Thursday, August 25, 2011

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI SEKELUARGA ...

Salam Aidilfitri kepada semua blogger!

Kepada pengunjung blog akak, terlebih dahulu ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah di sini. Kepada yang bakal pulang ke kampung halaman, selamat memandu dan pastikan korang dalam keadaan sihat ketika memandu. Jangan berlumba di jalanraya, cepat atau lambat, yang pasti tiba ke kampung halaman dengan selamat. Pastikan keluarga korang dijaga dengan baik! Rumah jangan lupa kunci ngan mangga besi bukannya buah mangga!

Sempena Aidilfitri ni, blog akan pun akan cuti dari siarannye mulai 26.08.2011 hingga 04.09.2011. InsyaAllah akan kembali bersiaran pada 05.09.2011. Tapi jika tetiba aje dapat bersiaran dalam tempoh cuti, itu maknanya ada ler story nak diupload tu, tak menyabo tunggu naik keje semula!

Kepada rakan blog dan follower, akak dan keluarga ucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin jika ada terkasar bahasa sepanjang perkenalan kita di alam maya ini. Semoga satu hari nanti kita dapat bersua muka dan pasti banyak yang nak diceritakan. Yang jauh diperantauan, jangan nangis tau pagi raya nanti bila dengar takbir raya. Calling2 ler famili kat sini, pasti terubat kerinduan pada yang jauh, namun dekat di hati .... muah, muah, muah ...

Salam sayang buat semua dari kami sekeluarga di Johor Bahru ........

Berdiri dari kiri :
Norhayati (adir ipar), Syahirah (anak saudara), Me, Amalina (dotter), Hjh. Selamah (mak),
Hj. Hussin (abah), Mat Isa (hubby), Syafiqah (dotter), Liyana (anak saudara) & Faris (adik)
Duduk : 
Fadzli (adik ipar), Iman (berdiri tgh/dotter), Hasliza (adik).

SOTONG GORENG KUNYIT

Selamat pagi sume,

Hari ni dah Khamis, kejap aje kan masa berlalu. Next week dah mula sibuk dengan persiapan masak untuk raya. Amacam? Dah siap keperluan untuk anak2 dan suami masing2?

Untuk akak sekeluarga, allhamdullilah! Baju dan kasut anak2 & hubby dah awal2 siap! Baju kurung Johor akak aje  yang baru siap minggu ni. Asalnye amoi tu kata siap 2 pasang aje. Ok lah tu daripada tak de langsung. Rupa2nye, semua 6 pasang baju tu dia balun kasi siap. Hah ngko! Nasib baik ada bonus sebulan gaji, kalau tak, nak dihulur kad kredit pun belum tentu amoi tu nak kasi baju tu kat akak! Sudahnye, raya tahun ni macam raya sakan lak, tak de niat langsung nak bersakan2 raya tahun ni! Maklumlah, dah budget untuk satu event besar dan penting sepanjang hayat akak! Apa itu???? Sabo ye ... dah dekat tarikhnye nanti baru boleh story keyyyy ........

Hari ni mood tak berap nak bagus!!! Why??? Iman sudah bikin akak naik hangin satu badan pagi ni! Dah pesan suruh bawak buku Ibadat baca dalam kete pagi ni sebab semalam dia kata ngatuk nak baca! Bila tanya dalam kete tadi, dia kata lupa nak bawak!!!!! Geram betul, padahal sebelum keluar bilik pagi tadi dah pesan jugak! Petang ni dia ada ujian setara kat Sekolah Agama! Semua senyap dalam kete, tak berani bukak molot kalau akak dah naik hangin!
Sebab baru awal pagi kan, jadi bila masuk ofis kena control macho, kalau tak sampai petang nanti moody memanjang ..... Hukumannye, tak leh keluar main setiap petang sehingga mendapat keampunan rasmi dari akak! Garang kan! Tulah dah kata dah akak ni garang! Inilah kerenah anak2 yang mak bapak selalu hilang sabor!!!

Ok lah, nak release rasa benggang ni, akak up N3 untuk hari ni. Perasaan ni bukan boleh dilayan sangat! Nanti melarat ke lain lak!

Sotong kali ni dibagaikan dengan kunyit lak! Goreng kunyit yang mudah dan tak banyak cite, cuma macam biase, celur dulu sotong tu kalau tak suka banyak kuah, tapi kalau memang nak berkuah, tak yah ler susah payah mencelurnye, lebur jer dalam kuali bersama bahan tumis! Hah, jom gi dapar .... masak!

SOTONG GORENG KUNYIT
  • 800 gm sotong - potong bulat, cuci bersih dan toskan
  • 1 biji tomato buah - potong lapan
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 6 batang cili padi - belah 2
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, bawang mayang dan cili padi. Goreng hingga garing dan wangi.
  • Masukkan serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan sotong, dan biar seketika.
  • Bila sotong hampir masak, masukkan buah tomato, kacau rata dan padamkan api.
  • Angkat dan hidangkan. Sedap dimakan bersama nasi putih dan ikan kering sepat!!!!
Selamat mencuba!

-InaChomel-

Wednesday, August 24, 2011

SAYUR CAMPUR

Selamat petang sume,

Dah petang ni ngantuk sungguh! Tengahari tadi tak sempat nak adakan sesi power nap! Ni yang menguap jer macam harimau lapar! Petang ni nak masak apa untuk berbuka pun tak sure lagi. Macam-macam dalam kepala otak ni fikir, macam orang ngidam lak!

Hari ni adik lelaki akak dan familynye sampai JB dari Brunei. Dia orang landed at Changi Airport pukul 12 tghari tadi. Agaknye rumah mak akak sekarang ni tengah riuh-rendah ler dengan cucu-cucunye yang dah lebih setahun tak jumpa tu! Mak pun dah awal-awal siapkan rumah, nak sambut anak dia balik, maklumlah, kami hanya 3 beradik jer, lelaki 1, pompuan 2. Kali ni turn balik JB, last year mak n abah gi Brunei pasal nak tengok cucu dia yang baru lahir kat sana. Lebih kurang 10 hari adik akak balik sini, jadi sibuk ler rumah mak tu.

Adik beradik mak pun ada gak yang balik JB tahun ni. Sedara mara dari KL pun katanya nak serang JB raya tahun ni. Adik atuk di Tanjung Uban dan Tanjung Pinang, Indonesia pun nak datang JB gak! Fuhhh!!! Pengsan u! Biasanye kalau raya memang rumah mak tu penuh ngan kehadiran sedara-mara. Maklumlah, ramai anak buah yang datang setahun sekali ke rumah tu walau pun tinggal kat JB jer! Pulak tu, selang 2 rumah dari umah mak adalah rumah my aunty, adik bongsu mak, jadi kalau ada sedara mara yang datang salah satu rumah tu, pandai2 ler kena standby lak lepas tu untuk diserang!

Ok, kali ni nak share masakan simple jer, tapi muai! Akak masak laukni lebih ari tu, nak pulangkan pinggan jiran sebelah. Masak sayur ni bersama dengan Nasi Lemak kelmarin, so jadinye nasi lemak berlauk! Biasanye orang masal lauk ni masa raya untuk dimakan bersama ketupat. Tapi kalau saja2 jer nak masak dan makan ngan nasi putih pun boleh gak. Cuma akak terkilan sket ari tu, akak terlupa masukkan tempe dan tauhu yang dah siap digoreng! Sudahnye dua beradik tu bertapa dalam fridge sampai la ni ... tak tau nak digayakan untuk masak ape .....

Ok ler, meh nengok resepi dan jom masak bersama .....

SAYUR CAMPUR
  • 5 batang kacang panjang - hiris serong
  • 2 ketul tauhu - potong kecil dan goreng, ketepikan.
  • 3 keping tempe - potong kecil dan goreng, ketepikan.
  • Hati dan pedal ayam - direbus dan kemudian potong kecil. Sukatan ikut suka.
  • 1 batang lada merah - hiris nipis
  • 1 batang lada hijau - hiris nipis
  • Sedikit halia - potong lidi mancis
  • Tauhu kering - potong kecil dan rendam hingga lembut
  • 1 mangkuk kecil santan
  • 1 pekat cendawan hitam - rendam dan potong kecil
  • Carrot - potong lidi mancis
  • Sedikit soo hoon - rendam hingga lembut
  • 1 kiub ayam
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan  minyak. Tumis bahan kisar, halia, bawang bear dan kiub ayam hingga garing dan wangi.
  • Masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng tadi. Gaul rata.
  • Masukkan hati dan pedal ayam, kacau rata. 
  • Masukkan carrot dan lada hiris. Kacau rata.
  • Masukkan sayur kacang, cendawan, soo hoon, tauhu kering dan kacau rata-rata.
  • Masukkan santan, garam dan serbuk perasa. Kecilkan api dan kacau rata supaya kuah kelihatan cantik.
  • Angkat dan hidangkan.

Selamat mencuba!

-InaChomel-

MEE GORENG BASAH @ BERKUAH

Salam,

Seperti yang dijanjikan, akak muncul kembali dengan resepi semalam.

Since balik pun dah agak lewat, ditambah pulak dengan mood nak makan nasi pun tak berapa nak ada, jadik akak cadangkan kat hubby untuk goreng mee. Dia kata ok, jadik semalam akak singgah KIP Mart Tampoi beli keperluan memasak. Kat Giant Tampoi tu bukannye tak ada, tapi pasal nak cari bende lain gak kat KIP Mart tu, makanye kenalah jugak singgah!

Mee yang akak goreng ni tak de le banyak rencahnye, cuma letak fish cake n fish ball jer. Tapi kalau suke nak letakkan segala ternakan di dasar laut sana tu, dipersilakan, asalkan boleh dimakan sudah! Ni pun tanpa rencah yang banyak, selesai semangkuk besar bebudak ni belasah masa berbuka semalam!

Oklah, meh tengok resepi ... jangan cite banyak, banyak cite, banyak lak merabannye yang terpacul keluar dari jari-jemariku ini .... mohhhh masuk dapur!

MEE GORENG BASAH @ BERKUAH
  • 1 kg mee kuning
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar - kalau suka pedas boleh tambah beberapa sudu lagi yang korang suke
  • 2 biji tomato - belah 6
  • Taugeh
  • Sawi atau kucai
  • 2 biji telur - akak guna putih telur aje ... lebihan buat biskut ari tu, sayang kalau tak digunakan!
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Kicap manis - agak-agak ler tu seimbangkan rasa manis dan masin
  • Air atau stok air daging @ udang jika ada 
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing. Masukkan fish cake dan fish ball. Tambah dengan air ikut banyak mana kuah yang kita nak. Jangan terlalu banyak pulak.
  • Masukkan garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis. Biar sekitika hingga kuah mendidih.
  • Masukkan terlur, biar mengeras sedikit dan kacau rata.
  • Masukkan sawi, mee dan gaul rata.
  • Masukkan taugeh dan tomato, padamkan api. Gaul rata.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Selamat, selamat mencuba!

-InaChomel-



KERABU MANGGA @ BUAH PAUH

Salam dan selamt pagi sume,

Ofis pagi ni dah makin meriah dengan suasana raya, mood keje pun dah makin slow sekarang ni .....

Semalam akak cuti sebelah petang, dari pukul 2 - 5 ptg. Kat ofis ni tak de bekalan air, so ... nak solat  pun susah, nak kena pergi ke masjid lak. Kaki ni pun bukannye boleh jalan jauh sangat, sakit lutut dan pergelangan kaki .... maklumlah, kalau badang sihat macam ni ler .... sakit sana sini!

So petang semalam akak pergi ke Giant Tampoi, beli barangan keperluan dapur untuk sebulan. Macam-macam nak dibeli, tapi duit yang ada tu selalu jer over budget, itu pun dah siap buat senarai dulu, kalau tak lagi banyak yang akak sambar masuk troli!!!

Balik umah pun semalam dah nak dekat pukul 6 petang, so semalam tak berbuka ngan nasi. Masak apa? Jeng jeng jeng .... tunggu ye! Tapi hari ni akak nak share satu resepi yang mudah dan sedap dimakan dengan nasi masa masih panas, ikan goreng dan sayur lemak. Perghhhhh tak ingat dunia ler bila makan tu. Kerabu Mangga ni boleh juga diubah-suai, contohnye kalau tak berapa suka makan mangga, boleh tukar kepada nenas! Ok, jom kita tengok resepi ni .... tak rugi cuba tau, yang ruginye kalau tak cuba .... sebab ???????? korang tak dapat rasa! Kwang kwang kwang .....

KERABU MANGGA
  • 3 biji mangga @ buah pauh muda
  • 3 sudu besar udang kering - rendam hingga kembang dan toskan
  • 6 biji lada merah, kalau suka pedas boleh tambah beberapa biji cili padi
  • 1 labu bawang besar - mayang halus
  • 1 mangkuk kecil daun selasih
  • Sedikit belacan bakar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula

Cara penyediaan :
  • Isi mangga dipotong halus seperti lidi mancis. Ketepikan.
  • Tumbuk hingga lumat lada merah dan udang kering. Masukkan belacan bakar, garam, gula dan serbuk perasa. Gaul rata.
  • Dalam bekas yang sesuai untuk mengaul, masukkan isi mangga, sambal yang telah siap ditumbuk lumat, daun selasih dan bawang mayang. Gaul rata-rata dan sedia untuk hidangan.
Senangkan! Selamat mencuba!

-InaChomel-

Monday, August 22, 2011

SAMBAL TUMIS SOTONG

Salam,

Untuk memvariasikan jenis sambal, akak publish gak lauk ni ... Sambal Tumis Sotong.

Lauk ni akak masak sehari sebelum masak nasi lemak.

Asanye lebih kurang sama, cuma kalau guna sotong, ada lebih baik dicelur dulu sotong dengan air panas supaya sambal tidak menjadi terlalu berkuah kerana sotong akan menghasilkan air bila dimasak.

Jadi apalagi, tepuk dada tanya selera, sotong boleh, udang pun boleh, pilih mana satu yang berkenan di hati ..... Kalau guna sotong kering lagi sedap, tapi akak tak de masa nak gi cari, lagipun kat JB ni mahal sket, kalau balik Melaka tu rajin gak akak gi ronda carik bende ni ....

Wokeh meh nengok resepinye ......

SAMBAL TUMIS SOTONG
  • 1 kg sotong - saiz besar @ sederhana
  • 10-12 sudu besar lada giling @ lada boh
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3-4 sudu besar bawang merah kisar*
  • Belacan - 1 inci atau sebesar ibu jari*
  • 1 sudu teh kunyit*
  • 1 labu bawang holland (kuning) potong bulat kasar2
  • 1 cawan air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak

Cara penyediaan
  • Satukan bahan-bahan bertanda * dalam satu bekas. Pastikan belacan betul2 hancur dan rata dengan bahan2 lain. Ketepikan.
  • Panaskan kuali dengan minyak, anggaran 4-5 sudu besar.
  • Tumiskan bahan2 yang telah disatukan tadi hingga naik bau dan garing. Masukkan lada giling dan masak lagi hingga pecah minyak dan warna lada kelihatan tua.
  • Masukkan air asam, garam, serbuk perasa dan gula. Mesti ada rasa pedas, masam dan manis sikit. Biarkan pekat sikit kuah yang ditumis tadi.
  • Masukkan sotong gaul rata. Masukkan hirisan bawang holland dan biar seketika. Jangan masak terlalu lama sebab sotong akan menghasilkan air dan sambal akan jadi terlalu cair.
- InaChomel -

SAMBAL TUMIS UDANG

Salam sume,

Haa .... seperti yang dijanjikan, ini dia lauk untuk nasi lemak tadi ..... Sambal Tumis Udang! Kalau makan nasi Lemak di Johor, style orang Johor masak sambal tumis mesti ada rasa pedas, masam dan manis! Tapi kalau makan kat Melaka, tak de buh gula, pedas giler ngko! Akak kalau balik kampung hubby kat Melaka, memang surrender makan sambal tumis dia orang, boleh membawa kepada sukan riadah telematch rebut tandas!!!

Sambal tumis, terpulang pada selera masing-masing. Boleh letak ikan bilis, udang, sotong, kerang, kupang dan sebagainye. Memadangkan masa dan kederat yang terhad, maka yang mudahnye, akak masakkan sambal tumis udang jer. Bebudak pun senang nak makan!

Maklumlah, beli udang ari Jumaat petang, tak sempat nak rewang2 cari bende lain, tu pun dah di kira ok sesangat! Kalau masak sambal ikan bilis, bebudak ni terkulat2 nak makan! Ok, jom kita capai kuali dan sudip, kita race siapa cepat masak dan siap dulu ..... mohhh!!!

SAMBAL TUMIS UDANG
  • 1 kg udang saiz sederhana
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 10-12 sudu besar lada kering kisar
  • 1 labu bawang besar, potong bulat kasar2
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Gula 
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Bahan kisar ini terlebih dahulu digaul bersama belacan dan serbuk kunyit.
  • Bila dah garing dan wangi, baru masukkan air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masukkan udang dan bawang mayang, biar seketika, kecilkan api.
  • Angkat dan hidangkan.

Senang kan, jom masak petang ni!

- InaChomel -

NASI LEMAK

Salam sume,

Hai .... minggu mood raya ni dah mengubah mood di ofis ni! Lagu raya dah berkumandang sana sini ..... Rata-rata staf dah sibuk berbual kisah kuih raya, shopping raya, cuti raya, dan bende2 lain berkaitan raya ......

Anak-anak pun dah sibuk menghitung hari bila nak sambut raya. Kuih raya tempahan pun dah berduyun-duyun sampai kat meja akak ni! Akak cuma tempah kuih goreng2 aje, biskut akak buat sendiri! Tapi tulah, macam nak patah pinggang ni dua hari mengadun biskut raya! Rasa macam nak beli aje pun ada, tapi bila fikir baik, tak thrill ler raya kalau tak bersungguh2 buat persiapannye walau pun badan kita ni penat gilerr ....

Minggu ni akak keje sampai ari Khamis jer. Jumaat tu purposely akak cuti rehat sebab nak kemas rumah. Tapi dalam agenda kak ni, ada 2 jenis biskut lagi yang belum beres lagi nihhh!!! Maybe Sabtu akan datang ni akak kasi wrap-up aktiviti membiskut ni!!! Kalu tak sampai raya ler dapur tu berkecah tak sempat2 nak kemas! Cewahhh!!! Kemas dapur setahun sekali pun nak bising!

Ok lah, seperti yang dijanjikan, hari Sabtu lepas akak masak Nasi Lemak. Nak pulang pinggan mangkuk jiran sebelah yang dah bersusun kat dapur tu! Asyik terima dari orang jer .... segan lak tak dibalas pinggan yang kosong tu! Sudahnye ... 2 hari berturut2 berhempas pulas kat dapur .... Ok lah, meh kita tengok resepi ni .... senang jer .... tapi kasi satu pantun yang ada kaitan ngan nasi lemak boleh ????

Nasi Lemak Buah Bidara
Daun Selasih Hamba Lurutkan
Buang Emak, Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan.....

Boleh? Pantun ni zaman dulu-dulu boleh ler dipakai, zaman sekarang ni, pantun lebih banyak bawak musibah dari yang baik, mana tak nye .... remaja zaman sekarang ni terlampau mengikutkan hati, rosak diri sendiri pun mereka tak boleh nak fikirkan. Kadang-kadang kesian melihat moral anak-anak zaman sekarang! Susah payah mak bapak didik jadi insan berguna, akhirnye kerana menurut kata hati, badan rosak binasa, masa depan entah ke mana! Akak ni dengan anak-anak memang garang dan serius, tapi bukannye tak suka, cuma nakkan anak-anak tahu menghormati orang tua dan membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Mudah-mudahan anak-anak kita mendapat perlindungan Allah dan diberi petunjuk! InsyaAllah ....

Okler, dah melaltut ke lain pulak, jom masuk dapur .....

NASI LEMAK
  • 7 cawan beras basmati (Faiza Basmati Kashmir)
  • 9 cawan santan
  • 3 batang serai - dititik
  • 5 helai daun pandan - siat dan simpulkan
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar-kasar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • Sedikit halia di mayang halus
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan
  • Cuci bersih beras dan toskan.
  • Masukkan beras dalam periuk nasi (akak guna periuk rice cooker bahagian dalam)
  • Masukkan semua bahan dan gaul rata.
  • Laetakkan periuk atas dapur dan masak nasi menggunakan api yang sederhana besar.
  • Apabila santan hampir kering, gaul sedikit nasi dan kecilkan api. Pada ketika ini, alas periuk dengan tudung periuk supaya nasi tidak mudah hangus. Tutup periuk dengan tudung periuk dan tindihkan dengan pemberat seperti batu lesung supaya wap nasi tidak keluar dan nasi masak dengan sempurna.
  • Bila dah masak, padamkan api dan gaul nasi. Untuk dapatkkan nasi yang sentiasa panas, alihkan periuk nasi ke dalam rice cooker dan pastikan lampu rice cooker sentiasa pada keadaan warm.
Bahan sampingan : Kacang tanah goreng, ikan bilis goreng, telur rebus, timun, sayur campur dan yang wajib adalah sambal tumis. Untuk sambal tumis, akak akan pos jap lagi keyyy ....

Ini cara akak memasak, macam cara orang dulu-dulu sket. Kalau nak senang boleh jer lebur semua dalam rice cooker dan tekan button on hingga masak. Sekian selamat mencuba!

- InaChomel -

Friday, August 19, 2011

NASI GORENG KAMPUNG

Salam sejahtera dan selamat pagi,

Hai sume, senyum je yea! Hari mulia bagi penghulu segala hari, ari Jumaat yang berbahagia ini ramai yang tersenyum lebar .... Yelah, ari ni gaji & bonus untuk penjawat awam dah keluar! Wah ..... esok & lusa mesti shopping complex sesak dengan orang ramai yang nak membeli-belah untuk persiapan raya! Allhamdullillah, akak dah settle dah barangan raya untuk anak-anak dan suami. Cuma tinggal baju akak aje yang masih di tangan tailor! Minggu depan baru nak gi follow-up, ntah siap ntah tidak. Mudah-mudahan siap lah hendaknye, kalau tak .... pakai kaftan jer ler raya ni .... ye ler ... tu aje baju ready made yang akak muat pakai! Al maklumlah, kita ni saiz badan yang berlambak di pasaran tapi saiz baju susah nak cari!!!

Semalam berbuka apa ye? Akak n hubby dah tak tau nak masak n makan apa, sudahnye dia suruh goreng nasi! Cun jugak tu! Jadi semalam menu berbuka kami adalah Nasi Goreng Kampung dan kuih muih yang akak beli di gerai tepi jalan di kawasan perumahan kami. Selang beberapa minit sebelum berbuka, jiran sebelah menghulur sedulang laksa penang! Alhamdullillah, rezeki ramadan memang tak pernah putus kat umah akak, kalau tak jiran, mak yang bungkuskan makanan untuk kami sekeluarga. Itulah salah satu fadhilat di bulan ramadan yang kita kadang2 terlepas pandang. Dah 2 mangku jiran kat umah ni, apa lak nak dibalaskan mangkuk orang ni ..... tengoklah, esok kalau rajin boleh buat nasi lemak! Beras basmati pun masih ada lagi, simpan lama nanti berkutu lah pulak!

Ok, meh cite lak pasal nasi goreng ni. Iman suke nasi goreng, tapi pasal semalam ada laksa penang, makanye dia pun tak pernah makan laksa penang, selalu makan laksa johor jer, jadik semalam dia macam excited sangat nak merasanye. So nasi goreng tak bertambah, cuma masa sahur tadi akak panaskan semula nasi goreng tu, bertambah2 dia makan. Keyyy lah, jangan buang masa, meh intai resepi yang sume orang dah biase buat, tapi akak paparkan untuk yang baru nak mencuba! Cuba dikk tak rugi .... ngko jugak yang kenyang!

NASI GORENG KAMPUNG
  • 4 cawan beras (cawan plastik sukatan rice cooker) - masak hingga menjadi nasi yang berderai, jangan lembik!
  • 5 batang lada merah
  • 1 batang lada hijau
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - rendam sekejap, toskan
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar2
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan
  • Tumbuk kasar-kasar lada merah, hijau, ikan bilis dan bawang besar mayang.
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih kisar dan bawang merah kisar.
  • Masukkan bahan-bahan yang ditumbuk kasar tadi dan goreng hingga garing dan wangi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan telur dan biar telur mengeras sikit baru dikacau rata.
  • Masukkan nasi, kacau rata-rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan. Jika suka pedas, boleh ditambah dengan cili padi.

Selamat mencuba ye .... orang tua-tua kata, kalau ngidam nasi goreng, kena masak jugak, takut kempunan!

- InaChomel -

Thursday, August 18, 2011

KENTANG GORENG HOT & SPICY

Salam sejahtera & selamat pagi sume,

How are u today? Alamak speaking London lah pulak pagi ni? Buang tebiat ke? Mentang-mentang le masak kentang goreng, dah eksen lak!!!

Hai, amacam hari ni? Cuaca pun elok jer pagi ni. Matahari pun dah menerjah masuk melalui dinding kaca disebelah akak ni. Nasib baik ada blind, kalau tak mana nak lari dalam 1 jam ni, matahari baru nak naik! Tapi jangan sangka panas hingga ke petang macam semalam! Tetiba petang hujan! Jam laluan keluar dari ofis ni, memasing nak balik cepat! Dah lah nak cepat, ada lak hamba Allah yang parking block kete akak petang semalam! Apa lagi angin satu badan dibuatnye! Orang dah le nak cepat, dia terhegeh2 jalan nak alih kete. Lain kali kalau dah block kete orang lain, pandai2 ler keluar ofis tu cepat sikit. Ni tak! Buat hal dia jer .... tak de moral langsung! Benggang betul akak semalam. Nasib baik masih sempat nak masak untuk berbuka, kalau tak, memang jadi taufan ler semalam orang kat umah dengor akak membebel! Tapi akak rasa, moral orang Malaysia memang macam ni, tak fikirkan orang lain (bukan semua macam ni moralnye ....). Akak kalau tak de parking dan terpaksa blog kete orang lain, waktu balik tu cepat2 keluar dari ofis. Kita kena faham keadaan. Jangan suke menyusahkan orang lain! Kena jadi orang yang praktikal! Jangan fikir senang sendiri jer, sudahnye menyusahkan orang lain!!! Rasanye semalam, separuh pahala puasa akak gone with the wind ler jawabnye ......

Dalam kesibukan dan mengejar masa petang semalam, masih lagi sempat akak goreng snek ni untuk makanan sampingan lepas berbuka dan terawih! Sebelum ni akak pernah add N3 ni, tapi tak pe, akak add sekali lagi! Kalau nak tengok N3 yang lama dan jenis tepung goreng yang akak gunakan, boleh ler lawat kat sinun >>>>>>

Ok, jom sarung apron, kita main masak-masak ....

KENTANG GORENG HOT & SPICY

  • 6 biji kentang - kupas kulit, potong memanjang 4 bahagian. Rebus selama 20 minit dan toskan.
  • Tepung gorengan serbaguna - akak guna jenama BESTARI
  • Air
  • Minyak untuk gorengan terendam
Cara-cara
  • Masukkan tepung sebanyak 4 sudu besar ke dalam bekas yang sesuai dan campur dengan sedikit air. Jangan terlalu cair.
  • Masukkan kentang yang telah direbus dan gaul rata.
  • Dalam bekas lain, masukkan 2 sudu besar tepung dan golekkan kentang tadi pada tepung dan goreng hingga garing dan kekuningan
  • Angkat dan toskan, sedia untuk dihidang. Boleh drizzle dengan mayonis, thousand island dan sos cili @ tomato kegemaran korang.

- InaChomel -

Wednesday, August 17, 2011

TEH O AIS PEACH

Salam,

Sebelum mula keje dengan penuh khusyuk, akak nak post satu N3 mudah untuk sume. Bulan puasa ni tekak asyik cari air sejuk aje bila berbuka! Sudahnye batuk tak berhenti2, selsema pun makin menjadi2. Tapi masa berbuka, sakit sume tu dah tak ingat, ikut sangat rasa tekak ni, so sendiri tanggung ler ......

Ok, minuman ni mudah jer. Kalau nak mudah lagi, beli aje yang dah siap dalam paket jenama Boh! Tapi pasal akak kebetulan ada stok buah peach yang dah digunakan separuh untuk buat muffin ari tu, so, bedal aje ler labu ..... dari buang baik dibuat minuman, ye tak? Ok, jom intai resepi, kalau suke boleh cuba, kalau tak suke tengok jer ler .......

TEH O AIS PEACH
  • Buah peach - ikut suka, potong dadu kecil2
  • Ais
  • Jus peach dalam tin (air gula)
  • Gula
  • Ais
  • Air
  • 1 uncang teh
Cara penyediaan
  • Rendam uncang teh dengan 1 mug air panas.
  • Masukkan air teh dalam jug. 
  • Masukkan jus peach, jika kurang manis boleh tambah sedikit gula.
  • Masukkan air dan ais.
  • Akhir sekali masukkan buah peach, kacau rata supaya gula tidak mendap di bahagian bawah sahaja.
  • Hidangkan untuk menyamankan tekak. Senangkan! Air ni mesti ada rasa masam manis sikit. Kalau nak sedap dan wangi lagi, masa rendam uncang teh dengan air panas tadi, boleh siatkan sehelai daun pandan.

Selamat mencuba!

- InaChomel -

ROTI LAPIS INTI KENTANG

Salam dan Selamat Pagi sume,

Allhamdullillah, dah 17 Ramadhan dah ari ni. Orang kat Selangor cuti ye? Nuzul Al-Quran! Mudah-mudahan kita mendapat rahmat di bulan yang mulia ini dengan amalan yang mulia tak kira apa juga bentuk amalan yang kita lakukan.

Hari ni cuaca indah kat luar sana, harap2 sampai ke petang lah hendaknya. Bulan puasa ni kalau hujan petang, memang perit le .... jalan jam sana-sini, balik umah lak berebut2 nak masak. Kekadang kalau dah lamabt sangat main beli jer. Beli tu tak kisah, kualiti makanan tu yang menakutkan, kekadang boelh buat kita tak lena tidur kalau perut meragam. Kesian kat bebudak ... esok nak sekolah, mengantuk bila nak ke sekolah.

Anyway, akak belum jejak kaki kat mana-mana bazar ramadan lagi tahun ni. Malas pun ada, tak de masa pun ye jugak. Lagipun bebudak ni lebih suka masakan di rumah. Muai dan selamat dari keracunan. Dan sejak awal ramadan, allhamdullillah, rezeki yang dihulur oleh jiran cukup muai, kekadang samapi tak terhabis. itulah namanye rezeki, bila lapar, nampak makanan semua rasa nak beli.

Ok, kali ni nak share resepi yang kali kedua akak buat. Ini pun nak habiskan stok keju yang akak tersalah beli ari tu. Nak beli mozarella, terambil lak cheddar! Inti pun akak gunakan inti telur kentang aje! Nak abiskan stok dalam freezer yang dah lama bertapa kat situ. Tapi akak copy n paste resepi asal dari hanamemories. Sedap roti ni, kena pedas sikit baru ummmpphh! Ok, kalau ada stok roti yang dah hampir nak expired, cubalah resepi ni, makan masa panas-panas ... meleleh u ....

ROTI LAPIS DAGING
Sumber : Hanamemories

Bahan-bahan
  •     3 biji kentang di potong dadu
  •     500gm daging cincang
  •     1 biji bawang besar
  •     3 ulas bawang putih
  •     1 sudu besar serbuk kari
  •     3 sudu makan minyak untuk menumis
  •     12-14 keping roti
  •     500ml susu segar
  •     3 biji telor
  •     secubit garam
  •     Parutan cheese (banyak ikut suka)-hana gune cheese mozarella
  •     Sedikit margerin untuk melenser

Cara-cara

  •     Blend bawang + bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang + kentang + garam
  •     Satukan Susu + telor+secubit garam
  •     Pukul susu + telor + garam hingga sebati
  •     Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi
  •     Ramas-ramaskan kesemua roti tadi
  •     lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas
  •     Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti
  •     Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
  •     Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka)
  •     Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat
  •     Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka
  •     Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos
-Luv : InaChomel -

Tuesday, August 16, 2011

MEE BANDUNG

Salam sume,

Hai, selamat petang. Terima kasih ye buat pengikut setia akak yang masih follow blog ni walau pun dah pindah! I Follow ..... kata SY, KE & Krill! My feveret radio stesen u! Paling suke pada Mak Neng, real gitu! Ehh!?? Apasal lak cite pasal radio ni .... tak pe selingan ...

Sebenornye sangat excited nak menyolek blog baru ni, tapi hari ni banyak lak keje ... macam tau-tau aje mood berblog tengah high sekarang ni! Keje pun berlambak. Ni curi2 masa keje jap! Dari tido kat meja ni, lagi dose beso, baik menaip, kurang2 dapat gak pahala share ilmu kat orang lain! Ye tak? Ye lah tu .....

Ok, ni kali mau share resepi mee. Mee Bandung ni feveret my hubby u. Asyik sebut jer bila nak masak! Tak masak nanti takut lak kempunan. rencah pun sekadar yang ada jer. Actually kalau masak Mee Bandung ni, kuahnye kalau nak lagi sedap kena guna stok rebusan daging. Baru datang rasa Mee Bandung Muor yang sebenor! Dan, bila tumis pes mee bandung ni, kena tumis hingga terbit minyak dan pada masa nilah bubuh gula dan bukannya masa dah jadi kuah baru nak tambah gula. Tapi, kalau bubuh gula masa dah jadi kuah pun boleh gak, cuma, kalau orang yang dah biasa makan Mee Bandung akan terasa perbezaannye! Kalau tekak korang belasah jer, bila2 bubuh gula pun tak jadik hal nye!

Wokeh, meh kita tengok cara nak masak mee ni, senang jer .... tak caya? Cuba korang masak untuk berbuka petang ni, tak nyesal punye .....

MEE BANDUNG
  • 500 gm mee kuning
  • 2 mangkuk kecil (saiz mangkuk sup) udang kecil, rendam hingga lembut, kisar halus
  • Udang
  • Daging
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Kerang
  • Sayur sawi
  • Tomato buah
  • Telur
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air - sebaiknya stok air rebusan daging dan air rebusan kulit udang, kalau tak de air paip pun boleh
Pes Kuah Mee Bandung
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8-10 sudu besar lada kering kisar
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan
  • Panaskan minyak. Minyak kena banyak sikit supaya kuah kelihatan cantik dan sedikit berminyak.
  • Tumis bawang putih dan bawang merah kisar hingga wangi.
  • Masukkan lada kering kisar dan biar hingga naik bau dan garing (terbit minyak).
  • Masukkan udang kering kisar dan gaul rata. Biar hingga terbit minyak dan masukkan gula. Sukatan gula mengikut selera masing-masing. Untuk kuah mee bandung, mesti ada rasa pedas dan manis pada kuahnya.
  • Masak hingga pekat dan ketepikan.
  • Masukkan stok air rebusan ke dalam periuk yang sesuai. Didihkan.
  • Masukkan pes yang telah dimasak ke dalam air rebusan. Pes yang berlebihan boleh disimpan dalam freezer. Kuah mestilah tidak terlalu pekat dan terlalu cair. Masukkan garam dan serbuk perasa. Kalu kurang rasa gula, boleh tambah gula pada kuah.
  • Kecilkan api sedikit dan masukkan telur, biar telur mengeras.
  • Masukkan udang, daging, fish cake, fish ball, kerang dan lain rencah yang kita suka.
  • Akhir sekali masukkan sayuran.
  • Dalam mangkuk hidangan, masukkan mee dan buah tomato. Curahkan kuah yang telah dimasak atas mee. Kalau nak masak mee bersama kuah pun boleh tapi mee akan cepat lembik.
  • Taburkan bawang goreng , daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

- InaChomel -

Monday, August 15, 2011

INACHOMEL : THE RETURNS!

Salam sejahtera dan selamat petang sume,

Hai bersua kembali ..... Amacam imej baru akak? Ok tak? Well ..... banyak yang nak diubahsuai ni, maklumlah ... rumah baru! Tapi akak rasa seronok pulakk!! Dulu-dulu masa baru bangunkan blog ni, macam orang bodoh jer! Main godam sendiri jer, tak tau nak buat macam mana. Tapi sekarang ni dah mula pandai sket, banyak lak yang nak dibegekan kat blog baru ni!

Tapi tak pe! Kalau tak akak tak belajar semua ni. Cara akak ... kena belajar hidup sendiri, susah senang kena hadapi jugak. Sekurang-kurangnye taklah terlalu mengharap pada orang lain!

Ok, nak cite pasal imej baru ni sket. Rasanya blog dulu akak terlampau excited nak upload news dan image, sampai tak pernah terfikir pun pasal nak limit space dalam ruang blog ni. Tapi .... sekarang ni dah tau serba sedikit, makanye belajarlah dari kesilapan untuk membaiki hari akan datang!

Imej blog kali ni mempromosikan wajah Iman semasa berusia 2 tahun ++. Masa ni dia tengah gila suka berposing, pantang nampak kamera, jadik jer! Gambo posing ni kat bilik adik pompuan akak, masa tu dia bujang lagi. Asal dulu ni adalah bilik akak, biasele turun temurun! Kalau tak caya, kita orang dulu mewarisi baby cot dari sorang ke sorang tau. Tapi sekarang ni, baby cot tu ada kat tangan sapa pun dah tak dapat nak trace lagi. Asalnye baby cot akak yang punye.

Starting 1 tahun 8 bulan Iman dah mula pakai cermin mata. Pasal dia ni premature baby. Rabun jauh kekal sepanjang hayat. Umur 1 bulan dah jalani laser operation untuk mata. Just imagine, keluar dari OT, akak n hubby tak dapat nak kenal yang mana satu Iman kat dalam babgy cot di hospital. Why? Sebab matanya ditutup dengan penutup mata, and baby dalam wad masa tu sumenye macam sama jer, pasal wad premature babynye bersaiz kecil dari baby biasa.


Sampai sekarang, almost 8 years, Iman pun dah darjah 2. Disember nanti genap 8 tahun. Sekejap aje masa berlalu kan? Sama juga macam blog ni, kejap aje dah setahun umurnye .... thanks to Kak CT batulesung yang memperkenalkan akak dengan dunia blog. Hobi yang tak sia-sia buat akak! Banyak yang boleh dikongsi bersama. Dan banyak juga ilmu yang akak dapat! Semoga ikatan kita sebagai rakan siber terus berkekalan hendaknye .....

Akhir kata ..... Selamat Datang ke Rumah Baru ku ......

Salam sayang dari Inachomel dalam episod InaChomel The Returns! Kepada pembaca baru, kalau nak lalu rumah lama akak, silalah ke alamat ni .... http://inachomel.blogspot.com/.

- Luv : InaChomel -