Monday, January 21, 2013

OPOCOTTT!!! TERPERANJAT MAK!

Salam sume,

Hai .... apa khabar sume ..... Wahhh ... kat JB ni dah start banjir semula! Hari Sabtu lepas, seharian hujan! Semalam pulak, sebelah petang hujan, membawa ke malam baru teduh! Pagi ni, baru nampak cahaya mentari menyinari bumi ..... Entah macam mana ler baju kat ampai tu, sempat kering ke idak! Ada 2 trip lagi baju nak kena cuci ni .... ampai tak kosong lagi, macam mana nak basuh, tak de tempat nak sidai!!!

Dah masuk minggu ke 3 bebudak bersekolah! Tahun ni terasa penatnya ... bukan anak aje, mak ngan bapak nye sekali penat! Iman dah start balik sekolah agama lambat, jam 6.30 ptg baru keluar kelas. Setiap Isnin dan Khamis malam pulak dah masuk kelas tusyen! Akak pulak, setiap kali Iman tusyen kena pikir jadual masak supaya 2 orang lagi anak perempuan akak yang tinggal kat umah nak makan apa?!!! Maklumlah, bila hantar Iman tusyen, biasanye akak akan tunggu dia habis tusyen sampai pukul 10 mlm kat umah mak! Kakak2 dia tinggal sendiri kat umah! Tu yang macam penat je kepala otak ni kena pikir ...... Hujung minggu pun macam tak nyempat jer nak berehat, ada jer agendanye ... Hujung minggu ni pulak budak sekolah ada sekolah ganti pada hari Sabtu .... adoiiiii ..... 

Oklah .... this time nak cite kisah masa akak belikan Iman majalah Taman Ria Disney lebih kurang 2 minggu lepas. Masa tu akak gi lunch ngan pakwe akak kat KFC Tmn. U, so lepas makan akak memang biasa singgah kat kedai jual majalah just opposite KFC! Macam biase ler, akak carikan majalah Asuh, Adik dan Taman Ria Disney untuk Iman. Lagipun versi awal tahun biasanye ada kalender percuma pada bahagian tengah mukasurat majalah ni .... 

Masa nak bayar buku ni, akak pesan kak cashier tu, .... saya nak resit ye! Biasaler nak claim income tax! Ada juga faedahnye! So masa nak bayar tu, budak perempuan tu kata RM28.90! Mak oooiiii! Pasal lah pulak mahal bebenor beli majalah kali ni??? Kertas naik rege ke? Akak tanya kat budak tu .... hah! betul ke? Bil ni untuk 3 majalah jer tau! Budak tu pun jawab .... kak, beli majalah ni (sambil tunjukkan majalah berkenaan) dapat sekali kelander 2013! Kalender besar! Since dia pun dan punch-in harga dan akak pun macam dah terperanjat beruk kat situ, akak pun kata .... ye ker? ok lah! Gabra punye pasal + terperanjat! Seorang lagi budak kat situ gi ambil kalender kat tepi rak buku! Memang pun besauu!!! Sesuai untuk dihadiahkan untuk anak2! Akak pun bayar ler ..... lepas tu akak ambil plastik bag yang berisi kesemua majalah dan kalader, akak terus jer nak berlalu balik .... Tetiba budak cashier tadi panggil akak semula ... apahal lah pulak nihhhh .... tak cukup ke bayor tadi! .... Kak, tadi kata nak resit, nah ...... Ya Rabbi .... lupe ngko nak ngambik resitnye gara-gara terperanjat yang tak abis lagi nihhh !!!!

Mana tak terperanjat, selalu bila beli majalah Taman Ria Disney tu sekitar RM 4.50 jer, tetiba, bila akak tengok balik kat barkod label harga tu, hahh ngko RM 19.90 untuk keluaran Januari 2013. nasib ler ada duit extra dalam purse, kalau tak mana nak dikorek duit! Pulak tu pakwe akak dah jalan dulu gi bayor kupon parking! Dah ler lepas tu kita orang dalam kereta mengumpat habis pasal majalah ni ..... Si Iman suke jer, sengeh memanjang ..............

Bila duduk diam-diam, abaru akak teringat, masa beli majalah ni untuk edisi Disember 2012, memang ada promo kata pasal kalender 2013 yang menarik untuk adik-adik! Rupanye tarik duit ..... Anyway, membaca jambatan ilmu, kalender tu anggap ler perhiasan bilik untuk merehatkan minda dan menyejukkan pandangan!

-InaChomel-


Wednesday, January 9, 2013

SPAGHETTI OLIO ... MIXED VERSION!

Salam sume,

Selamat pagi .....

Dah serapan sume? Pagi ni perut rasa lapar betul! Tapi tak tau nak makan ape? Sehari dua ni tekak rasa nak makan macam-macam, tapi mati akal, tak tau nak masak apa? Kekadang tekak ni mengada jugak! Macam-macam ada depan mata, tapi semuanye macam tak selera nak telan!

Semalam petang, hujan lebat beserta angin melanda Skudai ni .... fuhhhh dahsyat u! Masa balik dari keje, bersepah dahan pokok patah kat tepi jalan. Kesan tiupan angin yang membawa dedaun kering bertebaran di atas jalan raya menunjukkan betapa kuatnye angin bertiup. Sekali sekala lepas hujan reda, angin bertiup agak kuat walaupun langit telah kembali cerah. Teringat pulak masa menonton berita jam 8 kelmarin tentang ribut tropika Sonamu yang dijangka akan membadai negeri2 di Pantai Timur! Agaknye angin kuat dan hujan lebat semalam tempias ribut ni kot!!! Kat ofis ni aje sorang staf mengalami kerosakan cermin kereta kerana di timpa pelepah kelapa petang semalam! Wahhhh ... kena hati2 sekarang ni! Pastikan korang parking kereta di tempat yang selamat! 

Ok ler .... untuk resepi hari ini, akak kongsikan masakan yang dah pernah akak masak sebelum ni ... Spaghetti Olio. Kali ni akak campurkan sosej dan crabstick ... dah itu aje stok yang ada dalam peti sejuk! Dah lama tak masak bende ni, sesekali makan rasa sedap ler pulak. Sedap pada tekak akak ler .... dah jom tengok resepi ni, senang jer .... tengahari ni kalau gi supermarket cari barang ni pun sempat untuk masak dinner malam ni .....

SPAGHETTI OLIO ...
  • 1 paket spaghetti (akak guna brand San Remo) - direbus hingga lembut dan toskan. Gaul dengan sedikit minyak selepas ditoskan untuk mengelakkan spaghetti melekat.
  • 1/2 biji capsicum merah - dipotong kiub
  • 1/2 biji capsicum hijau - dipotong kiub
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 biji bawang holland dipotong dadu
  • 5 batang sosej - dipotong serong dan sederhana tebal
  • 6 batang crabstick - dipotong serong dan sederhana tebal
  • 1 batang lobak merah - disagat halus
  • Serbuk oregano
  • Serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bawang putih dan bawang holland hingga wangi dan layu.
  • Masukkan sosej, lada capsicum dan lobak merak, kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan garam, serbuk perasa, lada hitam dan serbuk oregano. Kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan spaghetti, kacau rata dan rasa jika kurang garam atau lada hitam atau serbuk oregano, boleh tambah ikut selera masing-masing.
  • Akhir sekali, masukkan crabstick dan kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan.
Mengikut pada pengalaman yang lalu, spaghetti ini juga sangat sedap jika dimasukkan dengan kupang dan udang. Terasa manisnya ...
 
-InaChomel-

Monday, January 7, 2013

ACAR IKAN

Salam sume,

Sekali lagi bertemu .... wahhhh awal minggu ni aktif ler pulak! Sampai 2 resepi akak upload pagi ni!

Tapikan, ini resepi akak kasi, gerenti tak nyesal punye kalau korang cuba. Iye ..... percayalah! 

First time dulu, bila terjumpa resepi ni dalam buku Selera Perdana, akak macam endah tak endah aje nak cuba! Tapi bila akak bersembang ngan mak akak, dia kata acar ikan memang sedap! Gulp! Ye ke? Sebelum ni biasa makan acar buah, acar timun .... tapi acar ikan macam asing bebenor kedengaran bunyinye .... 

Tapikan, kita ni, kalau tak cuba tak tau kan! Jadi ini kali kedua akak cuba buat acar ni. Kali pertama dulu tak berapa menjadi sangat. Tapi kali ni, memang 'terjadi' dengan jayanya .... mana taknye, pakwe akak sampai pesan, sambal acar ikan ni jangan dibuang, bila-bila masa dia suruh panaskan semula sama ada cicah ngan jemput-jemput ikan bilis atau makan ngan nasi panas-panas! 

Resepi ni tak susah, cuma kalau bahan-bahan rempah ratus tu kalau tak de, korang pulak malas nak keluar gi kedai, makanye memang tak jadik! Meh tengok resepi mudah lagi sedap ni, try ler .... akak gerenti korang takkan nyesal, ni resepi dari dapur orang VIP tau sebab buku Selera Perdana tu memaparkan masakan istimewa lagi terpilih dari tukang masak Mantan Perdana Menteri. Tapi sukatan resepi ni akak ubah suai sikit sesuai dengan jumlah ikan yang akak masak. Gambo kat atas nuu .... akak saje jer letak mangkuk tu atas mukasurat buku yang memaparkan gambo acar ikan!

ACAR IKAN
Sumber : Buku Selera Perdana

Bahan-bahan :-
  • 6-8 keping ikan tenggiri @ ikan merah - gaul dengan garam dan kunyit, goreng embal-embal (tak berapa garing) aje.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3-4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 8 sudu besar lada kering kisar*
  • 1 biji bawang holland - potong bulat
  • 1 biji lada hijau dan lada merah - belah dua dan potong lebih kurang 2 cm panjang
  • 1 sudu kecil ketumbar - dikisar halus**
  • 1 sudu kecil jintan halus - dikisar halus**
  • 1 sudu kecil jintan kasar - dikisar halus**
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 3 cm halia - dikisar halus*
  • Sedikit cuka
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula 
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar yang bertanda * hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan serbuk kunyit dan kacau rata, biar seketika.
  • Masukkan bahan kisar yang bertanda ** dan biji sawi, kacau rata dan biar seketika hingga bau semakin harum.
  • Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan juga cuka. Agak-agak untuk sukatan cuka, jangan terlalu masam! Kacau rata dan tambah sedikit air jika terlalu kering. Biar seketika hingga kuah mendidih!
  • Masukkan ikan yang telah digoreng, bawang holland dan cili merah serta cili hijau. Kacau rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan.

Masakan ini rasanya pedas, masam dan manis. Jadi pandai-pandai ler adjust rasanya supaya sesuai dengan selera tekak masing-masing! Selamat mencuba.

-InaChomel-

NEOPOLITAN CUPCAKE

Salam sume,

Keceriaan pagi yang indah disinari mentari .... aaahhhh tarik nafas, hembus ..... tarik nafas, hembus ..... tarik nafas, hembus ......

Aaaa .... segar tak pagi ni? Amacam, permulaan minggu kedua di tahun 2013 ni? Menceriakan? 

Hidup kena fikri positif! Barulah badan akan terasa sihat dan segar! 

However, hujung minggu yang baru berlalu adalah sangat memenatkan! Everything kena rescheduled! Maklumlah, anak-anak baru mula bersekolah, jadual agak packed last week! Hingga hujung minggu yang lalu, masih ada 1, 2 barang yang kena cari untuk keperluan anak-anak! Nak ingat sume memang tak teringat! Jadik ada ler saki baki barang yang masih terlupa nak dibeli.

Actually 2 hari yang lepas akak sibuk menguruskan goodie bags untuk Iman bawa ke sekolah pagi ni. Macam biasa ler, bila birthday dia tiba, selalu aje tanya, tak de party ke untuk dia? Actually akak dah rancang nak buat kenduri doa selamat sikit pada cuti Krismas yang lalu, tapi atuk akak pulak masuk wad. So jadual dah berubah! Normally kami akan berkumpul beramai-ramai untuk majlis doa selamat ringkas diikuti dengan sesi makan-makan dan sembang Mak Alang yang berlarutan agak lama jugaklah! Tapi this time, since atuk masuk wad, kami tangguhkan dulu. Cuma jajan yang akan dah siap beli, tak leh nak bertahan lama. So tukar plan, jajan tu dan sedikit cenderahati kita orang packed jadikan goodie bags untuk Iman berikan kat kawan sekelas dia ari ni. So, since tak nak buang masa cikgu untuk mengajar, akak buat cupcake neopolitan ni untuk diedarkan bersama goodie bags. Cupcake ni .... nice, dan lembut. First time akak guna tepung naik sendiri brand Blue Key. Not bad! Cuma mahal sikit dari tepung brand MFM.

Anyway, kepada yang berminat nak cuba, ini resepi akak CnP dari blog Che Mat Gebu ye ....


NEOPOLITAN CUPCAKE
Sumber : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 90 gram mentega
  • 70 gram gula kastor
  • 110 gram tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
  • 1 biji telur gred A, dipukul sedikit
  • 50 ml susu segar
  • 3/4 camca teh strawberry paste
  • 1/2 camca teh chocolate emulco
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • Sedikit badam cincang untuk hiasan - yang ni akak tak letak pun ....

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pasa suhu 175C, alas acuan dengan paper cup sesuai atau anda boleh guna paper cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula halus hingga pucat, masukkan telur dan putar lagi hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Kacau rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
  3. Satu diberi perasa esen vanilla, satu lagi strawberry paste dan satu lagi chocolate emulco, kacau rata,. Untuk memudahkan kerja, anda masukkan setiap bancuhan tadi dalam piping beg (atau guna plastik biasa yang bersih, plastik kecil). Kemaskan.
  4. Gunting bucu piping beg tadi kurang lebih 1 cm, dan paipkan setiap bancuhan ke dalam paper cup, sebelah menyebelah, adunan kosong, pink dan coklat. Buat hingga siap semuanya. Kemudian gunakan lidi sate yang bersih, buat pusingan untuk mendapat corak yang menarik. Buat hingga siap.
  5. Tabur badam cincang dan bakar selama 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan....
-InaChomel-

Thursday, January 3, 2013

KELEDEK REBUS

Salam dan selamat pagi sume,

Amacam hari kedua anak-anak bersekolah? Bagi yang memulakan persekolahan semalam, hari ni masih lagi sibuk mengaturkan perjalanan bas sekolah anak-anak. Yang baru masuk tahun 1, masih ada segelintir ibubapa yang menunggu anak-anak di sekolah! 

Yang meneruskan sekolah untuk tahun 2 hingga 6, tak de masalah. Tapi yang baru nak mulakan persekolahan bagi tahun 1 dan pra-sekolah, rata-rata ibubapa masih ramai lagi kat sekolah menunggu anak-anak. Biasanya cikgu akan suruh ibubapa balik aje, tinggalkan anak-anak supaya anak-anak lebih berdikari dan mula berkawan dengan rakan-rakan yang baru. Bagi yang pernah mengikuti pra-sekolah di sekolah yang sama, lebih mudah nak memulakan tahun 1 berbanding dengan yang bersekolah tadika di sekolah swasta @ KEMAS. Ini pengalaman akak sendirilah ..... masa Iman masuk tahun 1 dulu, akak cuma hantar sebelah pagi aje sebab nak pastikan kelas dia di mana, dan pada waktu rehat untuk bantu dia beli makanan, sebab pada masa tu dia tak pandai gunakan duit untuk beli barang. Selebihnya Iman dah boleh berdikari sendiri dan tak kekok nak berkawan walaupun ada sebahagiannya adalah kawan yang dia baru kenal!

Tapi sekarang ni ... jangan cakap. Bawak duit RM2 pun dia kata tak cukup sebab dia kata dia kuat makan, nanti dia lapar sebab makanan beli kat kantin dapat sikit aje! Dan semalam, masa hari pertama mula sekolah kat Johor ni, kat sekolah Iman ada 2 orang polis memantau di luar pintu pagar sekolah untuk memastikan keselematan anak-anak yang mula bersekolah. Sebelum ni tak de pun, agaknya baru mula tahun ni kut ..... 

Itulah serba sedikit kisah anak-anak! Kat TV pun selalu fokus kisah permulaan sekolah dengan pelbagai ragam anak-anak yang menangis, gembira dan sebagainya .... 

Tapi semalam masa baca kisah isteri madukan suami kat Harian Metro, akak terpandang kisah seorang kanak-kanak bangsa Cina di Manir, Terengganu yang memulakan sekolah tahun 1 dengan memakai baju kurung dan bertudung! Comel sangat! Begitulah rakyat Malaysia .... pelbagai kaum dan budaya, hidup aman tanpa sebarang rasa curiga. Sopan santun mesti dipelihara, bukannya mudah meniru budaya lain yang belum tentu sesuai dengan nilai dan moral masyarakat kita!

Oklah..... hari ni nak share sesuatu yang sesangat mudah! Dalam cuaca yang asyik hujan aje sekarang ni, makan keledek rebus cicah kelapa kukus memang cun! Kalau orang tua-tua, siap ngan air kopi @ teh lagi. Actually ni N3 yang lama tersimpan dalam folder akak. Keledek ni pun akak beli masa singgah Air Hitam semasa perjalanan balik dari KL tempohari. Sedap, sesekali makan makanan kampung macam ni, berselera!

KELEDEK REBUS
  • 500 gm keledek madu. Cuci bersih, rebus hingga empuk. Tak perlu buang kulit, dan letakkan sedikit garam dalam air rebusan.
  • 1/2 biji kelapa diparut putih. Gaul bersama sedikit garam dan gula, kemudian kukus lebih kurang 15-20 minit untuk mengelakkan kelapa daripada mudah basi.
  • Toskan ubi keledek yang telah empuk. Hidangkan bersama kelapa parut tadi. Kalau tak suka makan bersama kelapa parut, makan keledek rebus ni macam tu aje pun boleh!
-InaChomel-

Wednesday, January 2, 2013

UNTUK ADAM DAN HAWA ... BERINGATLAH!

Imej : Ihsan Yahoo Image

Salam sume dan selamat petang,

Masuk hari kedua tahun 2013, cuaca mendung dan hujan menyambut kehadiran tahun baru! Semoga mendung tidak berterusan .... memberi pula ruang kepada mentari untuk menyinari bumi Allah yang bertuah ini. Kita selalu mengharapkan yang terbaik buat diri kita dan semua yang lain. Mudah-mudahan doa kita buat semua sebagai tanda kita sayang-menyayangi di antara satu sama lain .... Amin .....

Pada petang ini akak nak kongsi satu nukilan yang cukup cantik untuk panduan kita bersama. Nukilan dipersembahkan oleh seorang sahabat semasa akak belajar dahulu, lebih 10 tahun yang lalu ... tetapi akak masih simpan dan dah lama sebenarnya akak mencari, tadi masa kemas ruang kerja kat pejabat ni akak terjumpa semula kertas ini.

Untuk tatapan semua, hayati dan fahamilah bait-bait indah ini untuk renungan bersama .....

Jangankan lelaki biasa
NABI pun terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka
Fikiran dan perasaan lelaki akan resah
Masih mencari walau ada segalanya

Apa yang tidak di dalam SYURGA?
Namun ADAM tetap rindukan HAWA

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok itu
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi andainya lelaki itu sendiri tidak lurus ….
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus!

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH s.w.t.
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa
Didiklah mereka dengan panduanNya

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nanti mereka akan liat
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan
Kerana nanti mereka akan derita
Kenalkan mereka kepada ALLAH, zat yang kekal
Di situ punca kekuatan dunia

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak
Suburkanlah ia …
Kerana dari situ nantinya
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan

Bisikanlah ke telinga mereka
Bahawa …
Kelembutan bukan satu kelemahan, ianya bukan diskriminasi TUHAN
Sebaliknya di situlah kasih dan sayang TUHAN

Jinakkanlah diri ke jalan ALLAH
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu
Jangan mengharapkan isteri semulia FATIMAH
Andai dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI ….

Dan apabila hari ini akak terbaca kisah isteri memadukan suami di Penggaram, Batu Pahat dalam Harian Metro, sesungguhnya kita sebagai manusia janganlah sesekali menentang hukum Allah! Semoga keinsafan berputik dihati mereka yang leka dengan godaan dunia ... InsyaAllah .....
 
-InaChomel-


Tuesday, January 1, 2013

2012 PERGI ... 2013 SEDANG MENANTI ....

 
Imej : Ihsan Yahoo

Salam sume,

Tahun baru 2013 sudah menjelma meninggalkan 2012! Hari-hari yang berlalu tetap sama, cuma yang pasti perubahan pada diri kita bagaimana? Masih di tahap yang lama atau, kita semakin matang mengharungi masa depan.

Perubahan bukan semestinya pada tahun baru sahaja! Setiap hari pun kita boleh berubah! Asalkan dalam diri kita ada usaha untuk berubah menjadi insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Kita dituntut untuk menjadi insan hari ini yang lebih baik dari hari semalam. Untuk melakukan perubahan bagi sesetengah orang mudah, dan bagi sesetengah orang yang lain pulak susah! Kita ini diberi pilihan, ingin memilih jalan susah atau memilih jalan yang mudah. Pilihan di tangan kita. Cuma jangan ambil jalan mudah untuk mencapai impian kita. Kadang-kadang kita memang terpaksa melalui jalan sukar untuk berjaya. Tetapi kita kena yakin dan percaya bahawa, kesukaran yang kita harungi kadang-kadang memberi pengajaran buat kita. Dan kita akan lebih menghargainya!

Sepanjang jalan kenangan ..... 2012 merupakan tahun pemulihan buat diri akak! Tapi akak tetap bersyukur! Mengenang kembali suka duka yang kami sekeluarga harungi sepanjang tahun 2012 membuatkan kami bersyukur dengan segala nikmat dan peluang yang masih Allah berikan buat kami sekeluarga! Semoga kami terus tabah dan mensyukuri akan segala nikmat yang dikurniakan buat kami!

Kepada rakan-rakan yang membaca coretan ini, terima kasih di atas sokongan semua. Tanpa pembaca, akak membebel sorang-sorang jer ler kat sini, mencurah rasa hati dan berkongsi suka duka di alam maya.

 Salam Tahun Baru juga buat semua. Hari-hari yang mendatang tetap sama, hanya tahun sahaja yang berubah dan usia makin bertambah. Doa buat semua semoga kekal bahagia dan ceria setiap saat dan ketika! Yakin pada kebolehan diri kita supaya kita hidup ceria dan mampu membuatkan orang lain juga gembira!

Wasallam. 
-InaChomel-