Friday, December 28, 2012

YELLOW CAKE

Salam sume,

Dah lama tak dapat bersiaran! Sibuk gitewwww!

Sibuk ler .... anak nak sekolah, mak ngan bapak yang sibuk ke hulu ke hilir, cari baju, beg, beli buku, bayar yuran, itu kurang, ini tak cukup! Dah balik rumah ada aje lagi yang lupa nak dibeli!

Haiiiii ... gitu ler rupenye kalau ada anak yang masih bersekolah. Hujung tahun memang busy dengan aktiviti shopping barangan sekolah. Yang penting keperluan setiap anak ada. Jangan sampai meminjam barang kengkawan lak nanti. Selalu akak pesan kat anak-anak, kalau tak de, bagitau, jangan guna barang kawan, nanti kawan pun nak pakai jugak! Kalau awak dah menyibuk pakai kawan punye barang, nanti mak ngan bapak dia marah! Bebudak ni kekadang bukannye tak de barang sendiri, tapi karang barang kawan dia lain sikit aje dari yang dia ada, mulalah nak try dan pinjam! Tu yang akak tak suka tu. Ada sesetangah parents tak kisah, tapi sesetangahnya sangat mengambil kisah hal kecil-kecil macam ni. So, sebagai ibubapa kita perlu peka. Biarlah kita lengkapkan barangan keperluan anak kita, jangan sampai mereke meminta-minta dari kawan-kawan! Itu yang selalu akak pesan! Tapi namanye pun bebudak, sesekali check barangan sekolah, kekadang ada jer terbabas barangan macam pensil dan pembaris dalam kotak pensil dia orang. Dari kecil dilatih, semoga anak-anak bijak mengatur dan menguruskan diri sendiri bila besar nanti.

Ok, dah lama tak ngomel, panjang lah pulak!!!

Dan sebab dah lama tak membaking, kali ni akak try resepi dari blog Kak Pat. Try ler, lembut dan gebu kek ni. Lebih lama simpan dalam tupperware, lagi lembab kek ni ...

Silalah ikut step-by-step resepi yang akak CnP dari blog Kak Pat! Sedap sudah pasti!

YELLOW CAKE 
Sumber : PATY’S KITCHEN

Adapted - http://smittenkitchen.com/blog/2009/07/best-birthday-cake/
Yield: Two 9-inch round, 2-inch tall cake layers, and, in theory, 22 to 24 cupcakes, two 8-inch squares or a 9×13 single-layer cake (I have yet to audition the cupcakes, shame on me)

Bahan-bahan :-
  • 4 cups plus 2 tablespoons (480 grams) cake flour (not self-rising)/ 4 cawan tepung cake ( bukan tepung naik sendiri)
  • 2 teaspoons (10 grams) baking powder / 2 sdt baking powder
  • 1 1/2 teaspoons baking soda /1 1/2 sdt baking soda
  • 1 teaspoon (5 grams) table salt / 1 sdt garam
  • 2 sticks (1 cup, 1/2 pound or 225 grams) unsalted butter, softened / 225 g mentega
  • 2 cups (400 grams) sugar / 2 cawan gula
  • 2 teaspoons (10 ml) pure vanilla extract / 2 sdt vanila
  • 4 large eggs, at room temperature / 4 biji telur
  • 2 cups buttermilk (475 ml), well-shaken / 2 cawan buttermilk
Cara penyediaan :-
  • Preheat oven to 350°F. Butter two 9-inch round cake pans and line with circles of parchment paper, then butter parchment. (Alternately, you can use a cooking spray, either with just butter or butter and flour to speed this process up.)/ Panaskan ketuhar pada 350 F dan oleskan  loyang 9" dengan kertas minyak letak sebelah.
  • Sift together flour, baking powder, baking soda, and salt in a medium bowl. In a large mixing bowl, beat butter and sugar in a large bowl with an electric mixer at medium speed until pale and fluffy, then beat in vanilla. Add eggs 1 at a time, beating well and scraping down the bowl after each addition. At low speed, beat in buttermilk until just combined (mixture will look curdled). Add flour mixture in three batches, mixing until each addition is just Incorporated./ Ayak semua bahan kering dan letak sebelah. Dalam mangkuk lain pukul mentega dan gula sehingga kembang masukkan vanilla. Masukkan telur sebiji demi sebii. perlahankan speed  dan masukkan buttermilk. Masukkan tepung dalam tiga bahagian
  • Spread batter evenly in cake pan, then rap pan on counter several times to eliminate air bubbles. (I like to drop mine a few times from two inches up, making a great big noisy fuss.) Bake until golden and a wooden pick inserted in center of cake comes out clean, 35 to 40 minutes. Cool in pan on a rack 10 minutes, then run a knife around edge of pan. Invert onto rack and discard parchment, then cool completely, about 1 hour./ Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan curahkan ke dalam loyang pembaker bakar selama 30-40 minit stau sehingga masak.
-InaChomel-

Wednesday, December 12, 2012

CHICKEN CHOP

Salam sume,

Selamat pagi ..... wahhhh hari ni ramai yang memilih untuk mengabadikan tarikh 12.12.12 untuk hari bahagia masing-masing. Kebanyakkannya memilih untuk berkahwin pada tarikh keramat ini ... yelah sekali terjadi dalam 100 tahun.

Logiknya ramai yang memilih tarikh ini adalah kerana nombornya yang cantik tersusun, dan lebih mudah nak ingat Maklumlah ... bila dah tua nanti, bila anak cucu tanya bila atuk ngan nenek kahwin, senang jer nak ingat .... 12 tiga kali!!!

Tapi, walau apa pun tarikh yang kita pilih, tarikh tu bukanlah faktor penentu kepada segalanya. Jika kita sendiri tak bijak mengurus kehidupan kita, tarikh keramat mana pun tak memberi apa-apa makna buat kita. Yang penting, kita mestilah menjadi seorang yang matang, bertanggungjawab, dan menghargai segala nikmat dan rahmat yang diberikan Allah buat kita. Hidup perlu sentiasa bersyukur supaya kita tidak lupa akan nikmat yang diterima. Janganlah sesekali kufur akan nikmat yang Allah berikan buat kita semua. Apa yang kita ada sekarang ni bersifat sementara, dalam sekelip mata Allah boleh menarik nikmat yang diberikan buat kita. Jadi, hidup dalam dunia ni kena selalu beringat dan berkongsi dengan yang lain. Kelebihan yang Allah berikan kat kita bukan untuk diri kita seorang. Sebaliknya bila kita berkongsi dengan orang lain, itu lebih barakah dan lebih mulia.

Cukup, cukup, sudah ... cukup sampai di sini saja tazkirah ringkas untuk pagi ni yea ... akak ni bukanlah ustazah, sekadar nak kongsi pandangan sahaja dengan korang!

Untuk kali ni, akak nak share resepi yang dah lama sungguh kami ngidam nak makan tapi baru berkesempatan nak buat. Nak makan kat luar macam tak berapa nak kenyang gitu, maklumlah perut masing-masing besar tempayan!!! Jadik masak ler sendiri. Masak sendiri lebih muai dan anak-anak serta suami lebih menghargainya ..... walau pun penat masak, tapi hati gembira!

Ehhhh, banyak plak songel ye ... Kalau bercakap memang susah nak berhenti ... tu mesti ada tahi lalt kat tepi bibir!!!!

Resepi ini akak dapat dari blog Dapur Kak Jee dan dari buku masakan Nostalgia Medan Selera! Sedap dah pasti! Thumbs up! Tak percaya cubalah korang buat sendiri, tak susah mana pun. Yang penting puas hati dengan hasil masakan yang korang masak! Biasanye anak-anak dan suami jarang kata apa yang kita masak tu tak sedap. Especially kanak-kanak, dia memang tak pandai berbohong. Wokehh .... meh lihat resepi ni ye .... jangan bimbang, kalau ikut cara dan sukatan yang betul, memang menjadi ..... ye, ni pun first time kaka ikut resepi ni, tapi menjadi (....... aku dah penat masak korang kata tak sedap!!! Nahas!!!).

CHICKEN CHOP
Sumber : Dapur Kak Jee

Penyediaan Ayam (sumber : Buku masakan Nostalgian Medan Selera) :-
  • 1 ekor ayam - buang tulangnya dan potong 4, kemudia bahagian dada dibelah dua sebab isi di bahagian ini agak tebal. Potong bahagian kepak supaya mudah untuk digoeng nanti. Biasanya akak minta penjual ayam buangkan tulang dan potong kepada 4 bahagian. Yang lain akak potong sendiri.
  • Rebusan stok ayam - ambil tulang ayam tadi dan direbus untuk dijadikan stok.
  • 2-3 sudu besar kicap pekat.
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung 
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan :-
  • Cuci bersih isi ayam tadi dan toskan seketika.
  • Dalam mangkuk besar, masukkan ayam, lada sulah dan kicap pekat. Kacau rata dan biar seketika. Kalau nak goreng terus pun boleh.
  • Dalam mangkuk bersih yang lain, pecahkan telur tadi dan pukul sedikit. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Jika inginkan sedikit rasa garam, boleh letakkan garam.
  • Panaskan kuali dan minyak.
  • Celup ayam yang diperap seketika tadi ke dalam bancuhan telur dan goreng sehingga masak.
  • Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.
Penyediaan kuah (Dapur Kak Jee) :-
  • 1 biji bawang holland - potong dadu
  • 1-1 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1/2 tin cendawan - dihiris nipis
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Air rebusan stok ayam
  • 1-2 sudu teh serbuk lada hitam - akak tambah!
  • Garam
  • Mentega @ minyak zaitun
Cara penyediaan :-
  • Panaskan kuali dan masukkan mentega atau minyak zaitun.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga layu.
  • Masukkan cendawan dan kacau rata.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau lagi hingga mendapat warna brown yang dikehendaki.
  • Masukkan air rebusan stok ayam tadi dan kacau rata.
  • Masukkan pula serbuk lada hitam dan garam.
  • Kacau rata hingga mendidih dan mendapat kepekatan kuah yang dikehendaki, tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat.
  • Angkat dan ketepikan.
Penyediaan kentang putar (Dapur Kak Jee) :-
  • 3-4 biji kentang dicuci bersih dan direbus hingga empuk tanpa membuang kulitnya.
  • 1/2 cawan susu segar.
  • 1-2 sudu besar mentega.
  • Sedikit garam.
Cara penyediaan :-
  • Di dalam mangkuk yang sesuai, lenyekkan segera kentang yang telah empuk dan dibuang kulitnya.
  • Masukkan mentega dan garam, kacau rata.
  • Masukkan susu segar dan kacau rata lagi. Jika kurang rasa lemak dari mentega, boleh ditambah sedikit lagi. Perlu seimbangkan rasa masin dari mentega dan garam yang dibubuh tadi.
  • Ketepikan bila dah siap.
Penyediaan salad sayur campuran (Dapur Kak Jee) :-
  • 2 cawan mixed vege dicelur seketika dalam air panas.
  • Toskan dan gaulkan dengan 1-2 sudu besar mayonis.
  • Kacau rata dan ketepikan.
Cara hidangan :-
  • Gunakan pinggan yang sesuai dan ambil 1 bahagian ayam yang telah siap digoreng tadi.
  • Cedukkan 1-2 sudu besar kentang putar.
  • Cedukkan 1-2 sudu besar salad sayur campuran.
  • Curahkan kuah pada ayam dan juga kentang putar.
  • Sedia dimakan bersama sos cili kegemaran.
  • Jiak suka, boleh ditambah dengan kentang goreng (french fries).
Senangkan! Nampak je panjang berjela, tapi sebenarnya senang jer ..... dalam 1 masa boleh menyambil buat persediaan untuk hidangan sampingannya ... cubalah, tak cuba tak tau ......

-InaChomel-

Wednesday, December 5, 2012

MEE BANDUNG

Salam sume,

Dah sempat holiday ke belum dengan family masing-masing? Ada yang sudah, dan ada yang masih belum berpeluang lagi ... macam akak ler ... masih tak nyempat lagi nak cuti-cuti ngan family.

Yang baru lepas exam, baru nak menarik nafas lega dan nak santai! Akak insyaallah pertengahan bulan ni baru sempat cuti. Nak ke KL, ada cousin yang akan kahwin! Then, menjelang Krismas nanti akak cuti sekali lagi, tapi bukan untuk holiday, tapi lebih kepada nak uruskan keperluan sekolah anak-anak. Nak beli baju sekolah, buku sekolah dan bayar yuran sekolah! Cuti akak banyak lagi, tapi pak we akak dah tak de cuti pasal asyik ikut akak ke GH aje untuk buat check-up.

Untuk siaran kali ni, akak nak share resepi Mee Bandung yang menjadi kegemaran family akak. Akak masak mee dah lebih 2 minggu lepas, tapi tak sempat nak upload bahana sibuk mengejar ststik untuk bulan lepas! So, ada sedikit masa terluang ni, akak nak kongsi ngan korang sume.

Kalau ikutkan boleh beli yang ready made aje, tapi pak we aka tak berapa suke, katanya rasa mee bandung tu tak berapa nak pure, jadikkkk, kena lah buat pes mee bandung ni sendiri!!! Ok, pada yang ingin mencuba buat sendiri, meh lihat resepi nii ....

MEE BANDUNG
  • 2 genggam udang kering - direndam hingga kembang dan dikisar hingga halus
  • 2 sudu besar bawang putih kisar*
  • 8 sudu besar bawang merah kisar*
  • 8-10 sudu besar lada kering kisar *
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan pes mee bandung :-

  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan pecah minyak.
  • Masukkan udang kering kisar, kacau rata dan masak lagi dalam tempoh 10-15 minit.
  • Masukkan gula dan kacau rata. Untuk mee bandung, pesnya mestilah agak manis sedikit untuk seimbang dengan rasa pedas. Apabila telah mula pekat, angkat dan ketepikan.
 Lain-lain :-
  • 1 kg mee kuning
  • 2 biji tomato - dibelah lapan
  • 2 keping fish cake
  • 400 gm hirisan daging lembu yang telah direbus empuk
  • 400gm udang dibuang kulit, tinggalkan kulit ekor sahaja
  • 10 biji fish ball
  • 3 biji telur
  • Stok air rebusan daging atau rebusan kulit udang.
  • Sawi
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Bawang goreng
Cara penyediaan :-
  • Masukkan stok air rebusan ke dalam kuali dan biar hingga mendidih.
  • Apabila mendidih, masukkan pes yang telah siap dimasak tadi sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan kuah yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  • Kecilkan sedikit api, masukkan telur satu persatu. Apabila telur sudah menggeras, keluar dari kuah supaya telur tidak pecah apabila dimasuk bersama bahan lain.
  • Masukkan daging dan udang.
  • Masukkan juga fish ball dan fish cake dan biarkan mendidih.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Jika kurang manis, boleh tambahkan sedikit lagi gula.
  • Akhir sekali, masukkan sawi yang telah dikerat dan dicuci bersih.
  • Dalam mangkuk hidangan, masukkan mee dan tabur buah tomato yang telah dipotong kecil.
  • Letakkan telur yang diketepikan tadi di atas mee.
  • Curahkan kuah yang telah siap dimasak. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng dan sedia untuk di makan.
Untuk mengelakkan mee menjadi lembik, akak memang tak masak mee bersama kuah. Cara yang sama juga akak buat bila masak mee sup atau mee yang berkuah. Dengan cara ini, mee lebih tahan lama dan lebih sedap dimakan. Tapi kalau nak masak mee bersama kuah pun boleh, ikut citarasa masing-masing. Lebihan pes mee bandung ini boleh simpan di freezer untuk kegunaan di lain masa.

Selamat mencuba.

-InaChomel-