Tuesday, July 31, 2012

KEK PISANG

Salam sume,

Aduhai ... kenapalah mengantuk sungguh mataku ini ..... Dah meleleh airmata ni macam menangis pulak! Woiiii ... ngantuk sesangat nihhh!!! Menaip pun main tekan aje ..... nasib baik dah hafal abjad kat keyboard nihh!!!

Ni N3 ke-3 untuk hari ini. Menunya adalah kek! Kek lagi!!!

Yelah, last week adalah minggu pisang kat umah akak. Dapat 1 telap besar pisang yang dah masak untuk dibuat kuih dari kebun kat umah mak! Weiiiii, apa nak digayakan lagi kalau bukan kek! Hari-hari makan makanan berasaskan pisang mau pinar bijik mata nihh!!!

Tapi kali ni kek yang akak dapat resepinye dari dapur Naz COSK memang lembut, gebu dan sedap! Wangi dengan haruman pisang tulen. Tak guna esen pisang pun tau! Sebabkan pisang yang terlalu banyak, makanya akak buat kuih ni sebanyak 6 adunan!!! Haaa ... puas keliling jiran akak beri. Resepi ni akak ikut cara yang kedua! Sebab ada letak ovellatte yang memang bertujuan untuk mengebukan kuih dan lembut hasilnye! Cara no. 1 macam dah biasa try, so akak try yang kedua, memang tak sia-sia! Sedap ngko! Tak caya??? Cuba korang buat, akak nak kirim kat korang dah tak de lagi dah, sebab sedap sangat, bebudak dah kasi clear!

KEK PISANG
Bahan-bahan :
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla
 Cara 1 :
  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil memukul rata dan sebati.
  3. Masukkan pisang lenyek dan juga asen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  4. Masukkan 1/2 bahan ayak dan gaul rata. Masukkan selebihnya dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan ratakan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 40 minit - 1 jam bergantung kepada oven masing-masing.
Cara 2 :
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.
-InaChomel-

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Salam sume,

Pagi ni excited lak nak upload N3! Ni kalau boss round ni mau pucat lesi muka asyik bertenet jer kejenye pepagi nih!!!!

Tapikan sangat excited nak share resepi ni yang dah lama akak dapat dari dapur Kak Ummi, tapi tak kesah nak try pun.. Entah macam mana teringin lak nak buat kek yang lain dari kebiasaan akak buat. Dahlah sedap, senang pulak tu, tak yah susah-susah nak guna mixer kuih, godak dalam periuk atas dapur aje untuk adunan kek tu. Bebudak pun suka kek ni, siap pesan simpankan sikit untuk memasing punye bahagian!

Lebih sedap dimakan ketika sejuk! Kek terasa very moist dan karamel tu jangan citer ler, memang sedap gilossss .....

Gambo ni akak snap kat umah mak akak masa kita orang berbuka puasa kat sana last weekend. So backdrop kat belakang tu adalah copyright Hjh. Selamah yer ... kabinet dapur my mom .... green apple, botol bawang goreng dan botol biji apricot ada kat situ ...... kwang kwang kwang kwang ......

Kepada yang nak mencuba, akak CnP resepi ni dari dapur Kak Ummi, kalau nak tengok hasil tangan Kak Ummi, just klik link kat bawah ni ........

KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila
Disunting dari dapur : HomeSweetHome - Kak Ummi Zaihadi

(A) Bahan (Gula Karamel) :-
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara:-
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel :-
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)
(C) Bahan Kek Coklat:-
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telor - blend hingga halus
Cara-Cara:-
  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
  5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.
-InaChomel-

ROTI INTI

Salam sume,

Hai dah sampai pejabat? Apa??? Baru sampai!!! Haaa ... ari ni rata-rata geng ofis akak datang lambat pasal ... pasal apa???? Pasal lori traler tersangkut kat U turn berhampiran Tmn. Desa Skudai.

Memburukkan lagi keadaan, ada kereta yang nak mencilok sama masa lori traler tu buat U turn, sudahnye tak lepas! Hidup ni kena banyak bersabo .... Semua laluan menuju ke bandaraya JB dan dari pusat bandar menuju ke arah Pontian jam gilosss !!!! Nasib baik ler sempat punch-in before 8!

Kepada yang terperangkat dalam jerat jalanraya hari ni, banyakkan bersabo ler, bulan puasa ni memang cepat marah walaupun semua syaitan terikat dan terkurung! Jadi tak leh ler nak salahkan godaan syaitan bila naik 'hantu'. Sendiri yang tak leh kawal nafsu marah! Cewahhh macam bagus, minggu lepas baru naik angin satu badan gara-gara sikap manusia yang tak leh fikir panjang dan pentingkan diri sendiri! Untuk happy ending, weekend yang baru lepas ni akak gi shopping 3 hari berturut-turut bermula dari ari Jumaat hingga ke Ahad! Hilang tension akak ngko! Kekadang, kita memang sukar nak kawal rasa marah, jadi jalan terbaik kena cari ruang yang boleh mengurangkan tekanan dalam diri kita! Even duit habis berbelanja pun tak apa, pada akak kesihatan yang sihat tiada galang gantinye ... Hanya orang yang pernah dilanda sakit yang dalam kategori agak kritikal macam akak ni mungkin faham dengan apa yang akak maksudkan. Masa sakit kita terasa sangat-sangat akan kehilangan nikmat sihat yang Allah berikan pada kita selama ini, justeru bila kita dalam keadaan sihat, hargailah diri kita supaya kita lebih sayang akan diri kita sendiri! Ingat, sentiasalah bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita. Bila terasa susah, ada yang lebih susah lagi dari kita. Jadi janganlah kita tergolong di dalam golong orang yang kufur akan nikmat Allah s.w.t. Na'uzubillah .....

Oklah, nak share resepi yang senang ni sampai jauh lak akak ni melalut! Resepi ni adalah kali ketiga kalau tak silap akak ler ... akak try buat! Senang dan sedap! Lagi 15 minit nak berbuka pun sempat korang buat, asalkan semua bahan ada di sekeliling korang! Jom, tengok resepi ni ....

ROTI INTI
  • 5 biji roti burger - belah dua, dan kemudian belah tengah-tengah roti seumpama poket.
  • 1 biji telur ayam - kocokkan sedikit
  • Minyak
  • Inti - untuk inti ni boleh gunakan inti sardin yang dihancurkan bersama hirisan lada dan bawang serta sedikit lada sulah. Atau kalau ada lebihan inti karipap pun boleh jugak!
Cara penyediaan :-
  • Masukkan inti ke dalam roti yang dibelah tadi. Pastikan padat supaya bila makan nanti terasa kesedapannya.
  • Celup pada telur dan goreng dalam kuali leper dengan minyak yang sedikit sahaja, sekadar untuk menggaringkan permukaan roti yang dicelup telur tadi.
  • Angkat dan hidangkan.

Actually resepi ini akak dapat dari dapur Kak Nor Secubit Garam. Cubalah singgah dapur Kak Nor, macam-macam resepi mudah dan menarik ada di sana .... ada ditunjukkan kaedah membuat roti ini step-by-step lagi! Selamat mencuba!

-InaChomel-

Monday, July 30, 2012

LEMAK CILI PADI IKAN GELAMA

Salam sume,

Dah hampir seminggu tak bersiaran .... Bulan puasa ni kepala otak ni ligat fikir pasal nak masak apa untuk berbuka aje. Orang dewasa tak kesah sangat, yang kecik sekolah rendah tu, ari-ari tanya ari ni masak ape untuk buka! Tak ke pening kepala mak dia nak cari apa resepi yang mudah dan membuka selera untuk masak petang nanti!

Bagi yang ada anak-anak di peringkat sekolah rendah yang berpuasa, mereka ni bila berpuasa, kena banyak sabo nak suruh dia puasa abis sampai ke petang! Cukup puasa sehari dah kira bagus, kena kasi motivasi lak lagi nak kasi habis puasa sebulan! Bukannya nak disogok dengan macam-macam hadiah atau tawaran menarik, tapi bila kita janjikan sesuatu yang mereka suka, mereka berpuasa dengan lebih bersemangat dan kurang merungut. Motivasi tu penting, cuma jangan silap kita mengatur cara hidup anak-anak kita dan cara kita mengajar kenalah berdiplomasi secara baik .... Kadang-kadang kita tengok dia balik sekolah dengan mengangkut beg berat, kesian le pulak. Samapai rumah lembik macam 10 ari tak makan. Bila dia masih bertahan nak berpuasa sampai tiba waktu berbuka, sewajarnyelah kita masakan sesuatu yang memang membuka selera mereka bila berbuka nanti! Tapi kalau bebudak rumah kak ni, tak leh jauh ngan periuk nasi, pasti berbuka dengan nasi, cuma lauk tu yang kena dibagaikan ... tu ler yang pening kepala akak ni, ari-ari dah tak reti nak masak ape!!!

Tapi kalau korang nak cuba masak lomak cili padi petang ni, apa salahnye! Tapi resepi yang akak beri ni, kalau orang negori mesti kata tak pure, pasal akak buh bawang putih dan bawng merah! Kalau akak masak tak de dua bahan penting ni, rasa macam tak lengkap aje ... tapi kalau makan orang lain masak tu ok jer .... Tapi pandai-pandai korang lah ye, nak buat cara pure orang negori pun buleh, nak try macam akak buat ni pun buleh, yang penting sedap!!! Meh tengok resepi ni ....

LEMAK CILI PADI IKAN GELAMA
  • 6 ekor ikan gelama - disiang bersih, cuci dan toskan. Taburkan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng embal-embal (tak garing sangat!) dan ketepikan.
  • 2 batang serai dititik.
  • 5 helai daun limau purut, koyakkan sikit.
  • 1 biji bawang besar saiz kecil dipotong lapan.
  • 2-3 keping asam jawa.
  • 1 sudu kecil bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 paket santan serbuk dibancuh dengan sedikit air menjadi 1 cawan sukatan santan.
  • 1 cawan air
  • 12 batang cili padi ditumbuk kasar-kasar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Masukkaan cili padi, serai, daun limau purut, bahan kisar, serbuk kunyit, bawang besar, asam keping dan air dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
  • Bila mendidih, kecilkan api dan masukkan santan. Kacau rata dan jangan biar kuah santan ni berkepala.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa dan sedikit gula. Kalau pekat sangat, tambah air lagi sikit, ikut suka tahap pekat kuah yang disukai.
  • Masukkan ikan yang telah digoreng embal tadi dan api sentiasa dalam keadaan kecil supaya kuah lemak ini cantik dan tidak berbintil.
  • Angkat dan hidangkan.
Sonang jer weehhh! Kalau teringin cubalah masak potang nanti!

-InaChomel-

Tuesday, July 24, 2012

SOTONG KARI

Salam Ramadhan,

Selamat pagi sume ... mata tu ngantuk ke sebab bangun awal untuk sahur sekali lepas tu solat subuh? Buat anak-anak yang bersekolah, liat betul nak bangun tido setiap pagi sekarang ni ... Tak kata anak orang lain, Iman sendiri pun susah sesangat nak bangun tido untuk ke sekolah. Bangun sahur tak de masalah sebab ... dia tau kalau dia tak sahur nanti dia lapar! Tapi lepas sahur dia tido jap dalam 1 jam ... nak kejut bangun tido punyelah susah!!!

Hari sekolah pulak, dia tak pegi terawih, pasal minggu ni ada ujian bulanan, siang dah penat dan letih, lepas berbuka puasa dia buat latihan lak. Jadi hujung minggu jer dia ikut terawih. Yang lain pun sama, time sekolah terikat ngan keje sekolah, jadi ikut terawih jika ada masa free aje dan hujung minggu. Yang tetap ke masjid berterawih adalah pak we akak. Akak pun kalau terlalu letih, pun ponteng terawih. Tapi tahun ni akak cuba buat sebanyak mungkin walau pun buat sendiri kat umah ... Bukan tak nak berjemaah di masjid, akak lebih selesa buat sendiri sebab keadaan kesihatan akak ni, kalau kat masjid kekadang agak laju sikit, kalau buat sendiri tu, boleh rehat kejap kalau belakang badan ni rasa sakit. Yang penting amalan di bulan Ramadhan ini tidak diabaikan ...... Kekadang terasa gak nak berjemaah di masjid, tapi bila fikir semula, nanti akak sendiri yang susah nak sesuaikan dengan keadaan kesihatan akak ni, maka akak ambil jalan tengah, buat sendiri di rumah, daripada tak buat langsung!!!!

Oklah, macam biasa, kisah dapur ari ni adalah tentang lauk. Bulan puasa ni kita orang macam biasa aje, still cari nasi putih untuk berbuka. Anak-anak pun jarang mintak nak makan yang macam-macam, cuma kalau jemu jer barulah cari alternatif lain. Sesekali hujung minggu tu boleh ler nak dibagaikan masakan tu, tapi hari bekerja ni, kena masak yang ringkas dan mudah, ..... yang penting dapat berbuka puasa bersama.

Untuk kali ni, akak nak share masakan entah dari mana ilham tu datang, tapi pasal nakkan perbezaan dari biasa, maka terhasillah lauk sotong kari ni .... ringkas dan mudah aje. Bahan-bahannya pun hanya bahan asas aje, kat dapur semua rumah memang ada ... kecualilah kalau orang bujang, mungkin jarang memasak ... Tapi jangan pandang rendah pada orang bujang zaman sekarang ni ... tak kiralah dara ke teruna ke ... kekadang dapur dia orang lagi complete berbanding dengan kita yang dah berkeluarga ni .... Ini semua pada akak terpulang kepada inisiatif masing-masing. Dapur penuh dengan keperluan pun tak rugi apa pun, bila nak masak semua ada, tak yah sibuk-sibuk dan gelabah sana sini gi carik barang kat kedai!

Eeaahhhh ... melalut lak akak ni!!! Dah meh tengok masakan mudah ni, kalau tak habis makan ngan nasi, boleh makan gak ngan roti masa sahur nanti yea ....

SOTONG KARI
  • 1 kg sotong - potong bulat dan cuci bersih, toskan. Celur dengan air panas selama 5 minit dan toskan.
  • 1 sudu kecil bwang putih kisar.
  • 3 sudu besar bawang merah kisar.
  • Sedikit halia kisar
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 4-6 sudu besar lada kering kisar
  • Sedikit air
  • Air asam jawa
  • 2 pelepah daun kari
  • Garam
  • Serbuk perasa 
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Masukkan daun kari, halia dan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing.
  • Masukkan rempah kari, kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa, kacau rata.
  • Masukkan sotong dan kacau rata hingga kuah agak pekat sikit. Kalau sukakan kuah lebih, tak perlu tunggu hingga kuah pekat sebab sotong pun dah dicelur pada awal tadi.
  • Angkat dan hidangkan. 
Senang jer kan. Sedap digandingkan dengan ikan kering, sambal belacan dan sayur goreng. Kalau nak makan ngan roti pun ok gak.

Selamat mencuba!

-InaChomel-


Monday, July 23, 2012

KEK PISANG 'MOST FABULOUS'

Salam Ramadhan,

Dalam diam kejap aje dah masuk hari ke-3 kita semua berpuasa ye! Masa berlalu macam biasa aje, cuma kita kut yang tidak menghargai masa dan tidak perasan masa sudah berlalu meninggalkan kita yang masih lagi leka! Selalunye bila sibuk sangat pun kita selalu lupa dengan masa. Sedar-sedar dah 1 hari masa kita berlalu sebab kita leka dengan kerja ....

Semalam, walau pun kerja, akak sibuk dengan penyediaan slide untuk taklimat kepada student praktikal kat ofis ni pada Khamis nanti, tapi tulah .... macam tak perasan jer dah sampai masa nak balik. Bila sampai kat umah barulah rasa kepala ni pening sebab seharian mengadap PC kat ofis! Sudahnye lepas berbuka lepak habisss!!! Kaki jangan cakap ler lenguhnye semalam, macam gi shopping lak. Badan lesu yang sesungguhnye lesu ... longlai. Macam tak pernah puasa lak sebelum ni ......

Ok, macam yang dijanjikan, akak siarkan resepi kek pisang yang akak sempat buat untuk pencuci mulut semasa berbuka kelmarin! Resepi ni akak skodeng kat rumah Rima di S'pore! Wahhh ... akak suka bila masuk ke rumah Rima ni ..... sungguhpun panjang dia berceloteh, akak suka baca ..... Kebetulan jugak ada stok pisang yang dah masak ranum mak akak beri last week, so nak buat jemput-jemput macam tak berapa nak kick sangat. So bila tekak ni rasa macam dah lama tak makan kek, akak pun cari ler kat blog masakan yang biasa diterjah, dan kebetulan Rima pun baru try kek ni, so tak rugi ler mencubanye .... sedap, teksturnye lembut dan lembab. Ada kekacang lagi .... yang lain tu akak sendiri memandai tabur choc. chip dan hirisan badam. Yang pasti sedap, akak tak guna pun kacang walnut, cuma cincang kacang tanah yang besar tu aje, itu pun dah terasa sedapnye. Kepada yang nak cuba, akak CnP aje resepi ni dari rumah Rima. Thanks Rima, really fabulous .....

The Most Fabulous Banana Cake Recipe
Adapted from "Mix & Bake" by Belinda Jeffery
Serves 12
Source : Rima

Ingredients:
225g plain flour
3 tsp baking powder
1/4 tsp salt
1/2 tsp bicarbonate of soda
3 - 4 very ripe banana (about 1 cup), mashed
340g castor sugar
2 eggs
125g unsalted butter, room temperature cut into small chunks
100ml buttermilk
1 1/2 tsp vanilla extract
1/4 cup chopped walnuts

For topping:
2 ripen bananas, slice thinly for topping (optional)
1 Tbsp castor sugar

Method:

1) Preheat oven to 180C. Butter and line a deep 26cm ring tin or 2 loaf tins
2) Put the flour, baking powder, salt and bicarbonate sode into a food processor and whiz for about 15 seconds. Remove and tranfer into a bowl.
3) Add the bananas to the processor together with the eggs and sugar. Whiz for 1 mintue. Then add the butter and whiz for another minute until thick and creamy. Now add the buttermilk and vanilla extract and pulse in quick on/off bursts. The add the flour and again mix it in with quick bursts, scrapping down the sides once or twice. Do not overmix or cake will be tough. Add the chopped walnuts and give it a quick stir with a spatula. Scoop batter into prepared tin and smoothen out.
4) Optional: Place the sliced bananas on top of the batter and sprinkle with sugar. 
5) Bake for about 30 - 35 minutes. Do not open the oven during baking time or the center may sink. Cool cake completely before unmoulding.
 
Senang jer kan ..... sambil masak sambil belajar bahasa inggeris :p ... boleh gitu????
 
-InaChomel-
 

Sunday, July 22, 2012

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA ...

Imej Ihsan : Yahoo
Salam semua,

Alhamdullillah, hari ni dah masuk hari kedua seluruh umat Islam menunaikan ibadah puasa yang datang setahun sekali sahaja sempena Ramdahan yang mulia ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita semua masih disanyangiNya kerana masih berpeluang meneruskan ibadah yang mulia ii pada tahun ini ... Semoga ibadah kita sepanjang Ramadhan kali ini lebih berlipat kali ganda dari Ramadhan yang sebelumnya. Dan juga semoga kehadiran Ramdhan tahun ini membuka ruang yang lebih luas untuk kita terus beramal, InsyaAllah ...

Hari ni hari kedua berpuasa dan hari ni akak kerja! Bertugas di service counter hujung minggu ni amat membosankan ... lebih-lebih lagi masa student sedang cuti, macam penunggu dok duduk kat sini sorang-sorang! Nak bersembang pun tak de kawan, sat lagi maunye jadik rimau ni .... menguap ngantuk! Well what to do, dah tiba turn kena duduk kat sini, kenalah ikut, membantah nanti dikata memberontak!!! Ikut jer ler ... tapi jangan jadik macam Labu ... ikut biar bertempat, sesekali kena gak bersuara kalau apa yang diarahkan tu tak betul .... bukan laser atau celupar, tapi kekadang manusia ni suka ambil kesempatan kalau kita diam, so bila bersuara orang tak suka lah pulak, nak suruh orang suka kat kita, kita ni bukanlah sesiapa, tapi sekurang-kurangnye kita ada pendirian sendiri dan orang lain pun rasa hormat kat kita ... makanye tidaklah kita ni boleh diinjak-injak oleh orang lain sesuka hati mereka ....

Ceittt ... berceramah lah pulak awal Ramadhan ni ... bukanlah ceramah, sekadar nak kongsi pendapat aje ...

Oklah, kepada rakan blogger yang telah menjadi follower akak disini, salam Ramadhan kepada semua ... dan yang tak jadi follower pun sama, Selamat Menyambut Ramadhan dengan penuh rasa nikmat dan kesyukuran ...... Semoga Allah menerima segala amalan mulia kita di bulan yang penuh dengan keberkatan ini ... dan juga semua kita dapat memberi tumpuan yang lebih berganda lagi di bulan mulia ini kerana Ramadhan hanya datang sekali sahaja dalam setahun, panjang umur InsyaAllah tahun hadapan kita masih diberi rahmat dan nikmat dari Allah untuk menyambut Ramadhan yang seterusnya ....

Semalam akak berbuka puasa di rumah mak dan abah ... menu ringkas aje ... akakmasak lontong. Ada sedikit sambal kacang yang dah agak lama akak frozen dan juga serunding kelapa. Cuma masak kuah lodeh dan sambal tumis udang aje, tapi sorry ler, masa berbuka lupa nak snap gambor ... maklumlah dah ramai-ramai kat umah mak, lupa nak capai kamera dalam beg!!! Tapi yang pasti akak sempat ambik gambo pemanis mulut ... tunggu di N3 yang seterusnye ..... Untuk nasi impit pulak, akak mintak tolong abah beli aje lontong daun pisang kat KIP Mart, malas nak merebus nasi impit. Mak pulak buat karipap inti kentang black pepper! Wah ... mewah dan kenyang makan semalam semasa berbuka, tambah pulak ngan cendol yang mak buat, ngantuk wehhh lepas berbuka, mulalah masing-masing menjalar macam buaya kenyang!!! Akak balik umah dalam jam 10.30 mlm, lepas selesai solat terawih!

Oklah, sampai sini dulu celotehku hari ini .... sekali lagi untuk semua yang disayangi ....

Salam Ramadhan Al-Mubarak
 Imej : Ihsan Yahoo
Buat adik-adik dan anak-anak yang baru nak belajar berpuasa : Selamat Berpuasa ... 
Adil Fitri ganjaran buat yang sabar menunaikan ibadah puasa

-InaChomel-

Monday, July 16, 2012

GULAI IKAN KACI DAN MINGGU KOBISSSS ... ARRGGGHH

Salam sume,

Hai, wahhhh .... tinggal beberapa hari aje lagi nak sambut Ramadhan. Setahun sekali bertemu bulan yang mulia ini, kali ni macam excited pulak!

Tahun ni akak dah rancang semua persiapan lebih awal, tak macam tahun lepas, banyak yang dibuat last minute. Tahun ni akak tak nak kelam kabut lagi. Kalau boleh bulan Ramadhan kali ni akak nak rehat dari aktiviti dapur ... dalam ertikata lain, aktiviti akak meng'cookies' di buat awal. Dah 2 minggu berturut-turut akak buat kuih raya. Dah ada 5 jenis .... haaa ... nanti akak share ye. Bukannye nak sambut raya sangat, tapi kesihatan akak yang baru pulih dan tak pulih sepenuhnye lagi membuatkan akak buat persiapan awal ... bimbang masa bulan Ramadhan nanti tak larat dek sakit tulang belakang dan kaki serta lutut yang tak berapa nak kuat berdiri dan duduk terlalu lama. At least puasa kali ni akak ada lebih banyak masa untuk tambah amalan mana yang kurang .... maklumlah kita ni bukannye semakin muda .... bila semakin berusia kita kena lebih matang! Bak kata Dr. Fadzillah Kamsah pagi tadi dalam Radio Sinar tentang teori penarikan @ Theory of Attraction! Kalau kita sakit, jangan selalu cakap kita tak sihat, kena selalu cakap kita sihat dan akan sentiasa sihat supaya perilaku dan minda kita 'tertarik' ke arah yang positif. Itu sebab akak fikir akak sihat buat masa ini dan akan terus sihat di masa akan datang sebab banyak lagi perkara yang akak belum tunaikan ... Semoga Allah s.w.t memberi peluang kepada akak untuk mengharungi kehidupan ini penuh rasa syukur .... Semoga kita semua dapat menyambut Ramadhan ini dengan penuh rasa syukur di atas segala kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita ..... Aminnn .....

Untuk perkongsian hari ini, masakan lauk gulai ikan kaci yang jarang sangat akak masak menjadi menu kita orang hujung minggu lepas. Ikan kaci ni kulitnya agak liat dan isinye juga .... Tapi sedap gak bila dah masak macam ni! Nasib baik akak tak goreng buat masak sambal, kalau tak liat ler bebudak tu nak ngabiskan lauk nihh!!! Biasanye akak masak gulai macam ni akak akan masukkan sayur bendi atau terung, tapi last week adalah minggu kobis kat umah kita orang! Mana tak nye, last week ada kenduri tahlil berkelompok kat surau umah abah akak, menunye sayur kobis goreng sebagai lauk untuk nasi putih. Ada lebih mak akak beri ler sayur kobis yang dah siap hiris dan dah basuh, so tak leh simpan lama, keesokkan harinye akak masak. Tapi ada baki lagi separuh .... Belum abis baki tu lagi, abah akak dapat kobis dari penjual syur di pasar KIP Mart Tampoi lak, tambah 1 ketul lagi kobis yang belum diusik! Stok kat umah ada, yang dah siap hiris ada separuh lagi, tambah lagi dengan yang baru dapat nih, perrrggggghhhhhh dah macam kebun kobis kat dalam fridge tu. Sudahnye akak sedekah kat jiran akak! Yang lebih tu ler akak campur kat gulai ikan kaci ni .... pening tak korang kalau ari-ari makan kobis! Nak telan kobis ari-ari, korang pun nanti bulat jer bijik mata tengok menu atas meja makan tuh .....

Dah ... jom check resepi Gulai Ikan Kaci Bersama Kobis ni ......

GULAI IKAN KACI BERSAMA KOBIS
  • 5 keping isi ikan kaci
  • 6-7 kelopak sayur kobis - koyakkan kecil-kecil
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 8 sudu besar lada kering kisar
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Belacan

  • 1 mangkuk air asam jawa
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak untuk menumis.
  • Dalam satu bekas, campurkan semua bahan kisar dengan belacan dan serbuk kunyit.
  • Tumis bahan campuran ini hingga wangi dan garing.
  • Masukkan air asam sedikit dahulu dan air. Biar mendidih. Jika kurang rasa asam, boleh tambah lagi nanti.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa kuah gulai, jika dah cukup asam dan garam boleh masukkan ikan dan masak hingga mendidih dan ikan masak.
  • Akhir sekali masukkan sayur kobis dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan.
Dulu masa akak cite ngan member ofis masak gulai campur syur kobis, dia orang macam tak biasa, tapi sekarang ni dia orang dah cuba dan dah terasa kesedapannye ... So jangan tak cuba!

-InaChomel-

Thursday, July 12, 2012

SERAWA DURIAN

Salam sume,

Aduhhhh aiii ... lengan sebelah kiri ni rasa berat betul nak angkat! Sakit mak eiiii .... Tapi kena gagahkan jugak, nak beri motivasi kat diri sendiri ....

Pagi-pagi lagi akak dah sarapan ngan pakwe akak, ari ni makan mee hoon sup. Macam biasa, akak kat warung tu dah tau, akak punye mee hoon sup tak nak telur tapi lebihkan sayur! Nak makan nasi pagi-pagi ni rasa macam heavy sangat, nanti cepat ngantuknye, mulalh asyik nak mengaum jer macam rimau (menguap memanjang). Kekadang bila minum pagi ni dah tak reti dah apa yang nak dimakan, menu ari-ari sama jer .... makan sekadar untuk kenyang jer, macam dah tak de pilihan plak!

Macam yang akak sebut di awal minggu ni, tema minggu ni adalah manisssss .... jadik kali ni nak share pulak masakan berasaskan durian! Actually pakwe akak saje-saje jer beli durian ni kat pasar malam kelmarin, tak banyak pun ... RM10, dapat ler 5 biji, tapi isinye cukup cantik dan sedap! Sebab kita orang laki bini ada hypertension, makanye dia suruh akak buat serawa .... Dah lama tak buat, jadik akak belasah jer ler ... Sebab dah petang, makanye akak suruh pakwe akak beli roti Gardenia aje, tak kuasa akak nak memulut walaupun ada pulut kat umah ni. Yang penting kuah serawa ii boleh dibagaikan makan dengan ape juga bentuk makanan sampingan yang lain ... kalau ada lempeng pun jadik! Ok, meh sama-sama tengok cara yang mudah jer nak buat serawa ni ....

SERAWA DURIAN
  • 5 biji durian - ambil isinya dan ketepikan.
  • 500 ml santan kelapa pekat
  • 1 - 2 liter air
  • 2 ketul gula melaka - kalau tak suka guna gula melaka, boleh tukar ngan gula pasir biase jer ....
  • 2 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan
  • Sedikit garam
Cara penyediaan :-
  • Masukkan isi durian dalam periuk yang sesuai. Masukkan juga daun pandan.
  • Masukkan separuh air dan masak atas api. Masak sehingga kuah sebati dengan isi durian.
  • Masukkan gula melaka, santan pekat dan sedikit garam dan masak hingga pekat. Pastikan kuah ini sentiasa dikacau. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit lagi air. Tahap kemanisan pun ikut selera masing-masing. Janganlah terlalu manis, biar sederhana manis dan ada ras lemak sikit.
  • Angkat dan hidangkan dengan hidangan sampingan lain seperti pulut kukus, roti, lempeng kosong atau lempeng kelapa.
Kat bawah ni adalah roti Gardenia yang akak gunakan semasa makan bersama serawa durian ni, sedap, roti ni ada banyak fiber dan cepat kenyang. Pun senang nak jumpa kat mana-mana kedai runcit, so, kalau ada durian lebih gugur dari kebun belakang umah tu, bolehlah buat serawa tau bubur kacang durian .... Selamat mencuba!!!

Roti pun sedap dibakar dulu dan makan bersama mentega dan jem, makan ngan kacang panggang pun sodap tau, tau caya .... cuba try test cari kat kedai petang ni, gerenti korang suka!

-InaChomel-

Monday, July 9, 2012

SWEET POTATO WITH CRYSTAL JADE SAGO AND CORN DESSERT

Salam dan selamat pagi sume,

Mulakan hari yang indah dengan mood yang menggembirakan di awal minggu supaya tekanan minda terkawal ....

Cewahhh .... beri motivasi pagi pulak ari ni yea .... Yelah, kita ni hidup kena pandai kawal emosi dan perasaan, kalau tak, memanjang je hidupnye tension dengan masalah kerja le, famili ler, dan macam-macam lagikk!!! Jadi hidup kena ceria! Minda kena selalu positif. Fikirkan yang baik-baik saje, supaya jiwa kita tenang dan tidak bercelaru, berdoa semoga jiwa sentiasa tenang dan berlapang dada apabila mengharungi kesukaran .... Bukan sentiasa kita dalam kesukaran, hidaup ini ada pasang surutnye, yang sukar itulah yang menduga kesabaran dan keimanan kita sebagai manusia, semoga kita semua sentiasa tergolong di kalangan insan yang sabar dan beriman ... Aminnn .....

Mulakan kehidupan dengan kemanisan .... Tema untuk hari ni adalah maniss ....sebab hujung minggu yang baru berlalu ni akak buat masakan yang manis-manis belaka, salah satunye adalah menu ini .... Sweet Potato with Crystal Jade Sagoo and Corn Dessert @ nama Melayunye adalah Pengat Keledek Bersama Sagu Kristal Hijau dan Jagung .... Haaaa .... ambik ngko, nama panjang berjela, tapi orang biasa sebut pengat keledek aje .... kwang kwang kwang kwang .......

Oklah, dah nak pukul 10 pagi ni, meh lihat resepi yang senang sangat ni .....

SWEET POTATO WITH CRYSTAL JADE SAGO AND CORN DESSERT
  • 5 ketul ubi keledek yang sederhana besar - kupas kulit dan potong dadu
  • 1 mangkuk sagu berwarna hijau - akak beli yang dah siap rebus, saiz bekas taufu fa cuma RM 3 aje
  • 1 tin jagung kernel
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin air
  • 2 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan
  • Gula
  • Sedikit garam
Cara penyediaan :-
  • Masukkan keledek dan daun pandan ke dalam periuk dan didihkan hingga keledek agak empuk.
  • Masukkan sago dan jagung.
  • Masukkan susu cair dan gula ikut tahap kemanisan yang digemari.
  • Tambah sedikit garam untuk dapatkan rasa lemak.
  • Sentiasa kacau hingga mendidih.
  • Sejukkan dan hidangkan.
Senang jerr ... any time boleh try!!! Kalau nak rasa jagung yang extreme, boleh masukkan 1 tin jagung krim, errrkkkk ... enak banget!!!

-InaChomel-

Thursday, July 5, 2012

MEE GORENG BASAH

Salam sume,

Dah minum pagi ker? Ari ni dok bertapa kat ofis pasal puasa ... tambah pahala ... nak cover dosa kering yang tak nampak :p.

Sehari dua ni cuaca mendung jer ... kekadang dari pagi membawa ke petang! Dari dinding kaca ni boleh nampak hujan gerimis dan mula bertandang .... Teringat plak lagu Gerimis Mengundang ... nyanyian Slam! Tu music band yang top suatu ketika dulu masa zaman sekolah akak!

Tak lama lagi dah nak mula Ramadan. Kalau cuaca macam sekarang ni ok gak, tapi mesti cepat rasa lapar. Kalau cuaca panas terik pulak, kesian kat bebudak sekolah, balik dari sekolah rupenye macam nak pengsan, mulalah bila suruh sana sini tak leh gerak, bontot macam melekat kat kerusi .....

Untuk persiapan raya tahun ni akak dah buat awal, baju, kasut, tudung .... semua dah siap beli. Tinggal baju kurung tempahan aje yang belum siap dan hujung minggu ni akak nak start projek meng'cookies' pulak!!! Cepat??? Sebab bulan Ramadan nanti akak nak berehat dan bimbang kederat tahun ni tak sama ngan tahun lepas ... maklumlah baru sembuh dari sakit dan dalam proses pemulihan ..... Tahun ni pulak giliran balik kampung hubby kat Melaka, so kena prepare awal ler .... akak ni tak de kampung, orang bandar JB ... raya kat taman perumahan jer ler kalau turn raya kat JB. Ok lah, cite raya kite simpan nanti yea .....

Hari ni nak share masakan mudah yang dah lama tak masak. Sebenornye sejak disarankan berdiet yang ntah ke mana arah tujunye tu ... akak dah lama tak masak mee kuning. Lebihkan masak spaghetti untuk gantikan ngan mee kuning! So kalau goreng spaghetti ala-ala basah macam ni kang telanjang pulak sebab spaghetti tu licin. So ni kira menu nak hilangkan gian ler tajuknye .... Jom le tengok resepi ni ... tak leh tahan tengok gambo mee ni, tergodaaa ..... arrggghhhhh ...... nanti batal puasa ari ni !!!!

MEE GORENG BASAH
  • 1 kg mee kuning
  • RM 1 taugeh - boleh dipetik ekornye jika rajin atau kalau malas, just buang helmet hitamnye aje ...
  • RM 1 sawi hijau - potong 2 inci panjang
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 6-7 sudu besar lada kering kisar --- kalau suka pedas boleh tambah lagi
  • 1 genggam udang kering - rendam dan tumbuk lumat
  • 1 mangkuk kecil udang
  • 1 mangkuk kecil kerang
  • 1 mangkuk kecil kek ikan
  • 2 biji tomato dipotong lapan
  • 2 biji telur
  • 1 liter air
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 4-5 sudu besar kicap manis pekat ABC
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga garing dan wangi.
  • Masukkan udang kering, kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan sos tomato dan kicap manis pekat. Kacau rata.
  • Tambahkan air ikut kepekatan kuah yang digemari. 1 liter air tak perlu habiskan semua jika tak nak terlalu berkuah.
  • Biar mendidih dan bila mendidih, masukkan telur. Biar telur pecah sendiri hasil daripada kuah yang mendidih. 
  • Masukkan udang, kerang dan kek ikan. Perasakan kuah dengan garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Masukkan mee, kacau rata cepat-cepat. Kemudian masukkan sayur sawi dan kacau lagi.
  • Akhir sekali masukkan taugeh dan tomato dan tutup api supaya terasa keranggupan taugeh semasa makan nanti.
  • Angat dan hidangkan dengan taburan daun sup, bawang goreng dan juga hirisan limau kasturi jika suka.
Senangkan .... kalau ada rencah lain yang nak dimasukkan pun boleh, kita buat dia, yang penting kenyang lagi sedap! Ok, silalah cuba ye ....tukar selera dari nasi ke mee pulak!!!

-InaChomel-

Sunday, July 1, 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE

Salam dan selamat malam ....

Dah lama tak hapdet N3 waktu malam macam ni. Sejak dah ada tablet ni, bebudak asyik conquer SIM card akak jer, kecuali bila bateri tablet dah kong king kong, baru boleh guna internet kat laptop ni ....

Bukan tak leh update kat tablet, tapi akak lebih selesa guna keyboard laptop berbanding touch screen di tablet.

Sambil menonton Jom Heboh di TV3, akak menceceh ler kat sini .... sekarang ni Jinbara tengah buat performance dengan lagu hits Patri .... akak suka lagu-lagu Jinbara ni, happening abissss!!!

Minggu ni pun akak tak berapa sihat, asyik bersin aje, batuk dan selsema dah mula menyerang sejak last week lagi. Mana tak batuk, cuaca panas, asyik belasah ais jer kejenye .....

Ok ler ... nak share resepi ulang tayang yang dah lama gak akak tak buat. Si Iman suka sangat, yang lain pun sama gak .... berulang kali dia makan spaghetti ni, tak makan nasi pun tak pe, tengah kemaruk giler asyik melantak menu ni .... Ok, meh ler tengok resepi ni, senang jer .... jom try!

SPAGHETTI BOLOGNESE
  • 1 paket spaghetti - direbus hingga lembut, bilas dan tuangkan sedikit minyak zaitun, gaul rata dan toskan.
  • 1 tin cendawan butang - hiris nipis
  • 3 batang lobak merah - disagat halus atau dipotong dadu
  • 3 biji bawang holland - dipotong dadu
  • 7 biji tomato buah - dipotnong dadu
  • 500 gm daging cincang
  • 1 tin tomato puree (saiz tin susu pekat biasa)
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu teh serbuk oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, sebaiknya minyak zaitun, tapi kalau minyak biasa pun boleh.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga layu dan wangi.
  • Masukkan daging cincang, kacau rata.
  • Masukkan tomato buah, lobak merah, cendawan dan tomato puree. Kacau rata dan biarkan air daging keluar. Jika agak pekat, tambah 1 cawan air atau kurang dari 1 cawan.
  • Masukkan serbuk lada hitam, serbuk oregano, garam, serbuk perasa dan sedikit gula. Kacau rata lagi hingga kuah agak pekat sikit.
  • Angkat dan hidangkan. Untuk kuah spaghetti ini, mesti ada rasa masam dan sedikit pedas dari lada hitam.
  • Untuk hidangan, masukkan spaghetti yang telah direbus lembut tadi dalam pinggan dan cedukkan kuah spaghetti di atasnye dan gaulkan sebelum dimakan.
Kuah spaghetti yang akak masak ni dapat dalam kuantiti yang agak banyak, sesuai untuk 3 paket spaghetti. Akak biasanya akan frozen, bila nak makan cuma panaskan ajer .....

Ke mana dua beranak ni nak pegi? .... Jom, jom, jom, jom, jom heboh, heboh .....

-InaChomel-