Wednesday, January 29, 2014

PAI @ PIE ....

Salam dan selamat pagi sume ...

Wahhh .... bestnye datang kerja ari ni, aman damai jalanraya ... tak sesak! Ada sebahagian sekolah dah mula cuti ari ni, seminggu! Dapat ler keluar rumah lambat sket!

Sehari dua ni pasti pasar sesak sebab malam esok Chinese akan makan besar untuk sambut CNY. Malays pun kena standby gak stok lauk ni, tak pasti lama ke tak stok makanan basah akan cuti dari penghantaran! So kena tengok esbok tu ada stok tak! Kalau tak de makanye cari di hypermarket atau canned foods ler jawabnye .... haa ... sardin pasti dalam senarai! Sedap apa sardin! Tapi anak akak, Iman tak suke! 

Ok, this morning akak nak share resepi pai @ pie yang akak dapat dari blog DTS. Teskstur doh ni sedap, lembut! Tapi akak tambah sikit lagi bilangan air sejuk tu sebab masa sediakan doh tu macam terlalu kering. Untuk kali ni akak buat 2 adunan sebab akak ada stok inti yang agak banyak dan dalam masa yang sama nak pulang piring jiran sebelah. Akak gunakan aluminium foil saiz sederhana aje. Sedap! Makan masa panas-panas lagi best, dan kalau buat sos lada hitam lagi cun. Akak, tak sempat nak buat sos tu .... so makan dengan sos cili @ sos lada hitam ready made pun boleh! Inti tu akak buat ikut resepi sendiri, tapi kalau nak cuba resepi Che Mat ni pun boleh. Stok dah ada, malas lak nak buat inti lain. Nak cuba? Silakan .... pasti suka! Che Mat, saya copy n paste aje ye .....


DOH PAI


300 gram tepung gandum

150 gram mentega, didadu kecil dan simpan dalam peti sejuk

1/4 camca teh garam 

1 camca teh gula aising

4 - 5 camca besar air ais --- akak lebihkan
Telur - untuk sapuan atas pai --- akak titiskan pewarna kuning untuk nampak striking sket!

INTI PIE
250 gram dada ayam tanpa tulang, dipotong kiub
6 biji cendawan butang, didadu
1/2 cawan mix vege (karot, jagung dan kacang pis)
2 helai bay leaf
1 cawan susu segar
1 camca teh lada hitam, ditumbuk halus
1/2 kiub pati ayam
1 biji bawang holland, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 camca besar mentega
1 camca teh tepung jagung + 2 camca besar air = kacau rata
Garam secukup rasa

Cara penyediaan :-
  1. UNTUK PASTRI :- Satukan tepung, gula aising, garam halus dan mentega sejuk, kemudian ramas dengan hujung jari hingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Masukkan sedikit demi sedikit air ais sambil digaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, bungkus dengan plastik cling dan simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
  2. UNTUK INTI PIE :- Panaskan mentega dalam non-stick pan, tumis bawang holland, bawang putih dan bay leaf hingga harum dan bawang layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Goreng isi ayam hingga berubah warna. Masukkan cendawan dan masak sekejap. Tambah susu dan kiub pati ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam masak.
  3. Masukkan lada hitam tumbuk, mix vege dan garam secukup rasa (anda rasa dulu baru letak garam). Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Keluarkan bay leaf dan sejukkan..
  4. UNTUK CHUNKY CHICKEN PIE :- Keluarkan doh dari peti sejuk, kerat dua doh dan simpan kembali baki doh dalam peti sejuk. Canai doh kurang lebih setebal 0.3 cm, terap dengan acuan bulat (yang ini ikut saiz acuan yang anda guna, pastikan saiz doh lebih besar dari saiz permukaan acuan) kemaskan dalam acuan tadi. Isikan dengan inti pie, terap satu lagi dengan acuan bulat yang bersaiz lebih kecil dan tutup permukaan pie. Tekan2 sedikit tepinya agar melekat dan cucuk2 dengan lidi sate. Kemudian hias atas pie dengan lebihan doh mengiktu kreativiti anda. Buat hingga siap (termasuk baki doh yang anda simpan tadi)..
  5. Sapu dengan telur pada permukaan pie dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 35 minit atau hingga masak dan permukaan pie keemasan. Pastikan anda bakar pie pada rak bawak oven untuk mendapatkan bahagian bawah kulit pie yang elok masaknya. Hidangkan dengan sos pilihan anda...Selamat mencuba!!..
 -InaChomel-

Tuesday, January 28, 2014

CUCUR UDANG ... AKHIRNYE!

Salam sume,

Nampak gayanye makin lama makin layu aje blog ni .... tuan tanahnye sibuk memanjang sampai tak de masa nak update blog ni!

Permulaan tahun 2014 ni nampaknye memang agak busy dengan macam-macam bende yang tak dijangka! Baru nak tarik nafas lega ... ada jer bende lain yang nak diuruskan! Mengah! Itu istilah orang tua-tua ... penat yang macam tak sempat nak bernafas ... ala-ala macam semput ler tu ....

Dan, seawal tahun 2014 ni pulak akak sedih dengar berita sana sini tentang isu hina menghina antara kaum dan agama sekarang ni .... Mana hilangnye semangat perpaduan yang sekian lama bertapak dalam diri kita? Tak sedarkah kita semua dengan pergaduhan sana sini untuk dijadikan iktibar! Nak tunggu dah huru-hara baru nak menyesal ke???? Paling menyedihkan isu-isu ini terjadi di institusi pendidikan yang kita harapkan dapat memupuk semangat kebangsaan dari kalangan pelbagai kaum. Dah jadi tak percaya pulak sekarang ni dengan orang yang selama ini kita sanjung sebagai insan yang banyak membina budaya harmoni di negara ini. 

Kita ingin hidup dalam suasana aman dan harmoni, tapi sayangnye sekarang ni macam dah ramai orang tak hargai kedamaian yang kita kecapi sekarang ni! Sedih ... nak jadikan contoh yang baik pada anak-anak pun dah tak de nilai murninye lagi ... malu sungguh ..... Memang bukan semua bersikap begini, tapi dek segelintir yang bertindak terlalu mengikut perasan dan tidak berfikir panjang, maka inilah padahnye ... so jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tidak menunjukkan contoh yang baik. Nanti barulah kita akan faham kenapa zaman sekarang ni ramai yang tidak mendengar kata, ... sebab, kita sendiri pun tidak menunjukkan etika yang baik untuk dicontohi .... Kalau dulu masyarakat negara ini sangat menyanjungi insan yang mendidik anak bangsa, tapi kalau inilah contoh yang kita paparkan pada masyarakat, wajarkah? Akak bukan nak salahkan sapa-sapa tapi, suasana macam ni dah tak harmoni. Kita hidup berjiran pun bercampur gaul dengan pelbagai bangsa. Kalau keluar rumah masing-masing berpaling muka, kan tak best macam tu. 

Kita ni sebenarnye kalau nak berbaik dengan orang sekeliling bukan susah pun! Tak kiralah apa bangsa sekalipun! Paling mudah, kalau ada tanam pokok yang ada kegunaannya untuk memasak macam lada padi, daun kari, daun kunyit, daun pandan, daun selasih dan macam-macam lagilah .... pelawa jer jiran tetangga ambik kalau ada keperluan untuk memasak! Senangkan! Akak pun tanam pokok-pokok ni kat luar kawasan pagar rumah, banyak pahala akak dah dapat tau ... keliling jiran akak ambik hasil yang tumbuh. Paling berjasa pokok cili padi dan pokok daun kari depan rumah akak tu ... ramai dah merasa hasilnye. Ada yang sampai mintak lagi kalau berbuah cilinye, yang mintak benih pokok pun ada! Sepokok cili padi banyak hasilnye, bukan hari-hari pun makan cili padi! Lagipun, memang akak pesan kat jiran tetangga, kalau nak guna ambik aje. Tak terhabisnye makan sekeluarga! Dari rosak dan busuk di pokok, baiklah sedekah ..... buat jeruk cili padi pun sedap, nak buat acar buah pun boleh gak! Kan banyak gunanye tu ...

Dah lama tak bersiaran, banyak lak celotehnye ... Well back to kisah dapur, just want to share something yang dah lama akak cari resepi yang sedap, senang dan tidak cerewet! Tidak cerewet dalam ertikata senang dan bila buat menjadi! Ha .... Cucur Udang! Dari blog Nasi Lemak Lover yang tuan tanahnya bernama Sonia. Memang mudah, goreng pun tak melekat disudip dan yang utama rasanye yang memang sedap. Tak bersisa ... habis licin! Kalau nak cuba, silakan, akak pun akan cuba lagi. Satu adunan ni dapat banyak juga, dalam 20 keping ada kut! Dapatlah kasi sepiring dua kat jiran sebelah dan jiran depan rumah tu.... Cuma akak tambah sukatan air tu sebab adunannya agak pekat, sukar nak ratakan pada permukaan sudip panas masa nak goreng nanti.

CUCUR UDANG
Sumber : Nasi Lemak Lover
  • 500 gm tepung
  • 20 gm tepung naik sendiri
  • 10 gm tepung jagung
  • 550 ml air --- akak tambah lagi sikit, terlalu pekat
  • 250 gm taugeh - buang helmetnye aje, ekor tak buang, malas!
  • 40 gm daun kucai  - potong 2 cm panjang
  • 1 labu bawang holland - dipotong nipis
  • Garam
  • Serbuk lada sulah - 1 sudu teh
  • Serbuk stok ayam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng
  • 300 gm udang putih - buang kepalanya sahaja
Cara penyediaan :-
  • Satukan semua bahan dalam bekas yang besar kecuali udang. Kacau rata.
  • Panaskan minyak dan rendam sama sudip yang akan digunakan untuk membentuk cucur udang nanti.
  • Bila minyak dah panas, angkat sudip dan ceduk 2 sudu besar adunan dan ratakan pada permukaan sudip.
  • Letakkan udang dan rendamkan semula sudip ke dalam minyak panas tadi.
  • Biar seketika dan kemudian barulah diregangkan cucur dari sudip.
  • Goreng sehingga kekuningan dan angkat, toskan.
  • Buat sehingga siap dan hidangkan dengan sos cili kegemaran anda.
Senang jer kan! Sebelum ni pernah cuba juga resipi lain, tapi adunan tepung tu melekat pada sudip, sudahnye hancur terbarai cucur udang tu dalam kuali. Yang ni akak betul-betul puas hati! Selamat mencuba ye!

-InaChomel-

Monday, January 13, 2014

LAGU FEVERET : BULAN DITUTUP AWAN

Salam sume,

Haiii .... permulaan tahun baru ni mood akak suka mendengar lagu-lagu yang sedap ditelinga ni .. Akak ni sebenarnya tak de feveret artis, tapi suka dengar lagu yang selesa dan tak jemu didengar ... Lagu-lagu lama atau baru semua akak suka....

Untuk permulaan, akak nak share lagu Bulan Ditutup Awan nyanyian Rokiah Wanda ... orang lama tu... kini dipopularkan oleh Yuna, dan akak ada dengar The Siblings Band, bakat anak-nak kecil yang turut menyanyi lagu ini. Sebelum ini, Noraniza Idris juga telah menyanyikan semula lagu ini, tapi lagu ini kembali segar di zaman sekarang ni dengan muzik yang lebih mantap dan cara penyampaian oleh pelbagai artis. I like this song! Walaupun liriknya gambaran sedih, tapi lagu ni cukup santai buat akak ... Semoga ada lagi lagu-lagu lama yang akan dipopularkan semula sebab era Rokiah Wanda rasanye ramai di kalangan kita tak pernah dengar rangkaian lagu-lagu popular pada ketika itu ... termasuk akak sendiri. Dengarkan lagu ini nyanyia The Siblings Band yang akak download dari YouTube untuk halwa telinga hari ini .....

Let's enjoy the music ....




Wahai 
janji setia sudah diucapkan
Aduh 

kata bersumpah telah ku padukan
Kini 

engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal 

daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan

Wahai 

jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu 

tidak ku turut sedari dahulu

Wahai 

janji setia sudah diucapkan
Aduh 

kata bersumpah telah ku padukan
Kini 

engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal 

daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan

Wahai 

jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu 

tidak ku turut sedari dahulu

-InaChomel-

Sunday, January 12, 2014

CHEDDAR CHEESE LOAF ... TRY, U'LL LUV IT!

Salam semua,

This Sunday morning is our 2nd week of working days in Johor! Best sebab jalanraya tak sesak dengan kenderaan, tak best pasal miss rancangan tv! 

Huwaa ..... macam bebudak lah pulak, tak leh jauh dengan tv! Dah terbiasa u .... tapi kejap aje kot meroyannye ni ... alah ... lelama nanti ok rasanye ....

This morning kena 'lecture' pasal guna internet secara tak berhemah from other Heads kat ofis ni ... so belajar2 ler hidup berhemah mulai saat ini yea .... Satu yang menyediahkan kat ofis ni .... small matters easy to comment by others, tapi ... big isu yang nampak tapi buat-buat tak nampak sunyi aje dari sebarang tindakan! Itu ... sendri mau ingat! 

Dah ler ... tak leh buang masa, upload N3 waktu kerja ni pun dah dikira berdosa tau sebab tak guna kemudahan IT secara berhemah ...... ;p

CHEDDAR CHEESE LOAF
From Alex Goh
  • 250 gm mentega
  • 230 gm gula kastor
  • 4 biji telur A
  • 80 gm keju cheddar di potong dadu kecil-kecil
  • 10 ml susu segar
  • 280 gm tepung - di ayak
  • 1 sudu teh baking powder - diayak
Cara penyediaan :-
  • Pukul mentega dan gula sehingga gebu dan lembut.
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga aduan tidak berbintil.
  • Masukkan potongan keju, kacau perlahan.
  • Masukkan tepung yang telah diayak bersama tadi, kacau dan ratakan.
  • Masukkan susu segar.
  • 10 mint sebelum membakar ke, panaskan oven pada suhu 180 darajah C.
  • Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang telah dioleskan dengan mentega.
  • Bakar selama 35-45 minit.
  • Jika suka boleh taburkan parutan keju cheddar dibahagian atas aduna sebelum dibakar, jangan banyaks sangat, sekadar cukup untuk menambah rasa lemak kek ini. Yang pasti kek ini memang sedap, lemak dan manisnya sedang elok aje ...

-InaChomel-

Thursday, January 2, 2014

CHOCOLATE CHIPS CUPCAKES

Salam sume dan selamat pagi,

Haahaa .... hari ni dah mula sesak jalanraya dengan kenderaan untuk pergi kerja dan bas sekolah! Semalam walau pun hari pertama sekolah sesi 2014, jalanraya masih lancar, tapi ari ni mula sangkut2! Itu senario biasa waktu sesi persekolahan. So bangun awal, keluar awal, jadi tak lambat ke sekolah dan ke ofis!

Hari ni jugak baru nampak matahari muncul waktu pagi. Kat JB ni dah lebih seminggu cuaca suram ... tak hujan, tapi matahari tak muncul, so cuaca nampak redup aje ... 

Hari ni balik kerja jam 3.30 petang! Macam janggallah pulak ye ... dah lama sangat tak merasai cuti hujung minggu Jumaat & Sabtu. Kalau zaman sekolah dulu2 dah biasa. Tapi masa tu pun tak de feeling pasal just pergi sekolah, bukannye macam sekarang ni ... dah kerja, lain sket.  Tapi, alah bisa tegal biasa. Kita yang patut kena adjust diri kita, kalau ikut rasa binasa, ikut hati mati ... so, permudahkan apa yang mudah buat diri kita, kalau fikir susah memang tak menjadi ler jawabnye .....

Oklah ... jom cite pasal masak2 pulak! Cupcake ni dah lama gak akak buat, dapat resepi dari buku berjudul CUPCAKES yang akak beli dari MPH, Aeon Tmn. Universiti kelmarin! Sekarang ni gila beli buku masakan! Hari tu akak dapat 3 buah buku yang diberi oleh adik akak di KL semasa dia pergi Big Bad Wolf Book Fair! Wah .... bilalah masanye nak menerai menu dalam buku tu ye??? Yang ada ni pun tak tercuba dibuatnye! Tapi resepinye best2, cuma rajin ngan tidak aje nak buat! Tahun ni lak kadar letrik pun dah naik, guna oven besar kuat pakai current, tapi kalau tak guna, tangan ni gatal jer nak mengadun tepung. Rasa macam tak best ler kalau tak buat something during weekends! Anyway ... tengok keadaan lah ye ...Kalau ada yang nak cuba resepi ni, silakan, suakatan mudah, cara nak buat pun mudah ... just nice, tapi kalau tak suka manis, boleh kurangkan sket sukatan gula, biasalah kuih dari barat ni kadar manisnye agak terlebih sket!

CHOCOLATE CHIPS CUPCAKES
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm mentega
  • 100 gm gula kastor
  • 100 gm coklat cip
  • 2 biji telur 'A'
Cara penyediaan :-
  • Ayakkan tepung dan masukkan ke dalam mangkuk pemutar.
  • Masukkan mentega, gula kaster dan telur. Putar hingga lembut dan pucat.
  • Masukkan coklat cip dan kacau dengan spatula sahaja. Atau kalau guna mixer, gunakan speed paling perlahan.
  • Cedukkan adunan ke dalam acuan cupcake dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 190 darjah C.
  • Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit sebelum mula membakar cupcake.
Senangkan. Sambil tumis lauk pun boleh buat. Siap masak lauk, cupcake pun siap jugak! Selamat mencuba!




Inilah buku-buku hadiah dari adik akak. Thanks Ija!
 
-InaChomel-
 

Wednesday, January 1, 2014

Salam Tahun Baru 2014 ... Semoga Terus Dirahmati ...

Ehsan Google

Salam sume ... 
Alhamdullillah ... kehadiran tahun 2014 masih dapat kita nikmati dengan penuh rasa syukur dan gembira! Semoga tahun 2014 ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita semua untuk terus menghargai limpahan rezeki dan rahmat yang masih Allah berikan buat kita semua! 

Sebenarnya akak lebih suka berbicara tentang perihal anak-anak yang mula bersekolah untuk tahun 2014 dari kisah tahun baru yang banyak menjadi sebutan ramai tentang macam-macam isu yang tidak seronok didengar! Negara maju rakyat makmur .... itu lebih wajar kita semua hargai! Melihat kehidupan masa kini yang semakin mencabar, minda kita semua pun turut tercabar dengan pelbagai isu semasa yang sepatutnya memberi kita kesedaran untuk mencari peluang yang lebih baik, dan bukannya menyempitkan pemikiran kita dengan perkara-perkara yang mendatangkan stress!

Ok! Pagi ni pergi kerja lalulintas berjalan lancar aje walau pun dah mula sesi persekolahan di Johor ni! And this year dah mula cuti hujung minggu Jumat & Sabtu! Ahad dah jadi awal minggu untuk orang Johor! Balik asal macam zaman akak sekolah dulu-dulu! Just kena sesuaikan diri dan tak susah pun! Bukan isu besar! Yang mudah kita permudahkan, jangan dok pening-pening kepala menyusahkan benda mudah! Anak-anak pun excited nak gi sekolah ari ni pasal dah lama tak jumpa kawan sekolah dan nak melaram dengan beg sekolah baru! Tak lama lagi pun anak-anak akan dapat RM100 seorang! Thanks to Najib! Sekurang-kurangnye mengurangkan tanggungan ibubapa! Syukur. Hari ini kita bersyukur akan banyak lagi peluang dan rezeki yang akan Allah limpahkan buat kita! Jangan pandang rezeki tu dalam bentuk wang ringgit sahaja, tapi lihatlah dari pelbagai sudut yang lain .... kesihatan, kegembiraan, kedamaian, ketenangan, kesyukuran dan banyak lagi ... yang penting kita kena pandai menilai nikmat yang diberikan olehNya kepada kita semua!

Akhir kata buat semua yang sudi singgah ke blog akak ini .... 
"Keindahan sambutan kehadiran tahun baru sama ada Masihi mahupun Hijrah tidak akan bermakna kalau kita sendiri tidak menghargai kehidupan yang kita nikmati sekarang!  
Pupuklah sebanyak mana azam yang kita suka, tapi kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah untuk mencapai azam itu, usah sibuk mencanang azam tahun baru di sana sini. Biarlah tak ada langsung azam tahun baru, tapi kita masih kekal berusaha untuk berubah menjadi insan hari ini yang lebih baik dari hari semalam!
Jadilah insan yang waras berfikir! 
Jadilah insan yang melihat kelemahan diri sendiri untuk terus maju dan membaiki kehidupan! 
Hidup menyalahkan orang lain tidak membawa sebarang perubahan dalam kehidupan kita, sebaliknya kita sebenarnya sentiasa berada dalam kerugian!  
Jadilah umat Islam yang menjadi kebanggaan dan dihormati oleh semua orang dengan agama, moral, dan peribadi yang mulia. Amin!"

-Ina Chomel-