Thursday, June 20, 2013

MEE HOON GORENG PUTIH

Salam sejahtera dan selamat pagi sume,

Wahhh ... pagi ni cuaca makin tak menentu kat JB ni! Anak-anak dah mula pakai face mask untuk ke sekolah! jarak penglihatan ketika memandu pun dah semakin kurang kerana jerebu yang agak tebal. Pagi tadi siaran berita di radio pun memaklumkan indek pencemaran udara di S'pore adalah yang terburuk melebihi bacaan tahap 200. 

Keadaan cuaca yang dah tak berap sesuai untuk aktiviti luar ini patut kita patuhi untuk mengelakkan keadaan kesihatan yang kurang memberangsangkan. Tapi walu pun jerebu dan cuaca nampak macam mendung, kehangatan panas bila berada di luar bangunan tetap terasa bahangnya! Iman semalam pun tak jadi latihan sukan kat sekolah, cikgu batalkan! So kenalah pandai-pandai mengatur aktiviti luaran dalam keadaan macam ni .....

Ok, this lovely morning, akak nak share resepi mudah untuk sarapan last week! Dah lama tak masak mee hoon ni. Antara sebabnya, my hubby tak suka sangat pasal??? Yeaa ..... betul! Tak pedas! Tapi bebudak suke pasal sesuai dengan selera mereka. Kalau masak mee hoon ni, mesti kena ada lada hijau jeruk .... haaa baru betul lawannye. Makan pun berselera! Dan satu lagi, bila masak mee hoon ni, kena letakkan bawang putih lebih untuk naikkan bau dan rasanye ... Kalau tak pernah cuba, mai ler try! Sedap dimakan berulang-ulang, macam tak sedar jer dah habis sepiring. Sebab tu akak buat untuk sarapan, nanti sambil tengok TV bebudak akan ceduk lagi untuk makan! Tapi mee hoon tak berapa boleh bertahan sampai ke petang, mudah basi! Kalau nak, boleh simpan baki yang ada tu dalam tuuperware dan simpan dalam fridge menjelang tengahari! Well ... jom!

MEE HOON GORENG PUTIH
  • 1 bungkus mee hoon, direndam untuk melembutkannya dan toskan.
  • Daging / ayam cincang - ikut suka dan kalau suka lebih, boleh letakkan 1 tiub @ 500 gm.
  • 4-5 sudu besar bawang putih kisar
  • Lada sulah
  • 1 batang lobak merak disangat halus
  • Udang - akak tak letak pun
  • Sawi @ RM1
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Air - lagi sedap kalau guna stok ayam atau stok udang
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan daging / ayam cincang kacau rata dan kemudiaan masukkan lada sulah, kacau rata lagi. Jika suka pedas sikit, boleh letakkan cili padi. Lada sulah kalau banyak sangat pun tak sedap, nanti kuah rasa pahit.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan air leboh kurang 1 kole, atau agak-agak nisbah iar tu sama serap aje dengan mee hoon.
  • Bila mendidih, masukkan lobak merak dan sawi.
  • Masukkan mee hoon dan kacau rata. Biarkan kuah sedikit kering.
  • Angakat dan hidangkan dengan lada jeruk, taburan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
LADA HIJAU JERUK
  • 5 batang lada hijau dipotong bulat sederhana tebal. Kiraikan hirisan lada di dalam tapis untuk buang biji lada.
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
Cara penyediaan :-
  • Masukkan lada hijau yang telah diasingkan dari bijinya ke dalam mangkuk yang sesuai.
  • Tuangkan cuka anggaran paras permukaan lada dalam mangkuk tadi.
  • Masukkan gula dan garam ikut sesedap rasa.
Nota : Lada jeruk ini rasanya mestilah ada rasa manis dan masam serta sedikit masin.

-InaChomel-

Tuesday, June 18, 2013

NASI GORENG CINA SIMPLE

Salam sume,

Minggu ni macam rajin ler pulak nak meng'update' blog ni. Yelah ... inilah tempat mencurah rasa dan mengisi masa terluang. Hobi zaman moden!

Kalau dulu-dulu hobinye suka beli dan kumpul novel, kumpul poskad, kumpul kad jemputan kahwin dan beberapa lagi hobi lain, kini beralih arah pulak ke hobi yang maya aje ... Itulah resam dunia. Berubah mengikut putaran masa.

Untuk hari ini, akak nak share masakan mudah yang rasanye dah mati akal nak masak apa untuk hidangan sekeluarga. Ini antara menu kesukaan anak-anak, tapi my hubby kurengggg sket! Sebab dia suka masakan yang pedas-pedas ... kalau nasi goreng kampung tu memang feveret dia! Nasi goreng cina ni dah lama akak ngidam nak masak, tapi sering kali disangkal sebab tak pedas! So last week memang dah tak leh tahan lagi memandangkan stok barang basah pun tak sempat nak beli kat pasar! Maka inilah hasilnye .... Lebih sedap lagi kalau ada udang! Sayuran lain pun boleh ditambah ... cendawan ke, kobis dan lain-lain. Tapi inilah jer ler stok yang ada .... anyway licin gak nasi goreng ni sebab dah lama tak makan nasi ni ... Jom tengok resepi mudah ni ....

NASI GORENG CINA SIMPLE
  • 1 1/2 pot beras dimasak untuk dijadikan nasi yang berderai, sesuai untuk dibuat nasi goreng. Sejukkan sebelum digoreng.
  • 1 mangkuk kecil sayuran campur (karot, jagung & peas).
  • 200 gm isi ayam cincang @ boleh guna ayam cincang Ayamas.
  • Serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang holland - dimayang sederhana halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1-2 sudu besar minyak bijan.
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih kisar dan bawang mayang hingga bangkit bau dan garing.
  • Masukkan daging ayam cincang dan kacau rata.
  • Masukkan lada sulah. Jika suka pedas sikit, boleh tambah 5-6 tangkai cili padi. Jangan letak lada sulah banyak sangat nanti akan terasa pahit.
  • Masukkan telur, biar telur mengeras dan kacau untuk ratakan telur dengan tumisan yang lain.
  • Masukkan sayur campur dan kacau rata lagi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan masukkan minyak bijan untuk bangkit bau yang harum.
  • Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau rata.
  • Angkat adn hidangakan dengan hirisan timun, hirisan tomato dan jika suka boleh digorengkan nugget untuk menambahkan lagi selera. Jika suka, boleh juga diletakkan salad. Taburan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng jika ada lagi sedap!
Senangkan!

-InaChomel-

Monday, June 17, 2013

TREE SPICE RACK & ELEPHANT NAIL CLIPPER ... THANKS!


Salam sejahtera dan selamat pagi ....

Alhamdullillah, masih dapat lagi kita bersua di laman bicara dan kongsi ilmu buat semua! Pagi ni cuaca agak redup! Sejak semalam lagi cuaca kejap redup kejap cerah, sebalah malam pulak hujan! Itu pun akak perasan hujan bila keluar dari AEON Jusco Bukit Indah! Nak jadi cerite, semalam Iman ada tusyen 'ad-hock' untuk maths! Since dia agak lemah sikit dalam subjek Maths, semalam cikgu tusyen suruh Iman datang untuk extra class joined with year 6 students! So dengan berat hati Iman join kelas tu tapi kena beri upah ler ... macam biasa! Actually bila kata ada tusyen semalam, dia nangis tak nak pegi. Ingatkan pasal penat sebab 3 days in a row minggu ni kena hadir tusyen, rupa-rupenye pasal tak dapat tonton Running Man in Thailand di U Channel! Hai .... budak sorang ni bikin pening aje ....

This morning, just nak share present yang akak dapat dari my best friend! Actually ini adalah present for my belated birthday! Unik dan cantik kan! Pop-up spice rack bentuk pokok. Kalau dah cantik tu sayang pulak nak pakai! Ini memang perangai akak, suka simpan benda2 yang dipandang cantik! Paling suka pasal design rak ni yang agak unik dan praktikal di dapur! Memang sesuai untuk cenderamata! Anyway, thanks a lot to Kak Lin @ Haslina Nasir, rakan sejak dari zaman kuliah di UiTM hinggalah sekarang ni, satu tempat kerja! Nama sama, tapi binti lain! Thank u so much, i loike!



Dan yang ini adalah ... cenderamata dari Kak CT, blogger batu lesung yang kerap berjalan dan makan angin sana sini .... Baru balik dari Thailand. Penyepit kuku dengan imej gajah merangkap keychain! Comel jer .... Thanks to Kak CT also. I luv this souvenir!

Setakat ni dah hampir satu kotak besar akak simpan cenderamata dari rakan-rakan yang rajin melancong ke luar negara dan dalam negara! Terima kasih semua ... akan ku kenang tanda mata dari korang ni. Sejak 2 tahun pulih dari sakit ni, aktiviti cuti-cuti makan angin akak memang terhad! Anyway, masih plan nak ke sana sini, hopefully semuanya berjalan lancar. My mind need some rest and avoid stress! 

Esok bila dah pencen, sesekali bukak kotak cenderamata ni pasti akan menitis air mata dan senyum sendiri mengingatkan kenangan manis dengan korang ..... That's are my sweet memories knowing all of u .... Thanks my dear friends, thanks everybodies ..... Till then, bye!

-InaChomel-

Thursday, June 13, 2013

BILA TERINGIN TAPI MALAS .... AKHIRNYE JADI APAM BELANG!

Salam sume,

Dah lama tak upload N3! Masak macam-macam, tapi bila nak upload tu macam tak sempat jer ... Bukan ler sibuk sangat, tapi bila mengadap PC ni teringat banyak bende yang masih tak siap lagi!

Sejak akhir-akhir ni, tabiat menonton drama bersiri dah lekat semula. Sekarang ni tengah syok tengok slot Aksia cerita Teduhan Kasih kat TV3! Rata-rata sekarang ni ramai pengarah yang gemar mengarah drama bersiri adaptasi dari novel terpilih! Sebab dah lama meninggalkan alam 'giler baca novel' maka bila tonton drama kat tv rasa macam best semacam aje, tak boleh nak buat perbandingan dengan tulisan sebenar dari novel asal! Tonton aje dah ras best, inikan pulak kalau baca novel tu sendiri, lagi syahdu .....

Masa zaman sekolah dulu, akak memang 'kaki novel'. Setiap minggu bila pergi bandar JB, mesti gi kedai buku ... masa tu yang fofular kedai buku Johore Central Store @ JCS kat Plaza Kotaraya dan kat Jalan Ibrahim! Kalu pergi kedai buku, paling busuk beli 1 judul, tapi selalunya 2-3 judul akak capai! Ramai novelis fofular masa tu .... Ahadiat Akashah, Shamsiah (tak ingat nama penuhnye ...), Abdul Talib Hassan, Adibah Amin dan beberapa nama lagi yang akak dah tak ingat. Dah macam mini library kat umah mak masa tu! Bila sambung belajar kat IPTA, akak jadi supplier novel untuk kawan-kawan kat kolej, sanggup bawak dari JB ke Shah Alam sebab dia orang nak baca. Dan ada sebahagian daripada novel yang akak beli tu akak tak sempat nak baca sebab kalau baca novel ni tak leh nak berhenti, nanti macam terputus jalan cerita dan mood untuk cerita dalam novel tu pun hilang ......

Tapi sekarang ni bila dah kerja kat library, gedung ilmu yang dilimpahi dengan pelbagai jenis buku, novel dah tak pandang lagi! Hanya pinjamkan untuk anak-anak aje ..... dah tak sempat nak membaca, agenda masak lak lagi keutamaan! Begitulah zaman berubah ... So sekarang ni novel yang ada akak kumpul dari zaman remaja tu kini jadi bacaan anak-anak .....

Mengimbau kenangan silam memang best! Kekadang boleh jadi ketawa sendiri bila mengenangkan perangai masa dulu-dulu yang tak berapa nak semenggah sangat! Itu bahasa orang Johor!

Ok, untuk N3 kali ni akak nak share resepi yang pernah ditayang kat blog ni! Apam dot dot ni akak buat last Sabtu! Teringin nak makan + memang inti ready made yang dah lama akak beli tapi tak cuba sampai sekarang ni, maka akak gagahkan diri untuk membuatnye! Malas nak dot dotkan apam ni, akak buat corak stripe jer .... nasib baik Iman dan Mok tolong isikan inti! Cepat sikit siapnye! Jom tengok resepi ni yang akak ambil dari blogger HanaMemories!

APAM DOT-DOT
Sumber : Hanamemories

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag) --- akak guna inti kacang merah!
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
-InaChomel-
 

Thursday, June 6, 2013

KEK COKLAT BERKEJU ... BELATED BIRTHDAY CAKE FOR ME & MOK (2nd DOTTER)

Salam sejahtera ....

A very good morning ... dah nak tengahari dah pun!

Cuaca cantik pagi ni. Tapi semalam hujan lebat sebelah petang! 

Sekarang ni kat UTM JB sedang berlangsung International Horse Show. Ada macam-macam acara termasuk untuk anak-anak sempena cuti sekolah ni.

Semalam Iman masuk pertandingan Color For Fun. Tak ramai pun ... Menang tempat ke-2 untuk kategori Sekolah Rendah umur 10-12 tahun. Alhamdullillah! At least tak sempat nak cuti kali ni, ada juga yang boleh menghiburkan dia! Dapat jajan 1 beg, pensil dan penggorek 2 set dan adalah sedikit mainan ... tak tau nak expalain apa ke bendenye mainan tu ... tapi kalau tengok, biasa pandang ler, mainan zaman dulu-dulu ala-ala piring terbang! Cuma promosi kurang mantap, ramai yang tak berapa aware event ni ada acara sampingan untuk anak-anak!

Well, just nak share resepi yang akak CnP dari blog Hana. Dah lama tak cuba buat kek coklat. So bila teringatkan resepi ni akak cuba! Itu pun sebab nak celebrate birthday yang tertunda beberapa kali. Cuma gathering keluarga jer .... deco pun simple pasal dah kepenatan masak 4 jenis lauk untuk dinner! Kek ni makin lama disimpan dalam peti ais makin moist dan sedap! Try! Tak mengecewakan. Cuma next time kalau buat lagi kek ni akak nak cuba kaedah membakar di oven pulak! Well, selamat mencuba.

RESEPI KEK COKLAT BERKEJU
Sumber : Hanamemories 

Loyang 8inci
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair + 3sb lagi
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1 sk esen vanila
  • Topping : Coklat Ganache dan Keju Cheddar parut
 Cara-cara
  • Pukul telur dan gula hingga kembang berkrim.
  • Masukkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bicarbonat. Pukul sebati.
  • Masukkan susu cair, susu pekat dan esen vanila. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan minyak masak. Sebatikan.
  • Panaskan kukusan. Sapu loyang dengan butter dan tuang adunan.
  • Kukus 40minit. Kemudian sejukkan dan tuangkan topping coklat dan taburkan coklat cheddar yang telah diparut. Potong dan hidangkan.
RESEPI COKLAT GANACHE - yg biasa hana buat antara dua nih
RESEPI 1

  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sb butter
>>> Kacau semua bahan secara double-boiler sehingga pekat dan tuang atas kek.

RESEPI 2 ---- akak guna resepi yang ni ...
  • 150g coklat masakan
  • 120g whipping cream
  • 1 sb butter
>>> Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih). Angkat dr api dan masukkan coklat masakan yang telah dipotong kecil. Kacau sehingga cair dan masukkan butter dan kacau sebati kemudian  tuang ke atas kek.
-InaChomel-

Monday, June 3, 2013

SAYUR CAMPUR ... SIMPLE BUT NICE!

Salam sume,
 
Sejak akhir-akhir ini, akak rasa blogspot ni macam ada sewel sikit bila kita nak upload N3.

Setting asyik lari sana-sini, lepas tu bila upload imej punyelah lama walau pun line internet clear! Hilang sabar jugak ler dibuatnye ..... Tapi kalau tak berblog tu macam ada aje yang kurang! Tang mana tu??? Tang tak leh nak membebel dan mencurah rasa! Kekadang menaip untuk blog ini banyak release my tension u know!

Tapi, itulah antara sebab sejak akhir-akhir ni macam malas nak berblog! Buang masa nak menunggu upload untuk satu-satu N3! 

Entahlah kalau orang lain ok jer .. tapi akak dah tahap boring lah pulak nak upload N3. Mood pun kureennngggg ....

Petang ni pun akak cari masa nak upload N3. Tadi dah dua kali tunggu, slow gilerrrr nak tunggu complete satu-satu imej tu upload! Nasib ler cuma 1 gambo jer, kalau berderet, mau besok baru siap kott!!!!

Masa tengah ok ni, baik akak cite cepat pasal masakan sayur mudah ni! Mudah jer masak sayur ni tapi ... nak upload, macam ler masak sayur ni susah sangat! Tak berbaloi rasanye menunggu masa uploading dengan cara memasak yang sangat simple nih!!!!

Sayur campur ni akak masak hari semalam. Semalam akak ajak mak, abah dan atuk datang dinner kat umah. Saja jer ... dah lama tak berkumpul! Sesekali berkumpul, meriah suasana sambil tonton semi final kedua JDT vs Pahang. Tahniah JDT! Luaskan Kuasamu! Walau pun akak ni bukannya soccer fan, tapi ambik tahu lah jugak pasal perkembangan bola sepak kat Malaysia ni! One thing yang akak tengok secara positifnye sekarang ni, stadium dah mula penuh dengan penyokong pasukan! Good sign! Inilah cara kita martabatkan sukan tanahair. Bukannye dengan bergaduh sana-sini! Tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi! Menang kalah adat pertandingan! Yang penting semangat dan sokongan yang padu dari seluruh masyarakat untuk melihat 'Malaysia' ini 'sihat' dari segi 'fizikal' dan 'mental'! Tak paham??? Ntah ... tak reti nak explain macam mana .... moralnye .... Malaysia aman, makmur dan sejahtera! Ke sana ke sini rasa selamat dan gembira!

Dari sayur ke bola pulak! Jom balik ke trek asal! Sayur campur ni akak masak cara simple jer. Itupun masa menonton satu rancangan masakan yang dihoskan oleh Chef Ismail dalam bahasa Inggeris! Simple tapi menarik! Juga baik untuk kesihatan! Dah, jom tengok resepi senang ni ... kalau malas nak masak ... no komen .... sendiri ler lapar ....

SAYUR CAMPUR
  • 1/2 biji kobis hijau, potong kasar-kasar
  • 1 batang lobak merah - potong panjang dan halus seperti lidi mancis
  • 1/2 tin cendawan butang - cuci bersih, toskan dan potong 4.
  • 1 batang lada merah dan lada hijau - hiris serong nipis-nipis.
  • 1/2 labu bawang besar - mayang
  • 4 ulas bawang putih - mayang
  • 1 piring udang putih @ RM 5 - buang kepalanya sahaja, cuci bersih dan toskan. Gaulkan dengan 1 sudu besar gula.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak zaitun untuk menumis

Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wanggi dang garing.
  • Masukkan udang dan lobak merah serta cendawan butang, kacau rata.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau rata.
  • Masukkan hirisan lada merah dan lada hijau.
  • Masukkan kobis, kacau rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan!

Sedap dimakan bersama nasi panas, ikan goreng dan sambal belacan!

Selamat mencuba!

-InaChomel-