Tuesday, November 19, 2013

CHICKEN LEMON

Salam sume ....

Curi masa kejap waktu rehat ni ye .... curi masa tak pe jangan mencuri bende lain pulak!!!

Dah 2 hari duduk bertapa present pasal dasar kat ofis ni! Pening dan penat! Semua ada! 

Harap-harap lepas ni tak de ler lagi nak menyemak dasar yang dah 6 tahun tergelendat. Dari bersidang di Bukit Tinggi sampai ke kaki bukit la ni masih tak settle lagi! Well .... tengok je ler  sampai mana nanti siapnye .... mata dah ngantuk semacam jer ni ....

Ok, kali ni nak share masakan yang buat kali kedua akak cuba sebab first time buat dulu tak berapa nak menjadi kuahnye tu .... Chicken Lemon! Ini semua gara-gara balik dari family day kat Melaka tu ler .... kat sana masa dinner ada disediakan lauk ni sebagai salah satu menu. Bila dah banyak makanan jadiknye rambang mata, so bila sampai giliran nak makan ayam ni masa tu dah agak sendat perut ni, maka dapat makan sikit. Tapi teringat-ingat pulak bila dah sampai JB. So tu yang akak cari resepi ni ... menjadi jugak! Cuma kalau bagi yang dah biasa makan yang pedas-pedas, Chicken Lemon ni mesti digandingkan dengan satu menu lain yang pedas seperti sambal tumis, asam pedas, lemak cili padi dan sebagainya. Kalau saja aje makan chicken lemon ni ngan nasi putih memang tak jadik ler ... Tapi kalau makan ngan nasi goreng pedas ok rasanye .... Kalau meratah aje lagi sedap kut ....

Ok jom tengok resepi ni ...

CHICKEN LEMON
  • 2 keping isi dada ayam di potong sederhana tebal kecil-kecil
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • sedikit lada sulah
  • 1 biji telur
Gaul rata dan perap kesemua bahan selama 1 jam dalam peti sejuk.
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk  menggoreng
Keluarkan ayam dari peti sejuk.
Gaul isi ayam dengan tepung satu persatu dan gorengkan hingga kuning dan garing.
Angkat dan toskan.
Susun dalam pinggan dan ketepikan seketika.

Kuah sos lemon
  • 1 cawan stok ayam - akak bancuh 2 sudu kecil serbuk pati ayam dengan 1 cawan air suam.
  • 1 sudu besar sos plum 
  • 3 1/2 sudu besar jus lemon 
  • 2 sudu besar cuka - yang ni akak tak letak
  • 4 sudu besar gula 
  • 2 sudu teh tepung jagung 
  • Minyak secukupnya
Campur semua bahan dalam kuali dan masak dengan api kecil hingga kuah pekat dan menjadi jernih.
Siap dimasak, curah kuah ke atas isi ayam yang siap digoreng tadi.

Terima kasih kepada Kak CT dari batu lesung kerana memberi resepi ini yang akak ubah suai sket ikut tekak akak ni! Yang pasti sedap! Licin ... salad tu pun ghaib sekali!

-InaChomel-


Wednesday, November 13, 2013

MEE GORENG BASAH

Salam sume,

Dah sarapan? Ke ada yang berpuasa sempena bulan Muharram ni! Yelah ... esok 10 Muharram, jadi mungkin ada yang berpuasa sunat ari ni dan esok! 

Beberapa hari lepas akak ada terdengar di radio Ikim.fm tentang puasa sunat di bulan Muharram, khususnya puasa pada 10 Muharram. Menurut ustaz yang bersiaran pada pagi tu, orang Yahudi pun puasa pada 10 Muharram atas niat dan tujuan tu akak dah lupa. Jadi sebaiknya, bagi umat Islam untuk berpuasa pada 9 & 10 Muharram agar puasa umat Islam itu tidak menyamai puasa orang Yahudi. Wallahhuallam ... kalau tersilap, silalah rujuk kepada yang pakar ye! 

Sebut kisah orang Yahudi ni, akak ari tu pun ada terdengar pasal kisah pohon Yahudi atau pokok Gharqad, pohon yang melindungi kaum Yahudi semasa berlakunya perang antara orang Islam dan Yahudi nanti. Dan itu sebab orang Yahudi sekarang ni menanam pokok ini untuk melindungi mereka, kerana kelak di akhir zaman, semua pokok dan batu akan bercakap bahawa ada orang Yahudi yang sedang berselindung di sebalik aku kecuali pohon Gharqad yang hanya mendiamkan diri. Itu aje yang akak boleh kongsikan, akak ni bukan arif sangat, tetapi kalau berminat nak tahu lebih lanjut, bolelah cari dari sumber-sumber yang sahih! Akak google pasal pokok Gharqad ni pun pasal nak tau kisah sebenarnya .... tak tahu kita ambil tahu, bukannya diam buat tak tahu!

Oklah, hari ni nak share masakan simple yang akak rasa sejak akhir-akhir ini dah blurr tak tau nak masak apa! So ari tu akak suruh pakwe beli mee kuning masak Mee Goreng Basah! Mee ni kalau dimasak mesti dimakan segera atau nanti mee ni kembang ... dah tak berapa nak cun untuk ditelan! Biasanye gandingan mantap untuk makan mee ni adalah lada hijau jeruk! Dah lama tak buat lada hijau jeruk, sekali makan ari tu, tangkap sakit kat kaki ni ... gout ke? Jauhkan ... selama ni tak ade penyakit gout! Since masak ala bidan terjun, maka rencah pun tak meriah! Kalau nak meriah bolehlah tambah sotong, udang, ketam dan sebagainya yang sesuai! Ok ... jom lihat resepi mudah yang akak rasa dah beberapa kali juga akak upload kat blog ni!

MEE GORENG BASAH
  • 1 kg mee kuning - kalau untuk makan 1-5 orang, boleh kurangkan kepada 500 gm aje.
  • Taugeh - RM1.00 - buang helmet hitamnye, kalau rajin boleh petik ekornye sekali.
  • Sawi - RM1.00
  • Tomato - dibelah lapan
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 sudu besar bawang merah kisar
  • 6-8 sudu besar lada kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering - rendam dan tumbuk halus
  • Fish cake - dihiris tipis
  • Fish ball - dibelah dua
  • Udang - buang kepala dan sebahagian kulit badan - akak tak letak
  • Sotong - potong bulat - akak tak letak
  • Daging - hiris nipis - rebus dahulu hingga empuk kalau nak cepat dan mudah
  • 3-4 sudu besar Kicap Manis
  • 2 sudu besar - Sos tomato
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Air
  • Daun sup, daun bawang
  • Bawangn goreng
  • Lada hijau jeruk
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak.
  • Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan udang kering kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan sos tomato dan kicap manis. Kacau rata.
  • Masukkan fish ball, fish cake, udang, daging dan sotong, kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan pula telur biar sedikit mengeras, baru dikacau.
  • Tambah air ikut tahap basah mee yang kita kehendaki.
  • Tambah garam, gula dan serbuk perasa. jangan terlalu banyak sebab dah masukkan kicap manis tadi. Jangan terlalu cair!
  • Masukkan mee, sawi dan kacau rata.
  • Masukkan tomato dan taugeh. Kacau sekejap aje dan matikan api.
  • Hidangkan dengan taburan hirisan duan sup, daun bawang dan bawang goreng. Cedukkan lada hijau jeruk dan sedia untuk dimakan!
  • Kalau ada tauhu, goreng 1-2 keping tahu hingga garing dan potong memanjang, taburkan semasa nak makan! Cun nak!!!
LADA HIJAU JERUK
  • 5 batang lada hijau - dihiris bulat dan saring biji lada dengan tapis.
  • Cuka
  • Gula
  • Garam
Masukkan lada yang telah disaring dari bijinya ke dalam mangkuk.
Tuangkan cuka sekadar lada terendam sahaja.
Masukkan garam dan gula, kacau rata dan biar dalam 1 jam baru digunakan.
Mesti ada rasa masam dan manis dan rasa pedas dari lada!

Kalau rasa nak berpuka puasa petang ni dengan mee goreng basah, silalah cuba! Makan masa panas-panas, agak-agak lagi 20 minit nak azan Maghrib, bolelah mula menumis, kalau dah siap menumis awal, padam api dulu, lagi 5 @ 10 minit sebelum azan boleh panaskan semula kuah dan dimasukkan mee dan sayuran. 

Selamat mencuba!

-InaChomel-

Monday, November 11, 2013

MERAHNYE MAK NGAH ....

Salam sume,

Bersua kali ni dengan celoteh pasal kisah Hari Keluarga KKSPSZ .... kelab keluarga kat ofis akak ni! Akak tumpang membership pak we, keje satu jabatan, tak yah dua-dua jadik ahli! Sorang jer cukup! Jimat sket! Kedekut! ....... Bukan kede ... tapi membazir itu amalan syaitan! Kwang kwang kwang ....

Oklah! Ini citer last week. Kita orang ada event ni kat Bayou Lagoon Resort di Melaka. Pergi ari Sabtu balik ari Ahad. Masa pergi tu kita orang singgah jap kat Tangkak. Tua gambo budak dua orang pakai skirt labuh tu ... beli kat Tangkak! Asalnye mak dia yang nak beli, tapi tak de yang berkenan, anak ler yang dapat! Lepas tu gi makan kat Alor Gajah. Makan rojak kat medan selera di Menggong! Iman makan sate dan nasi ayam dia share makan ngan akak! My laling makan rojak jer. Nurul makan nasi ayam! Then around 3.40 kita orang sampai kat resort ni!

Memang cantik ler, tempat baru, ada water park, out door activities! Kita orang ni team merah! So masa dinner malam tu sume pakat pakai t-shirt merah! Gambo kat atas nu lepas dinner. Tangan penuh pegang hadiah cabutan bertuah, hadiah game dan goody bag untuk setiap family!

Cite pasal family day ni memang best! Yang buat tak bestnye adalah service kat resort ni! Rata-rata family yang join program kita orang menyumpah dengan service lift resort ni!. Tekan button nak turun ... memanjang jer lift ni penuh! Tunggu lift macam tunggu bas pulak, nak dekat setengah jam baru dapat guna servis lift ni! Sudahnye kita orang pilih button up, masuk aje lift tu, naik pun naik ler, janji dapat guna lift. Sampai ke penthouse ngko, lepas tu turun semula ... itu pun setiap level lift tu berhenti pasal ramai yang tunggu nak guna servis lift! Nak tunggu kosong hampehhh!!! Boleh jadik hangin satu badan masa nak tunggu lift ni! Service makan pun out. Makanan tu masakannye ok jugak. Tapi serving makanan out! Janji breakfast pukul 7 pg, tapi tak siap lagi, hampir 20 minit tunggu baru siap. Lunch pun sama ... setengah jam tunggu baru siap! Ini bukan nak jatuih reputasi, tapi untuk improve service! Masa nak check-out, dalam lift kebetulan ada staf hotel, akak pun membebel pasal servis lift yang teruk sesangat nih! Budak tu boleh kata biasalah masa time nak check-out memang ramai yang guna lift! Akak jawab balik, tak de makna nye, pukul 3, 4, 5, 6 pun sama aje. Tak efisyen langsung. Budak tu benggang kut, nasib baik dia turun dulu ... kalau tak mau menanah telinga dia dengor akak membebel! Satu yang akak puji, bilik studio resort ni memang luas. Ada dua bilik lagi, ruang tamu tu boleh bentang toto lagi kalau atang ramai. 1 studio room boleh masuk 6-8 persons. To be honest, improve service, or else jangan salahkan customer kalau keluar komen sana sini pasal service yang tak berapa menyenangkan! 

Anyway, memang enjoy ler ... mana tak, just bayar RM100 aje, 2 hari 1 malam, macam2 dapat! Yang penting enjoy dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik! Semuanya dipermudahkan ... alhamdullillah! See u for another 2 years ... kat mana plak? InsyaAllah panjang umur berjumpa lagi!



-InaChomel-

Thursday, November 7, 2013

PIZZA ROTI PITA ... PIZZA ORANG MALAS!

Salam sume,

Melepas rindu betul nampak gayanye ye .... pagi petang upload N3!!! Kata banyak keje??? 

Keje sampai bila pun tak abis! Penat dan tegang aje rasa leher ni ... kita rehat kejap!

Beberapa minggu yang lepas akak and hubby teringin yang amat sangat nak balun pizza. Nak uli tepung bahan-bahan tak de! So masa gi beli barangan dapur kat Giant Tampoi, akak terperasan roti pita ni! Roti pita pun boleh ler ... Roti pita yang selalu orang guna untuk buat kebab tu ... Ngko bagaikan ler pulak untuk buat pizza! Kita buat dia, yang penting sedap n kenyang!

Akak cuma tinggal beli keju mozarella jer, yang lain ada stok kat umah! Tapi ngidam nak makan pizza yang original belum habis lagi nih! Tak puas rasanye makan yang akak buat versi roti pita! Pakwe dah kata anytime boleh ... tapi sebenarnye dia lebih suka pizza yang dibuat sendiri, banyak inti katanye! Kalau beli yang ready-made, macam tak puas makan, inti sedikit! Tapi akak nak share kat korang jugak. Agak-gak korang ada perasaan malas tapi selera kebabom macam kita orang ni, cubalah buat pizza versi roti pita ni, sekeping dah kenyang! Akak ari tu makan sekeping untuk breakfast, lunch skipped, minum petang pun bila sedawa masih ada terasa pizza lagi! Dah jom tengok resepi orang malas nih .....

PIZZA ROTI PITA
  • Roti pita - boleh pilih flavour ikut citarasa masing-masing.
  • 1 biji bawang holland - potong bulat kasar-kasar
  • 2 biji tomoto - potong bulat sederhana tebal
  • 4 batang sosej - potong serong
  • 4 batang crabstick - potojng serong
  • 1/2 biji lada capsium merah dan hijau - potong macam french fries
  • Cendawan butang - hiris nipis-nipis
  • Nenas kiub - yang tak de, kalau ada lagi power!!!
  • Sos lada hitam
  • Mayonis
  • Sos tomato
  • Serbuk oregano
  • Keju mozarella - diparut
Cara penyediaan :-
  • Ambil sekeping roti pita.
  • Sapukan sos tomato pada permuka roti rata-rata.
  • Taburkan sosej, crabsrick, lada capsicum, cendawan butang, nenas, tomato dan bawang holland rata-rata.
  • Picitkan sos lada hitam dan mayonis, dan taburkan dengan keju. Akhir sekali taburkan sedikit oregano serbuk.
  • Bakar selama 10-15 minit dengan kepanasan suhu 200 darjah celcius.
  • Potong pizza dan makan semasa masih panas.

-InaChomel-

MARBLED CHOCOLATE-PEANUT BUTTER CAKE

Salam sume,

Hai hai hai ... rinduku pada blog ini semakin mendalam. 

Semakin hari semakin sibuk gamaknye ... makin nak abis tahun makin banyak keje! 

Well makan gaji namanye ... kenalah buat keje, tak nanti tak berkat lak duit gaji yang dapat tiap-tiap bulan kan!!! Itu pun ada segelintir yang 'kaki cilok' gak kat ofis ni!

Oklah, tak nak cakap banyak ... azam tahun baru Hijrah .... sama-sama ingat-mengingati ye ....

Ini kali ... nak share resepi dari buku yang dah hampir 6 @ 7 tahun akak beli, tapi dok terperap aje kat dalam bakul buku! Bukan malas, tapi selalu lupe apakah koleksi buku yang akak beli hinggalah bila mengemas rumah, baru jumpa dan tak sangka macam2 ada ...... 

So komen untuk kek ini ... sedap sebab lemak dengan rasa peanut butter dan coklat. Coklat glaze tu memang sedap, lemak dan manis. So control sketlah kalau ada diabetis ye! Kek tu tak berapa lembut sangat tapi i loike! Tapi tak le keras macam batu. Cuma tak selembut kek yang pernah buat sebelum ni ... maybe pasal ada campuran peanut butter ku!!! Rasa memang agak manis walau pun akak dah kurangkan sket sukatan gula, tapi masih boleh ditelan lagi tahap kemanisannye ... cuma kalau letak coklat glaze, next time kandungan gula dalam kek memang kena kurangkan lagi sket. Overall kek ni sedap pada tekak akak, pakwe pun kata sedap. Kat umah pun yang akak dah potongkan untuk bebudak makan, dah tinggal separuh. Kalau nak cuba, silakan ...

Marbled Chocolate-Peanut Butter Cake
Sumber : Chocoholic : 50 irresistible indulgences : the ultimate cook's collection by Elizabeth Wolf-Cohen. Published by Southwater.
  • 115gm  coklat masakan - akak guna dark chocolate
  • 1 cwn mentega
  • 1 cwn peanut butter
  • 1 cwn gula - akak letak 3/4 cwn aje ... pun terasa manisnye ...
  • 1 cwn padat gula perang - next time mungkin boleh kurang sket ...
  • 5 biji telur 'A'
  • 2 cwn tepung*
  • 2 sudu teh baking powder*
  • 1/2 sudu teh garam halus*
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1/3 cwn coklat cip
Cara penyediaan :-
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boil.
  • Satukan bahan bertanda * dan ayak. Gaul rata dan ketepikan.
  • Pukul mentega, gula, gula perang dan peanut butter hingga ringan dan berkrim.
  • Masukkan telur satu persatu.
  • Masukkan tepung bersalng seli dengan susu segar. Gaul rata.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  • 1 bahagian dimasukkan dengan coklat cip dan satu bahagian lagi dimasukkan dengan coklat yang telah dicairkan. Kacau rata.
  • Oleskan mentega pada acuan kek. Akak guna acuan bundt cake. Masukkan 1 sudu aduna coklat berselang seli dengan adunan plain hingga habis. Lorekkan corak menggunakan pisau dan bakar selama 50-60 minit dengan kepanasan oven 180 darjah celcius.
  • Setelah masak, sejukkan di atas redai. Tuang chocolate glaze dan sedia untuk hidangan.

Chocolate Peanut Butter Glaze
  • 2 sudu besar peanut butter
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu teh vanilla essence
  • 170gm coklat masakan
  • 1 sudu besar air

Masak semua bahan atas api dengan api yang kecil. 
Kacau hingga adunan cair dan licin.
Tuang atas kek yang telah siap dibakar tadi.

-InaChomel-