Tuesday, September 23, 2014

KISAH SEMALAM .... BUAT AKU GERAM!

Image credits to DesiComments.com

Salam,

Dah lama betul tak bersua disini. Makin lama makin ke laut aje mood nak berbual kosong kat sini! Biasalah, kalau ada kerja, memang tak sempat nak cakap banyak! Selalu singgah blog orang lain, tapi nak potpet potpet kat blog sendiri pun tak sempat!

Semalam! Kenapa dengan hari semalam??? Nak kata marah, memang marah, tapi kesian pun ada! Nak kata tak kesian langsung, pun tak juga! Tapi janganlah guna kekurangan diri untuk meraih simpati dan tipu orang lain! Akak kena tipu ke? Lebih kurang gitulah .... kenapa akak kata kena TIPU? Ini kisahnya ....

Petang semalam, akak memang tak plan langsung nak masak nasi dan lauk-pauk, so akak just masak mee hoon sup! Itu pasal sangat excited nak try mee hoon brand Faiza yang akak beli masa belanja barang dapur last month! Ingat kalau sedap nak beli lagi this month! Memang ok dan mudah sebab mee hoon tu dah dibentukkan macam mee maggi, so senang nak sukat berapa banyak kita nak guna! So, tak de kes pun pasal mee hoon .... intro cite jer ....

Tengah sibuk-sibuk masak kat dapur semalam, anak akak masuk dapur cakap ada jiran datang. Akak tanya sapa? Entah, dia pun tak kenal! Agaknya tetamu kat luar tu sebut jiran, dia pun belasah kata jiran datang! Dengan ber'apron' dan berbaju kurung Johor tanpa kain, akak pun ke bahagian depan rumah. Itu memang uniform masak kalau balik dari kerja yea .... 

Jengah aje muka kat pintu, ada sorang pompuan berwajah India Muslim, bertudung dan menyapa salam dengan ramah! Akak pun jawab gaklah ... nanti kata sombong plak! Kat dapur ni tengah didihkan kuah sup sebenarnye! Akak pun tanya dari mana? Dia jawab dari rumah sana tu .... Rumah sana yang orang tu maksudkan adalah rumah orang Melayu kita nilah, bukannya rumah keluarga India Muslim! Lain macam aje (dalam hati akak kata)! Puas kenalkan diri, rupanye barulah faham maksud kakak ni ... nak jual ubat tradisional!

Tak sempat nak mengelakkan diri sebab kakak tu cakap tak berhenti, tak de peluang nak mencelah! Kakak tu pun keluarkan 2 botol minyak sapu dan 1 botol kapsul ... untuk kegunaan orang pompuan! Panjang lebar dia bercerita, dengor je lah! Sebab akak ada sakit kulit dan alahan pada ubat, so dengan baik akak tolak untuk beli semua ubat dari kakak tu .... (ni berbual kat pagar je, tak de niat langsung nak jemput dia masuk rumah!). Penat berbual, kakak tu mintak air segelas! Aiikkk ... lain macam jer! Akak suruh anak akak ambilkan segelas air ... ubat 2 botol masih di tangan akak sebab dari tadi kakak tu suruh tengok dan suruh akak pegang! Puas akak menolak tak nak beli dengan cara baik, tapi dipujuk-paksa jugak! (istilah baru).

Habis kata-kata, kakak tu suruh gak akak ambil .... dia tak nak ambil balik ubat yang dia suruh akak tengok tu dari tangan akak! Dia kata ambillah, bayarlah seberapa ikhlas yang akak nak beri! Dah tahap boring, akak pun masuk dalam rumah dengan 2 botol ubat sapu dan suruh anak akak ambil purse kat bilik atas! Kebetulan memang dalam purse cuma dalam belasan ringgit aje pasal semalamnya akak beli barang dan tak sempat keluarkan duit dari ATM!

So masa nak bayar tu, akak tengok harga yang tertera kat tepi botol tu dengan tulisan yang agak kecil --- RM8.00. Akak saje jer bayar RM10 untuk 2 botol guna note RM10, sebab tadi kakak tu kata berilah seberapa ikhlas yang akak nak beri! Nak test jugak kakak tu sebab cara berjualannye tu lain macam jer ....

Akak suruh anak akak pergi bayar kat kakak di luar gate rumah sementara akak berdiri kat muka pintu! Masa kakak tu dapat duit, dia terus jerit .... sebotol RM8.00 dik! Ni dah sah menipu! Tadi kata ikhlas! Akak pun jawab, kalau macam tu saya pulangkanlah 1 botol! Akak pun ambil 1 botol ubat tu dan suruh anak akak pulangkan! Akak pesan kat anak akak ambil balik duit baki RM2! Bila anak akak pulangkan botol tu, akak tu terus aje nak blah dari situ, so anak akak kata  ... duit baki? Dengan selamba kakak tu jawab .... tak de duit kecik ..... lepas tu terus blah!

Dalam hati akak, kakak tu dahlah OKU (sebab masa bersalaman dengan dia, akak perasan jari-jemari ada kecacatan!), menipulah pulak! Akak bukan menghina kakak tu sebagai orang cacat, tapi biarlah cacat fizikal tapi hati mulia! Kalau betul cara kakak tu berniaga, kita pun tumpang simpati, malah kalau ada lebih duit tu pun kita tak kisah nak sumbangkan kat dia! Siap pesan lagi jangan sapu ubat tu kat tapak kaki pasal dah dibacakan selawat!

Masa sesi dia sibuk paksa-paksa akak suruh beli ubat, sibuk dia tanya ada orang tak rumah sebelah! Dia jaja cerita kata orang sana orang sinun dah beberapa kali beli ubat tu dari dia! Nasib baik akak jawab tak de orang kat rumah sebelah, walau pun akak tau jiran akak ada di rumah sebab kereta dia tercongok ada di porch!

Yang buat akak marah tu, cakap tak serupa bikin, kejap kata ikhlas berapa nak beri, lepas tu jerit pulak harga ubat tu kuat-kuat! Duit baki tak nak pulangkan!RM2 tu dari rumah akak aje, kalau 5 rumah yang terkena, banyak jugak 'hasil' kakak tu! Tu belum try lagi ubat sapu tu berkesan ke tak! Kalau berkesan bagus, alhamdullillah ... tapi kalau tepek ubat tu tak de beza ... jawablah ya ... kat dunia ni bolehlah lari, akhirat esok ..... jawab .....

Bila cite ngan hubby lepas dia balik ambil anak dari sekolah agama, dia cakap .... duit tu bukan rezeki kita, kira sedekah jer lah! Itu akak tak kisah, yang akak geram tu kakak tu menipu!!!!! GERAM BETULLLL AKU DIBUATNYE .................

Mungkin korang pernah alami, atau belum terkena ... berhati-hati! Cite ni berlaku kat area JB, tapi tak mustahil jadi kat mana-mana aje! Kalau ye pun susah, janganlah buruk sangat perangai tu! Tak pasal anak akak kena 'ceramah' ngan akak petang semalam ..... Itulah Kisah Semalam Yang Buat Aku Geram!!!

-InaChomel-

Tuesday, September 2, 2014

ANY COMMENTS? .... DEFINITELY MISSED YOU 200%!

Image credits to the owner.

Salam sume ....

Dah lama tak berbicara disini! No reasons except memang tak de masa nak berkarya! Tapi pagi ni just nak share sedikit komen! Hopefully korang enjoy baca dan sila komen jika berminat!

Semalam satu lagi episod kisah masyarakat melabuh tirainya dalam slot Akasia di TV3 ... banyak pengajaran yang boleh dikutip, khususnya untuk dalam kehidupan berumahtangga dan sokong ibubapa kepada anak-anak! Tapi akak gerenti ramai yang lebih teruja dengan watak Zill Faezrul lakonan Zul Ariffin! Ini memang tak dapat disangkal sebab akak pun julung-julung kalinya like fb artis sepanjang hayat akak menjadi penonton setia tv, tak kira apa jua siarannya!

First of all, tahniah kepada barisan pelakon yang hebat dalam slot Akasia - Rindu Awak 200% ini! Watak lakonan Zul memang terserlah kehebatannya! Laluan yang baik buat pelakon muda yang cukup lengkap dengan pakej sebagai seorang selebriti! Frankly speaking, akak memang puji sangat-sangat lakonan Zul yang pada akak memang mantap sebab boleh jadikan penonton fall in love with you dan sentiasa menunggu kehadiran Zul tepat jam 7.00 mlm, include me and my dotter! Pada tahap umur akak sekarang ni, akak lebih menilai bakat lakonan artis berbanding rupa paras! But as I said earlier, Zul memamg cukup lengkap pakejnya. Itulah anugerah Allah buat dirinya! Kalau dulu, memang hero macam Zul jadi igauan akak! tapi sekarang ni, beri laluan kat anak-anak rasa zaman kita dulu-dulu. Tak de bezanye pun, fitrah manusia memang begitu! So, you will see and feel the same way .... macam mak kita dulu-dulu selalu membebel dan perli kat kita bila kita tergila-gilakan artis pujaaan hati kita dulu! Betulkan .... jangan tak ngaku pulak!

Namun jangan lupa peranan pelakon lain yang turut menghidupkan suasana dan mood dalam drama ini! Well done to all of you. Ayda Jebat masih ada banyak ruang untuk meneruskan lakonan dengan lebih baik lagi. Watak parents Armel juga dilihat sangat bersahaja! Tak nampak sangat macam terikat dengan skrip yang menjadikan drama ini kelihatan lebih bersahaja dan santai!

Akak gerenti, lepas ni ramai akan menunggu kehadiran Zul dalam slot drama atau filem untuk melihat kehebatan hero ini dengan watak yang berbeza. Tapi yang paling akak nak kongsikan kat sini adalah, kita patut melihat sudut positif karya penulis novel ini untuk renungan bersama! Watak Zill yang sangat menyayangi Armel dihidupkan dengan cukup cantik sekali walau pun ramai jugak yang kata Armel tu mengada-gada! Buat as a husband, nilai kesabaran, kesetiaan, kasih sayang dan yakin dengan ketentuan Illahi, itu yang wajar dilihat oleh kita semua! Dalam kehidupan sekarang ni, kemewahan bukan segalanya! Ada kemewahan tapi hidup tak bahagia pun tak guna! Bukan bermaksud miskin itu tanda bahagia! Cuma kehidupan ini perlu seimbang antara kehidupan di dunia dan persediaan menuju akhirat! Dalam kehidupan berumahtangga, suami dan isteri perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tiada yang sempurna, namun kita harus menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing secara positif dan memilih jalan untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing, serta berusaha ke arah membentuk sebuah keluarga yang bahagia! Bergaduh dan bertengkar itu perkara biasa, namun bukan untuk dipanjang-panjangkan dan berlarutan sehingga membawa kepada masalah yang lebih besar lagi! Allah jadikan kita tidak sempurna, jadi belajarlah untuk menerima kekurangan diri sendiri dan melihat kelebihan pada insan lain! Dan juga lihat kelebihan diri sendiri yang boleh kita gunakan untuk melengkapkan kekurangan insan lain! Itu pandangan akak secara peribadi!

Last but not least ... kepada pengkritik bebas di media sosial, jangan pandang yang asyik menonton tv waktu Maghrib tu lupa solat dan tak ingat akhirat! Insya Allah solat masih terpelihara biar bagus manapun hero & heroin beraksi di kaca tv! Yang ramai menebeng kat luar rumah dan bersidai di kedai kopi, even ada yang bergolek & bersantai kat rumah tak tengok tv pun, belum tentu menyahut seruan Azan untuk menunaikan solat! As I said, hidup di dunia kena seimbang! Tak de manusia yang tak melakukan dosa, namun jangan suka menilai manusia kalau kita tak tau hakikat yang sebenarnya, sebab sedangkan amalan kita pun belum tentu cukup dan sempurna untuk menuju akhirat! Mencari kelemahan dan kesempurnaan di dalam kehidupan sendiri itu lebih baik daripada mencari kesilapan orang lain ....

Wasallam .....

-InaChomel-