Tuesday, June 17, 2014

CONGO BAR .... MY SECOND TRIAL, AND I LUV IT!!!

Salam,

Hai, dah mula sibuk semua orang cite pasal biskut raya pulak kat blog masing-masing! Maklumlah, dah nak jumpa kembali Ramadhan dan diikuti dengan Syawal! Semua pun very excited!

Tahun ni angin malas nak buat biskut raya melanda diri akak ni! Tak tau lah nape! Riki resepi rajin, nak buat tu macam malas jer ....

Ok, hari ni nak share resepi yang buat kali kedua akak cuba. Last time buat, terlalu manis, this time just nice. Cuma mungkin orang ingat Congo Bar ni kek, tapi teksturnye agak kurang lembut berbanding kek! Dan, congo bar ni pun tak tebal macam kek, lebih kurang 1 inci aje ketebalannye. Kalau nak cuba sesuatu yang lain, just try this one! Resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam yang akak dah melayukan supaya senang nak faham! 


CONGO BAR
Sumber : Secubit Garam

Bahan-bahan :-
  • 2 3/4 cawan tepung (315g)
  • 2 1/2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2/3 cup mentega (150g)
  • 200 gm gula perang sukatan asal - 453gm
  • 3 biji telur "A"
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 326 gm milk chocolate chips - akak letak coklat chip
  • 1 cawan chopped pecans (optional) - akak letak 1 cawan hazelnut cincang
Cara penyediaan :-
  • Ayak tepung bersama baking powder dan garam dan ketepikan.
  • Dalam mangkuk pemutar, putar mentega dan gula perang hingga kembang.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan esen vanilla.
  • Masukkan coklat chip, kekacang dan kacau rata.
  • Masukkan campuran tepung tadi dan kacau rata.
  • Sapukan loyang 10 x 10 dengan mentega dan alas dengan kertas parchment yang disapu dengan mentega.
  • Bakar pada suhu 170 darjah C selama 30 minit.

-InaChomel-

Sunday, June 1, 2014

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE .... & MY SINCERE OPINIONS!

Salam ....

Dah lebih sebulan tak update apa-apa di sini .... Merajuk ke? Tak juga, tapi macam tak de idea nak disembangkan kat sini. Lagipun memang agak busy sejak pertengahan April hingga sekarang! Sampai sakit psoriasis datang semula. Ini minggu ke-4 dalam proses pemulihan! Well, kadang-kadang bila sakit nak datang memang tak boleh dielakkan. Memang agak stress sejak akhir-akhir ini, so that's why psoriasis datang semula .... tapi kali ni just rawat di rumah aje, tak warded! Alhamdullilah ....

Walaupun lama menyepi, dapur akak tetap berasap, cuma tak de masa sungguh nak share dengan korang kat sini. Blogger masakan lain pun ada yang sedang rancak dengan cerita terkini, dan ada jugak yang lama menyepi macam akak! 

May be this story akak suka nak share dengan korang! Tapi jangan berkecil hati kepada yang membaca dan terkena pada diri sendiri! Just nak luahkan rasa hati dan pandangan aje ... lain orang lain caranya .....

Masa sambutan Hari Guru yang lalu, anak-anak semua sibuk nak cari hadiah sebagai tanda terima kasih kepada cikgu masing-masing! Anak-anak akak pun sama gak! Dan akak rasa korang yang ada anak bersekolah pun sama, tak kira sekolah tadika ke, nursery ke, mak bapak memang kena dera semasa sebelum 16 Mei hari tu. Ini jelas akak nampak sebab masa sibuk cari cenderamata di Mr. D.I.Y, memang rata-rata mak bapak dan anak-anak sedang pilih barangan yang sesuai untuk cenderamata cikgu! Puas mencari, akhirya Iman setuju nak beri candy canister pada cikgu sekolah, ustazah sekolah agama dan cikgu tusyen dia! So, akak pun tambahkan sweets & chocolates supaya taklah nampak kosong! Rebenkan sket canister tu & kad ucapan yang kecil tergantung kat canister tu. Something that teachers can chews! 

Then, bila tiba sambutan Hari Guru, anak-anak excited nak bawa cenderamata nak beri kat cikgu. Pendekkan cerita, one day Iman bawa balik beg yang berisi cenderamata yang ada isi di dalamnya. Akak sangka dia lupa nak serahkan kat cikgu, tapi bila ditanya dia kata ..... Cikgu kata, cikgu dah dapat banyak barang, cikgu beri murid-murid sorang sikit bawak balik! Hah? Akak tetiba terus aje cakap .... "Nape cikgu beri kat murid lain pulak barang yang dia dapat! Cikgu ni tak hargai langsung pemberian murid kat dia!" Bila akak tengok, dalam beg tu ada 1 mug dengan sudu kecil dan juga saputangan yang digubah menjadi slice cake! Marah pun ada gak .... ntah-ntah pemberian Iman pun cikgu recycle beri kat murid lain pulak!

As a mum, why am I get angry and frustrated? Akak sebenarnya terfikir, kalau mak bapak yang ramai anaknye .... banyak peruntukkan yang disediakan untuk memenuhi harapan anak-anak. Kalau ada 3 orang anak yang bersekolah, kalau kat JB ni ada sekolah kebangsaan dan sekolah agama, dah kena standby 6 bungkus cenderamata untuk semua anak supaya adil! Kalu semua anak join tusyen, dah jadik 9 bungkus! Senang-senang lepas tu cenderamata jadi recycle pulak! Anak-anak sekarang kalau nak beri cenderamata kekadang pun high taste jugak! Pada akak, walau pun pemberian anak murid tu tak seberapa, hargailah pemberian yang dihadiahkan dengan penuh rasa ikhlas sebagai tanda terima kasih di atas jasa guru mendidik mereka! Stationery & gifts shops pun dah pandai pasang banner bila tiba Hari Guru untuk promosi jualan cenderamata! Murah pada pandangan mata kita, belum tentu mudah untuk setiap ibu bapa nak sediakan bagi memenuhi harapan anak-anak! 

Mungkin cikgu rasa daripada tak pakai dan mungkin dah banyak terima barang yang sama, baik beri kat orang lain! Itu mungkin betul, tapi ada baiknya contoh yang baik ditunjukkan pada anak-anak murid supaya menjadi amalan dan tauladan! Dan lihatlah dari sudut yang lain juga jika anak murid itu datang dari latar belakang taraf kehidupan yang berbeza! Setiap mak bapak tak pernah anggap harapan anak-anak yang sedang bersekolah sebagai satu beban dalam hidup mereka untuk membesarkan anak-anak! Itu pengorbanan insan yang bergelar ibu dan bapa!

Well ... itu sekadar pandangan ikhlas dari akak saje. Mungkin ada yang tak setuju! Tak pe .... masing-masing ada pendirian sendiri! Bila dah terjadi kisah macam ni, then akak terfikir pulak .... no wonderlah my second dotter hari tu beli white board duster and white board markers di Mr. D.I.Y untuk hadiahkan kat cikgu dia! Akak pulak tanya kenapa tak beli bende lain yang more memorable than that! Sambil sengeh (dia memang selalu tersengeh pun walau pun kena marah) dia kata ..... "Tak pelah, cikgu boleh guna untuk mengajar dalam kelas nanti!" Gulp!!! Speechless ....to be honest, now, I agreed with her! Murah ... tak sampai RM5, tapi berguna dan dapat pahala lagi secara tidak sengaja!

Tadaaa ..... recipe of the day, CnP from Rima .... enjoy ..... 

CHOCOLATE BOTTOM BANANA SQUARE
Sumber : Rima
Ingredients
  • 1/2 cup butter - 113g
  • 1 cup sugar
  • 1 egg
  • 1 tsp vanilla extract
  • 1 1/2 cups mashed banana (about 3 medium bananas)
  • 1 1/2 cups flour
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • 1/2 tsp salt - I used 1 tsp since i used unsalted butter
  • 1/4 cup baking cocoa - barry callebaut
  • 1 cup chocolate chips - i used both white and chocolate chips
  • 1 cup hazelnuts - chopped .... yang ni akak tambah sendiri
Method

1. In mixing bowl, cream butter and sugar. Add egg, vanilla, and bananas, beating thoroughly.
2. In a separate bowl, combine flour, soda, baking powder, and salt. Add to creamed mixture and mix well.
3. Divide batter in half. Add the cocoa to one portion of the batter. Spread that portion in the bottom of a greased 9 x 13-inch (I used 9x9) baking dish. Spoon remaining batter on top, swirling gently with butter knife if desired, and sprinkle with chocolate chips.
4. Bake at 170C for 30 minutes or until batter tests done with a toothpick or fork. Cool and cut into 24 squares.
-InaChomel-