Thursday, February 26, 2015

SAYANG MAK, SAYANG SAUDARA, SAYANG LAGI KAT MATA ...... PENANGAN NASI LEMAK!


Salam sayang sume,

Hello .... ari ni dah Khamis ... balik pukul 3.30 petang, esok cuti! Tapi esok akak kerja! Nanti ambik cuti ganti untuk kerja esok! Jangan cite pasal kerja lah ... tak cun! My head got headache, my heart pun macam nak meletup, jalan pun macam jalan atas air aje sekarang ni ... semua rasa pun hado .... sampai dah tak de perasaan dah sekarang nih!!!

Meh cite pasal makan! Kalau cite pasal makan, I always cool aje ... macam ditiup dengan hembusan bayu Selat Tebrau .... nyamannnnn ......

Today, akak nak share resepi nasi lemak! Nasi lemak dah biasa orang buat, cuma nasi lemak ni bukan my feveret! Tapi pasal dah kebuntuan memikirkan apa nak masak, so dari tak de, baiklah ada yang nak ditelan! Kalau my darling, memang suke nasi lemak! Itu pun kalau tengok kat gambo atas nuu, tak cukup syaratnye sebab tak de kacang tanah goreng! Heemmmm dah petang, jangan banyak songeh, balun jer apa yang ada! 

Satu yang akak tak berapa nak suke makan nasi lemak ni, lepas makan pasti ngantuk tahap gaban! Tu yang tak tahan tu, macam ditolak-tolak kelopak mata ni suruh tido! Kalau spesis yang sayang kat mata, memang sesuai sangat makan nasi lemak! Akak pun spesis tu jugak, tapi tengok keadaan ler jugak! Oklah, pada yang nak ubah citarasa tekak, bolehlah cuba ye! Ini resepi dari buku Selera Perdana .... selera VVIP tau!

NASI LEMAK
  • 2 1/2 cawan beras basmathi, cuci bersih. Akak guna cawan plastik sukat beras rice cooker!
  • 3 1/2 cawan santan sederhana pekat. Akak kurangkan jadi 3 cawan aje. Akak guna santan serbuk aje.
  • 1 labu bawang besar dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih dimayang halus
  • 1 inci halia diracik macam lidi mancis
  • 2 batang serai diketuk sedikit
  • 3 helai daun pandan disiat-siat dan simpulkan
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk nasi. Akak guna periuk rice cooker aje!
  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau rata.
  • Masak atas api sehingga hampir kering.
  • Kecilkan api, tutup periuk dengan tudung periuk dan biar sehingga nasi kering.
  • Bila dan kering, angkat periuk dan boleh sambung untuk panaskan nasi di rice cooker.
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS
  • 1 mangkuk ikan bilis, cuci bersih dan goreng garing, kemudian ketepikan. Kalau nak ikanbilis lebih pun boleh, ikut suka!
  • 1 labu bawang holland, dipotong bulat kasar-kasar.
  • 1 1/2 biji bawang besar dikisar halus*
  • 5 ulas bawang putih dikisar halus*
  • 1 inci belacan dikisar halus*
  • 4 senduk lada kering kisar - akak guna senduk kecil aje, boleh ajdust sendiri kalau tak nak pedas @ nak lebih pedas!
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • Air asam
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
  • Masukkan lada kisar dan gaul rata, dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang holland dan kacau rata.
  • Masukkan air asam kacau rata.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula, kacau rata.
  • Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng, kacau rata dan biar seketika hingga terbit minyak.
  • Angkat dan hidangkan.

Untuk pernyediaan hidangan, nasi lemak ini sedap digandingkan dengan hirisan timun, telur rebus @ goreng, ayam goreng, ikan bilis goreng dan kacang tanah goreng. Ayam goreng tu akak just goreng drummet segera aje. 

Selamat mencuba!

-InaChomel-

Monday, February 23, 2015

SPECIALLY DEDICATED TO MY M.I.L .... MARBLE BUTTER CAKE!

Salam sayang sekali lagi ... 

Batuk dan selsema ku ini makin menjadi-jadi. Nak makan ubat nanti tertidur pulak kat ofis ni, dah pulak kena tuduh pemalas ... tido kat ofis! Namun apa kan daya. Dari akak tido ada baik kongsi ilmu kat korang disini, tapi tetap dosa sebab curi masa kerja untuk post N3! Manusia tak lari dari melakukan dosa ... Ayat ni tak leh pakai sangat, macam menggalakkan orang buat dosa pulak!

Ok, tanpa membuang masa, ini adalah hasil membaking untuk buah tangan mak mertua ku nun di Melaka sana .... kek ni sedap, cuma teksturnye agak berderai sikit, tapi akak suka, orang tak de gigi bagus makan kek ni, main telan jer ... lagi satu kek ni pun tahan lama walaupun tak simpan dalam fridge. Just simpan dalam bekas kedap udara sudah memadai ... takat 4 hari kat dalam bekas kedap udara masih maintain jer ... Resepi dari dapur Sonia, so malas nak translate in BM, tapi simple English ini takkan korang tak faham kot!

MARBLE BUTTER CAKE
Sumber : Sonia @ Nasi Lemak Lover
  • 250g butter (salted)
  • 180g caster sugar
  • 4 eggs (large or A)
  • 1tsp vanilla extra
  • 230g cake flour, sifted
  • 1 and 1/2tsp baking powder, sifted
  • 4tbsp milk
  • 1tbsp cocoa powder + 1/2tsp coffee powder + 2tbsp milk – mix together
Method

1.    Place the butter, sugar and vanilla in the bowl of an electric mixer and beat until light and creamy.
2.    Add one egg at a time, beating well after each addition. After well combine, slightly increase speed and beat for 1min till fluffy.
3.    Add the flour and baking powder (sifted together) and beat well to combine, fold milk alternately and combine well.
4.    Remove 250g of plain batter and place in another clean mixing bowl, mix well with cocoa mixture.
5.    Spoon the two batters, plain and chocolate batter, alternately into the cake tin (lined base and sides). Using a butter knife, gently swirl it around the mixture in the tin a few times to create a marbled effect. Tap the tin to remove any air bubbles.
6.     Bake at preheated oven at 170c for 50-55mins or until a skewer insert and come out clean.


-InaChomel-

BILA AKAK BORING .... KEK KARAMEL! AMBIK NGKO!

Salam sume,

Morning everyone! This morning akak tak berapa sihat lah sikit! Batuk dan selsema lah pulak. Dah masuk 4 hari dah ni! Selera makan pun spoil jer ... tapi badan tetap maintain ... ayu , gebu ... lagi mempersonakan!!!

Ingat tak ari Khamis lepas akak boring tahap gaban kat ofis sampai ambik cuti sebelah petang! So, inilah hasil jiwa boring ku ... Kek Karamel ngko! Haa ... itu boring, kalau tak boring, mau akak membaking kek lapis indon! Itu namanye boring yang berfaedah ye! Kalau boring yang tak berfaedah, mau dah bergolek macam dugong terdampar di pantai! Kwang kwang kwang kwang .....

Ok, rasanye ramai dah try buat kek ni. Cuma akak aje yang ketinggalan zaman! Tapi hasrat nak mencuba meluap-luap, sampai sanggup guna alasan boring kat pejabat!!! Tapikan, memang betul pun, sejak akhir2 ini, masuk pejabat tu macam menyampah jer .... eee ... tak baikkan menyampah! Itulah tempat akak mencari rezeki! Sori, sori, sori .... sangat suke datang pejabat! Muah, muah, muah ... i loike sesangat!!!

Wokeh, jom tengok resepi ni! Kalau rasa tak kuat iman, jangan ler buat ye, menambah stress ler pulak! Kalau nak membaking ni, jiwa kena tenang, kalau tak, hasilnye pun ke laut jer nanti! Akak guna cara blogger ni yang sangat membantu ... sebab takut tersalah masukkan portion telur!

KEK KARAMEL
Sumber : syamilamohd.com

Langkah 1 : Gula Hangus untuk lapisan atas Puding Karamel
  • Masukkan 1 1/2 sudu besar gula pasir ditengah2 loyang
  • Buka api perlahan dan biarkan gula cair
  • Ratakan keseluruhan loyang bila gula dah cair sepenuhnya.
  • Biarkan sejuk.
----------------------
Langkah 2 : Asingkan telur untuk Puding Karamel dan Kek

Sediakan 3 bekas untuk bancuh puding, meringue dan adunan kek 2

  • Bekas A : 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh
  • Bekas B : 3 biji kuning telur
  • Bekas C : 6 biji putih telur
----------------------
Langkah 3 (Bekas A) : Adunan Puding Karamel
  • 140gm gula caster
  • 1 tin susu cair atau 400ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Telur dari bekas A - 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh
 Cara penyediaan :-
  • Kacau rata telur dengan perlahan jangan sampai berbuih
  • Masukkan esen vanila, susu dan gula, kacau perlahan sampai sebati atau gula hancur
  • Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi
  • Ketepikan
----------------------
Langkah 4 (Bekas C) : Adunan kek 1 – Meringue
  • 70gm gula caster
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
  • Telur dari bekas C - 6 biji putih telur
Cara penyediaan :-
  • Pukul putih telur sehingga berbuih.
  • Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  • Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
  • Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
  • Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan kek 2
----------------------
Langkah 5 (Bekas B) : Adunan kek 2
  • 70gm gula caster
  • 130ml air
  • 50ml minyak
  • 140gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • Telur dari bekas B - 3 biji kuning telur
Cara penyediaan :-
  • Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  • Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  • Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang…matikan mixer.
  • Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk kayu dan kaup balik sampai sebati.
  • Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata juga dengan perlahan-lahan. 
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  • Warnakan dengan warna pilihan anda.
----------------------
Langkah 6 Cara tuang adunan kek atas puding karamel
  • Sendukkan adunan kek ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding. Adunan akan bergerak kiri kanan…bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  • Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis…
  • 3 senduk warna Biru, 3 senduk warna merah, 3 senduk warna hijau
  • 2 senduk warna Biru, 2 senduk warna merah, 2 senduk warna hijau
  • 1 senduk warna Biru, 1 senduk warna merah, 1 senduk warna hijau
  • Teruskan langkah ke3 sehingga adunan habis
  • Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  • Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak dengan menggunakan api bawah sahaja. 10 minit terakhir guna api atas dengan suhu 100 degree.
  • Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang…pastikan pintu oven dibuka sedikit…saya letak lidi dicelah pintu.
  • Sejukkan dalam suhu bilik dalam 20-30 minit…baru terbalikkan adunan dalam pinggan.
  • Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
  • Potong Kek Puding Karamel semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

 Sedap ngko kek ni .... macam heaven jer bila makan kek ni ... 

-InaChomel-



Tuesday, February 17, 2015

BEEP BEEP ... KE TEPI, ROTI HIGHWAY NAK LALU!

Salam,

Hari ini datang kerja ada sikit stress! Sebab stress, tak yah lah cite, menambah stress lagi ada! Pikir baik aje dah ler ....

Sori aaa ... akak tak leh stress, walau pun sehelai kertas tak terbang, tapi dia punye angin tu, mau macam ribut topan! Ada unsur mistik kat situ ... jaga-jaga Cik Salmah!!!

Today, my western menu is roti highway ni ... Why highway? Sebab lebih lebar, lebih panjang, lebih muai, lebih isi, lebih segalanya dari roti S***** . Tuttt ..... roti ape itu??? Sendiri mau tau ......

Roti ni senang aje nak membuatnye, cuma pandai2 kita ler nak kasi muai dia punye isi perut! Makan sampai kenyang, balun kasi habis, lepas makan boleh terlentang tonton tv ... lepas tu tv tonton kita! Kwang kwang kwang kwang ....

Well, jangan banyak songeh, meh tengok resepi senang nih ....

ROTI HIGHWAY
  • 1 batang roti John jenama Daily. Kerat dua, lepas tu belah dua jangan sampai putus.
  • Chicken meat loaf - 4 keping. Sangai sikit atas kuali non-stick supaya tidak terasa mcam daging mentah. Kalau tak nak pun tak pe!
  • Slice cheddar cheese - 4 keping
  • 2 biji telur - dibancuh bersama sedikit garam, serbuk perasa dan lada sulah, goreng untuk dijadikan scramble egg.
  • Salad - dicuci bersih, toskan dan diracik halus.
  • Tomato - potong slice.
  • Bawang besar - potong slice.
  • Capsicum - potong slice.
  • Mayonis
  • Thousand island
  • Cili Sos
Cara penyediaan :-
  • Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius selama 15 minit.
  • Letakkan roti yang telah dibelah dua di dalam dulang pembakar.
  • Susun chicken meatloaf pada roti.
  • Sendukkan scramble egg pada bahagian atas chicken meatloaf.
  • Susun cheddar cheese slice di atas scramble egg.
  • Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi lebih kurang 2-3 minit sahaja. Kasi keju cair ....
  • Keluarkan dari oven.
  • Taburkan tomato, salad, bawang, capsicum dan akhir sekali sos cili, mayonis dan thousand island.
  • Tangkupkan roti. Kalau padat sangat, tak payah tangkup pun tak pe! Enjoy the Highway Bread!

-InaChomel-

Sunday, February 15, 2015

KERABU PEGAGA ... RANGGUP, BERKHASIAT, TAPI ... JAGA-JAGA .... WHY?

Salam sayang sume ...

Awal minggu untuk orang Johor, akhir minggu untuk yang lain ... tengah kerja nih! Tapi ... curi masa sket!

Jalan raya agak lenggang, pastinye minggu ni jalan raya akan lenggang!!! Horeyyyy ... 

Ok, today, just nak share resepi ni yang first time buat, tapi dah banyak kali makan! Makan yang orang lain buat tu memang berkali-kali, sendiri try, ini baru sekali!

Daun ulam pegaga ni mak akak tanam kat kebun saiz sekangkang kera kat depan rumah dia tu! Walau pun sekangkang kera, tapi macam2 pokok ada, termasuklah sepohon longan yang sangat gebu dan tebal isinye! Pokok longan akak? Dalam proses pembesaran di laman rindu ku ... kwang kwang kwang .... berpuisi ler pulak!

Kelmarin mak akak buat kerabu ni, tapi pakwe I tak pandai makan! Kali ni, dapat daun pegaga ni sebesen ngko! Akak dera yang lain makan jugak! Kecuali si Iman yang tak makan saman! Kalau dia tak nak, memang dia tak makan punye! So, dapatlah rasakan jiran sebelah rumah tu semangkuk .... orang lama, suka lauk macam ni! Oklah, jom tengok resepi  ... jangan tengok jer, try ler, memang marbeles! Why? Korang makan berpinggan pun tak perasan, haaa ... tu pulak buruknye ....

KERABU PEGAGA
  • Daun ulam pegaga ---- mine, 1 besen, tapi bila dah cuci bersih2 dan diracik halus, 1 mangkuk besar jer dapat! Saiz mangkuk hidang nasi. Tunggu kering @ betul2 tos baru diracik ye!
  • 1 1/2 biji bawang besar - dikisar halus.
  • 4-5 ulas bawang putih - dikisar halus.
  • 2 batang lada merah - dikisar halus.
  • Sedikit belacang - dikisar halus.
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - dikisar halus.
  • 3 sudu besar minyak untuk menumis.
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.
  • 1/2 biji kelapa parut putih.
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar.
  • Masukkan kelapa, garam dan serbuk perasa. 
  • Goreng @ sangai kelapa ni hingga agak kering dan kelapa ni kelihatan berderai.
  • Angkat dan sejukkan. Biar betul2 sejuk lagi cantik supaya terasa keranggupannya bila makan!
  • Bila dah sejuk, gaulkan kelapa dengan pegaga yang telah diracik halus dan hidangkan!
-InaChomel-

Thursday, February 12, 2015

PECAL IKAN SELAR @ LEMAK PEDAS .... WHATEVER ....

Salam sume ......

Waahhhh ... dah bersarang, berlumut, berdaki & ber .... apa2 lah lagi! Lama tak bersiaran! Rindu menusuk ke kalbu rasanye nak berceloteh disini ... tapi apakan daya hasrat tak sampai!!!

Salam sayang buat semua! Agaknye ramai yang bosan each time enter this blog, nothing new, no news, no update! Well, tuan tanah hilang mood kerana busy dengan urusan keluarga! Lebih2 lagi, awal 2015 ni banyak cabaran dan dugaan yang datang! Semoga ianya menjadi penguat semangat untuk terus tabah dan mensyukuri segala rahmat dan nikmat yang masih diberikan buat kami sekeluarga! Aminn ....

Ok, back to the main topic .... just want to share resepi ini yang diubahsuai ikut stok yang ada dalam esbok kat rumah akak okey!!! First time try masak lauk ni lepas dah tak tau apa pattern lagi nak digayakan ikan dalam esbok kat rumah tu .... 

Last thursday, lepas siap buat check-up kat GH, akak ada beberapa urusan lain di Tabung Haji & insurance company! So sampai tengahari baru settled everything! Perut pun dah lapar dan singgah lunch kat warung yang akak pun ingat2 lupe lokasinye! Dulu2 masa kerja kat public library kerap gak tapau nasi kat warung ni, tapi dah berbelas tahun tak pegi, so main redah je ler! Masa pilih lauk kat warung tu, ternampak lauk ni, tapi macam tak puas jer makan! Darling I pun tak pernah rasa lauk ni. So, akak pun menerai ler masak kat rumah! 

Alhamdullilah ..... suke rupenye! Bebudak pun sampai makan lauk semalam ler bila lauk ni ada berbaki lagi untuk esoknye! Ini ada peluang masuk senarai menu harian lepas ni .... Cuma akak bega2 sikit sebab malas nak gi cari yang tak de dalam stok semata-mata nak menerai lauk ni. 

Ok, jom tengok resepi ni, kalau rasa macam sedap, boleh ler try ...... since my darling boleh telan lauk ni dan bebudak pun boleh repeat, makanye akak share kat sini kalau korang minat nak cuba!

PECAL IKAN SELAR
  • 6 ekor ikan (apa pun boleh, tengok stok yang masing-masing ada dalam esbok, ayam pun boleh Labu ...) - lumur dengan kunyit & garam, serbuk perasa sikit, goreng garing, ketepikan.
  • 6 batang cili padi - cuci bersih belah dua.
  • 1 paket santan serbuk dibancuh bersama 1 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair - akak tambah sebab nakkan lebih rasa lemak!
  • 1 - 1 1/2 biji bawang besar - dikisar halus
  • 4 biji bawang putih - dikisar halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 1/2 biji buah keras - dikisar bersama bawang & bawang putih
  • Belacan - seruas ibu jari dikisar bersama bawang & bawang putih
  • Cekur? --- tak de dlm stok, ignore jer!
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 cawan air
Cara penyediaan :-
  1. Masukkan 1 cawan air, bahan kisar dalam kuali dan panas hingga mendidih.
  2. Masukkan santan, susu cair, cili padi, serbuk lada hitam, garam dan serbuk perasa. Kecilkan sedikit api dan sentias kacau jangan sampai berbintil @ pecah minyak! Kalau suka pedas, boleh tambah cili padi. Garam kena masukkan sikit dulu sebab dah ada belacan! Kalu kurang, boleh tambah garam sket lagi!
  3. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng dan tutup api bila kuah dan ikan dah mesra dan kuah agak pekat sikit.
  4. Angkat dan hidangkan.

Senang jer kan! Must try, lebih-lebih lagi lauk ni tak yah nak tumis bagai, lebur jer dalam kuali! Enjoy ....

-InaChomel-