Tuesday, November 27, 2012

HERO IDAMAN KU


Salam sume,

Haa ... kat luar sana tu dah gelap, kat dalam ofis ni pulak dah macam suasana malam. Guruh dan berdentum sana sini! Memang hujan dah turun pun, tapi masih tahap renyai lagi! Kejap lagi pasti lebat! Musim hujan sekarang ni tak menentu cuacanya, kadang pagi, kadang tengahari, kadang petang dan kadang malam bawak ke pagi hujannye. Tu kalau hujan malam bawak ke pagi, kalau hujung minggu bestnye .... tapikan kalau dah biasa kena bangun pagi nak pegi kerja, bila dah bangun solat Subuh tu, payah ler nak sambung tido semula .....

Petang ni nak mengimbau kisah zaman silam masa sekolah menengah dulu-dulu ....

Korang masa zaman sekolah dulu-dulu ada minat artis2 sama ada pelakon ke, penyanyi ke??? Akak ada tau! Dulu  masa zaman sekolah @ zaman hingusan, geng akak suka tau simpan gambo artis feveret kat buku sekolah. Biasanya buku rujukan tambahan ler yang jadik mangsa, sebab buku ni kita orang beli sendiri, kalau buku teks nanti takut bila pulang buku tu, lupa lak nak ambik gambo hero pujaan hati masing-masing. Masa tu kita orang sampul buku pakai plastik jernih, lepas tu potong gambo hero pujaan hati dan selitkan kat depan buku tu, masukkan dalam plastik tuh! Yang selalu jadik mangsa buku subjek BM. BI dan Maths. Sebab ini subjek wajib dan hari2 pun kena bawak buku ni. Jadik hari2 dapat pandang hero pujaan masing-masing!

Masa zaman akak dulu, akak lebih suka pelakon daripada penyanyi. Sebab kalau pelakon nampak jelas sifat heronye tu, kalau penyanyi tu takat suara jer yang sedap!!! Dulu akak suka pelakon yang bawa watak hero jer, plus kalau hensem memang kira bonus ler .... Paling suka, hero MacGyver --- Richard Dean Anderson, dah ler terror, tak pernah gagal dalam setiap misi + hensem gak! Siri Remington Steel pun akak suka, masa tu Pierce Bronsnan memang pujaan hatiku ..... walaupun tayangan siri tu larut malam, akak tak pernah missed! Pasti tunggu .... akak ingat lagi, gambo dia akak letak kat buku sifir, hari-hari bawak pegi sekolah!!! Lepas tu ada dua tiga lagi hero yang akak suka juga, macam Dirk Benedict pelakon siri Battlestar Galactica. Tapi citenye macam mana akak dah lupa! Lepas tu kalau korang ingat ada satu siri cite Hercules, haa ... si Kevin Sorbo tu dengan rambutnye yang panjang sampai ke bahu menyerlahkan lagi kegagahannye sebagai Hercules! Pada akak, kalau lelaki rambut panjang nampak macho giler!!! (but now, lelaki botak jadi pujaan hati ku ... sebab pakwe akak tak de rambut! Bold is beautiful!!!!) Cite ni pun akak tak pernah missed tapi cite ni bukan masa zaman sekolah, rasanye masa zaman kat IPTA dulu. Yang pasti banyak lagi, tapi ingat-ingat lupa!

Kini .... akak gile tengok cite Tamil pulak! Kalau nak banding cite Tamil ngan Hindustan, jalan cite Tamil lagi adventurous berbanding cite Hindustan! Kalau cite Hidustan tu akak lebih prefer lagu yang sedap-sedap aje ... Tapi kalau cite Tamil, heronye memang betul punye hero, 1 lawan 20, hero tetap menang ... kwang, kwang, kwang, kwang .... tertipu penonton!!! Seorang hero Tamil yang akak memang suka ... haaa si Vikram ni. Dengan lakonannya yang mantap dan pada akak kalau dia berlakon serba menjadi. Tapi sekarang ni tak de simpan gambo kat muka depan buku lagi!!! Akak suka browse internet baca biodata dan jadikan wall paper kat personal PC. And last but not least, is my really great hero dalam siri Human Target, Mark Thomas Valley! Watak dia sebagai Christopher Chance benar2 buat akak suka. Hero yang romantik tapi tak tunjukkan romantiknya secara terbuka ... I like!!!

Korang macam mana? Pasti ada kan?! Malu ler nak bagitau tuu...... Well, just cite untuk minum petang aje .... luv to remember my sweet old time stories ...... Muahhhhh!!!!

-InaChomel-

TEMPE GORENG BEREMPAH

Salam sume,

Selamat pagi .... mentari muncul kembali sebelum mendung menjelma pada sebelah petang nanti ....

Beginilah keadaan cuaca sejak sebulan ni ... dah kembali semula era musim hujan pada hujung tahun dan sana sini kedengaran kisah banjir ... ada negeri yang dah ok keadaan banjirnya, ada yang sedang menghadapi gelombang banjir sekali lagi .... begitulah lumrah alam!

Dan juga sana sini dah penuh undangan majlis kahwin ... biasalah hujung tahun, cuti sekolah pulak tu, lagi pun acara penutup hujung tahun! Masa nilah sanak sedara berkumpul! Masa ni jugaklah baru tengok mana-mana anak buah yang dah besar panjang, lama tak jumpa, kejap aje dah jadik anak dara dan anak bujang!

Anyway cuti sekolah kali ni akak tak dpat nak balik kampung pakwe akak pasal anak dara akak dua-dua sedang exam sekolah menengah dan sekolah agama! Akak pun kena pergi kursus hujung minggu ni .... macam akak pernah kata sebelum ni, memang agak penuh dan padat kali ni, susah nak ke sana sini. Dengan keadaan cuaca yang kerap hujan juga, beberapa rancangan asal pun turut terbantut!

Oklah ... pagi ni nak share resepi simple yang akak buat petang semalam. Semalam akak tak berapa sihat, cuti kerja separuh hari! Keracunan makanan! Perut ni sakit memulas2 sampai ke pinggang. Serba tak kena! Jadi akak ambil cuti dan rehat sebelum mula memasak untuk makan malam selepas solat Asar!

Tempe goreng berempah ni akak jumpa resepinye dari rumah Mat Gebu! Sedap, terasa rempahnye ... cuma akak terlupa letak bawang putih!!! Mana taknye, main ingat dalam kepala aje, pulak tu laptop dan tablet si Iman bawak pergi ke rumah mak akak! Jadi bedal aje ler .... Enak di makan bersama lada padi kicap, tapi pasal semalam perut ni meragam, akak makan macam tu aje ... Jom nengok resepi ni, kalau suka bolehlah cuba!

TEMPE GORENG BEREMPAH
Sumber : Mat Gebu
  • 6 keping tempe (jenis berbunkus daun) - akak guna tempe bungkus plastik, 2 bungkus!
  • 11/2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 1/2 camca teh ketumbar biji*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 2 ulas bawang putih, hiris* (*ditumbuk hingga lumat) - yang ni lupa nak letak!!!
  • Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda
Cara penyediaan :-
  • Tempe dihiris layang seperti dalam gambar di atas. Ketepikan. 
  • Satukan tepung beras, bersama bahan yang ditumbuk lumat *), masukkan telur dan tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/2 cawan), kacau rata dan jika agak pekat tuang sedikit lagi. 
  • Tambah serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan ketepikan.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam. 
  •  Celup tempe yang dihiris tadu dalam bancuhan tepung, masukkan dalam kuali dan buat kaedah sama untuk baki tempe. 
  • Goreng 5 - 6 hirisan sekali goreng (bergantung pada saiz kuali anda). Guna api sederhana, dan balik2kan hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. 
  • Hidang bersama sambal kicap atau sos kegemaran anda....sedap dimakan panas2...
-InaChomel-

Friday, November 23, 2012

CRABSTICK ROLL WITH SLICE CHEESE

Salam dan selamat pagi sume .....

Salam Jumaat juga sebab dah lama betul rasanye tak dapat bersiaran! Hari ni, hari Jumaat baru sempat nak jelma kat ruang ni ..... macam ler busy sangat!!!

Dah mula cuti sekolah sekarang ni macam2 agenda bersarang dalam kepala nih!!! Nak plan cuti sekolah ni pun satu hal jugak! Si Iman sibuk dah tanya mana nak pegi! Tak fikir lagi nihhh ..... next week kena pegi kursus pulak kat Tg. Leman ... Felda Residence gitu!!! Tapi kali ni akak rasa cuti sekolah macam agak packed aje .... every weekend ade je agenda! Macam tak menyempat jerr ......

Oklah .... cakap banyak-banyak pun no points! Kali ni nak story pasal masakan yang very the simple one .... kejam mata pun boleh buat! Actually masa akak ronda bloggers punye rumah, akak singgah kat blog Kak Jee ... wahhhhh ... masakan senang lagi menyelerakan!!! Tapi Kak Jee buat guna sosej, akak try guna crabstick pulak! Yang guna sosej pun akak buat jugak, tapi belum goreng lagi, nanti bila akak dah try baru boleh komen kat sini keyyy!!!

Sesuai untuk minum petang dan kalau ada yang sedang berpuasa Muharram sekarang ni, pun sesuai juga untuk juadah sampingan berbuka puasa. Tapi kena makan masa masih panas .... baru cunnnnnn nakkkk!!!!!!

Cara buat tu senang aje, cuma kalau bahan-bahan tu tak de kat umah, korang kenalah pegi beli kejap yea. ...... Meh tengok cara mudah buat roti gulung nihhhh ....

CRABSTICK ROLL WITH SLICE CHEESE
Sumber : Dapur Kak Jee

  • 10 batang crab stick
  • 5 keping slice cheese - belah dua, kalau nak letak sekeping pun boleh!
  • 10 keping roti sandwich
  • 1 biji telur
  • Breadcrumbs
  • Minyak untuk deep fry
  • Bancuhan tepung dan air sebagai pelekat
  • Sos cili dan mayonis
Cara penyediaan :
  • Ambil sekeping roti sandwich dan leperkan menggunakan kayu penggelek.
  • Ambil sebahagian slice cheese dan letakkan di atas roti.
  • Ambil sebatang crab stick dan letakkan atas slice cheese.
  • Gulung roti dan pada bahagian akhir gulungan, sapukan sedikit pelekat.
  • Panaskan minyak, celup roti yang telah siap digulung ke dalam telur yang telah dipukul sedikit tadi.
  • Kemudian golekkan pada breadcrumbs dan goreng hingga kuning keemasan.
  • Sedia dihidang bersama sos cili dan mayonis!
-InaChomel-

Friday, November 9, 2012

GADGET BOBOIBOY!


Salam dan selamat petang sume ...

Hai! Nampak gayanye masa betul2 cemburu ngan akak sekarang ni!!! Dah lebih seminggu baru dapat update blog. Tu pun cite ringan2 aje, cite pasal masak2 masih tak nyempat lagi nak upload kat sini. Anyway rindu ku yang sangat mendalam nak membebel kat sini membuatkan akak on juga walaupun dengan N3 simple macam gambo budak kat atas tu!

Citenye bermula macam ni .... petang semalam si Iman merungut sebab tak dapat jajan Mamee dari hamper yang dimenangi oleh kelas dia dalam pertandingan koir kat sekolah minggu lepas. Dia kata, cuma dapat coklat aje satu, yang lain tak cukup! Jadik, dalam perjalanan balik dari ambik dia kat umah mak akak semalam, singgahler kiosk stesen minyak nak beli roti sandwich! Akak bagitau dia, pergilah ikut abah turun sekali, kata nak beli Mamee. Dia pun dengan hati yang berbunga2 ikut pakwe akak gi kiosk stesen minyak! Dalam masa menunggu tu tetiba dia datang semula kat kereta, dia kata nak ambik kad kumpul mata kiosk stesen minyak! Biasaler ... kalau beli barang kat situ pakwe akak akan kutip point untuk dikumpul dan boleh ditukar dengan bayaran harga petrol bila dah cukup pointnye nanti!

Sekejap lepas tu, akak nampak dia ngan pakwe akak bawak beg plastik, jalan sambil tersengih2 menuju ke kereta! Pak we akak senyum simpul aje! Akak pun tanya dia, beli apa? Sekali ngko dia tunjuk gadget Boboiboy! Akak tanya kat pakwe akak berapa ringgit? Dia kata RM19.90! Amboi! Jajan Mamee tak jadik beli, si Boboiboy ni yang dia cilok pulak! Dalam kereta semalam, belum sampai rumah lagi, Si Iman dah berangan nak cukupkan lagi 3 gadget ..... karekter Yaya, Ying dan Gopal! Woiiittt !!! Nak dekat RM100 tu modalnye ......

Kepada yang ada anak yang sangat sukakan karekter Boboiboy, standby duit ye bila masuk kiosk stesen minyak! Jangan nanti anak korang berguling2 kat lanatai dalam kiosk pasal tak dapat beli gadget nihh!!!! Melalak sekuat tidak kat situ. Mana nak letak muka woiii kalau bebudak dah mengaruk! Bulan lepas, gadget Boboiboy dan Yaya, bulan ni Boboiboy dan Ying, dan bulan depan Boboiboy dengan Gopal! Boboiboy aje ada 3 karekter yang berbeza bagi setiap bulan!

Simpan sikit duit bonus tu! Kalau tak pun, dulukan duit gaji untuk menghadapi kerenah anak-anak korang nanti! Ini bukan kempen tak kasi pegi kiosk stesen minyak tau! Jangan salah faham pulak! Sekarang ni macam2 offer ada, dapat kereta Lego pun ada! Cuma nak ingatkan aje! Kalau korang memang fan kepada Boboiboy, inilah masanya nak collect gadget animasi ni! Cepat beli sebelum kehabisan! Sambil beli boleh tambah point dalam kad korang sekali! Takat beli satu untuk mainan anak2 apa salahnye, tak mesti beli satu setkan!!?!! Dapat satu set lagi best!

Sekarang ni, bila lalu kat kiosk stesen minyak macam fobia aje selagi tak cukup geng si Boboiboy nih!!!! Tajuknye ... si budak Iman nih, bukannye reti bahasa, kalau kata dia, kata dia aje ler .... mau retak lantai umah kalau tak dapat beli cukup satu set nihhh!!!! Saboorrr jerr lerrrr ........

-InaChomel-

Thursday, November 1, 2012

1st NOV. ...... GENAP 15 TAHUN KERJA DISINI!

Imej : Ihsan Yahoo
Salam dan selamat pagi sume ......

Sekejap aje dah sampai hari Khamis ye .... Begitulah masa berputar dan berlalu. Adakah kita bergerak seiring dengan waktu? .... Atau kita antara yang ditinggalkan oleh waktu? Walau apa pun, kita kena terus melangkah ke hadapan, kalau berundur kita ketinggalan ..... Langkah kena pantas supaya kita sama-sama dapat bergerak seiring dengan waktu yang sepatutnya mematangkan diri kita .....

Hari ini 1 hb. Nov. genap 15 tahun akak bekerja di UTM ini! Wahhh ..... tak sangka ye .... tinggal lagi 16 tahun aje lagi nak kerja! InsyaAllah jika dipanjangkan umur, 16 tahun dari sekarang akak akan menamatkan tempoh perkhidmatan di UTM ini!

15 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat buat akak, walaupun akak rasa pejam celik pejam celik, dah ... 15 tahun keje kat sini. Mula-mula dulu masa nak masuk keje kat sini, akak tak berapa nak suka! Sebab dah seronok keje kat tempat lama ..... pergi interview pun macam nak tak nak jer .... Masa dapat keputusan berjaya dapat keje kat sini, akak tak beritau kat sapa-sapa pun kecuali seorang rakan sekerja kat tempat kerja lama akak dulu. Itu pun sekarang ni dia dah kerja kat sini sama ngan akak! Masa pagi-pagi nak pergi keje tu, baru akak cakap ngan abah akak suruh dia hantar akak pergi keje kat sini .... masa tu belum pandai drive sangat, baru dapat lesen, tapi tak de P tau!

Sementara nak tunggu masa nak daftar kat ofis disini, akak ingat lagi masa tu akak nangis dan call kawan akak kat ofis lama. Macam rasa hilang kawan pulak! Padahal kawan masa belajar dulu ada keje kat sini, tapi masa tu, rasa macam tak rela aje .... sebab masa tu akak rasa macam kena paksa je ngan mak dan abah carik keje tetap kerana ofis lama tu takat kontrak jer!

Tapi siapalah kita nak melawan takdir dan qada' qadar dari Allah! Rupa-rupanya kat sinilah akak bertemu jodoh! Kat sini jugak akak kutip segala pengalaman pahit manis dalam bekerja! Pengalaman di ofis lama memang sangat berharga, tapi disini, lebih lagi cabarannya ..... tapi akak percaya, di mana juga kita berada, jika kita bijak menguruskan diri dan jaga disiplin dalam bekerja, kita tetap disanjung tinggi. tak kira kita berpangkat atau tidak, orang tetap akan hormat kat kita kalau kita tahu prinsip bekerja yang sebenar!

Syukur .... Alhamdullillah .... semoga Allah memberkati segala rezeki yang akak dapat selama ini. Semoga hari-hari mendatang yang bakal akak lalui ketika bekerja disini akan lebih terisi dengan kenangan yang indah dan manis untuk dikenang sepanjang hayat! Semoga akak dapat memberikan yang terbaik sebagai sumbangan akak kepada organisasi ini ..... Doakan akak sihat ye ....

-InaChomel-