Tuesday, February 26, 2013

MAGELEK

Salam & selamat pagi sume,

Dalam diam, dah hampir masuk ke bulan Mac tahun 2013 ni .... 

Sekejap aje masa berlalu, kita selalu ketinggalan @ mungkin terleka! 2 bulan hampir berlalu, adakah kita masih seperti dulu, atau kita telah berubah menjadi lebih baik dari dulu??? 

Persoalan ini hanya kita sendiri aje yang boleh jawab! Semalam akak ambil masa 1/2 jam belek FB yang jarang2 sangat akak bukak kalau tak betul2 ada masa terluang. Ramai kawan-kawan zaman sekolah rendah & sekolah menengah yang bersembang dan bercerita tentang keluarga masing-masing. Ada yang berubah, ada yang tidak, sama macam dulu! Kebanyakkannya menceburi bidang masakan, terima tempahan membuat kuih dan sebagainya. Ada juga yang jadi surirumah tangga sepenuh masa dan melancong ke sana sini dengan keluarga. Well, gembira akak tengok kawan-kawan yang berjaya dan hidup gembira dengan famili masing-masing! Teringat kisah zaman sekolah dulu kalau tengok muka masing-masing kat FB. Dan apa yang mereka harungi sekarang ini sering akak kaitkan dengan karekter masing-masing masa zaman sekolah kami! Cuma akak aje yang jarang berinteraksi dengan mereka kat FB sebab akak sangat jarang buka FB kalau tak sungguh2. Sekalu dua tu ada ler jugak menyampuk, lepas tu senyap! But I like to know about them! 

For this morning, akak nak share satu resepi yang mudah dan memang menjadi feveret kami sekeluarga kecuali Iman! Dia tak suke mende macam ni! Yang dia suka selalunye bende yang lain dari yang lain dan yang susah nak buat! Tekak dia macam tekak orang tua sikit! Kalau kuih tu suka kuih orang lama-lama .... bahulu antaranya! Ok! Kuih magelek ni akak dapat resepinye dari jiran India kat umah mak akak. Dah berkali akak mencubanya, memang sedap dan senang semasa menggoreng, tak pecah dan tak serap minyak! Boleh dikatakan well done! Biasanye sedap makan magelek ni bersama kuah Rojak Asma @ Rojak Tepung! Tapi kuah rojak tu akak belum pandai buat dan tak pernah cuba buat! Jadik??? Bila akak beli Rojak Asma kat pasar malam, biasanye dapat kuah extra. So akak frozen dan bila perlu akak panaskan kuah tu untuk dimakan bersama magelek! Pandai tak??? Kepada yang berminat, silalah cuba .... gud luck!

MAGELEK
  • 1 kg kacang dhal - dicuci bersih dan rendam semalaman.
  • 2 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 1 batang lada merah - dibelah dua dan dihiris nipis
  • 1 batang lada hijau - dibelah dua dan dihiris nipis
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar halia kisar
  • 2 sudu besar jintan kasar - tak perlu kisar, biar kasar-kasar
  • 2 pelepah daun kari
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan :-
  • Kisar halus kacang dhal yang telah direndam semalaman. Toskan dahulu kemudian kisar sederhana halus kacang dhal ini menggunakan food processor atau blender kering.
  • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak dan gaul rata.
  • Panaskan minyak untuk gorengan terendam.
  • Apabila minyak telah panas, basahkan kedua tapak tangan dan ambil sedikit adunan kacang dhal, kepal dan kemudian leperkan dan seterusnya masukkan ke dalam minyak yang telah panas. Pastikan api tidak terlalu kuat atau terlalu kecil. Kalau terlalu kuat dikhuatiri akan menyebabkan garing diluar tetapi bahagian dalamnya tidak masak. Kalau api terlalu kecil, dikhuatiri pula akan diserap minyak. Jangan masukkan terlalu banyak magelek dalam kuali semasa menggoreng supaya mudah dibalik-balikkan nanti dan masaknya serata.
  • Angkat dan toskan, sedia untuk dihidang!
-InaChomel-

Monday, February 25, 2013

KEK PISANG COKLAT URAI

Salam sejahtera dan selamat pagi sume,

Masih lagi dilatari dengan cuaca yang kembali mendung setelah 2 hari berhujung minggu dengan cuaca yang agak cerah.

Masa nilah semua orang sibuk mengambil peluang nak mengeringkan jemuran. Maklum jer lah, yang bekerja, masa macam nilah nak selesaikan mana yang tertunda! Baju yang menunggu giliran untuk dilipat jangan cakap ler, kalau tengok bakul baju tu macam nak pengsan pun ada!

Hujung minggu yang baru berlalu masih lagi sibuk dengan jemputan sana-sini. Takat ni cuma hujung minggu ini sahaja yang akak free tanpa sebarang jemputan! Tapi itu pun dah ada agenda peribadi yang perlu diisi. Dah beberapa minggu tertunda sebab memberi laluan kepada kenduri kahwin sepupu yang sekarang ni rata-rata sibuk mendirikan rumahtangga! Maklumlah, ramai sepupu akak yang dah meningkat dewasa, bujang dan dara yang dah sampai jodoh masing-masing! Tapikan, sejak akhir-akhir ni asyik ikut rombongan hantar pengantin, rasa best ler pulak! Makan terhidang, barkat yang menarik, sambil tu yang meriahnya sebab pada masa ni ler dapat berkumpul sedara-mara dah bermesra. Soal makan terhidang dan barkat tu perkara no. 2, tapi bila berkumpul tu, meriah sakan! Macam-macam citer! Bebudak pun jadi seronok, sampai tanya hujung minggu ada orang kahwin lagi tak???

Dalam kesibukan hujung minggu, akak sempat gak capai mixing bowl! Nak settlekan stok pisang yang dah seminggu lebih dalam fridge!!! Pisang tu dah masak, so akak buang kulit dan simpan dalam tupperware kat dalam fridge! So semalam, mengodak 6 adunan kek pisang nihh!!! Jenuh ngko nak tunggu siap! Tapi puas hati ler .... jiran keliling rumah dapat rasa! Kek Pisang ni akak pernah buat dulu kat sini!

Kali ni try lagi sekali sebab kaedah yang mudah dan kebetulannya bahan pun ada. Simpan lelama tepung ni pun nanti rosak, so semua dah ada, apa lagi ... jalan lerrrr .... Kek ni, rasanya tak berapa manis, just nice walaupun akak tak kurangkan langsung sukatan gula tu! Since akak lebihkan kuantiti pisang lecek dalam adunan ni, so akak gantikan esen pisang dengan esen vanilla! Well, worth trying! Cuma kena jaga-jaga bila guna api atas dan bawah pada oven masing-masing. Terlalu kuat api bahagian atas tu akak sebabkan kek ni merekah di bahagian tengah permukaan kek. Kena adjust sikit api atas oven anda bila bahagian atas tu dah hampir keperangan supaya kek masak cantik! Selamat mencuba! Tak cuba, tak merasa!

KEK PISANG COKLAT URAI
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
  • 200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)*
  • 1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
  • 100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
  • 3 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 100 gram pisang, dilecek halus - akak lebihkan
  • Beberapa titik esen pisang - akak guna esen vanilla
  • 50 gram coklat urai (chocolate rice)
  • 1/3 cawan pisang yang didadu besar - akak lebihkan
  • 1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya - akak guna badam cincang
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....
-InaChomel-
 

Wednesday, February 20, 2013

ROJAK PETIS

Salam sume,

Dah lama tak sempat nak bersiaran ye! Maklumlah sibuk sikit lepas cuti CNY ni!!!

Sibuk ngan apa??? Ngan apa lagi kalau tak projek RU. Bahu memang sakit giler sebab seharian dari pagi sampai ke petang mengadap PC untuk update masterlist! Buat kerja dua kali ni memang akak tak suke! Tak suke nape? Sebab orang lain ambil mudah aje, kita pulak yang susah payah kena complete the list! Ok lah, citer banyak pun korang bukan faham pun! Buat pening kepala korang aje nak memahamkan situasi kerja akak kat sini!

Baik cite bende lain tak?!? Cuma satu aje akak nak komen, kat sini, bila kita buat kerja secara teamwork, kat sinilah kita boleh nampak siapa yang sebenarnye ikhlas dan boleh bekerja dalam 1 team @ tidak. Kadang-kadang kat mulut sebut teamwork aje pandai! Tapi bila kena kat batang hidung sendiri, yang asyik sebut teamwork aje tu belum tentu boleh bekerja sebagai 1 team. Jadi, moralnye .... kalau pandai sebut mesti mau pandai buat jugak!!! Bekerja dalam satu organisasi tak boleh fikir tentang diri sendiri aje, kena fikir bende2 lain jugak! Tapi kalau kita dah diajar macam tu, jangan salahkan orang lain kalau tiba masa kita perlukan sokongan dan kerjasama dari orang lain, orang tu buat bodoh jerrrr ... ye lerrrr, manusia ni kalau kita buat baik, baik juga datangnya kat kita. Tapi kalau kita sendiri tak tunjuk contoh yang baik, yang tak baik jugaklah yang orang akan ikut! Tapi kena ingat, kena buat baik kepada setiap insan, kerana amalan yang baik sentiasa diiringi dengan keredhaan dari Allah s.w.t.

Hummmm ..... well ... berbalik kepada tajuk N3 hari ni, Rojak Petis! Hah, korang suke tak? Akak??? Very the suka one! Kalau makan rojak ni, tak makan nasi pun tak pe! Boleh kenyang punye! lagi pulak kalau banyak kacang yang bertaburan atas kuah tu ..... tangkap leleh wa cakap lu .....

Masa kecik-kecik dulu, rojak ni selalunye dijual oleh orang cina. Kalau ada rojak mesti ada tauhu bakar! Tapi masa akak kecik-kecik dulu, kat area JB ni ler sekitar kawasan Batu 4 & Batu 5, ada seorang pakcik melayu ni yang jual rojak menaiki motor Honda Cup lama. Kat belakang motor dia tu ada peti kayu yang menyimpan bahan-bahan dan peralatan membuat rojak. Kalau nak beli rojak pakcik ni, bila dia lalu aje, kita orang akan pekik ... Rojak! Nanti pakcik tu berhentikan motor dia, kita orang pun bawak ler pinggan dari rumah masing-masing! Tapi kalau malas, pakcik tu akan isi rojak dalam sehelai plastik dan diberikan 1 batang lidi untuk memudahkan kita orang makan rojak. Plastik rojak tu bukan macam plastik kuih sekarang ni tau! Memang sehelai plastik seperti plastik mamak bungkus mee goreng! Lepas tu makan ramai-ramai kat tepi tangga laman rumah! Memang cunnnn!!!

Itu kisah zaman dulu-dulu .... sekarang ni lain pulak! Tapikan, pakcik yang jual rojak tu, sampai sekarang ni masih ada lagi. Akak pernah terserempak ngan pakcik tu, masih lagi dengan jualan rojak menggunakan motor, cuma akak tak perasaan motor dia tu motor baru @ lama! Sihat lagi pakcik tu ngko! Dah lebih 30 tahun tu kalau dikira-kira balik! Alhamdullilah ... semoga pakcik tu sihat!

Ok, meh ler tengok resepi kuah rojak ni. Bahan-bahan untuk rojak tu senang jer, kuah rojak tu yang mustahak!

ROJAK PETIS
  • 1 kg kacang tanah - digoreng hingga kekuningan (orang tua-tua kata bila goreng kacang ni masaknya atas darat, bermaksud, kacang akan menjadi kekuningan selepas diangkat dan ditoskan dalam dulang, jangan tunggu kuning dalam kuali, bila korang angkat dah jadi coklat @ rentung). Bila dah sejuk, kisar sederhana halus, dan asingkan 5 sudu besar ke dalam bekas lain untuk ditabur di atas kuah nanti.
  • 1 kg petis udang
  • 1 mangkuk kecil jus limau kasturi - gunakan mangkuk sup yang saiznye besar sikit dari mangkuk kuah sate.
  • 1 paket cili padi merah - buang tangkainye, cuci bersih, dikisar bersama 500 ml kicap manis.
  • 1 botol kecil kicap manis
  • 4-5 sudu besar bawang putih kisar
  • Gula
  • Air suam
Cara penyediaan :-
  • Masukkan kacang yang telah dikisar tadi ke dalam mangkuk yang besar supaya mudah untuk mengacau.
  • Masukkan petis dan jus limau kasturi, kacau rata.
  • Masukkan lada yang diblend bersama kicap tadi, tapi jangan tuang semua. Rasa dahulu, jika sukakan pedas, boleh tambah lagi lada kicapnya. Tapi kalau tak suka pedas sangat, lebihan lada kicap boleh disimpan di dalam fridge untuk kegunaan lain, seperti mencicah ikan bakar, goreng pisang dan sebagainya.
  • Masukkan juga bawang putih kisar, dan rasa. Jangan masukkan semuanya sebab jika terlalu banyak, ras peda bawang putih akak menrencat keseluruhan rasa kuah kacang ini.
  • Masukkan gula. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambahkan dengan kicap manis dan juga air suam. Kicap jangan terlalu banyak, nanti masin. Kacau rata. Sukatan gula tu pulak, kena agak-agak ler. Tapi kalau kuah rojak petis, mesti ada rasa masam, pedas dan manis!
Untuk bahan rojak :-
  • 4 keping tauhu - dicuci bersih dan goreng hingga garing. Potong serong kecil-kecil.
  • Taugeh - dibuang ekornye dan dicelur dengan air panas.
  • Kangkung - dipotong dan dicuci persih, celur air panas.
  • Nenas - dibuang bersih mata tajamnya dan dihiris seperti timun sate.
  • Timun - dicuci bersih dan dihiris.
  • Sengkuang - dikupas kulitnya, dicuci bersih dan dihiris seperti timun sate.
Cara menyediakannya :-
  • Ambil sedikit semua bahan-bahan di atas dan susun berlapis dalam pinggan.
  • Curahkan kuah kacang rojak petis dan taburkan dengan kacang yang dikisar tadi (yang diketepikan tadi).
  • Gaul rata dan nikmatinye dengan sepenuh jiwa raga!!!!
Selamat mencuba!!! Kuah rojak ini memang banyak, akak dapat 2 bekas margerin naturel yang besar dan 1 bekas aiskrim nestle yang warna biru tu! Jangan bimbang. Boleh disimpan dalam freezer, anytime nak makan, keluarkan dari freezer beberapa jam sebelum menikmatinye ....

-InaChomel-

Friday, February 15, 2013

AYAM MASAK MERAH

Salam sume,

Wahhh ceria jer sume orang datang ofis ari ni .... Maklumlah, ari Jumaat! Esok dan lusa rehat 2 hari! 

Tapi esok akak ada majlis kahwin kat Muar! My cousin's wedding! Well, every week pun ada kenduri sana sini ... Masa cuti CNY tak dapat jalan-jalan, so nilah masanya nak rehatkan minda. Kita orang esok berkonvoi dari JB ke Tangkak. Sampai sana nanti jumpa lak adik akak dari KL. So, titik pertemuan adalah di plaza tol Tangkak! Then menuju ke Mukim Serom, Kg. Pantai Layang, Sg. Mati! Haa ... kawasan MB Johor tuhh!!!

Untuk hari ni, akak sambung 1 lagi resepi yang berduet dengan Nasi Jagung kelmarin! Ayam Masak Merah! Ini memang feveret sume orang kat rumah ni. Masak lauk ni makan ngan nasi putih pun jadik, licin!!! Tapi kali ni akak memang masak lebih sikit pasal nak makan untuk 2 round, lunch & dinner. Selalu masak untuk dinner jer ... maklumlah orang bekerja, waktu malam aje ada kat umah!!!

Jom tengok resepi yang sangat mudah ni! 

AYAM MASAK MERAH
  • 1 ekor ayam - potong 14, buang kulit, cuci bersih dan toskan. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata, goreng embal-embal (separuh masak) dan ketepikan.
  • 8-10 sudu besar ladang kering kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 6 sudu besar bawang merah kisar
  • Sos tomato
  • Kacang pis
  • 1 biji bawang holland - potong bulat sederhana lebar.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Pansakan minyak. Tumis semua bahan kisar hingga garing dan naik bau.
  • Masukkan sos tomato. Masukkan sedikit dahulu, kemudian rasa, jika kurang rasa masam boleh tambah lagi ikut selera masing-masing.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula, kacau rata.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
  • Masukkan bawang holland dan kacang pis, kacau rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan. Kalau suka boleh taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang.
Masakan ini mesti ada rasa pedas, sedikit masam dan manis. Kalau suka boleh guna tomato puree jugak untuk gantikan sos tomato. Akak jarang guna tomato puree, so nak senang akak cuma guna sos tomato aje!!! Well, selamat mencuba!

-InaChomel-

Thursday, February 14, 2013

KURMA TELUR

Salam sume,

Macam mana cuti CNY ni??? Ramai yang bercuti panjang ke? Atau ada yang dah mula kerja semalam? Atau lagi parah ... ada yang memang kena kerja masa CNY??? 

Apa pun situasinya, yang penting kita hepi dengan apa yang kita buat! Kalau tak hepi pun, kita kena redha! Kadang-kadang situasi yang kita alami sekarang ni membuatkan kita terfikirkan sesuatu yang selama ini mungkin kita tak pernah ambil pusing langsung! Biasalah manusia ni .... kalau tak terkena kat diri sendiri kita selalu lupa!

Oklah, tak nak cite yang sedih2 pagi ni walau pun cuaca yang luar sana tu mendung semacam jer .... Bila2 masa hujan boleh turun nihhh!!! Kat porch tu dah melebihi taraf kedai dobi! Dah x de ruang nak menyidai baju! Bagi yang ada anak kecil, biasanya bebudak ni kerap salin baju, kotor sikit nak tukar baju, basah kena air kat sinki nak tukar baju! Heeiiiii macam2!

Untuk pagi ni, akak nak share resepi yang akak gandingkan dengan Nasi Jagung Berkismis semalam! Akak masak Kurma Telur! Dah agak lama akak tak masak kurma. Biasanye kurma ayam. Tapi kali ni saje jer nak ubah disikit untuk meriahkan jenis lauk untuk dimakan bersama nasi nih!!!

Kepada yang berminat, meh lihat resepi mudah ni yer .....

KURMA TELUR
  • 7 biji telur ayam yang direbus dan dikupas kulitnya. Goreng telur ini untuk mengelakkannya dari mudah pecah apabila dimasukkan dalam kuah kurma nanti.
  • 3 biji kentang dikupas kulitnya dan dibelah 4.
  • 1 batang lobak merah yang dipotong baji.
  • 4 batang lada hijau dikisar halus
  • 5 biji cili padi hijau dikisar halus
  • 1 batang kayu manis*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkih*
  • 2 kuntum bunga lawang*
  • 1 cawang santan pekat
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • Sedikit halia dikisar halus
  • 2 sudu besar rempah kurma dibancuh dengan sedikit air
  • Air 
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar serta bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
  • Masukkan 1 cawan air dan diikuti dengan kentang. Biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
  • Kemudian masukkan lobak merah dan tambah air sikit-skit dari masa ke semasa jika kuah menjadi terlalu pekat.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan kacau rata.
  • Masukkan telur dan santan, kacau rata dan kecilkan api. Kacau rata dan biarkan hingga terbit minyak. Jika terlalu pekat boleh tambah air.
  • Angkat dan hidangkan dengan taburan daun bawang dan daun sup jika suka.
Masakan kurma ni biasanya bila hampir sejuk akan semakin pekat. Jadi sila adjust kepekatan kuah supaya tidak terlalu pekat. Atau memang suka kurma yang pekat kuahnya, it's ok! Tepuk dada tanya selera masing-masing! Ada sesetengah orang suka masukkan tomato buah yang dibelah 4 dalam kuah kurma ini apabila telah mendidih kuahnya! Pun boleh jugak! Lebihan kuah kurma ni pun sedap dimakan dengan roti sandwich atau roti canai atau roti jala! Ikut suka koranglah!!!

Selamat mencuba!

-InaChomel-


Wednesday, February 13, 2013

NASI JAGUNG BERKISMIS

Salam dan selamat pagi semua ....

Dah 4 hari tak keje, hari ni nak bangun pagi datang ofis rasa malas yang amat sangat! Macam nak sambung cuti jerr ... tapi kalau sambung cuti pun no point pasal bukan dapat gi mana-mana pun, balik Melaka pun tak sempat, bebudak tusyen dan keje. Jadi susah sikit nak bergerak sana-sini! Paling tidak pun every weekend hadir majlis kenduri jer ler .....

Dah seminggu dah kat JB asyik mendung jer cuacanye! Mentari pagi sukar nak menyinar sekarang ni! Masalahnye baju ler ... tak sempat kering, dah ada lagi yang menunggu untuk disidai! Anyway, rutin harian tetap sibuk macam biasa!

Cuti CNY yang lepas ni, akak tak banyak agenda selain dari memasak di dapur dan gi shopping yang tak seberapa aje! Tak seberapa, tapi sempat cilok beg untuk ke ofis! Saje jer ... buat sedap mata memandang walau pun kocek merana! Sekarang ni akak lebih banyak cari ruang dan masa untuk enjoy myself! Jalan-jalan sambil shopping kecil-kecilan nampaknya terapi yang terbaik buat masa ni .... So many things to think, sometimes makes me boring!!! So having fun and do shopping buat akak hepi! So, setiap perkara ada pengorbanannya .... walaupun kocek makin nipis, akak enjoy dan fikiran tak kusut! Dalam masa yang sama jangan lupa berdoa dan berzikir, itu penting untuk kesihatan rohani dan jiwa yang tenang ... Amin!

Ok, today nak share resepi yang agak heavy dari segi kandungan kesihatan! Tapi gara-gara terlebih beli beras basmathi kelmarin dan bimbang beras ni rosak dan hancur kalau simpan lebih lama lagi, minda akak sekarang ni ligat berfikir every weekend apa yang perlu dimasak untuk habiskan beras yang masih berbaki lebih kurang 3kg ++ ni untuk dijadikan menu sekeluarga!

So, salam perkenalan untuk minggu ni adalah Nasi Jagung Berkismis! Why kismis??? Sebab ada 4 kotak kecil kismis kat umah akak yang akak dapat masa majlis walimah tahun lepas! Tak tau apa nak buat, jadi akak lebur ler dalam nasi ni .... Meh lihat resepi yang akak dapat dari blog Forum Resepi Diana (FRD) dari Singapura yang dah lama menyepi. Pun dah lama akak x try cari blog ni sejak dia tak allow anonymous user akses blog dia .... well credit to Diana ye!

NASI JAGUNG BERKISMIS
  • 4 cawan beras basmathi. Cuci bersih dan toskan.
  • 3 1/2 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • Kayu manis - sebatang dah cukup
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 senduk minyak sapi
  • 3 cm halia dikisar halus
  • 6 biji bawang putih dikisar halus
  • 2 biji bawang besar dimayang halus
  • 1 tin jagung kernel - toskan airnye atau boleh guna jagung dalam paket.
  • 1 mangkuk kecil kismis - digoreng dan toskan. Ini akak tambah sendiri
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Cara penyediaan :-
  • Panaskan periuk nasi. Akak guna periuk rice cooker untuk mudah panaskan nasi bila dah siap masak nanti!
  • Masukkan minyak sapi dan bila sudah mencair, tumiskan kayu manis, buah pelaga dan cengkih.
  • Masukkan bahan kisar dan bawang hiris, kacau rata dan biar hingga wangi dan naik bau harum.
  • Masukkan air dan susu cair, kacau rata.
  • Masukkan serbuk perasa dan garam. Rasa sama ada cukup masin dan lemaknye.
  • Masukkan beras yang telah dicuci bersih dan biarkan sehingga air hampir kering. Sambil boleh kacaukan beras ini tapi jangan terlalu kerap nanti hancur!
  • Bila air hampir kering, masukkan jagung, kacau rata dan alaskan periuk dengan tudung periuk biasa serta kecilkan api. Tutup periuk dengan tudung periuk biasa dan kalau boleh tindihkan dengan batu lesung untuk mengelakkan wap keluar! Ini cara tradisi, kalau nak tanak kat rice cooker pun boleh, mana-mana yang senang ler ....
  • Bila nasi dah kering dan dah cantik masaknya, masukkan pula kismis yang siap digoreng tadi, kacau rata dan alihkan periuk ke rice cooker dan biar nasi sentiasa panas sebelum dihidangkan.
  • Hidangkan nasi dengan taburan daun sup, daun bawang dan bawang goreng!
Kalau tak suka guna minyak sapi, boleh gantikan dengan campuran minyak masak dan mentega. Atau guna minyak masak sepenuhnya semasa menumis pun boleh juga, kita buat dia, yang penting sedap dan ikut selera kita!

Selamat mencuba!

-InaChomel-

Thursday, February 7, 2013

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE

Salam sume dan selamat tengahari ....

Dah lunch ke? My routine everyday during lunch hour is sleeping @ power nap! Why???? Tidur sekejap akan menyegarkan akak pada jam yang berikutnya!!! or else, sebelah petang nanti macam ayam berak kapur jer gayanye .... So lunch during weekdays memang jarang sesangat ada dalam hidup akak! Normally kalau lapar sangat barulah lunch ngan pakwe akak kat mana-mana gerai atau fast food restaurant yang berhampiran supaya sempat masuk kerja semula jam 2 ptg.

Well, this week my whole life kat ofis ni dihantui dengan aktiviti RU! Macam bursa saham pun ada jugak rupa meeting room ofis ni! Sana-sini sebut no. dokumen untuk compilation. And today, aktiviti tagging no. dokumen dalam file yang dah siap di'compile'. And today Iman ada tusyen! So, no cooking activities for today. And probably tomorrow Iman will attend the tuition class also .... well ... 2 days of from kitchen! Anyway, Saturday will be a very busy day for me! Why??? Will be shared if got time!

Oklah, before akak gi solat and continue with RU project, akak nak share kek yang semua family members suka dan memang laku kalau buat untuk any function kat sini! Chocolate bottom banana square ni akak buat semasa kita orang buat majlis birthday Iman kelmarin. 3 aduan, dapat 2 loyang saiz 10x10 inci. 1 loyang untuk birthday Iman, 1 loyang lagi akak agihkan untuk makan sendiri di rumah, pulangkan pinggan jiran sebelah dan juga untuk mak. So the whole loyang yang satu lagi memang untuk jamuan dan tapau for my family members. Memang sedap! Walaupun tak de almonds nips, pun habis bersih kek nih!!! So, jika berminat boleh cuba, tak rugi and no harm trying!
 
As usual, CnP dari blog Rima di Singapore. Nak tengok yang lebih mengiurkan, silalah ke blog Rima!


CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
Sumber : Rima

Ingredients

  •     1/2 cup butter - 113g
  •     1 cup sugar
  •     1 egg
  •     1 tsp vanilla extract
  •     1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
  •     1 1/2 cups flour
  •     1 tsp baking powder
  •     1 tsp baking soda
  •     1/2 tsp salt - I used 1 tsp since i used unsalted butter
  •     1/4 cup baking cocoa - barry callebaut
  •     1 cup chocolate chips - i used both white and chocolate chips

Method

1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares


-InaChomel-

Wednesday, February 6, 2013

THIRD TRIAL ... RAINBOW CAKE

Salam dan selamat pagi semua ....

Wahhhh .... dah masuk Februari minggu ni .... sekejap aje sebulan dah berlalu dalam tahun 2013 ni ye!

Syukur, kita masih diberi kesempatan untuk menikmati rahmat yang Allah berikan kepada seluruh hambaNya!

Hari ni tak boleh nak sembang lelama sebab akak kena bantu buat tagging untuk Projek RU yang sedang hangat berlangsung kat meeting room ofis ni ..

Ini adalah hasil mendeco yang ketiga untuk kek hari jadi Iman. First untuk hubby, lepas tu my third dotter, and this time my youngest dotter! Kek ni akak buat sebab teringin sangat nak rasa rainbow kek yang ramai dah cuba. Lepas tu kebetulan barang2 pun ada ... jadik codek jer ler .... Dan dalam keadaan yang penat + kesuntukkan masa, maka hasilnya kurang menyerlah tapi semangat nak cuba tu yang penting! Kalau tak tersadai jer ler bahan2 yang dah siap dibeli tu ..... Masa kek ni baru keluar dari oven, bau telur sangat kuat dan akak menjangkakan rasa kek ni mesti hanyir, tapi bila makan tak rasa hanyir telur pun, malah pakwe akak kata sedap. Mungkin kalau korang nak cuba buat, boleh tambah esen vanilla untuk kurangkan bau hanyir telur yang agak kuat! Untuk resepi ni, akak buat 2 adunan dan dapat 4 lapisan loyang segiempat sama saiz 9 inci.

Ok, meh tengok resepi yang akak ambil dari blogger Rahel nun di Tawau, Sabah sana ... jauh bahhh .... Rahel ... akak CnP ye untuk dikongsi dengan blogger lain ....

RAINBOW CAKE
Sumber : Rahel

BAHAN KEK SPAN CAMPURAN
Sumber resepi:Bicara Kek (Wendy Kor)

Bahan:
Saiz acuan 9''

Bahan A:
300g tepung kek span campuran
300g telur (5 biji telur gred A)
60ml air

Bahan B:
60ml minyak masak

Cara-cara:
1.Masukkan bahan A ke dalam pembancuh elektrik dan kacau hingga sebati.
2.Pukul bancuhan sehingga kembang berkrim.
3.Campurkan bahan B perlahan-lahan dan bancuh hingga sekata.
4.Tuangkan campuran kek ke dalam acuan bersaiz 9'' yang sudah digris dengan marjerin. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 30-35 minit.
5.Setelah siap dibakar,terlangkupkan kek ke atas rak kek selama 5 minit dan terbalikkan semula kek itu.Ini untuk menghalang kek daripada tenggelam di bahagian tengah.

Catatan by Rahel:
*Untuk membuat rainbow cake sebanyak 6 lapisan sila doublekan adunan kek (2x).
  Bahagi ke 6 bahagian.Bakar setiap bahagian secara berasingan selama 20-25 minit pada suhu 170'C.
*Setiap bahagian di beri pewarna,mula dari lapisan bawah hingga lapisan atas:
  -lapisan pertama/dasar:pewana ungu
  -lapisan ke dua:pewarna biru
  -lapisan ke tiga:pewarna hijau epal
  -lapisan ke empat:pewarna kuning lemon
  -lapisan ke lima:pewarna merah muda + sikit pewarna kuning lemon
  -lapisan ke enam:pewarna merah + sikit pewarna kuning lemon
*Setelah kek masak,biarkan sejuk.Kemudian buangkan semua kerak2 kek.Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam untuk memudahkan proses melepa nanti.
*Jika ada serpihan2 kek jangan dibuang.Hancurkan serpihan kek untuk tabur dipermukaan kek nanti.
 
BUTTER CREAM
Sumber : Rahel
Sumber:Kembangkempis

Bahan:
250g butter atau shortening (kalau nak icing putih & tahan panas,guna shortening,tapi kalau nak lebih sedap,baik guna butter lah).
125g marvello/supertact/krimwell
125g gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul-ketul)

Cara:
1.Pukul butter + marvello hingga putih,ayak gula aising,masukkan ke dalam butter,pukul lagi hingga kembang dan putih.Sesuaikan warna untuk hiasan kek.
2.Tips:Pukul dengan kelajuan minima.Makan masa lah sikit,tapi insyaallah,aisingnya nanti lebih cantik dan muda dilepa.

-InaChomel-

Tuesday, February 5, 2013

MISS U SO MUUCCHHH ... SANDWICH SARDINE!

Salam sume kengkawan,

Dah agak lama tak bersiaran .... kepala ni pun dan stress dengan kerja! Kena cari masa dan ruang untuk rest kejap!!! Boleh???? Kejap eh bos, nak ambik mood pagi ni supaya tak spoil mood keje sepanjang hari untuk ari ni ......

Sejak mula sekolah, every weekend agak sibuk dengan pelbagai urusan, sama ada hal keluarga mahupun jemputan majlis kahwin! Badan pun terasa penat sebab macam tak rest langsung dalam masa seminggu! Tu baru seminggu, sekarang ni dah berminggu2 tak berehat rasanya ....Penat semacam wehhh ... semalam aje kaki dah sakit sebab lift kat ofis ni memanjang jer rosak. Sudahnye sampai ke malam sakit lutut dan letih!

Ok, since last week n this week sibuk ngan projek Ru @ Research University kat ofis ni! Kepala sakit! Tengkuk dan leher pun sakit sebab mengadap PC dari pagi membawa ke senja nan merah! Bagi akak yang menghadapi kekurangan darah, situasi begini menyebabkan akak mudah pening kepala dan cepat penat! Tambahan pulak, last week masa buat check-up kat GH, paras gula bagus @ 4.3, tapi bila kurang gula pun akan menyebabkan pening kepala. Well this week kena jaga kesihatan betul2, tak leh ambil lewa jerrr .... bila dah sakit diri sendiri jugak yang susah! 

Well, to share something with everybody .... nahhhh sesuatu yang akak dah lama ngidam nak makan tapi tak nyempat nak buat walaupun sonang banget nak buatnye .... Jom lihat betap mudahnye buat sandwich sardine ni, tak tak susah payah hidup api dapur .......

SANDWICH SARDINE
  • Roti sandwich - sekarang ni Masimo jadi pilihan sebab teksturnye yang lembut banget!!!
  • 1 tin kecil sardin - buang tulang dan hancurkan.
  • 1 biji bawang holland - potong nipis
  • 1 biji jus limau kasturi
  • Mayonis
  • Margerin - akak guna Naturel
  • Serbuk lada sulah
  • Daun salad
  • Bauh tomato - hiris nipis
  • Slice cheese
Cara penyediaan :-
  • Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi.
  • Masukkan bawang, jus limau kasturi dan serbuk lada sulah. Kacau rata.
  • Masukkan margerin dan mayonis, kacau rata. Jika kurang pedas, boleh tambah lagi lada sulah. Dan jika kurang rasa masam, ambil sedikit kuah sardin dan kacau rata.
  • Ambil 3 keping roti sandwich.
  • Pada lapisan bawah sekali, letakkan sekeping slice cheese, daun salad dan hirisan buah tomato. Lapisankan dengan sekeping lagi roti. Untuk lapisan terakhir, sapukan bancuhan sardin yang telah disediakan tadi dan telangkupkan pada lapisan roti yang kedua tadi. Potong serong roti sandwich ini dan sedia untuk hidangan! Ulangi proses ini untuk set roti sandwich yang berikutnye.
Amacam? Senang kan! Makan separuh jer roti ni dah kenyang sebab roti ni setinggi 3 tingkat!  Well, selamat mencuba! Lebihan bancuhan sardin boleh disimpan dalam peti sejuk untuk hidangan seterusnye, tapi jangan terlalu lama disimpan dalam peti sejuk sebab dah bercampur dengan bawang, nanti mudah basi ..... takat sehari dua tu ok lagi .....

-InaChomel-