Monday, October 29, 2012

SYUKUR .... ALLAH MASIH MEMBERI PELUANG BUAT KAMI SEKELUARGA!


Salam sume dan selamat pagi,

Salam Aidil Adha buat semua .... dah terlewat beberapa hari tapi tak pelah .... Kepada yang menjalankan ibadah korban pada tahun ini, sekalung tahniah kerana masih diberi kesempatan dan rezeki dari Allah s.w.t untuk kita berkongsi sebahagian daripada rezeki yang dikurniakan Allah untuk jalan kebaikan!

Pada pagi ini akak suka nak berkongsi kisah kegusaran akak sepanjang minggu lepas untuk renungan bersama ......

Sepanjang minggu lepas, akak memang tak berapa selesa! Gusar dan bimbang aje .... Semuanya kerana pada hari raya aidil adha yang kedua akak akan menjalani ujian mammogram di Hospital Columbia Asia di Nusa Bestari. Perasaan bimbang yang tak dapat nak dibayangkan sangat menghantui diri. Maklumlah, kita orang perempuan ni bila dah menjejak usia 40 tahun perlu lebih berwaspada untuk menjalani kehidupan hari mendatang! Sampaikan raya tahun ni akak tak masak pun, tumpang raya kat umah mak akak!

Tetapi akak sangat bersyukur! Itulah yang kita selalu sebut, bila Allah uji kita dengan ujian, ada rahmat yang kita tak nampak. Masa akak diserang psoriasis tahun lepas, dalam diri akak mula berputik macam-macam benda tentang tahap kesihatan akak! Yang akak tau, akak memang ada hypertention, tapi masih terkawal dengan pengambilan ubat secara berjadul. Lepas pulih dari psoriasis, akak sangat berkobar nak buat ujian mammogram! Puas akak mencari maklumat sana-sini. Sudahnya akak mencari di laman sesawang Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara @ LPPKN. Akak jumpa info tentang pakej tawaran kepada mereka yang ingin membuat ujian ini.

Apa lagi .... akak terus call. Sambutan dari corong telefon sahaja sudah cukup mengujakan akak untuk datang mendaftar! Bila akak sampai sahaja di Klinik Nur Sejahtera LPPKN Nusa Bestari, Johor Bahru, layanan memang cukup baik. Seolah-olah memang sangat dialu-alukan semua orang datang ke sana! Semasa pendafataran, staf yang bertugas berbual dengan akak. Dia beritahu, dari 1000 yang datang untuk buat ujian mammogram, cuba 20 aje orang Melayu! Akak macam tak percaya. Selama ini akak tercari-cari tempat di mana nak buat ujian ini, bila staf tu cakap macam tu, akak rasa tak sia-sia selama ini akak berusaha mencari tempat yang betul untuk dirujuk tentang hal ini!!!

Dalam hati akak berkata ... kenapalah kita ni sebagai orang Melayu tidak mengendahkan kesihatan diri! Lepas register, akak terus dibawa untuk buat oral check-up untuk dirujuk ke Hospital Columbia Asia bagi menjalani ujian mammogram di sana. Balik dari LPPKN akak terus cerita kat mak akak! Dan esoknya akak dapat tahu mak akak pergi ke LPPKN untuk register nama bagi ujian ini. Alhamdullillah ....

Dan ... pada tarikh 27.10.2012, adalah hari sangat-sangat mendebarkan akak. Akak selalu berdoa semoga Allah s.w.t jauhkan kami sekeluarga dari sebarang penyakit merbahaya seperti ini. Akak memang sangat berhasrat untuk menjalani ujian mammogram ini, tapi akak tak pasti sama ada akak cukup kuat semangat untuk menerima keputusan ujian ini! Akak sentiasa memohon pakwe akak mendoakan kesihatan akak dan kuatkan semangat akak! Pakwe akak pun pernah cakap kat akak, kalau dah betul-betul yakin nak buat ujian ni, kena tabah dan terima apa juga keputusan hasil ujian ini ..... Selepas selesai menjalani ujian pada hari Sabtu lepas, akak diminta menunggu hasil ujian dan laporan bertulis dari doktor di hospital tu untuk dibawa ke LPPKN. Apabila dapat aje sampul surat besar berwarna putih, staf perempuan yang buat breast scanning tu terus bagi tau akak ...... Puan, puan boleh hantar result ni ke LPPKN bila-bila masa aje, ok, tak de masalah! Ya Allah ....... macam kelu lidah akak, tak terkata!!! Masuk aje dalam kereta akak terus cium tangan pakwe akak, akak cium pipi dia sambil menangis.Dalam esakan air mata yang dah jatuh berguguran tu, akak ucapkan berbanyak terima kasih kerana dia telah sama-sama mendoakan kesejahteraan kesihatan akak. Pada ketika itu akak teringat kata-kata doktor di klinik kulit HSA semasa akak dalam proses pemulihan kelmarin, kalau tak silap akak doktor tu ada sebut ubat psoriasis yang akak ambil masa tu adalah anti cancer. Lihatlah rahmat yang Allah beri buat akak! Bila akak baca laporan tu, disarankan untuk dibuat ujian ini secara berkala untuk tempoh 1 & 2 tahun lagi. Sekarang tiada, tidak bermakna kita abaikan kesihatan kita. Perlu ambil sikap dan langkah pencegahan dan berjaga-jaga!


Kepada kaum wanita sekelian, ambillah peluang yang diberikan oleh Kerajaan melalui pengumuman budget 2013 yang lalu ...... Ada disebut peruntukkan tentang ujian mammogram secara percuma untuk tahun 2013, cuma akak tak ingat jumlahnya berapa, yang disalurkan melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat! Dan petang ini, InsyaAllah akak akan ke LPPKN untuk hantar hasil ujian .......

Selain dari itu, akak juga buat ujian Pap Smear sehari sebelum puasa kelmarin. Dimaklumkan jika dalam tempoh sebulan tidak dihubungi oleh pihak LPPKN, bermakna tiada masalah. Dan Alhamdullillah ... sehingga kini adalah baik!

Tujuan akak berkongsi kisah akak disini bukanlah untuk mendabik dada yang akak ni bebas dari penyakit merbahaya, tetapi akak ingin menarik minat kaum wanita untuk mengambil peluang yang ada dan peka dengan kesihatan masing-masing. Bagi akak, setiap detik yang Allah kurniakan untuk kita, kita wajar hargainya dengan penuh rasa syukur dan sebagai manusia kita semua tak lepas dari melakukan dosa, maka selagi Allah masih memberi ruang dan peluang kepada kita untuk terus bertaubat dan beramal, ambillah peluang yang Allah berikan ini buat kita. Allah masih sayangkan kita! Sebelum segala nikmat ini ditarik oleh Allah s.w.t., tak rugi jika kita sentiasa saling ingat-mengingati di antara satu sama lain!

Ya Allah .... sesungguh aku sangat bersyukur kerana Engkau masih sayangkan aku dan masih memberi aku peluang untuk terus beramal dan bertaubat! Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Maha Pengasih dan Maha Penyayang ..... Amin ..... 

-InaChomel-

Tuesday, October 23, 2012

IMAN MENANG TEMPAT KE-3! TAHNIAH .....

Salam sume,

Entry kedua untuk hari ini adalah .... kisah kejayaan Iman memenangi Pertandingan Buku Skrap Tulisan Jawi anjuran Utusan Melayu. Syukur alhamdullillah ... daripada 1000 lebih penyertaan dari seluruh Malaysia, Iman berjaya memenangi tempat ke-3! Rezeki ......

Gambar ini dah lama akak simpan, cuma tunggu keputusannye aje .... baru akak bercadang nak upload N3 ni! Walaupun tempat ke-3, kami sekeluarga bersyukur .... bukan senang rasanya first time masuk pertandingan untuk seluruh Malaysia. Ini adalah kali kedua penganjuran oleh Utusan Melayu. Last year cuma 800 lebih sahaja penyertaannya, tapi tahun ini makin mendapat sambutan! Pertandingan ini pun Iman yang terbaca masa balik kampung bulan Mei lalu, dia excited mintak akak tolong dia buatkan!

Konsep dan idea untuk buat buku skrap ni akak yang bantu dia, tapi dari segi tulisan jawi dan terjemahan dari rumi ke jawi dia buat sendiri 100%. So bila dah siap, akak bantu dia buat final arrangement ... macam pasangkan reben, sambungkan setiap mukasurat, pembungkusan dan penghantaran by my pakwe!

Kepada yang menang tempat pertama, tahniah! RM 2000! Kedua RM 1000, untuk Iman ketiga RM 500 & 20 hadiah saguhati bernilai RM100. Terima kasih Utusan Melayu kerana menganjurkan pertandingan ini untuk mengasah bakat kanak-kanak untuk memahirkan bacaan dan penulisan jawi!

Untuk gambar yang berkaitan dengan buku skrap ni bolehlah ke FB akak, gambo Iman dapat cek pun ada (diposkan melalui NationWide Express).

Inilah buku skrap yang dihasilkan dari kotak pizza. Sebab tema yang dipilih adalah 
Makanan Tradisi Rakyat Malaysia!

-InaChomel-

PSORIASIS ASSOCIATION OF JOHORE

Salam sume ....

Semoga rakan blogger dan pembaca blog akak sekelian berada dalam keadaan sihat sejahtera!

Waahhhh ... hujung minggu yang baru berlalu ni akak sangat busy u! Busy dengan agenda yang tetiba datang tanpa dirancang! This is my first contribution in this activity organized by PAJ @ Psoriasis Association of Johore. Held at KSL Hotel Johor Bahru, this event really made me happy and enjoyed!

Cantik tak lukisan kat atas tu? Haa ... tulah lukisan yang akak warnakan! Sebagai pesakit psoriasis, all of us took part as painter to the drawings divided into 9 pieces! Wow! Really interesting. Dah berpuluh tahun tak memegang berus untuk mewarna, terkial-kial! However, I enjoyed! This coming Monday @ 29th of Oct. is World Psoriasis Day.

Tak pernah tahu pun tentang ni, tapi bila dijemput oleh Miss Lau last week, akak mulanya tak sure boleh hadir ke tidak. Tapi bila pakwe kata ok, akak pun pergi le bertiga ngan pakwe akak dan Iman (limits to 3 members per patient). Hotel KSL pulak adalah hotel baru di JB ni, so atas faktor tak pernah sampai ke sini pun ye jugak! Then, breakfast and lunch provided! So, tak de alasan kata tak nak pergi. No entry fees jugak! Cuma pada hari berkenaan diadakan pendaftaran untuk membership bagi PAJ. Just RM65 per member! So sekarang ni akak dah jadi member. Our President is Mdm. Suraya Anis, a lawyer and she also a psoriasis patient! Dapat kenal pesakit lain yang datang dari seluruh Johor. Ada yang datang dari Pagoh, Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan ramai lagi.

Banyak lagi gambar menarik, tapi tak leh nak upload kat sini, so silalah ke FB akak! Iman dan pakwe akak pun ambil bahagian dalam aktiviti mewarna suka-suka! Keseluruhan majlis pada hari berkenaan ditaja oleh Abbot, salah satu pengeluar barangan kesihatan dan makanan kesihatan. Terima kasih to Abbot, looking forward for PAJ activities to be attend!



-InaChomel-

Monday, October 15, 2012

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES

Salam sume and a very good morning,

Wahhhh ..... makin meriah dunia blog sekarang ni, khususnya untuk blogger masakan ... makin banyak resepi baru, tak terkejar rasanya nak cuba satu persatu .......

Dah lama tak berblog, asyik tengok blog orang aje. Sejak akhir-akhir ni akak agak kurang aktif sikit nak upload N3. Cubaan membuat kuih-muih pun agak slow sikit disebabkan tapak tangan akak ni mula kering dan mengelupas sikit. So kalau agak lama kat dapur dan kerap guna sabun dan air, kulit mula sensitif! Bila selesai buat kerja dapur dan tangan dah kering, mulalah mengelupas kulit di tapak tangan ni dan kulit terasa kasar sangat! Tu yang akak slow down sikit.

Tapi dah namanya orang dapur, bila tak buat kerja dapur macam biasa, mulalah rasa semacam aje .... Lagipun sekarang ni musim hujan lebat, petir berdentum kuat! Nak guna oven pun takut!!! Nanti tengah bakar kuih ntah 'tripped' pulak letrik, mau bantat kuih tak jadik!!!

Anyway, akak sangat berkobar-kobar nak try buat kek ni sebab, versi dari dapur Rima akak dah try, yang ni macam ada dua kaler gitu, tu yang nak cuba jugak tuh!!! Yang ni akak dapat dari dapur CT Delima! Haaa ... sedap memang sedap, sebab very moist dan extra rasa coklat!!! Kenapa extra rasa coklat??? Sebab dia bubuh parutan coklat masakan in between two layer of the cake!!! Lepas tu tabur pulak ngan coklat chip, lebih menghairahkan lagi, akak saje jer bubuh hirisan badam, lebihan buat cookies raya tempohari! Cuma!!! Next time akak kena kurangkan penggunaan esen pisang tuh!!! Setiap kali sedawa, bau dan rasa esen pisang tu menguasai rongga tekak nih!!! Tapikan, kalau tengok resepi CT Delima yang akak CnP ni, ada kecelaruan sikit! Kat senarai bahan tu kata esen pisang, tapi kat cara-cara tu bubuh esen vanilla!?! Mana satu nak ikut??? Next, kalau cuba buat sekali lagi, bolehler try guna esen vanilla pulak! Anyway, kek ni sangat lembut dan very moist pada bahagian lapisan coklat tu!!! Memang sedap! Mari lihat resepi dari dapur CT nihhh!!! Sebelum tu, akak nak bagi tau, akak buat 4 adunan sebab nak habiskan stok pisang yang dah terlampau banyak! So dapat 2 loyang saiz 10 x 10 x 2. Cun ajer ketebalan kek tu. Dan satu lagi ..... potong kek tu jangan nipis-nipis, potong lebih kurang saiz 2 x 3 cm sebab kek ni agak berderai bila dipotong, macam kata CT kat dalam blog dia ..... Cuba ye!


CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARES
Sumber : Che CT Delima

Bahan-bahan:
  • 113 gm mentega - dilembutkan
  • 3/4 cawan gula kaster
  • 1 biji telur A - dipukul ringan
  • 1 camca teh esen pisang - next time kalau buat sekali lagi kena kurangkan kepada 1/2 sudu teh.
  • 1 1/2 cawan pisang masak - dilecek halus
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan cip coklat
Hiasan :
  • 50 gm coklat masakan
  • Hirisan badam - akak tambah
Cara-cara:

1. Dalam mangkuk adunan, pukul mentega dan gula hingga berkrim. Tambah telur, esen vanila, pisang lecek dan pukul sebati.
2. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder, dan garam yang tekah diayak kedalam adunan pisang tadi. Dan gaul rata.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata dan 1 adunan ditambah serbuk koko dan gaul rata. Tuang adunan koko kedalam loyang  9 x 13 inci persegi. Ratakan adunan dengan sudu atau spatula getah. Parutkan coklat masakan diatasnya. Pastikan loyang digris dengan mentega dan dilapikkan dengan kertas minyak ye!
4. Tuang baki adunan plain di atas dan dengan perlahan-lahan ratakan adunan dan taburkan dengan cip coklat atasnya.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga lidi sate keluar bersih kek dah masak. Sejukkan sepenuhnya atas rak dawai dan dipotong 4 persegi. Akak bakar agak lama sikit, hampir 1 jam sebab nak elakkan permukaan kek merekah dek api bahagian atas jika suhu agak tinggi. Anyway ikut kesesuaian oven masing-masing!
-InaChomel-

Wednesday, October 3, 2012

BUKU MASAKAN ARWAH CIKGU AWANG! ORANG JOHOR PASTI TAU ....


Salam sume & selamat pagi .....

Dah sarapan? Pagi ni akak dah sarapan awal! Sebab? Biasaler .... kalau masih ada waktu, akak & pakwe akak akan minum awal, malas nak keluar masuk ofis bila matahari sudah mula naik! Lagipun kalau keluar minum jam 10 nanti biasanye ramai orang, nak menunggu makanan yang di'order' sampai punyelah lama .... Tapi kekadang tu keluar jugak jam 10, sebab tak sempat, dah lambat nak slide-in.

Pagi ni akak tak de resepi nak dikongsikan, tapi nak kongsi kisah buku masakan ni ..... Haaa .... buku ni dah lama akak tunggu! Tunggu dirumikan resepi yang ada dalam buku ini. Bagi orang lama especially orang Johor, lebih khusus lagi disekitar JB, nama Cikgu Awang sangat popular sekitar tahun 50an dulu. Kalau tanya akak pun, baru ni lah akak tengok wajah Cikgu Awang dari buku masakan ini. Sebelum ni kenal nama aje, tak pernah tengok pun orangnya.

Tapi ..... kalau zaman mak dan atuk pompuan akak, memang Cikgu Awang ni sangat masyhur sebagai tukang masak khususnya untuk majlis Diraja Johor pada ketika itu. Kata mak akak, arwah atuk pompuan sebelah abah belajar memasak lagi dengan Cikgu Awang nih! Dan, baru-baru ni, kisah penerbitan dan pelancaran buku ini ada disiarkan di rancangan Nona TV3 2 minggu yang lalu oleh cucu-cucu Cikgu Awang. Mak akak pun ada beritau pasal buku ni. Kalau dilihat pada versi asal tulisan jawi buku masakan ini, bahasa dan ayat yang digunakan sangat teratur. Mak dan atuk akak ada buku asal versi tulisan jawi ni, tapi dah lusuh dan koyak serta terbarai helaian mukasuratnya. Akak pun ada juga semak resepi dari buku ini, mencabar seh baca tulisan jawi dulu-dulu. Merangkak-rangkak, maklumlah dah lama dan jarang baca bacaan dari naskhah tulisan jawi walaupun sekolah agama dulu sampai darjah 6!


Yang menarik tentang buku ini adalah mengenai masakan Johor dan masakan orang dulu-dulu yang jarang dapat kita jumpa sekarang ini. Kalau ada punkita jumpa, mungkin bukan resepi asal, telah diubah suai untuk menepati citarasa masa kini. Paling authentic adalah resepi masakan Arab dan Johor yang akak sempat lihat sekali lalu semalam. Mak akak pernah cakap, kalau ikut masakan dari buku Cikgu Awang ni, cara memasaknya sangat berhalus, masak dalam tempoh yang lama supaya masakan tak mudah basi dan warna kuah cantik. Kita sekarang ni bila masak jarang menitikberatkan warna masakan, tapi orang dulu-dulu kalau masak, jenis ikan yang digunakan untuk buat kuah laksa johor misalnye, mesti pilih ikan parang supaya kuah laksa warnanya cantik. Dan sampai sekarang pun, mak akak kalau buat laksa johor memang tak pernah guna ikan selain dari ikan parang yang banyak tulang tuhh!!!


Actually, ni lah first time akak beli barang secara online. Selama ni bila nak beli online macam tak berapa yakin jek!!! Tapi bila buku ni memang tak de dijual langsung di mana-mana kedai buku, akak yakinkan diri beli secara online kerana keinginan yang sangat tinggi untuk memiliki senaskhah buku masakan yang sangat ditunggu hasilnya dalam versi rumi. Kalau versi jawi dulu, sukatannya pun dalam sukatan lama .... kati & tahil! Walaupun moden, namun design background kertas untuk tulisan resepi dalam buku ini seolah-olah kertas lama. Cantik dan sangat antik buku ini pada pandangan akak!


Kepada yang berminat, silalah beli, tak rugi pastinya! RM 130.00 senaskhah. Ilmu dari orang lama sebenarnya bukan senang kita nak dapat, especially dalam bidang masakan. Tak semua orang sudi nak berkongsi dengan kita. Kalau sedap, pasti ramai yang lebih suka berahsia! Akak order hari Jumaat lepas, hari Isnin buku ni dah sampai! Cepatkan!?!

Ok, kalau nak order, silalah ke URL berikut : Nostalgia Meda Selera. Bayar guna kad kredit boleh, bank-in di Affin Bank pun boleh! Yang pasti jangan ketinggalan untuk memiliki buku ini, mungkin hari ini kita bukan orangnye yang rajin memasak, esok lusa mungkin pintu hati kita terbuka untuk mencuba dan pada ketika itu tiada rujukan yang kita nak gunakan sebagai panduan. Maka, dari sekaranglah kita kumpulkan ilmu ini untuk rujukan kita di masa hadapan .... Akak pun sedang mengumpul buku masakan dari masa ke semasa. Nak beli sekaligus mau kopak poket ni .... buku masakan bukannya murah! Yang pasti bila beli buku ambil resit, nanti boleh claim untuk income tax!!!

-InaChomel-

Tuesday, October 2, 2012

PUDING KEJU .... SEDAPPPPP!

Salam sume,

Hai ... nampak gayanye makin lama makin jarak masa akak dapat upload N3 kat sini .... Masa itu sangat mencemburui diriku ini ... ahaks, ahaks, ahaks .... perasan seh!!!!!!!!!!!!!!

Walau apa pun, semoga rakan blogger yang lain sihat! Walau pun tak upload N3, akak masih follow blogger lain yang aktif meng'update' blog mereka. Kepada Kak Ummi Kuantan yang sekarang ni sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan iabadah haji, semoga selamat pergi dan selamat kembali, dikurniakan Allah kesihatan yang sihat untuk beribadah serta mendapat haji yang mabrur! Kepada blogger lain yang turut sama menunaikan ibadah haji pada tahun ini, akak turut mendoakan kesejahteraan mereka juga. Mudah-mudahan ditahun akan datang rezeki kita pulak! InsyaAllah ....

Kepada blogger MasamManis, Pn. Azlita, tahniah kerana melangkah setapak lagi dalam dunia masakan apabila terpilih antara 55 peserta akhir The Celcom Cupcake Challenge baru-baru ini. Tahniah! Walau pun bukan antara 3 pemenang utam, tapi penyertaan dan pengalaman itu lebih berharga. Sekurang-kurangnya kembali ke JB dengan saguhati dari LG! Tahniah ye ... akak suka tengok hasil kerja tangan Pn. Azlita, kemas! My personal opinion, design Pn. Azlita much better and creative, but ... the result is FINAL!

Oklah ... today akak nak share 1 lagi resepi yang akak cuba masa hujung minggu lepas! Yang ni akak dapat dari blog Paty's Kitchen. Tapi resepi Kak Pat tak letak kat situ, akak pun ke rumah asal resepi ni dihasilkan ... nahhh tu dia .....memang sedap. Lemak, manis, masin semuanya secukup rasa dan seimbang, cuma next time bila akak buat puding ni, akak akan blend sekali biskut ngan bancuhan air susu sebab bila bancuh guna senduk, biskut tu berbintil-bintil dan susah nak larutkan dalam bancuhan susu ... Tapi bab rasa memang tip-top. Kalau tengok betul-betul, tekstur puding akak ni ada bintik-bintik, tulah dia biskut yang tak larut dalam bancuhan susu tu ... Anyway, jangan lupa mencuba, gerenti sedap, dah tu senang lak pulak! Jom tengok resepi ni ......

PUDING KEJU
Sumber : AlongRoz@HomeKreation
Saiz 8" persegi
  • 13g Serbuk Agar-Agar
  • 1 liter Air
  • 120g Gula
  • 3 biji Telur
  • 120-150g Biskut Cheese - blend halus
  • 1 sb Tepung Kastad
  • 400ml Susu Cair
  • 200g Susu Pekat
  • 50g Mentega
  • Fruit cocktail --- akak tambah sendiri .....
Cara penyediaan :-
  • Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
  • Masukkan gula & kacau sehingga sebati.
  • Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
  • Masukkan susu & kacau sebati.
  • Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
  • Masukkan mentega sehingga sebati.
  • Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
  • Sejukkan sebelum di hidangkan.
Last but not least, last weekend kami raikan birthday anak kami yang kedua, Nur Amalina, just simple lunch! Tak sempat pun nak buat kek, beli aje! Akak masak nasi putih, lauk tomyam ayam, ikan kerapu masam manis dan udang goreng kunyit. Akak beli otak-otak dan bakar sendiri, lebih murah dan muai!!! Pencuci mulut, puding keju ler .... dan air laici blue ocean, pasal apa blue ocean ..... akak bubuh pewarna biru, tapi lupa lak nak snap gambo, dah lapor gila masa tu, tak sabar nak balun makanan atas meja tuhhh! 
Ok, jom tengok gambo kat bawah ni ....

 Jemput makan sume .... dah habis pun!!!

Happy Birthday Amalina ...
-InaChomel-