Monday, March 10, 2014

BINGKA BERLAUK .... EEMMMM SEDAP

Salam sume,

Sehari dua ni kita semua agak sedih dengan berita kehilangan misteri pesawat MAS MH370! Sapa2 pun akan sedih tak kira mereka yang terlibat tu saudara mara kita atau pun bukan! Naluri kita sebagai manusia pasti akan tersentuh dengan rasa simpati dan sedih bila berlaku musibah kepada orang lain! Namun ada juga insan yang jahil dan sombong terus mencela tentang insiden ini! Mungkin yang terkena ujian dari Allah ni bukan dari kalangan saudara mara dia, bolehlah cakap macam2! Cuba yang terlibat tu sedara mara dia, mau gak dia meraung dan marah kan kalau orang luar cakap bukan2 dan mempermainkan isu sensitif ni! Jadilah manusia yang ada nilai kehidupan yang positif! Kalau takat nak menyakitkan hati orang lain, tak upload N3 pun tak pe kat mana-mana media sosial! Menyampah orang lain nak baca. Lagi benci orang kat dia ada ler ....

Ini sekadar luah hati akak pada insan yang dalam ketegori @#*^@#^% .... tak tau apa nak cakap! Hidup dalam dunia ni jangan sombong sangat! Allah nak uji kita sekelip mata aje. Nak bergurau biarlah kena pada tempatnye, nak marah kat orang lain pun, jangan pulak tempiasnye dikenakan pada orang lain yang tak tau apa2! Inilah namanye manusia ... tak lepas dari membuat kesilapan! Tapi, kita kena belajar dari kesilapan, bukannye terus menerus membuat silap!

Oklah cakap banyak2 pun tak de makna. Kita sewajarnya jangan putus berdoa semoga yang ditimpa musibbah agar diberikan hidayah oleh Allah untuk redha dengan ketentuan Illahi. Kita doakan semoga semua mangsa MH370 yang masih belum diketahui nasib mereka berada dalam keadaan selamat dengan izin Allah swt! Amin ...

Untuk perkongsian bersama, akak CnP resepi bingka berlauk ni yang memang sedap. Bingka ini sangat lembut dan lemak rasanya. Untuk adunan bingka, akak buat dua adunan dari resepi di bawah ini dan sesuai untuk loyang 10 x 10 x 1 inci ... just nice! Try ye kalau ada masa ... thanks to Kak Gee dari Dapur Gee-Hut!

BINGKA BERLAUK
Sumber : Dapur Gee-Hut


Bahan untuk bingka (1 adunan) :

1 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 cawan air
2 biji telur (pukul ringan)
garam
pewarna kuning

Cara

1. Campurkan semua bahan hingga sebati.  Tapis.
2. Masukkan dalam loyang 10 x 10 yg telah disapukan minyak.
3. Bakar dalam oven 180'C selama 30 minit.
5. Keluarkan loyang dan taburkan bahan berlauk dan bakar lagi selama 30 minit.
6. Bila telah masak taburkan bahan hiasan.
7. Potong dan hidangkan.

Bahan Lauk/Inti :

400 g daging kisar
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 biji kentang [ potong dadu kecil]
1 batang carrot [potong dadu kecil]
3 s/b rempah kari
3 s/b sos tomato
3 s/b sos cili
minyak
garam

Bahan Hiasan [hiriskan]

daun sup
daun bawang
cili merah
bawang goreng

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi.
2. Masukkan daging kisar yg telah diperoiikan. Kacau rata.
3. Masukkan rempah kari dan kacau sehingga naik minyak.
4. Masukkan kentang, carrot, garam, sos cili & sos tomato. Kacau rata.
5. Masakkan sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Bila telah masak masukkan dalam pinggan [jangan ambil lebihan minyak].


-InaChomel-

Tuesday, March 4, 2014

SERRADURA .... RASA SESEDAP NAMANYE! I LOIKE ...

Salam sume dan selamat pagi ...

Morningggg ..... hari ni macam mana mood semua kengkawan akak? Ok? Ada baik? Mummmm .... pagi-pagi mood mesti baguss! Kalau tak nanti sampai petang spoilt!

Ok, tak nak buang masa dan mencuri masa kerja yang banyak untuk blog kesayang ku ini. Maka akak nak share resepi pencuci mulut yang sangat sedap. Ini betul punye sedap. Lebih-lebih lagi sangat senang. Rasa manisnye yang sedang elok aje, plus rasa lemak manis dari biskut tu yang buatkan dessert ini menambat hati akak! Tapi kena hati-hati bila makan sebab serbuk biskut tu tak dicampur dengan mentega cair, just blended biscuits only, so bila makan tu ada tersedak sikit! Bukan tersedak sebab nama kita disebut oleh orang yang tak kita ketahui, tapi kena makan dengan penuh sopan lagi berhemah. Ok jom, tengok resepi ni yang akak jumpa dari blogger Wendy Inkk yang diambil dari blogger Hong Kong --- My Buttery Finger, dengan nama yang sama gak iaitu Wendy ... jom!

SERRADURA a.k.a MACAU SAWDUST PUDDING
Sumber asal : My Buttery Finger
Sumber : Tabel for Two

Bahan-bahan :-
  • 250 ml Whipping cream
  • 80g biskut Marie original flavour --- akak guna 100gm 
  • 50g susu pekat manis
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • Hiasan - ikut suka, akak letak buah strawberri, Milo nuggets, dan love letter rolls flovour strawberri
Cara penyediaan :-
  • Kisar halus biskut Marie dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk pemutar, masukkan whipping cream dan putar hingga gebu (jangan lama sangat, dalam 1 mint jer).
  • Masukkan susu pekat dan esen vanilla, kacau dengan spatula aje.
  • Ambil satu gelas atau bekas yang sesuai.
  • Sudukan biskut Marie tadi pada lapisan pertama. Ratakan sahaja, tak perlu tekan.
  • Paipkan aduanan whipping cream tadi, lapiskan semula dengan serbuk biskut, lapisan whipping cream, dan pada bahagian akhir yang hampir memenuhi gelas, tutup dengan lapisan serbuk biskut dan ratakan. 
  • Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam sebelum dimakan.
  • Hiaskan dengan buah-buahan atau apa juga yang kita suka. 
  • Jika letakkan love letter rolls, bila nak makan baru diletakkan pada dessert ini sebab nanti lemau pulak kalau letak awal-awal, dah tak sedap nak makan ....

-InaChomel-

Monday, March 3, 2014

PAI OH PAI ....

Salam sume,

Woowww ... lamanye menyepi dari arena penulisan karangan kat blog ni!!! Sibuk semacam jer kat ofis nih! Awal tahun macam-macam report nak kena prepare, kepala pun naik pening nak buat yang mana dulu. 

Tapi kalau bab masak-memasak, tak pening! Sebab penat masak dapat makan! Mana ler tak kembang ....

Ok kali ni nak share resepi pai dari Kak Jee yang sangat diperkatakan itu! Why???? Tengok gambor tak boleh tahan rasanye nak mencuba sendiri, bila buat sendiri, baru tau apa rasanye! Memang sodap! Sangat-sangat rapuh, sabar bebanyak ye kalau try resepi doh ni ... teksturnya sangat lembik dan memang kena duduk betul-betul sebelah esbok! Sebab nak pastikan pastrinye tak lembik bila kena tiup angin. Kalau pintu esbok boleh bercakap, agaknye mau dijeritnye akak ari tu sebab asyik bukak, tutup, buka, tutup!

Disebabkan akak ni bukanler tinggi sangat tahap kesabarannye itu .... maka, akak dengan cara pantas lagi mudah, guna cara ala-ala buat tart shell untuk cheese tart! Tak canai pun, main tekan-tekan aje doh tu dalam acuan aluminium. Terror tak akak! Ini kalau Penyumbang resepi ni tau, mau menjerit dia baca kaedah akak membuat pai ni .... akak tak kira, janji jadi dan boleh dimakan. Cuma, akak rasa bila makan pie ni memang kena padukkan dengan kuah black pepper sauce, kalau tak macam hambar aje gitu uuu .... Dah jom tengok resepi ni, terima kasih kepada Kak Jee. Akak salute Kak Jee yang buat bisnes pai ni, kalau akak ler, agaknye bila ler nak siap order tu ..... mau menjerit customer telepon tak berenti tanyakan mana pai tak siap-siap!!!

DOH ATAU PASTRY CRUST
Resipi crust ehsan Emma Masterchef

Sumber : Dapur Kak Jee

BAHAN2NYA

  • 250gms premium butter (Kjee guna Anchor)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 6 - 7 sudu air sejuk (air sejuk dalam fridge)
  • secubit garam (kalau guna salted butter tak payah bubuh)
  • secubit gula
CARA

  • Masukkan tepung di dalam bekas yang sesuai untuk mengadun doh.
  • Campurkan garam dan gula, gaul rata.
  • Masukkan butter yang dikeluarkan dari peti sejuk. Pastikan butter mesti beku.
  • Gunakan garpu dan dengan segera sebatikan tepung dengan butter. Jangan terlalu lama. 
  • Masukkan sesudu demi sesudu air gaul rata hingga menjadi doh. 
  • Bungkus doh dengan cling wrap dan masukkan dalam fridge lebih kurang 1/2 jam sebelum digunakan.


Untuk inti boleh gunakan resepi Kak Jee seperti di bawah ini.
 

MINCED BLACKPEPPER BEEF PIE

INTI

  • 200 gms daging kisar
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang carrot
  • ½ biji bell pepper
  • 4 biji cendawan butang (dlm tin)
  • 1 kuib daging
  • 2 sudu besar tepung
  • 2 sudu butter
  • ½ cawan minyak jagung
  • ½ cawan air2 sudu besar lada hitam
CARA
  • Dadu bawang besar dan bawang putih. 
  • Butter dipanaskan dalam kuali bersama minyak jagung. 
  • Apabila butter sudah cair masukkan bawang besar dan bawang putih. 
  • Apabila dah agak garing, masukkan tepung gandum dan goreng hingga keemas-emasan. 
  • Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging kecut. 
  • Masukkan air dan beef kuib serta black pepper. 
  • Masak hingga air hampir kering. 
  • Kemudian masukkan cendawan, carrot dan bell pepper. Rasa garam. Sejukkan. 

-InaChomel-