akak malam ni, baru tadi akak masak .... makan panas2 banyak syok weiiii ......

MEE TIAW GORENG KICAP
  • 1 kg mee tiaw
  • 50 sen taugeh - buang helmetnye, kalau rajin boleh petik ekornye
  • 1 ikat daun kucai - potong 1 inci panjang cuci bersih dan toskan
  • 1 mangkuk kecil udang
  • Kicap pekat manis ABC
  • Kicap cair
  • Telur 
  • Minyak 
PES LADA
  • 1 1/2 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 10 sudu besar lada kering kisar*
  • Minyak
Caranya - Tumis semua bahan bertanda * hingga garing, dan ketepikan. Jika ada lebih, boleh frozen dan guna bila diperlukan.

Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak.
  • Masukkan udang dan goreng hingga suku masak.
  • Masukkan telur, biar mengeras sikit dan kacau rata.
  • Masukkan mee tiaw dan pes lada (ikut suka tahap pedas yang dikehendaki). Kacau rata.
  • Masukkan kicap pekat manis dan kicap cair, gaul rata. Jika kurang masin, boleh tambahkan sedikit garam.
  • Masukkan taugeh dan daun kucai, kacau rata dan angkat untuk dihidang.

-InaChomel-

Thursday, October 6, 2011

BROADBAND OH BROADBAND!

Salam,

N3 kedua untuk malam ini! Malam ini? Entry kedua? Malam2 post N3? Macam pelik jer kan!!! Cewah ..... Tadi masa upload kisah lauk udang dan kisah tension minggu ini, lupa lak nak cite pasal bende ni .... bende yang dah lama nak dilanggan, tak terlanggan-langgan ... sudahnye minggu lepas, akak langgan gak broadband celcom ni! Rasanye memang dah sampai masa akak memiliki broadband apa juga brandnye untuk kegunaan peribadi dan anak-anak! Cuma sebelum ni tak de masa nak rewang mana2 broadband yang sesuai .... Akhirnya Celcom menjadi pilihan! So N3 pertama untuk Okt. 2011 adalah melalui broadband! Cehhh! Macam orang jakun lak akak ni ekk ! Tapikan, akak ni sungguh pun dulu ambil Master dalam bidang IT, since dah bertahun tak apply dalam kehidupan seharian, memang banyak dah tercicir .... bebudak lagi terror dari akak! Cuma untuk office use, IT memang akak tak buta dari orang lain, at least terror ler jugak, cuma yang tercanggih sekarang ni jer yang akak dah tak larat nak follow! Anyway, I feel great right now, boleh berbroandband dan release my tension with internet !!! Wokeh! Cau cin cau .......

-InaChomel-

SAMBAL UDANG LADA MERAH

Salam sume,

Hai ... dah lam tak bersuakan! Sejak akhir2 ni akak sibuk sesangat! Banyak sangat yang kene settle kat ofis tu .... Dalam masa yang sama pun akak kena jaga hati dan perasaan sendiri yang sangat2 terguris dengan tindakan my biggest boss and bigger boss too ....

Dalam hati akak selalu tertanya2 .... kenapalah manusia ni bila dah berada di atas selalu lupa diri, tak pernah ingat apa mereka dulu pernah buat silap! Kekadang akak rasa dia orang ni ingat dia orang ni malaikat!!! Tak pernah buat silap! Suka mencari silap orang lain! Kalau pun akak ni buat silap, tapi bukannya silap yang disengajakan .... atas arahan orang atasan juga akak terpaksa akur dan sudahnya, salahnye tetap dipikul di bahu akak! Adil ke?

Satu yang akak rasa sungguh terharu .... rakan sekerja yang cuba membantu, tapi akak tahu, marah yang dituju memang untuk akak dengan sengaja ... sudah terang lagi bersuluh! Tak siapa menafikannya, cuma manusia bila sudah berada di atas memang selalu lupa diri ....... Itu sebab akak tak nak fikir banyak, dan memohon kepada Allah agar ditenangkan hati dan berlapang dada menerima dugaanNya, sesungguhnya Allah masih mahu memberi akak peluang untuk sentiasa bersyukur di atas segala nikmatNya yang dikurniakan kepada akak dan keluarga selama ini, ini mungkin sebahagian daripada dugaanNya buat akak supaya menjadi insan yang lebih tabah ... insyaallah ... Amin ...

Ok ler, dah lama tak bersiaran, cite yang sedih2 lak! Senyum, senyum, senyum .........

Kali ni nak share lauk yang simple! Selalu sangat masak sambal tumis, kali ni tukar lak cara masak yang sempoi dan mudah, tapi tak kurang sedapnye ..... Sedap ke? Macam masuk bakul angkat sendiri je bunyinye ..... Bukan gitu, tapi memang sedap, padukkan makan dengan ikan kering atau ikan goreng, sayur goreng, sambal belacan dan nasi panas, memang sodap ... Meh kita tengok resepinye .....

SAMBAL UDANG LADA MERAH
  • 800 gm udang sederhana besar, buang muncung dan ekor
  • 5-6 batang lada merah, kisar halus
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 sudu teh kunyit serbuk 
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • Masukkan lada yang dikisar, gaul rata.
  • Masukkan serbuk kunyit, gaul rata dan biar sehingga garing.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul rata.
  • Masukkan udang, gaul rata dan biar seketika hingga udang menjadi merah. Jangan masak terlalu lama.
  • Angkat dan hidangkan.

-InaChomel-

Thursday, September 29, 2011

TOMYAM

Salam,

Hai! Dah petang ni baru ada sikit masa nak santai-santai! Dengan cuaca yang mendung dan kejap2 cerah, nampaknye tak kering lagi ler baju satu amapaian kat umah tu ....

Rasanye petang tak banyak bende yang nak disongehkan. Cuma nak sambung kisah masak2 semalam.

Selain dari sayur sawi jepun, akak juga masak tomyam! Haaa .... ini feveret semua orang kat umah! Paling faveret ... my darling ler .... lepas solat isyak dia sambung bedal lagi 1 mangkuk penuh! Lepas makan aje dia dah pesan .... asingkan sikit dalam mangkuk, lepas isyak I nak sambung makan! Itulah .... kalau sedap dan kena pada tekak dia, bermangkuk2 dia boleh telan, kalau tak ....... macam ayam berak kapur jer .... tanya nak tambah ke tak? Macam2 alasan, kenyang ler .... kalau dah tak berkenan tu ... ada jer

Ok, jom kita teropong resepi mudah ni .....

TOMYAM
  • 6 ketul isi ayam - potong kecil-kecil
  • 15 batang cili padi - belah dua
  • 5 helai daun limau purut - koyak kasar2
  • 1 biji bawang besar - potong bulat kasar2
  • 3 batang serai - dititik
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 mangkuk sotong
  • 1 mangkuk udang
  • Carrot disagat nipis
  • Bunga kobis - potong sederhana kecil
  • Putik jagung - potong serong 
  • 3 kiub tomyam
  • Perahan air limau nipis
  • Air @ stok air rebusan udang, ayam atau daging
  • Minyak
  • Daun sup, daun bawang
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis, serai, bawang besar, cili padi, daun limau purut dan bawang kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan kiub tomyam. Kacau rata.
  • Masukkan isi ayam dan biar hingga separuh masak.
  • Masukkan air @ air rebusan, biar seketika hingga mendidih.
  • Masukkan perahan jus liamu nipis. Jangan terlampau masam, tapi mesti ada rasa masam-masam pedas!
  • Masukkan sotong dan udang.
  • Masukkan sayur-sayuran dan gaul seketika.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Angkat dan hidangkan. Tabur dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng!

-InaChomel-

SAWI JEPUN GORENG SOS TIRAM

Salam sume,

Wahhhh .... pagi yang indah walaupun hujan lebat pagi ni bila sampai ofis! Pagi ni anak akak dah moody ngan akak. Pasal???? Nak beli gula2 strawberi RM20, cikgu jual katanya! Wow RM20!!! Tak pernah umur akak beli gula2 semahal tu! Akak kata tak payahlah, nanti gi shopping complex kita beli gula2 yang boleh pilih ceduk2 tu! Tak Nak!!! Sudahnye akak buat dekk aje, pegi sekolah pagi ni dengan wajah masam dan hati yang berbuku pasal tak dapat beli gula2 strawberi!

Apa yang akak nak cite kat sini ialah ..... cikgu tak patut buat jualan begini kat sekolah ngan murid2. Kalau dibungkus dan dijual sepeket RM2.00, rasanye masih boleh tahan lagi. Murid2 ni bukan semuanya mampu nak beli, tapi bila cikgu dah jual, murid2 selalunya terlalu taksub dengan apa juga yang keluar dari mulut cikgu! Kalau yang mampu tak pe, tapi kalau yang susah, kesian .... tengok aje kengkawan beli dan makan, kalau kena kengkawan yang baik, boleh ler dihulur sebiji dua gegula tu, kena yang kedekut siapaleh (kata orang Melaka) ..... mau tak kempunan. Ini kali kedua anak akak mendesak membeli barang yang dijual oleh cikgu kat sekolah, sebelum ni ubat kecerdasan minda! Dalam hal ni, akak bukan lokek, tapi tak nak biasakan ikut kehendak anak2. Takat gula2 tu, kat shopping complex ada banyak pilihan lain yang sedap2. Dan yang paling penting tak nak cikgu berleluasa menjual barangan kepada murid sewenang-wenangnye! Kalau jualan tu masa hari terbuka sekolah tu lainlah, ibubapa pun faham dan sanggup menyokong! Ini tak, suka2 aje .... So sorry kalau ada cikgu2 yang terasa hati, tapi ini pandangan ikhlas akak sebagai ibubapa yang kurang bersetuju dengan cara ini! Mungkin tak semua ibubapa berpandangan sama macam akak, atau mungkin ada yang kata akak ni berkira sangat! Tapi pada akak, pandangan tak kira siapa wajar diambil kira, sekadar pandangan dan bukannya mendesak sesiapa pun!

Kalau jual buku atau stationery, pada akak masih ok lagi. Sekurang2nye pekalah dengan kesihatan murid! Kalau sebelum ni sibuk melaungkan jualan nasi lemak menggemukkan dan kurang berkhasiat di kantin sekolah, pihak sekolah juga patut lihat jenis barangan yang nak dijual kepada murid2.

Oklah .... tak nak mood pagi terus spoil sampai ke petang, meh tengok apa yang akak masak semalam. Actually yang ringkas aje. Sayur sawi jepun goreng bersama sos tiram. Mudah, dan sedap dimakan dengan nasi panas. Kalau ada ikan goreng dan sambal belacan pun dah ok, tak yah banyak2 lauk! Jomm .....

SAWI JEPUN GORENG SOS TIRAM

  • Sawi jepun - RM 2.00
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
  • Sedikit air
Cara penyediaan :
  • Potong sawi jepun dan cuci bersih, toskan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan bertanda * hingga garing dan wangi.
  • Masukk kiub ayam dan sos tiram, gaul rata.
  • Masukkan sedikit air, biar seketika.
  • Masukkan sayur dan gaul rata. Persakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

-InaChomel-

Wednesday, September 28, 2011

SIAKAP SAMBAL SERAI

Salam sume,

Hai, ari ni datang ofis mood ok tak? Hari ni akak macam biasa jer .... nak kata boring tidak, nak kata suke sangat pun tidak juga, sedang2 ajer ...... Cuaca pagi ni pun cantik! Harap2 panas sampai ke petang! Ari pun dah 30 Syawal. Tak sabo nak tungu habis raya, nak kemas bagai segala balang kuih .... dan tutup sudah tirai open house! Seronok tyu seronok, cuma kekadang bila dah banyak sangat, tak termakan dibuatnye ..... takut pulak tuan rumah kecil hati. Tapi kalau memang dah tak boleh nak masuk macam mana ekk??? Nanti muntah depan tuan rumah lagi malu .... nanti orang ingat mengandung pulak!!!

Tapi yang pasti akak doakan semua yang telah mengadakan open house agar murah rezeki, insyaallah panjang umur dan ada rezeki tahun depan boleh sambut lagi!!!

Ok .... semalam kami sekeluarga dilimpahi dengan rezeki. Mana tidaknye, baru aje sampai rumah, jiran sebelah dah hantar semangkuk besar dalca ayam siap ngan roti bai lagi! Kalau kat JB ni, orang lama mesti tahu kisah roti bai kat Jalan Dhoby. Roti ni popular sangat sebab cara penyediaan dan pembakarannya masih menggunakan kaedah lama. Cuma bebudak mungkin tak berapa suka roti ni sebab dah biasa makan roti gardenia, daily, mighty white dan sebagainye, so dia orang kata roti bai ni keras! Tapi kalau orang tua2 suke makan roti bai ni cicah dengan air kopi atau teh, dibakar dan disapu dengan mentega dan kaya atau sedap dimakan dengan kuah kari seperti dalca tadi. So kalau ada yang ke JB, cubalah cari kedai roti ni kat Jalan Dhoby, lambat sikit tak dapat, sekitar jam 2 petang kekadang roti ni dah habis ..... 
Lepas tu mak pun ada beri lauk sayur turi masak lemak, dah hampir lengkap lauk makan malam semalam. Tapi pasal hubby nak makan ikan, jadi akak masak gak ikan siakap yang juga dapat free dari kawan abah. Jadi semalam satu-satu lauk yang akak masak adalah Siakap Sambal Serai! Jom kita tengok resepi ni ... nampak macam pedas, tapi anak2 boleh makan sebab rasanye pedas manis ....

SIAKAP SAMBAL SERAI
  • 1 ekor siakap - belah dua memanjang, cuci bersih dan toskan
  • Lumur ikan dengan sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah. Taburkan rata tepun jagung pada ikan dan pastikan semua bahagian ikan dilumur tepung. Goreng ikan secara deep fry dengan api yang besar. Angkat ikan bila sudah kekuningan dan garing. Ketepikan.
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 7-8 sudu besar lada kering kisar*
  • Sedikit belacan - dicampur dengan bahan kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit - dicampur dengan bahan kisar
  • 2 biji telur gred C
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak
  • Daun bawang
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis serai dan bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
  • Masukkan air asam, kacau rata dan biarkan seketika.
  • Masukkan gula, gaul rata dan akhir sekali masukkan telur yang  telah dikocok. Biar seketika, apabila telur hampir mengeras, kacau rata.
  • Curah kuah sambal ke atas ikan dan taburkan dengan daun bawang yang dipotong kasar2.
  • Sedia untuk dimakan.

-InaChomel-

Tuesday, September 27, 2011

SPAGHETTI OLIO

Salam sume ....

Sekali lagi bersua ... cewahhh, macam tak de keje jer ... tadi sibuk nooo kata tgh busy ngan conference!

Tak delah! Ni N3 selingan ..... enjin lum panas lagi nihhh .... nak start buat keje dalam cuaca yang ala2 snow ni memang liat betul!!!

Semalam department akak handle jamuan raya. Akak kena jadik kepalanye fikir apa nak dijamu .... Yang pasti mesti ada menu yang bertemakan raya! So banyak ler yang kita orang dah masak.

Aka punye part masak spaghetti. Menu ni akak yang sendiri pilih sebab senang nak masak ngko! Cewahh ... pandaiiii .... nak masak yang senang jerrr .... Senang2 pun, pukul 4.30 pagi akak dah bangun masak mende ni tau ... sudahnye pukul 1 tghari, akak tido kat meja ni macam orang pengsan! Ngantuk bebenor rasenye, macam setahun tak tido! Akak memang kuat tido pun, pantang jumpa bantal, seminit dua dah jalan dah .... mimpi indah .......

Ok, semalam ramai yang tanya macam mana nak masak bende ni. Senang ajer! Akak kalau masak yang senang2 jer .... janji sodap! Tapi sori ler, gambo tu tak cun sket, pasal ambik masa kat bilik jamuan, tak de masa nak deco2 backdrop yang cantik2! Ok, meh nengok resepi yang senang ni ... lepas ni korang boleh bedal masak 1 bungkus makan sorang2!

SPAGHETTI OLIO
  • 1 bungkus spaghetti - direbus hingga lembut. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak.
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 - 1 1/2 biji bawang holland - potong dadu
  • 1 batang carrot - potong lidi mancis
  • 2 batang sosej - potong serong setebal 1 cm
  • 4 batang crab stik - potong serong setebal 1 cm
  • 1 mangkuk kecil udang
  • Lada capsicum - merah, hijau & kuning - potong lidi mancis
  • 5-6 biji cili padi - belah dua
  • Lada hitam kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Dried basil leaves -- jenam McCormick
  • Minyak --- kalau tak suka minyak zaitun, boleh guna biasa sawit biasa
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan bawang holland, cili padi dan goreng hingga layu dan naik bau yang wangi.
  • Masukkan carrot dan sosej, gaul rata.
  • Masukkan udang, garam dan serbuk perasa, gaul rata.
  • Masukkan spaghetti dan lada capsicum, gaul rata.
  • Masukkan crab stick, lada hitam kisar dan dried basil leaves, gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan.

Nota - crab stick hendaklah dimasukkan akhir sekali untuk mengelakkannya daripada hancur dan hilang rupa parasnye! Sukatan untuk dried basil leaves --- agak2 jer ler, jangan banyak sangat, agak2 naik baunye dah ok. Kalau lebihkan bawang holland pun ok, rasa manis original dari bawang lagi sedap!

Kat sini adalah gambar menu lain yang terhidang semasa jamuan semalam ....... enjoy the panorama ....

 Nasi impit, sambal tumis udang, samabl tumis ikan bilis dan serunding daging --- ada rendang ayam dan samabl kacang gak, tapi tak sempat snap!

 Mee hoon soto, bergedel dan kat belakang tu my spaghetti!

Sampingan --- Chicken sosej puff (akak buat), cocolate bottom banana square (akak buat), keropok ikan, maruku, buah tembikai, oren, biskut raya dan taufu fa. Ada gak wajik sirat @ kuih kepal (tak de dalam gambo)!

-InaChomel-

ASAM PEDAS DAGING

Salam dan selamat pagi sume,

Hai. Apa khabar sume? Semoga sihat sejahtera! Dah habis beraya tahun ni? Syawal masih ada lagi ni, dah hujung2 ni makin galak lak orang2 ni buat open house! Tahun ni rasanye macam nak patah pinggang, patah riuk dan segalanye lah ... penat betul! Macam tak de masa langsung nak rehat tiap hujung minggu, ada je agenda makan2 dan masak2! Namanye orang kita ni, kalau berkumpul je mesti makan2! Tu yang makin sihat badan tu, dan musim ni jugak ramai yang asyik berkunjung ke klinik! Nape? Kalau tak demam, sakit perut cirit-birit! ..... Rayalah katakan ......

Dalam bulan Syawal kali ni akak memang busy giler ler ... macam banyak jer bende nak kena settle! Tadi masa rewang kat blog Kak CT batu lesung, wahhhhh bukan main lagi dia dah siap beli barang keperluan untuk ke luar negara! Jeles ni ..... akak tak sempat nak gi carik lagi nih! Tapikan .... at least boleh tahu apa yang perlu dibeli untuk ke sana .... Mesti korang tertanya2 kan nak gi mana?

Actually kan, akak akan ikut lawatan sambil belajar ke London akhir Oktober ni. Rombongan che kiah ni seramai 13 orang, antaranya Kak CT batulesung! Since kita orang ni satu ofis, tu yang asyik tanya jer keperluan untuk ke sana! Insya Allah kita orang pun nak ke Paris juga nanti ..... alang-alang dah sampai sana, kita lencong ler ke Paris 1 hari! Kalau nak ikutkan budget tu, memng ciput, tapi at least duit tambang flight kami tak yah bayar sebab di bawah tajaan majikan, cuma cari duit poket dan penginapan + transport kat sana jer. Nak pegi sendiri belum tentu mampu, jadik, ada peluang keemasan ni, jangan lepaskan peluang anda! Grab ler mana yang patut! Tapi sebelum gi London, kita orang tgh busy handle international conference kat sini ..... tensen gilerr siott! macam tak cukup masa dtg keje! Ada jer nak kene settle! jadik sekretariat lak tu!!! Pening kepala akak!

Ok ler, macam biase ler, ubat pening kepala adalah makan! Tulah, akak dah kata, orang kita ni tak jauh ngan makan ... sakit pun pasal makan, nak pulih sakit pun kena makan gak! Resepi ni dah lama akak tak cuba, tapi sedap dimakan dengan cencalok, sayur-mayur, ikan sepat masin @ ikan goreng! Cubalah .... tak rugi, memang sedap! Jom masuk dapur ......

ASAM PEDAS DAGING
  • 800gm - 1kg daging --- rebus hingga empuk dan ketepikan.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 8-9 sudu besar lada kering kisar*
  • Sedikit halia kisar*
  • Sedikit lengkuas kisar*
  • Sedikit belacan --- campur bersama bahan kisar
  • 2 batang serai dititik
  • Air asam jawa
  • Serbuk kunyit
  • Lada hitam dikisar halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  • Panaskan  minyak.
  • Tumis bahan-bahan bertanda * dan serai hingga garing dan wangi.
  • Masukkan daging dan air rebusan (jangan banyak air sangat, kalau pekat boleh tambah lagi).
  • Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa.
  • Biar kuah pekat dan mendidih. Masukkan lada hitam serbuk, kalau suka pedas boleh letak lebih!
  • Mesti ada rasa pedas dan asam. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas ...
Senang kan, cubalah ......

-InaChomel-

Wednesday, September 21, 2011

KISAH MINGGU INI .....

Salam sume ....

Hai, dah lama tak bersiaran! rasanye memang masa sangat mencemburui akak ler sejak akhir2 ni! Banyaknye keje sampai tak de masa langsung nak kelepet! Tapi petang ni digagahkan juga pasal dah lama tak potpet kat blog ni .... gian ngko!

Minggu ni kita orang semua gering! Dimulai dengan hubby yang cirit-birit dan demam, diikuti dengan 2 orang anak pompuan akak yang demam. Dan .... Isnin lepas akak diserang cirit-birit. Macam nak pengsan ngko, setiap satu jam bangun masuk toilet, makan ubat pun tak berkesan. Sudahnye ari Isnin gi klinik dapat 1 ari MC. Ni pun kepala akak kenoneng lagi ni, pasal pusing waktu tido dah berubah, maklumlah, bila makan ubat asyik nak tido jer, dah jadik over dose dibuatnye ........

Ok, itu kisah gering kami sekeluarga ....

Ni nak cite pasal kisah gambo kat atas nu .... Gambo tu adalah gambo barkat semasa cousin akak tunang di Melaka Sabtu lepas! Dalam kotak silver tu ada muffin dan coklat. Istimewanye coklat tu dihasilkan oleh my aunty sendiri. Sedap coklat tu, tapi sebab perut tengah meragam ni, tak berani nak telan dulu, akak simpan bila line dah clear nanti. Muffin tu pulak akak yang buat. Alaaaa .... muffin biasae2 aje ...... Yang pasti barkat tu nampak esklusif pada mata akak! Simple tapi menarik!

Anyway, itu ajelah catatan untuk ari ni .... masa sangat jealous niiii ......

-InaChomel-

Thursday, September 15, 2011

HADIAH UNTUK AHLI SPORTING ....


Salam sume dan selamat pagi .....

Wahh ..... semalam hujan sepetang hingga ke awal pagi hari ini. Matahari baru mula nak menampakkan wajahnye .... dah lama cuaca begini tak bertandang! Sesekali hujan waktu malam hingga ke awal pagi, syoknye ....tido!

Hujung minggu ni dah penuh dengan undangan jamuan rumah terbuka dan kenduri kahwin pun dah mula banyak! Tak tau mana nak dijenguk dahulu! Kenduri kahwin pun agak jauh kalau nak pegi, semuanye luar dari Johor! tapi hari Sabtu ni kena gi Melaka, sepupu pompuan akak bertunang ngan org KL. Akak pun dah dapat tempahan untuk buat cupcake! Esok lak ada marhaban sebelah malam, tapi untuk kaum lelaki jer. Nak buat persediaan jugak tu walaupun makan yang ringan2 jer .... yang pasti kuih raya, air dan satu menu tambahan! Sebab esok pun ada jiran akak yang buat open house, so sediakan hidangan yang light jer pun dah kira ok. Hubby akak cadang suruh buat sandwich aje, sebab ada 30 rumah yang akan dimarbahankan oleh ahli kariah masjid! Ok gak, senang sket! Lagipun lain dari yang lain .......


Ok, hari ni tak de resepi, tapi nak share cite sambutan jamuan raya kelab di ofis kami. Jamuan ni diadakan di Damai Seafood, Kg. Danga kat JB ni. Makan kat sini memang sedap! So malam tu ada banyak anugerah yang disampaikan kepada ahli kelab. Antaranya adalah ... ahli sporting! Anugerah ni hubby akak dapat pasal ...... mulut bising macam bertih goreng! Last year kita orang dapat 2 hamper, satu cabutan bertuah dan satu lagi famili ceria! Kali ni dapat hamper barangan penjagaan diri. Ok gak lah tu dari balik ngan tangan kosong. Actually setiap kali event kelab ni, pak we akak selalu jer bernasib baik, mesti sangkut satu hamper punye! Alhamdullillah ... rezeki u!


Ini gambor bebudak yang dah kelaparan .... mana tak nye, dah jejak jam 9 mlm belum dapat makan lagi, asyik menunggu orang datang memenuhkan ruang makan dan ucapan raya dari big, bigger and biggest boss ..... Bila diisytiharkan dah boleh makan, apalagi ... bebudak ni membeduk ler, especially si Iman yang asyik tanya bila nak makan, bila nak makan! Anyway, this year jamuan raya lain dari yang biase, makan seafood dan bukannye ketupat & rendang! Enjoyyyy ......

-InaChomel-

Wednesday, September 14, 2011

CENCARU GORENG BAWANG, LADA & KICAP ....

Salam sume,

Hai rakan2 yang ku kasihi .... apa khabar semua??? Dah semakin sukar dan jarang nampaknye akak berblog sekarang ni!!! Ni pun pasal ngantuk tahap gaban dah sampai, pun dah macam rimau jer ni ... asyik mengaum jer ......

Hari ni pagi2 mood dah spoiled! Spoiled pasal ape? Pasal ... pasal .... pasal .... ade lerr ..... tapi key of the words yang boleh describe keboringan akak ni adalah --- Lone Ranger .... lain kali jangan suke jadi Lone Ranger yea ......

Oklah ... tinggalkan kisah Lone Ranger tuh! Mari kite cite pasal makan2. Memang bila cite pasal makan2 rasanye macam indah dunia ni, tak tension, tak stress, untung lagi ada ..... Berat badan ni pun rasanye macam dah naik balik! Kena start fast walk semula ni ... tak leh jadikkk!! Nanti nak gi tour kat Europe tak best lak bila kaki asyik sakit jerrr ....

Ok, akak masak lauk ni pasal .... bukannye malas, tapi pasal ada stok lauk semalam dalam fridge, jadik? Nak clearkan peti ais, makanye resepi ni terhasil .... Lauk ni senang jer, lauk orang bujang! Tapi sedap dimakan masa masih panas berasap ngan nasi panas! Tak de sayur pun tak pe, lauk ni ngan nasi jer pun dah dikira bagus! Meh kita tengok resepi yang mudah ni, kalau korang masak tak jadikk ... tak taulah akak nak cakap, mesti kucing korang gelak berguling2 atas lantai ketawakan korang ........

CENCARU GORENG BAWANG, LADA & KICAP

Bahan-bahan
  • Ikan cencaru - ikut suke berapa ekor yang korang nak baham!
  • 2 bji bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 2 batang lada merah - hiris kasar-kasar
  • Kicap manis
  • Garam
  • Minyak
Cara penyediaan :
  1. Cuci bersih ikan cencaru, belah bahagian belakangnye, gaul garam dan goreng garing. Angkat dan toskan.
  2. Curah sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang dan lada merah, goreng sebentar, kemudian curahkan kicap (ikut suka, kalau nak lebih, boleh taruh lebih!). Gaul rata.
  3. Curahkan kuah atas ikan yang telah diletakkan dalam pinggan. Sedia untuk dimakan.

Senangkan! Kan! Kan! Kan ....

-InaChomel-

Monday, September 12, 2011

IKAN BILIS GORENG BERSAMA KENTANG & BAWANG

Salam dan selamat petang sume ....

Dah berhari-hari akak tak dapat berblog. Raya tahun ni memang  rezeki lebih agaknye ..... ramai plak kawan2 ofis especially geng pakwe akak nak datang beraya! tahun sudah, rumah kita orang sepi jer .... macam tak de orang yang sudi nak datang beraya kecuali adik beradik dan sedara-mara. Tapi kali ni, tak menang tangan dibuatnye. Walau apa pun, akak dan famili ucapakan terima kasih kerana mereka sudi datang berziarah ke rumah kami. Moralnye.... musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak.

Dikesempatan ini juga nak ucap TQ jugalah kat Kak CT batu lesung sebab promo gambo akak lebih2 lak kat blog dia .....

Untuk raya tahun ni pun akak dah set dalam kepala ni tak nak sakan2 sangat, maklumlah anak akak ada yang nak ambil UPSR. Doa2 kanlah ye semoga anak akak terang hati dan dapat memjawab soalan dengan mudah dan mendapat kejayaan yang cemerlang. trial hari tu di dapat 3A 2B. Sebenornye dia boleh dapat lebih baik lagi, tapi biasalah bebudak ni, kadang2 dalam gugup tu mereka cuai sikit. Semoga kali ni dia lebih bersedia dan tenang menjawab soalan dengan mudah dan yakin. Insya Allah.....

Selepas naik dari cuti raya, akak sesangat ler busynye hingga tak sempat nak snap gambo beberapa resepi yang baru dicuba. Dah kenyang perut baru teringat nak snap gambo .... tapi sanyang sudah terlambat, semuanye dah masuk perut ...... Gambo kuih raya pun tak menyempat nak disnapnye ..... tengokler busy ke tak busy akak ni ..... Hujung minggu ni nak ke Melaka lak, cousin tunang. Sehari sebelum tu marhaban lak kat lorong umah akak .... fuyooohhhh macam nak pengsan oooooo ......

Disebabkan busy, maka lauk yang boleh dishare sama kat sini pun simple jer .... tapi lauk ni kalau dipadukkan dengan asam pedas atau kari, memang cun melecun ...... Ok ler, jangan cite banyak, meh nengok resepinye, ni pun kira resepi ulang tayang .... dah tak de modal ler tuhhh .....

IKAN BILIS GORENG BERSAMA KENTANG & BAWANG

Bahan-bahan :
  • Ikan bilis - segenggam, bilas, toskan dan goreng garing, ketepikan.*
  • Kentang - 2 biji - belah 2 melintang, potong 8. Goreng hingga kuning, ketepikan.*
  • Bawang besar - 2 biji - mayang kasar2.
  • 5-7 biji cili padi - belah dua, kalau suka pedas boleh tambah lagi.
  • Minyak
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis dan kentang yang telah digoreng tadi.
  • Masukkan bawang besar mayang dan cili padi, gaul rata. Bila masak dalam kuali, jangan samapi layu sangat, biar bawang garing sket.
  • Masukkan garam n serbuk perasa, gaul rata dan hidangkan.

-InaChomel-

Wednesday, September 7, 2011

AIDILFITRI 2011

 My family!

Salam dan selamat pagi sume .....

Hai .... hari ni dah 9 Syawal kita raikan Aidilfitri. Masih sibuk beraya lagi ke? Kepada ibu2, mesti setiap hujung minggu sibuk memasak untuk meraikan tetamu yang jarang2 datang ke rumah kita kan? Almaklumlah, musim raya ni kalau sedara mara yang jauh2 datang berkunjung, tak sedap pulak kalau tak sediakan menu heavy untuk tetamu. Menjadi kebiasaan sekarang ni, kalau datang berkunjung, mesti ada menu heavy selain dari kuih raya. Apasalahnye, sedekah tu, memberi makan pun satu amal jariah yang kita jarang perasan kan!


Oklah, kali ni nak sahre cite pasal raya 2011. Kali ni semua adik beradik akak dapat berkumpul. Tapi adik yang di KL tu hanya sampai di JB sekitar jam 8.45 malam pada raya pertama. Ok lagi lah tu ..... biasaler kalau dah ada 2 keluarga ni, kenalah bertolak ansur sikit.

Akak ni adik beradik tak ramai cuma 3 orang aje. Adik lelaki yang tinggal di Brunei balik awal tahun ni. Riuh rendah rumah mak dengan suara cucu2nye yang banyak cakap! Seronok bebudak ni bila berjumpa sekali sekala macam ni. Dan tahun ni rasanye puas berjalan menziarah kaum keluarga yang lebih tua dari kami. Cuma sekarang ni dah slow down sikit. Maklumlah masing-masing dah pulang ke sarang! Anak-anak pun dah mula sekolah dan exam final year pun dah makin hampir!

Gambar2 ni kita orang posing kat umah mak. Selepas solat raya semua berkumpul kat sini. Haaa .... menu istimewa raya kali ni adalah Nasi Arab, adik lelaki akak yang masak. Dia ni dulu keje dengan royal family Brunei sebagai tukang masak, so mak tak lah penat sangat di dapur, assistant dia dah balik! Petang raya tu kami berbuka dengan nasi impit, ayam masak merah, sambal kacang dan sayur capur. Menu tu akak yang masak sebab tak nak menyusahkan mak yang nak prepare masak untuk raya pertama. So petang tu kami berbuka beramai-ramai, invite my aunty dan atuk sekali yang tinggal selang 2 rumah aje dari rumah mak!

Anak sedara kak ni,si Liyana sangat peramah. Setiap kali salam dengan tetamu, dia suka ucap "Selamat Hari Raya" dengan lenggok bahasa yang sangat bergaya loghat Brunei! Kami jadi terikut2 dibuatnye.

And, last saturday, kami hantar dia orang balik di Airport Senai. Kesian Iman, tak de kawan lagi, dia nangis masa bebudak ni dah masuk departure room. Biasalah, dah lebih seminggu bermesra, tetiba tak de kawan dia jadi sedih. Yang pasti sekarang ni tengah kumpul duit sebab nak raya di Brunei tahun depan! Insya Allah .... mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk ke sana! First time nak jejak kaki ke sana nihhh ... excited gilerrr .....

Salam sayang serta Salam Aidilfitri buat semua blogger ......

-InaChomel-

Monday, September 5, 2011

INGAT TAK KARTUN NI? SMURFS

Salam sume ....

Hai! Dah lama tak bersua yea .... rindu mengadap blog, ari ni sampai pukul 11 pg akak membelek blog yang biasa akak follow. Sume orang ciute pasal raya .... seronok ! tahun ni rasanye sambutan raya kita orang agak meriah dari biasa. Maklumlah sume adik beradik dapat balik berkumpul sama.

Bebudak ler yang paling enjoy! Anak buah dari jauh pun dapat balik JB tahun ni. Tahun depan insya allah jika ada rezeki lebih dan kelapangan, kita orang sekeluarga pulak nak gi beraya di Brunei! Doakan ler mudah-mudahan semuanya berjalan lancar!

Kali ni umah mak penuh ngan sedara mara seawal raya pertama sampailah semalam bila akak call dia masih busy memasak mee goreng untuk tetamu yang datang! Semalam pulak akak tak pegi umah mak, pasal bebudak sibuk menyediakan persiapan untuk ke sekolah ari ni. So semalam dapat ler keluar kejap gi umah sepupu my hubby dan singgah Jusco Tmn. U sekejap. Hasilnye adalah ..... taraaaaa ...... karekter Smurfs yang dibeli bersama Happy Meal di McD!

Kartun ni kan, sejak zaman akak sekolah rendah dulu dah ada. Yang akak ingat --- Papa Smurfs, Smurfette, Brainy & Gargamel. Yang lain lupa dah... Kali ni kembali dengan movie pulak. Datang pulak excitednye tu, pagi2 tadi cari wallpaper untuk PC akak kat ofis ni. So dah dapat wallpaper Smurfs, sibuk lah bereskan mana2 keje yang masih tertangguh. Dan hari ni pun ramai lak participant conference yang call pasal nak dapatkan info mengenai conference ni .... penat woo layan panggilan ari ni. Macam tetiba jer busy lepas lebih 1 minggu merehatkan diri! Well, dah namenye keje .... Wohkeh! Nanti akak upload N3 pasal raya lak .... See u ....

-InaChomel-

Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA ...

Salam Aidilfitri kepada semua blogger!

Kepada pengunjung blog akak, terlebih dahulu ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah di sini. Kepada yang bakal pulang ke kampung halaman, selamat memandu dan pastikan korang dalam keadaan sihat ketika memandu. Jangan berlumba di jalanraya, cepat atau lambat, yang pasti tiba ke kampung halaman dengan selamat. Pastikan keluarga korang dijaga dengan baik! Rumah jangan lupa kunci ngan mangga besi bukannya buah mangga!

Sempena Aidilfitri ni, blog akan pun akan cuti dari siarannye mulai 26.08.2011 hingga 04.09.2011. InsyaAllah akan kembali bersiaran pada 05.09.2011. Tapi jika tetiba aje dapat bersiaran dalam tempoh cuti, itu maknanya ada ler story nak diupload tu, tak menyabo tunggu naik keje semula!

Kepada rakan blog dan follower, akak dan keluarga ucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin jika ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita di alam maya ini. Semoga satu hari nanti kita dapat bersua muka dan pasti banyak yang nak diceritakan. Yang jauh diperantauan, jangan nangis tau pagi raya nanti bila dengar takbir raya. Calling2 ler famili kat sini, pasti terubat kerinduan pada yang jauh, namun dekat di hati .... muah, muah, muah ...

Salam sayang buat semua dari kami sekeluarga di Johor Bahru ........

Berdiri dari kiri :
Norhayati (adir ipar), Syahirah (anak saudara), Me, Amalina (dotter), Hjh. Selamah (mak),
Hj. Hussin (abah), Mat Isa (hubby), Syafiqah (dotter), Liyana (anak saudara) & Faris (adik)
Duduk : 
Fadzli (adik ipar), Iman (berdiri tgh/dotter), Hasliza (adik).

SOTONG GORENG KUNYIT

Selamat pagi sume,

Hari ni dah Khamis, kejap aje kan masa berlalu. Next week dah mula sibuk dengan persiapan masak untuk raya. Amacam? Dah siap keperluan untuk anak2 dan suami masing2?

Untuk akak sekeluarga, allhamdullilah! Baju dan kasut anak2 & hubby dah awal2 siap! Baju kurung Johor akak aje  yang baru siap minggu ni. Asalnye amoi tu kata siap 2 pasang aje. Ok lah tu daripada tak de langsung. Rupa2nye, semua 6 pasang baju tu dia balun kasi siap. Hah ngko! Nasib baik ada bonus sebulan gaji, kalau tak, nak dihulur kad kredit pun belum tentu amoi tu nak kasi baju tu kat akak! Sudahnye, raya tahun ni macam raya sakan lak, tak de niat langsung nak bersakan2 raya tahun ni! Maklumlah, dah budget untuk satu event besar dan penting sepanjang hayat akak! Apa itu???? Sabo ye ... dah dekat tarikhnye nanti baru boleh story keyyyy ........

Hari ni mood tak berap nak bagus!!! Why??? Iman sudah bikin akak naik hangin satu badan pagi ni! Dah pesan suruh bawak buku Ibadat baca dalam kete pagi ni sebab semalam dia kata ngatuk nak baca! Bila tanya dalam kete tadi, dia kata lupa nak bawak!!!!! Geram betul, padahal sebelum keluar bilik pagi tadi dah pesan jugak! Petang ni dia ada ujian setara kat Sekolah Agama! Semua senyap dalam kete, tak berani bukak molot kalau akak dah naik hangin!
Sebab baru awal pagi kan, jadi bila masuk ofis kena control macho, kalau tak sampai petang nanti moody memanjang ..... Hukumannye, tak leh keluar main setiap petang sehingga mendapat keampunan rasmi dari akak! Garang kan! Tulah dah kata dah akak ni garang! Inilah kerenah anak2 yang mak bapak selalu hilang sabor!!!

Ok lah, nak release rasa benggang ni, akak up N3 untuk hari ni. Perasaan ni bukan boleh dilayan sangat! Nanti melarat ke lain lak!

Sotong kali ni dibagaikan dengan kunyit lak! Goreng kunyit yang mudah dan tak banyak cite, cuma macam biase, celur dulu sotong tu kalau tak suka banyak kuah, tapi kalau memang nak berkuah, tak yah ler susah payah mencelurnye, lebur jer dalam kuali bersama bahan tumis! Hah, jom gi dapar .... masak!

SOTONG GORENG KUNYIT
  • 800 gm sotong - potong bulat, cuci bersih dan toskan
  • 1 biji tomato buah - potong lapan
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 6 batang cili padi - belah 2
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, bawang mayang dan cili padi. Goreng hingga garing dan wangi.
  • Masukkan serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan sotong, dan biar seketika.
  • Bila sotong hampir masak, masukkan buah tomato, kacau rata dan padamkan api.
  • Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi putih dan ikan kering sepat!!!!
Selamat mencuba!

-InaChomel-

Wednesday, August 24, 2011

SAYUR CAMPUR

Selamat petang sume,

Dah petang ni ngantuk sungguh! Tengahari tadi tak sempat nak adakan sesi power nap! Ni yang menguap jer macam harimau lapar! Petang ni nak masak apa untuk berbuka pun tak sure lagi. Macam-macam dalam kepala otak ni fikir, macam orang ngidam lak!

Hari ni adik lelaki akak dan familynye sampai JB dari Brunei. Dia orang landed at Changi Airport pukul 12 tghari tadi. Agaknye rumah mak akak sekarang ni tengah riuh-rendah ler dengan cucu-cucunye yang dah lebih setahun tak jumpa tu! Mak pun dah awal-awal siapkan rumah, nak sambut anak dia balik, maklumlah, kami hanya 3 beradik jer, lelaki 1, pompuan 2. Kali ni turn balik JB, last year mak n abah gi Brunei pasal nak tengok cucu dia yang baru lahir kat sana. Lebih kurang 10 hari adik akak balik sini, jadi sibuk ler rumah mak tu.

Adik beradik mak pun ada gak yang balik JB tahun ni. Sedara mara dari KL pun katanya nak serang JB raya tahun ni. Adik atuk di Tanjung Uban dan Tanjung Pinang, Indonesia pun nak datang JB gak! Fuhhh!!! Pengsan u! Biasanye kalau raya memang rumah mak tu penuh ngan kehadiran sedara-mara. Maklumlah, ramai anak buah yang datang setahun sekali ke rumah tu walau pun tinggal kat JB jer! Pulak tu, selang 2 rumah dari umah mak adalah rumah my aunty, adik bongsu mak, jadi kalau ada sedara mara yang datang salah satu rumah tu, pandai2 ler kena standby lak lepas tu untuk diserang!

Ok, kali ni nak share masakan simple jer, tapi muai! Akak masak laukni lebih ari tu, nak pulangkan pinggan jiran sebelah. Masak sayur ni bersama dengan Nasi Lemak kelmarin, so jadinye nasi lemak berlauk! Biasanye orang masal lauk ni masa raya untuk dimakan bersama ketupat. Tapi kalau saja2 jer nak masak dan makan ngan nasi putih pun boleh gak. Cuma akak terkilan sket ari tu, akak terlupa masukkan tempe dan tauhu yang dah siap digoreng! Sudahnye dua beradik tu bertapa dalam fridge sampai la ni ... tak tau nak digayakan untuk masak ape .....

Ok ler, meh nengok resepi dan jom masak bersama .....

SAYUR CAMPUR
  • 5 batang kacang panjang - hiris serong
  • 2 ketul tauhu - potong kecil dan goreng, ketepikan.
  • 3 keping tempe - potong kecil dan goreng, ketepikan.
  • Hati dan pedal ayam - direbus dan kemudian potong kecil. Sukatan ikut suka.
  • 1 batang lada merah - hiris nipis
  • 1 batang lada hijau - hiris nipis
  • Sedikit halia - potong lidi mancis
  • Tauhu kering - potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1 mangkuk kecil santan
  • 1 pekat cendawan hitam - rendam dan potong kecil
  • Carrot - potong lidi mancis
  • Sedikit soo hoon - rendam hingga lembut
  • 1 kiub ayam
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan  minyak. Tumis bahan kisar, halia, bawang bear dan kiub ayam hingga garing dan wangi.
  • Masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.
  • Masukkan hati dan pedal ayam, kacau rata. 
  • Masukkan carrot dan lada hiris. Kacau rata.
  • Masukkan sayur kacang, cendawan, soo hoon, tauhu kering dan kacau rata-rata.
  • Masukkan santan, garam dan serbuk perasa. Kecilkan api dan kacau rata supaya kuah kelihatan cantik.
  • Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

-InaChomel-

MEE GORENG BASAH @ BERKUAH

Salam,

Seperti yang dijanjikan, akak muncul kembali dengan resepi semalam.

Since balik pun dah agak lewat, ditambah pulak dengan mood nak makan nasi pun tak berapa nak ada, jadik akak cadangkan kat hubby untuk goreng mee. Dia kata ok, jadik semalam akak singgah KIP Mart Tampoi beli keperluan memasak. Kat Giant Tampoi tu bukannye tak ada, tapi pasal nak cari bende lain gak kat KIP Mart tu, makanye kenalah jugak singgah!

Mee yang akak goreng ni tak de le banyak rencahnye, cuma letak fish cake n fish ball jer. Tapi kalau suke nak letakkan segala ternakan di dasar laut sana tu, dipersilakan, asalkan boleh dimakan sudah! Ni pun tanpa rencah yang banyak, selesai semangkuk besar bebudak ni belasah masa berbuka semalam!

Oklah, meh tengok resepi ... jangan cite banyak, banyak cite, banyak lak merabannye yang terpacul keluar dari jari-jemariku ini .... mohhhh masuk dapur!

MEE GORENG BASAH @ BERKUAH
  • 1 kg mee kuning
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar - kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suke
  • 2 biji tomato - belah 6
  • Taugeh
  • Sawi atau kucai
  • 2 biji telur - akak guna putih telur aje ... lebihan buat biskut ari tu, sayang kalau tak digunakan!
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kicap manis - agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
  • Air atau stok air daging @ udang jika ada 
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
  • Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
  • Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
  • Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Selamat, selamat mencuba!

-InaChomel-



KERABU MANGGA @ BUAH PAUH

Salam dan selamt pagi sume,

Ofis pagi ni dah makin meriah dengan suasana raya, mood keje pun dah makin slow sekarang ni .....

Semalam akak cuti sebelah petang, dari pukul 2 - 5 ptg. Kat ofis ni tak de bekalan air, so ... nak solat  pun susah, nak kena pergi ke masjid lak. Kaki ni pun bukannye boleh jalan jauh sangat, sakit lutut dan pergelangan kaki .... maklumlah, kalau badang sihat macam ni ler .... sakit sana sini!

So petang semalam akak pergi ke Giant Tampoi, beli barangan keperluan dapur untuk sebulan. Macam-macam nak dibeli, tapi duit yang ada tu selalu jer over budget, itu pun dah siap buat senarai dulu, kalau tak lagi banyak yang akak sambar masuk troli!!!

Balik umah pun semalam dah nak dekat pukul 6 petang, so semalam tak berbuka ngan nasi. Masak apa? Jeng jeng jeng .... tunggu ye! Tapi hari ni akak nak share satu resepi yang mudah dan sedap dimakan dengan nasi masa masih panas, ikan goreng dan sayur lemak. Perghhhhh tak ingat dunia ler bila makan tu. Kerabu Mangga ni boleh juga diubah-suai, contohnye kalau tak berapa suka makan mangga, boleh tukar kepada nenas! Ok, jom kita tengok resepi ni .... tak rugi cuba tau, yang ruginye kalau tak cuba .... sebab ???????? korang tak dapat rasa! Kwang kwang kwang .....

KERABU MANGGA
  • 3 biji mangga @ buah pauh muda
  • 3 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang dan toskan
  • 6 biji lada merah, kalau suka pedas boleh tambah beberapa biji cili padi
  • 1 labu bawang besar - mayang halus
  • 1 mangkuk kecil daun selasih
  • Sedikit belacan bakar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula

Cara penyediaan :
  • Isi mangga dipotong halus seperti lidi mancis. Ketepikan.
  • Tumbuk hingga lumat lada merah dan udang kering. Masukkan belacan bakar, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata.
  • Dalam bekas yang sesuai untuk mengaul, masukkan isi mangga, sambal yang telah siap ditumbuk lumat, daun selasih dan bawang mayang. Gaul rata-rata dan sedia untuk hidangan.
Senangkan! Selamat mencuba!

-InaChomel-