Thursday, October 31, 2013

SOTONG SUMBAT MASAK KARI

Salam sume,

Dah lama menyepi dari dunia blog! Dunia hiburanku yang tak pernah akak lupa walau sibuk mana sekali pun! Cuma akhir-akhir ini agak sibuk dengan dunia kerja yang menuntut akak lebih masa untuk memenuhi kerja penting!

Esok dah masuk Nov. 2013! Pejam celik dah ke penghujung tahun rupanye! Banyak kisah suka duka sepanjang tahun 2013 ke? Yang penting, jadikan hidup kita ceria, gembira dan kurangkan tekanan! Sejak sihat kembali dari sakit hampir 2 tahun yang lalu, akak memang sangat menjaga emosi supaya stress dapat dikawal!

Oklah ... dah lama dapur sepi dari blog akak ni! Masak, bukannya tak masak, tapi mood nak ambik gambor tu macam kureng aje sekarang ni, kalau ada pun tu bila tetiba teringat nak update blog tapi tak buat-buat jugak! Tu yang makin bersarang blog ni dengan habuk! Tapi walau pun tak upload N3, akak masih jengah blog lain yang sealiran dengan jiwa akak ni! At least setiap pagi akak dah baca N3 yang banyak memberi pandangan yang pelbagai tentang banyak perkara.

Ok .... ni lauk yang akak try buat 2 hari lepas! Sotong sumbat! yang ni request dari pakwe akak yang tetiba mengidam nak makan lauk ni. Ni pun main terjah je resepinye pasal dah lama tak cuba dan buat yang seringkas mungkin! Bila pakwe kata sedap dan ok, maka boleh ler share kat sini! Pasal tekak dia yang paling cerewet kat umah tu! Kepada yang nak cuba, pastikan beli sotong yang bersaiz besar sket, senang sket korang nak menyumbat inti dalam perut sotong tu! Ni pun akak terlupa nak masukkan santan gara-gara nak cepat tengok cite Love You Mr. Arrogant! Penangan cite cinta ni membuatkan akak tak miss nak tonton! Suka tengok gaya lakonan bersahaja Zara Zya .... nama baru kut tapi akak dah pernah tonton beberapa drama lakonan dia sebelum ni, well ada potensi untuk terus maju pelakon ni .... 

SOTONG SUMBAT MASAK KARI
  • 1 kg sotong - asing badan dan kepalanya, buang dakwat hitam dan cuci bersih, toskan!
  • 1 sudu teh bawang putih kisar*
  • 2 sudu besar bawang merah kisar*
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan - bancuh dengan sedikit air
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • 2 sudu besar lada kering kisar*
  • 1 sudu kecil lada hitam kisar
  • Sedikit halia - dikisar halus*
  • Daun kari
  • Air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 2 sudu serbuk santan dibancuh dengan sedikit air --- yang ni lupe nak letak!
  • Minyak untuk menumis
  • 1 labu bawang holland - potong bulat kasar-kasar
Untuk inti:-
  • 3 biji telur
  • 1 labu bawang holland di potong dadu
  • 2 batang sosej di potong nipis dan kecil
  • Daun sup dan daun bawang
  • Lada sulah
  • Garam
  • Serbuk perasa
Bancuh kesemua bahan ini dan goreng hingga garing, jadikan telur hancur. Ketepikan.
Ambil badan sotong dan masukkan inti, sematkan dengan lidi untuk elakkan inti terkeluar semasa dimasak.
Panggang seketika sotong yang telah siap diisi inti dan bahagian kepalanya di atas kuali non-stick untuk elakkan air sotong keluar semasa memasaknya dengan rempah kari.
  • Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan daun kari dan bahan bertanda * hingga wangi dan garing.
  • Masukkan rempah kari dah gaul rata.
  • Masukkan serbuk lada hitam, kacau lagi dan masukkan air asam jawa.
  • Biar seketika, dan masukkan santan pekat tadi. Kacau lagi dan masukkan garam serta serbuk perasa.
  • Kemudian masukkan sotong yang telah dipanggang tadi, kacau rata dan akhir sekali tabur bawang yang dipotong bulat kacau sekitika, padamkan api dan siap untuk hidangan.
Selamat mencuba yea ....

-InaChomel-