Monday, February 27, 2012

BEGEDEL

Salam dan selamat malam sume,

Dah macam ketagih pulak nak berblog setiap malam. Walau pun tak de bende nak ngomel kat sini, still nak menceceh gak kat blog ni .... biasa ler pompuan, isu kecil pun boleh dibualkan ....

Sekarang ni sambil berblog sambil tonton slot Aksi di TV3 .... Apa Celop! Apa maknanye ye??? Jargon anak muda masa kini yang kita dah tak terikut! Baru seminggu dua bersiaran di TV3 cite ni macam beri pengajaran untuk mat rempit, tapi tak tau kisah lanjut .... tunggu tiap-tiap minggu yea baru boleh tau kesudahannye cite ni .....

Tulah dah kata dah ... orang  pompuan ni isu simple pun boleh story mory ...... Oklah, macam yang dijanjikan tadi, akak siarkan resepi untuk begedel. Begedel ni kalau akak ler, makan macam tu aje pun jadik, makan dengan nasi pun ok. Kalau masak soto tanpa begedel, memang tak cun melecun! Macam kurang aje ..... Kali ni akak tak letak daging cincang sebab terlupa nak keluarkan dari freezer! Simple jer .... lada sulah pun lupa nak bubuh .... entah apa yang diingatkan, semua lupa ...... Jom masuk dapur ....

BEGEDEL
  • 1 - 1 1/2 kg kentang - potong bulat setebal 3/4 cm, goreng dan tumbuk hingga lumat semasa masih panas.
  • 2 biji kuning telur
  • 1 biji telur dipukul dan ketepikan
  • 2 sudu besar daun sup
  • 2 sudu besar daun bawang
  • 2 sudu teh bawang putih kisar
  • 1 biji isi buah pala dikisar @ ditumbuk lumat 
  • 1 labu bawang holland - di potong dadu
  • Lada sulah
  • 1 mangkuk kecil daging cincang yang telah diperah air untuk kurang kandungan air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk gorengan terendam
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak dengan api yang sederhana.
  • Masukkan kentang lecek di dalam bekas yang sesuai untuk mengaul
  • Masukkan semua bahan kecuali telur yang telah dipukul tadi. Gaul rata menggunakan tangan. 
  • Bentukkan adunan kentang berbetuk bulat dan leper kan sedikit.
  • Bila minyak dah panas, celup ketulan kentang dalam telur yang dipukul tadi dan goreng hingga keperangan.
  • Angkat dan toskan pada kitchen napkin.
  • Susun dalam pinggan yang dilapikkan dengan kitchen napkin yang bersih untuk hidangan.
-InaChomel-

SOTO AYAM

Salam dan selamat pagi sume,

Minggu terakhir bulan Februari hanya tinggal beberapa hari aje ..... tahun ni Februari ada 29 hari, so sape-sape yang lahir pada tahun lompat dapat celebrate birthday yang ada haribulan dalam kalendar cuma 4 tahun sekali aje ... tapi unik kan???

2012 yang hampir mencecah usia 3 bulan diharap memberi lebih ruang yang ceria buat kita semua. Actually kita yang bertanggungjawab mencorakkan kebahagiaan dan keceriaan diri kita sendiri. Akak sendiri pun sedang berusaha untuk mempelajari cara untuk menenangkan hati dan minda. Doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi memang tak pernah putus! Semoga Allah s.w.t mendengar dan memperkenankan doa akak! Tiada yang lebih indah selain dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang sihat buat kami sekeluarga! Amin ......

Hujung minggu lepas, akak masak masakan yang kami sekeluarga memang suka. Orang Johor memang dah biasa dengan masakan soto ayam ni .... tapi kat tempat lain, ada juga yang tukar ayam kepada daging. Pun orait jugak, cuma kami lebih gemar dengan ayam dan lebih genuine dengan resepi asal. Buat soto ni kena mulakan dari awal, contohnye, merebus nasi impit sehari sebelum, goreng su'un, goreng bawang untuk dibuat bawang goreng, petik ekor taugeh, goreng kacang tanah (yang ni akak tak letak sebab semua orang tak suka), dan ada jugak yang buat begedel kemudian frozen! Selain guna nasi impit, boleh gak guna mee hoon atau mee kuning! Jadi kuah sup yang sama boleh dibagaikan dengan isi yang berbeza ikut selera masing-masing. Ok, jom lihat resepi ni ....

SOTO AYAM
  • 5 bungkus nasi impit Adabi - direbus mengikut arahan pada plastik bungkusan, dan dibiarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti asi untuk memudahkan proses memotong nanti.
  • 1 ekor ayam - dipotong 4
  • 3 sudu besar rempah kari soto - akak guna rempoh soto Sharifah.
  • 2 sudu besar rempah kurma - akak guna jenama Faiza
  • 2 susdu besar rempah sup - akak guna jenama Faiza
  • Halia - dititik
  • 3 batang serai - dititik
  • 2 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 6 biji buah pelaga
  • 2 sudu besar bawang putih kisar
  • 5 sudu besar bawang merah kisar
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
  • Lain -lain--- begedel, su'un goreng, bawang goreng, daun sup dan daun bawang, dan cili padi kicap.
Cara penyediaan :-
  • Masukkan 1/2 periuk sukatan air untuk merebus ayam. Pastikan saiz periuk yang sesuai untuk memuatkan 1 ekor ayam.
  • Masukkan halia ke dalam air rebusan ayam.
  • Sementara itu, tumis bahan rempah. Panaskan minyak untuk menumis serai, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
  • Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi dan garing. 
  • Masukkan semua jenis rempah yang telah digaulkan dengan sedikit air dan biar garing sedikit. Bila telah garing dan terbit minyak, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk yang sedang direbus ayam tadi dan kacau rata.
  • Rebus ayam hingga empuk dan bila telah empuk keluar dari periuk.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Rasa sama ada kuah telah cukup rasanya dan tambah mana-mana yang kurang. Bila mendidih, tutup api dan ketepikan untuk penyediaan yang seterusnya.
Penyediaan soto ayam :-
  • Potong nasi impit dalam bentuk kiub.
  • Isi ayam disiat kasar-kasar.
  • Masukkan nasi impit, isi ayam, taugeh, begedel, su'un goreng, bawang goreng, daun sup & daun bawang ke dalam mangkuk hidangan. Sendukkan kuah sup tadi dan sudukan cili padi kicap mengikut citarasa. Sedia untuk dimakan.
Cara penyediaan cili padi kicap :-
  • 1 paket cili padi merah - buang tangkai dan cuci bersih
  • Kicap
  • Gula
  • Bawang putih kisar 
  • Kisar cili padi dengan kicap --- jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Masukkan bawang putih kisar sedikit dahulu. Masukkan gula dan kacau rata. Jika kurang rasa bawang putih boleh tambah lagi tapi jangan banyak sangat!
Resepi untuk begedel akan akak post kejap lagi ......

-InaChomel-

Sunday, February 26, 2012

MUFFIN PISANG BERKELAPA

Selamat malam sume,

Sedang menonton tv ke? Akak sambil melayari internet telinga sedang mendegar Rancangan Jom Heboh Edisi Khas untuk allahyarham Datuk Sudirman Hj. Arshad!

Dengar lagu-lagu lama teringat pulak kisah zaman silam semasa kecik-kecik dulu! Akak membesar dengan lagu-lagu Sudirman yang boleh dikatakan sebahagiannya akak hafal! Rasanye pada ketika tu semua lagu-lagu beliau sedap didengar dan memang dia hebat sebagai seorang artis yang serba boleh! Ingat lagi kat arwah pakcik akak yang kami panggil Uncle. Dia memang rajin beli piring hitam artis yang popular ketika itu. Rasanya LP Sudirman memang dia ada setiap keluaran. Salah satunya yang akak ingat adalah LP yang ada 3 lipatan yang tertera gambar Sudirman pakai baju askar! Bila dia mainkan LP, sekitar rumah kami semua boleh dengar. Entah ada lagi ke tidak makcik akak simpan LP lama tu ....... Semoga mereka yang telah pergi sentiasa tergolong dikalangan orang yang beriman dan roh mereka dicucuri rahmat ..... Al-Fatihah ....

Kisah dapur malam ni akak nak share resepi yang berasaskan pisang! Pisang serendah yang mak akak beri masih berbaki lagi beberapa biji, jadi akak cuba cari resepi yang belum pernah dicuba .... kelmarin buat kek pisang coklat urai, kali ni letak kelapa lak, dan dalam bentuk yang comel! Muffin tersangatlah lembut, padat dengan rasa pisang, serbuk kelapa parut, coklat cincang dan bahagian permukaan atas tu akak memandai letak hirisan pisang yang masih berbaki lebih kurang 3 biji lagi! Harum bau muffin ni semasa sedang dalam proses dibakar tatkala akak buka pintu oven ..... makan masa masih suam, terasa kesedapannye ..... meh lihat resepi dari dapur CMG ni, macam biasa, edisi copy n paste sebab bimbang ada yang tercicir ilmu CMG ni .... bentat lak muffin korang nanti ......Perasan tak muffin tu ada dalam 2 bentuk, satu akak guna round cup, satu lagi square cup. Saje jer nak try bentuk yang berbagai, tapi rasa tetap sama ......


MUFFIN PISANG BERKELAPA
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 120 g mentega, cair dan sejukkam
  • 2 biji telur gred "A"
  • 125 g tepung gandum*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
  • 60 g gula peerang (brown sugar)
  • 1/2 camca besar ovallate
  • 130 g pisang, dilecek
  • 2 camca besar kelapa kering
  • 2-3 titik esen pisang
  • 40 g dark chocolate, dicincang (mat guna "Cadbury Bournville fine dark chocolate") --- akak guna cooking chocolate Beryl's
  • Badam keping untuk hiasan ---- akak guna hirisan buah pisang yang dipotong serong
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan paper cup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar gula peerang bersama ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat. Masukkan esen pisang dan pisang lecek. Gaul rata.
  3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan pula kelapa kering dan coklat cincang, putar rata.
  4. Tuang mentega cair, gaul rata dengan spatula hingga rata dan sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh dan tabur dengan sedikit badam hiris, buat hingga siap.
  5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak, biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan..
-InaChomel-

Saturday, February 25, 2012

NASI GORENG SEAFOOD

Selamat petang ....

Dah nak masuk malam dah ni .... kat luar sana sungguh gelap! Cuaca menandakan hari nak hujan! Sekarang ni kat JB biasalah .... hujan sebelah petang! Kekadang membawa ke malam!

Walaupun hujan, suhu keliling agak panas dan melekit! Itulah perubahan cuaca yang kita rasai ... dari sekarang kita kena beringat, jaga alam sekitar. Bermula dari rumah!

Sumbangan dari akak .... sampah kitar semula diasingkan dari sisa makanan. Selain untuk tujuan kitar semula, juga untuk elakkan pemungut sampah persendirian yang mengutip sampah kitar semula dari menyelongkar tong sampah dan dibiarkan sampah terkirai begitu sahaja .... sudahnye mengundang haiwan seperti kucing dan anjing menyelongkar sampah yang akhirnye bertaburan dijalanraya depan rumah! Mau naik hangin satu badan pakwe akak, sebab dia yang kemas bahagian depan dan luar rumah ..... mau di'sound'nye budak kutip sampah tu nanti!!!

Itu kisah sampah, kadang-kadang kita selalu ambil mudah! Ok, kisah dapur lak .... rasanye dah tak tau nak masak ape. Sudahnye semalam akak masak nasi goreng seafood di'kawan'kan dengan nugget! Sebab ari ni tak keje, tak perlulah masak lebih untuk lauk semalam, kalau tak kena masak lebih untuk bebudak balik sekolah makan tengahari!

Nasi ni senang jer nak masaknye ... selagi ada hidupan laut yang boleh dimakan, boleh dibubuh dalam nasi goreng ni, tapi kalau ketam tu kureng sesuai sket pada hemat akak! Kalau nak masukkan sotong, adalah lebih baik dicelur dengan air panas selama 5 minit dulu untuk elakkan daripada berair semasa menggoreng nasi ni! Meh kita sama-sama jenguk kaedah memasak nasi ni ....

NASI GORENG SEAFOOD
  • 2 cup beras dimasak menjadi nasi yang berderai.
  • 1 mangkuk kecil udang
  • 1 batang lobak merah disagat halus
  • 1 biji bawang besar - dimayang halus
  • 6 batang cili padi dibelah dua
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 ketul kiub ayam
  • 6 batang crabstick - potong serong 1/2 cm lebar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 3 sudu besar bawang merah kisar*
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan cili padi serta bawang mayang. Kacau rata hingga garing dan wangi.  
  • Masukkan kiub ayam, sos tiram dan serbuk perasa. Kacau rata dan masukkan garam sedikit dahulu kerana kiub ayam turut mengandungi garam. Masukkan minyak bijan dan kacau lagi.
  • Masukkan telur, biar mengeras dan kacau rata kemudiannya.
  • Masukkan lobak merah dan udang, kacau rata.
  • Masukkan nasi yang telah dileraikan, kacau rata.
  • Masukkan crabstick, kacau rata selama 5 minit. Crabstick dimasukkan akhir sekali untuk mengelakkannye daripada hancur.
  • Angkat dan hidangkan.

-InaChomel-

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

Salam dan selamat petang sume,

Buat apa hujung minggu begini? Sibuk mengemas rumah ke? Atau baru balik dari shopping atau ronda-ronda dengan famili? Anyway, hujung minggu bagi yang bekerja adalah hari untuk berehat, tapi sebenarnye tak juga rehat .... Apa pun yang penting apa yang kita buat adalah sesuatu yang menggembirakan diri kita dan keluarga ..... badan penat tak pe, moment yang indah tu yang perlu kita nikmati untuk terus ceria .....

Hari ni akak tak ke mana-mana pun ... ye ker ???? Eh .... tadi keluar kejap beli barangan kuih kat area Taman Universiti @ femes dengan jolokan Tmn. U aje! Kenapa namanya Taman. U? Sebab lokasi yang paling hampir dengan kampus UTM JB ... yelah kot, kalau nak korek kisah sejarahnye panjang lak cite nanti .... itu jer yang paling relevan sebabnya ....

Dah lama tak buat puding .... semalam lepas balik kerje dan siap masak, akak try buat puding ni. Dan kebetulan ada lebihan roti, tapi tak cukup, akak beli lagi sebatal pack besar! Kat umah ni, roti kejap jer habis, bebudak suka makan ngan soft margerin dan jam!

Resepi ni jumpa dari blog Hanamemories yang dah lama menyepi. Rasanye sedap, tahap kemanisannye pun sedang elok. Nak buat pun senang, cuma kena pantas bila membelangkan puding ni, takut cepat mengeras! Marilah cuba buat, akak semalam buat 2 adunan, dapat 1 loyang besar dan 1 loyang kecil. Nak nampak cantik lagi, bila dah keras dan sedia untuk dihidang, potong puding ni dengan pisau berbiku atau pemotong plastik berbiku. Jom lihat resepi ni yang akak ambil dari blog Hana ....

PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 10gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
  • 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
  5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
  7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.
-InaChomel-

Thursday, February 23, 2012

CENDERAMATA DARI AUSTRALIA ....

Salam sume dan selamat malam,

Sebelum melabuhkan tirai malam, akak nak upload N3 tentang cenderamata yang akak terima dari rakan karib akak di ofis. Tapi sebelum tu nak share kisah hari ini yang penatnye sampai ke petang!

Biasalah bila cukup bulan dan dah gaji, orang gomen bershopping ler barang dapur! Hari ni akak dapat MC masa gi check-up di Skin Clinic HSA. So memandangkan hari ni MC, jadi akak terus pergi beli barang dapur! Setiap bulan memang tak cukup kalau beli barang dapur ni, harga barangan semakin meningkat naik. Gaji baru pun tak confirm lagi, harga barang dah mula naik sikit-sikit. Kadang-kadang akak terfikir macam manalah kalau orang yang berkeluarga besar dengan gaji yang kecil menyara keluarga! Kesian ...... walaupun keluarga kami tak kurang apa-apa, kami bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah kurniakan. Cuma akak selalu membebel kat anak-anak, jangan ingat sekarang hidup senang, esok lusa akan senang selamanya ..... Memang bebudak sekarang tak rasa susah, itu yang buat mereka tak kesah dan tak fikir panjang! Banyak membebel pun dia orang bukan suke nak dengor .... Zaman sekarang ni dalam nak mendidik anak memang lebih mencabar! Kalau orang dulu-dulu susah cari duit, zaman sekarang ni susah nak bentuk anak yang faham situasi semasa ... mungkin mereka nampak banyak bende senang nak dapat sebab mak bapak boleh sediakan apa yang dia orang nak ..... Sekadar keluhan dan pandangan akak saja ...

Ok, sebelum masuk tido, akak nak ucap terima kasih kat rakan karib akak --- Haslina Nasir kerana hadiah cenderamata ni ---- apron, pot holder, mitten & anak koala yang bercirikan Australia! Kita orang kembar nama kat ofis ni! Actually dia baru balik dari Global Outreach Programme anjuran UTM. Sama macam akak kelmarin yang nak ke London tapi tak kesampaian! Team dia ke Australia!!! Thanks a lot Kak Lin, really appreciate it and I like!!! Actually ada lagi rakan seofis yang beri cenderamata --- dari Cik Kay akak dapat fridge magnet, keychain koala dan coklat! Thanks Cik Kay ---- sori ler, terlupa nak snap gambo ...... Anyway I like all of the items .......

Yang ni pulak, saje jer nak tayang selipar n keychain yang kita orang beli kat Festival Layang-layang kelmarin .... enjoy viewing ..... Selamat malam!

Yang ni mine .....

Ini milik Nureen Imannina .....

-InaChomel-

Wednesday, February 22, 2012

KEK BATIK AURORA

Salam sume dan selamat malam,

Hari ni sebelah malam baru dapat bersiaran! Ingat petang tadi dah nak upload N3, tapi kepenatan yang amat sangat!

Hari ni akak gi check-up kat Klinik Mata HSA dan juga kena jumpa dietition untuk consultation masalah berat badan! Alhamdullillah ... mata akak dah semakin ok. Kalau sebelum ni mata akak kering dan kurang airmata, sekarang ni dah bertambah baik. Lagi 6 bulan baru datang check-up! Jumpa dietition pun ok gak! So far diet akak dah ok, fat mass pun dah turun! Cuma berat badan naik sikit. Kena try maintain dan cuba untuk turunkan lagi! Kena usaha lebih lagi nihhh!!!! Kaki akak yang masih belum kuat betul ni kena dibawa exercise supaya tidak terlalu lama rehat!

Ok, berbalik kisah dapur pulak! Balik dari HSA tadi dah jam 11 pagi. Terus sarung jersi masak. Akak mulakan dengan buat kek ni dulu. Sambil tunggu kek ni masak, akak masak pulak lauk, nasi dan angkat jemuran yang dah kering sebab cuaca dah mendung menandakan hujan bakal turun petang tadi. Sememangnye hujan turun dengan lebatnya sekitar jam 5 ptg tadi! Pukul 3.30 ptg baru siap semuanye .... solat zuhur pun lambat sebab nak solat kat bilik bawah ni baju dan seluar pulak dah kotor. Lepas mandi, solat dan lepas tu terlelap kejap sementara nak tunggu waktu asar ...... tu yang lepak semacam aje ari ni. Sebenarnye lepas sihat dari sakit ni, akak memang tak berapa fit sangat untuk buat kerja lasak, tapi akak tak nak manjakan badan ni .... nak kuatkan semangat yang dah hampir hilang sebab sakit kelmarin .... Kini kembali pulih, alhamdullillah .... semuga akak sentiasa tabah dan mendapat rahmat dariNya ..... aminnn ....

Kembali kepada kisah kek ni, akak try buat petang tadi. Dapat dua loyang bulat sebab buat 2 adunan. Wangi dengan bau susu pekat dan rasa yang sedang elok manisnye walaupun akak ikut sukatan dari Pn. Azlita dari masam manis. Pun akak cuba dua corak yang berbeza semasa membelangkan kek ini. Satu akak ikut dari blog Pn. Azlita dan satu lagi dari blog Kak Ummi Kuantan. Ok, meh tengok resepi ni .... senang ajer, cuma banyak guna telur .... jom pinjam resepi ni dari blog Pn. Azlita .....

KEK BATIK ARORA
By : Cida
Sumber : Pn. Azlita Aziz --- Masam Manis
  • 250 g mentega
  • 100 gram gula castor
  • 1/2 cawan susu pekat manis ~ ita letak 3/4 cawan
  • 250 g tepung gandum
  • 6 biji telur
  • 2 sudu teh baking powder
  • 5 jenis pewarna dan perisa
  • 1 sudu teh ovelate ~ ita tambah
Cara penyediaan :-
  • Panaskan oven pada suhu 160 ~ 180 C
  • Sediakan loyang ukuran 8 inc
  • Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper
  • Satukan tepung gandum dan baking powder
  • Kemudian di ayak ~ ketepikan
  • Dalam bekas mixer
  • Pukul mentega, ovelate dan gula sehingga kembang dan memutih
  • Tambahkan susu pekat manis dan terus pukul hingga adunan sebati
  • Masukkan telur sebijik demi sebijik ( pastikan telur tu dah rata baru masukkan satu bijik lagi) hingga habis
  • Tutup mixer
  • Masukkan campuran tepung dan baking powder tadi dan kaup balik hingga rata
  • Bahagikan adunan kepada 5 bahagian
  • Letakkan setiap bahagian dengan pilihan perisa dan warna yang disukai
  • Gaul adunan rata
  • Tompok-tompokkan  setiap warna dalam loyang hingga habis
  • Setiap tompokan 1 senduk
  • Masukkan dalam oven, dan bakar dengan menggunakan api bawah selama 45minit ~ 1 jam.
  • Atau sehingga kek telah di masak dengan sempurna

-InaChomel-

Monday, February 20, 2012

1 LANGIT 1 BUDAYA - FESTIVAL LAYANG-LAYANG SEDUNIA


Salam sume,

Hai .... dah petang baru dapat bersiaran ... bersiaran dalam waktu hujan lebat diluar sana! Sekarang ni musim hujan petang! Hampir setiap hari hujan di sebelah petang sekitar jam 3.30 ke atas! Last week hari Jumaat, akak tersadai dalam kereta selama 1 jam dari ofis di UTM ni nak ke rumah mak akak di Taman Tampoi Utama sebab nak ambik si budak Iman balik! Nasib baik kereta auto, tapi walaupun kereta auto, penat gak! Puncanye banjir kilat dibeberapa persimpangan jalan menuju ke Bandaraya JB! Jenuhnye nak sampai, sakit pinggang duduk lama-lama dalam kereta!

Ok, hari ni nak share kisah akak n family ke Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang, Johor Bahru. Seawal 8.15 pagi kita orang dah sampai! Perjalanan lebih kurang 45 minit dari rumah! Itu kalau tak jam! Kalau jam, mau cecah 1-2 jam baru sampai. Perjalanan ke Pasir Gudang biasanye dikuasai oleh lori-lori besar dan kontena yang menuju ke pelabuhan. Jadi kalau jam tu biasalah, muatan yang berat dan bergerak perlahan. Kalau hujan .... lagilah, jangan cite, mau menangis kalau kita nak cepat!

Kami habiskan masa lama gak kat sini sebab sebelah pagi tu gerimis, jadi hampir tengahari baru ada angin. Seronok buat anak-anak yang sesekali melepak kat tempat-tempat macam ni. Akhbar Mingguan Malaysia diberikan percuma kepada semua pengunjung, jadi sambil tunggu layang-layang naik boleh baca akhbar. Gerai jualan jangan cakap ler ... duit jer yang tak cukup! Bertebaran sana sini. Iman dapat beli layang-layang rainbow. Harga layang-layang pulak serendah RM3 ada di sini (tu yang akak jumpa lerrr ....). Pelbagai acara ada, seperti pertandingan rokoku korporat yang dimenangi oleh Silka Johor Hotel, pertandingan membuat wau (tak tau siapa menang), pertandingan layang-layang tercantik dan kreatif (tak tau pasal hanya diumumkan pada sebelah malam di Stadium Pasir Gudang), kuiz untuk pengunjung, acara sampingan untuk kanak (mengejar ekor layang-layang ular oleh peserta dari Australia) dan banyak lagi yang mungkin akak sendiri terlepas. Banyak gambo yang kami ambil, tapi akak upload 1 imej aje kat sini, selebihnye gi ler FB akak yerrr ..... klik aje kat badge di kolum sebelah kanan nihhhhh! Penyertaan dari sekolah pun ada, antaranya sekolah lama akak masa form six dulu ---- Maktab Sultan Abu Bakar atau lebih fames dengan nama English College!

Tapikan, masa sebelah pagi tu, kita orang sarapan ler kat salah satu gerai yang jual nasi lemak di sini, nasi lemak ayam goreng sepingan RM7 ngko! Nasib baik untuk order keempat kami mintak nasi lemak kosong ajer, kalau tak, sarapan pagi jer dah cecah RM30 untuk 5 orang! Pada akak kalau nak cepat kaya dan untung lebih pun berpada-pada lah, pasal dah lapor sesangat, makanye telan ler jugak! Menu lain tu ada tapi pasal nak bertahan sampai tengahari nanti, tu yang makan heavy sket untuk breakfast! Akak order kueh teow goreng kerang --- RM 4, standard lah tu ....

Lebih kurang jam 1 tengahari, kita orang balik sebab dah nak masuk waktu Zuhur dan perut pun dah keroncong untuk 2nd round! So masa dalam perjalanan balik, kita orang singgah makan di Plaza Larkin. Kat sini makan tengari sekitar RM 50++ rasa berbaloilah pasal kita orang order satay! Kat festival tu sempatlah singgah gerai keychain untuk bebudak tu tempah nama, beli layang-layang Iman, beli selipar akak untuk letak kat ofis ni dan selebihnye jajan! Seronok gak, dah beberapa tahun nak pergi tapi tak kesampaian, akhirnye pada hari terakhir berjaya gak kami jejak kaki ke sana. Semoga panjang umur tahun depan dapat pergi lagi!

Salam sayang .....

Nurul, hubby and Iman ---- belon Boboiboy tu ajer RM5! Si Iman yang jadi peminat fanatik Boboiboy sampai susah nak mandi kalau cite ni sedang ke udara!!!

-InaChomel-

Saturday, February 18, 2012

KEK PISANG COKLAT URAI

Salam sume,

Akhirnye hari ni akak berjaya melapangkan masa buat kek .... sebab apa hepi sangat? Sebab ari ni sebenornye akak seawal jam 9 pagi dah ada kat ofis nak mengemas ruang kerja gara-gara program 5S yang sedang dilaksanakan secara mega di ofis kami.

Jadi balik umah dah jam 1 lebih. Sekali ambil anak yang sekolah agama kelas khas balik jam 1 petang.

Siap masak lauk tengahari, terus capai mixer bowl try buat kek ni .... Walaupun ada bahan yang akak tak de dalam stok dan memandai tambah sukatan pisang, hasil kek ini tidak mengecewakan ... sedap sesangat.

Lebih sedap lagi ditambah dengan taburan kekacang yang akak rasa boleh ikut suke selera masing-masing! Resepi diambil dari blog CMG, so marilah cuba ye .... ada stok pisang tak?

Oh ye .... akak guna pisang serendah, besor2 engkau pisang ni, makan sebiji dah kenyang tahap gaban!!!! Ok jom skodeng resepi copy n paste dari dapur Mat ni .....

KEK PISANG COKLAT URAI
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
  • 200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)*
  • 1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
  • 100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
  • 3 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • 100 gram pisang, dilecek halus - akak lebihkan
  • Beberapa titik esen pisang - akak guna esen vanilla
  • 50 gram coklat urai (chocolate rice)
  • 1/3 cawan pisang yang didadu besar - akak lebihkan
  • 1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya - akak guna badam cincang
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....
-InaChomel-

Thursday, February 16, 2012

SUP CENDAWAN TIRAM

Salam sume,

Dah beberapa hari tak sempat bersembang ngan korang.

Wah .... hari ni bila akak ronda dapur blog tersohor, rata-rata blogger masak sedang hangat mencuba Kek Batik Aurora! Teruja sungguh akak bila tengok hasil kek yang cantik dan menyelerakan! Macam tak sabo nak cuba!!! Geram betullllll .... bila dapat try buat nihhh??????

Dua hari lepas akak dapat pisang serendah dari mak akak! Dah plan nak try apam pisang coklat urai dari dapur Pn. Azlita! Muai dan boleh jamahkan jiran kalau jadi hasil tangan akak nanti! Tapi hujung minggu ni ingat nak kemas workstation kat ofis! Eeeee .... sempat dan larat ke? Anyway tunggu aje N3 minggu depan yea .... apa menu yang terpapar nanti!

Hari ni akak masak yang simple aje ... sup cendawan tiram! Hari ni MC sebab gi check-up kat HSA. Blood count utk darah putih ari ni turun ke bacaan 5.1. Sebelum ni 6.7! Doktor kata masih ok lagi, cuma jangan sampai below 4! Then kena stop ambil MTX yang akak makan sekarang ni!

Wokeh .... sejak sehari dua ni asyik hujan petang jer ... so tekak ni pun tak berapa selera nak makan nasi .... jadi akak masak sup! Sup memang my feveret! Senang je masak sup ni, kalau nak tukar selera bolehlah cuba sup ni .....

SUP CENDAWAN TIRAM
  • 1 peket cendawan tiram - akak beli yang peket besar @ RM 3.50 sepeket - disiat kecil, cuci dan toskan
  • 1 batang lobak merah - saiz sederhana disagat halus macam lidi mancis
  • 2 keping tauhu kering yong taufu*
  • 3 keping tauhu isi ikan dipotong kecil*
  • 3/4 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 biji bawang besar saiz kecil dimayang halus
  • Lada sulah
  • 1-2 sudu besar sos tiram
  • 1 1/2 kole air
  • 1 ketul kiub perisa ayam
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang hingga wangi dan garing.
  • Masukkan kiub ayam, lada sulah dan sos tiram, kacau rata dan masukkan air. Biar hingga mendidih.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa, lobak merah dan bahn bertanda *. 
  • Bila mendidih, masukkan cendawan tiram dan kacau seketika.
  • Angkat dan hidangkan.

Sedap dimakan ketika panas dan boleh dibubuh lada kicap cili padi jika suka rasa yang lebih pedas!

-InaChomel-

Tuesday, February 14, 2012

BUN INTI

Salam sume,

Amacam pagi ni masuk ofis? Segar atau layu? Hari kedua dalam minggu ni rasa macam busy semacam jer. Mana taknye, esok ada meeting, tindakan yang lepas dah buat ke belum ekk???

Selalu macam ni, lupa dengan tindakan yang perlu dibuat! Kadang-kadang dalam meeting baru terkial-kial nak jawab dan terpikir-pikir kenapa kena buat tindakan tu ek! Eeee ... jangan diikut perangai buruk ni, menyusahkan diri sendiri ......

Ok, seperti yang diceritakan semalam, ni resepi ketiga yang akak masak masa hujung minggu lepas. Dah agak lama tak menguli roti sebab tangan tak berapa kuat dan sakit belakang. Sudahnye akak lebur jer dalam mixer gunakan swirl hook! Ni kali kedua akak try buat roti  ni, first time dulu uli guna tangan! Roti ni sedap dan lembut, cuma kali ni akak guna minyak sapi, jadi ada kuat sikit bau lemaknya. Rasanye memang sedap dan bau wangi, tapi akak lebih suka guna margerin atau mentega aje, macam tak berapa muak sangat rasanye. Tapi roti ni memang sedap dan lembut. Bab inti tu boleh guna apa juga inti yang korang suka. Jadi untuk resepi inti tu akak tak letak kat sini. Korang boleh guna inti yang korang suka. Akak guna inti kentang kari. Macam biasa, resepi ni akak skodeng kat dapur Mat Gebu, dan resepi kat bawah ni pun akak copy n paste ajer dari blog DTS. Kalau nak lihat hasil tangan Mat, silalah klik pada sumber yang akak dah link. Selamat mencuba ye ......

BUN INTI
Sumber : Mat Gebu

BAHAN DOH :-)
  • 300 g tepung gandum
  • 55 g gula halus @ gula kastor
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 camca besar susu tepung
  • 1/2 camca teh bread improver
  • 30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
  • 1 1/2 camca teh instat yeast
  • 30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
  • 100 ml air suam
  • 50 ml air (xtra)
  • Inti secukupnya (buat inti kentang, macam inti karipap tuu)
  • Bijan untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satu kan instant yeast, 1 camca teh gula halus ke dalam air suam, kacau rata dan biar 5 minit hingga berbuih. Satukan bahan2 lain kecuali inti, bijan dan 50 ml air (xtra), ke dalam mangkuk pengadun, gaul rata dan tuang bancuhan yeast tadi, gaul hingga menjadi doh. Jika kurang air, tambah sedikit dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2 kan doh, tutup permukaan mangkuk dengan plastik dan biar 45 minit atau hingga naik.
  2. Tabur meja kerja dengan tepung, keluarkan doh dan uli sekejap. Bagi kepada 12 bahagian (kurang lebih 50 gram setiap satu). Bulat2kan. Ambil satu doh, leperkan dan isi 1 camca besar inti. Tutup inti dan kemas kan. Susun dalam loyang yang telah dilenser sedikit mentega. Buat hingga siap.
  3. Biar 45 minit lagi hingga roti mengembang. Sapu lebihan baki telur tadi dan taburkan bijan rata. Bakar 25 minit hingga kuning keemasan. Sedap dimakan panas..dah sejuk pun roti dia masih lembut....Selamat mencuba..
-InaChomel-

Monday, February 13, 2012

UBI KARI

Salam,

Dah makan tengahari dah? Cuaca pagi tadi mendung macam nak hujan, tapi tengahari ni cerah pulak.

Macam akak cite tadi, semalam akak cuba 3 masakan kan? Ni nak post masakan kedua yang akak masak.

Sebenarnya dah lama ngidam nak makan ubi kari, tapi tak jumpa lak ubi yang cantik untuk direbus. Kalau terjumpa pun kebetulan ada menu lain nak dimasak, nanti beli dan simpan lama takut masuk angin, dah tak sedap nak masak. Ni kali bila jumpa terus jer beli. Menu ni sesuai untuk sarapan atau minum petang. Kat umah akak bebudak tak berapa suke makan ubi, akak and hubby jer ler yang makan bende ni, tapi akak suke sebab lain dari biasa, selalunye rebus cicah sambal tumis. Yang ni lain sket, cubalah .... pasti nak lagi!

UBI KARI
  • 1 - 2 kg ubi - kupas kulit dan rebus hingga empuk, toskan dan ketepikan
  • 1 sudu besar ketumbar - dikisar halus
  • 2 1/2 sudu besar jintan kasar - dikisar halus
  • 1 sudu besar jintan halus - dikisar halus
  • 3 sudu besar rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis - direndam dan ditumbuk halus
  • 2 pelepah daun kari
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • Sedikit halia kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :
  • Panaskan minyak. Tumis daun kari dan bahan kisar hingga wangi.
  • Masukkan ikan bilis dan kacau rata.
  • Masukkan rempah kari, kacau rata dan biar hingga pecah minyak.
  • Masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masukkan ubi rebus, kacau rata.
  • Angkat dan hidangkan.

-InaChomel-

APAM BELANG

Salam dan selamat pagi semua,

Alhamdullillah masih dapat bersua lagi pada pagi Isnin yang mulia ini. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan Allah s.w.t dan kita sentiasa berada di dalam perlindungan dan rahmatNya.

Semalam sibuk di dapur dengan aktiviti memasak sampai terlupa yang akak ni ada sakit sendi. Sudahnye malam semalam pergelangan kaki dan belakang badan rasa sakit-sakit. Mujurlah dapat berehat sekejap. Excited sangat nak mencuba resepi yang dah lama nak cuba tapi tak kesampaian, sudahnye semalam akak buat 3 masakan sekaligus. Lepas siap masak sebelum Zuhur, akak bersiap lak gi jemputan walimatul urus di kejiranan kami. Kawan kariah masjid hubby jemput. Meriah dan banyak pilihan makanan, ada ais krim lagi! Dalam cuaca panas sekarang ni, minum air sejuk memang melegakan tekak, tapi akibatnye hari ni batuk tak henti. Tapi semalam memang best, minum air teh bunga, jarang sekali majlis sebegini dihidangkan dengan air teh bunga .... sungguh menggoda ......

Ok, kisah dapur pagi ni adalah kisah Apam Belang! Senang je buat kuih ni, tapi belangnye tak berapa cantik macam tuan asalnye buat ---- Pn. Azlita dari dapur Masam Manis! Tapi rasanye memang tak menghampakan. Dah beberapa orang mencubanya ... tu yang teruja sangat nak try buat tuhhh .... Akak buat 2 adunan, yang pasti untuk mak akak dan juga untuk jiran sebalah rumah! Buat lebih dan sedekahkan kat jiran apa salahnye ... betul tak, dari terbuang baik bersedekah! Mehh .... jangan buang masa, kalau minat nak cuba, silalah salin resepi ni yang akak copy and paste dari blog Masam Manis ....... boleh ye Pn. Azlita !!!

APAM BELANG
Sumber : Masam Manis

  • 4 biji telur 
  • 2 sudu teh ovellet 
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 300 gm tepung gandum 
  • 220 gm gula halus 
  • 250 ml santan kara (shamam guna 200ml santan kotak + lagi 50ml air) 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • pewarna
Cara penyediaan :- 
  • Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu.
  • Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
  • Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder dan kacau rata.
  • Bahagi kepada 3 warna yg disukai dan kacau rata adunan dgn warna.
  • Lenserkan loyang dengan minyak atau alaskan dengan kertas minyak.
  • Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak. (Scoop 3 sudu besar setiap warna dan lapis sehingga habis)
-InaChomel-

Friday, February 10, 2012

KETAM SAMBAL SERAI

Salam sejahtera dan selamat pagi sume ....

Bila dah tiba hari Jumaat ni, kalau untuk orang yang bekerja rasa seronok jer pasal esok hari berehat 2 hari. Tapi minggu ni, anak-anak kena sekolah ganti Sabtu ni sebab dah cuti sakan masa Tahun Baru Cina! So tinggal berdua aje ler esok, semua sekolah!

Pagi ni kena sambung semula aktiviti 5S, tapi bukanlah gotong-royong macam last week, cuma kena settlekan jajahan masing-masing aje ......

Kejap lagi dah nak mula, so akak nak share masakan ni dengan sume .... suka makan ketam tak? Kalau seafood sume orang suke kan! Cuma tak leh makan selalu, nanti sapa-sapa yang ada gout merana, uric acid naik melambung, dah kena gi klinik pulak ...... sesekali tu ok ler ....

Ketam ni ofismate my hubby jual sekilo RM10. Sekali order sampai 2kg sebab kat JB ni harga ketam mahal, kalu ada yang murah, itu anak ketam, mak & bapak ketam mau berbelas RM hargenye. Berbaloi gak beli ketam ni, isi padat, manis dan muai ..... apalagi, meratah ler bila nasi dah habis ... sesekali makan seafood enjoy sakan bebudak tu ...... Wokeh, meh kita tengok resepi ni ......jom skodenggggg .....

KETAM SAMBAL SERAI
  • 2 kg ketam bunga - kerat dua dan ketuk sedikit sepitnye
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 1/2 sudu besar bawang merah kisar
  • 10 sudu besar lada kering kisar
  • 3 batang serai - dititik
  • Sedikit belacan
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 2 biji telur
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumuis serai bahan kisar yang telah dicampurkan dengan belacan dan kunyit serbuk hingga wangi dan garing.
  • Masukkan air asam jawa, garam, serbuk perasa dan gula. Kacau dan rasa. Mesti ada rasa masam manis sedikit. Kalau terlalu pejkat, masukkan sedikit air.
  • Masukkan ketam dan gaul rata. Tutup sekejap dengan tudung kuali (10 minit).
  • Buka tudung kuali, gaul ketam dan tuang telur yang telah dipukul sedikit. Tutup semula tudung kuali dan biar selama 5 minit.
  • Kacau ketam dan biar sehingga masak.
  • Angkat dan hidangkan.
-InaChomel-

Thursday, February 9, 2012

KOBIS GORENG BERSAMA CENDAWAN HITAM

Salam semua,

Hai, malam ni baru dapat bersiaran! Hari ni akak cuti sebab pergi ke HSA buat check-up. Sekarang ni every week kena pergi HSA sebab doktor dah tukarkan akak dengan ubat lain.

So, setiap minggu kena buat blood test untuk make sure blood count untuk darah putih tidak turun secara mendadak! Sel darah putih yang kurang dalam badan boleh menyebabkan kita kurang daya ketahanan penyakit dan tidak boleh terlalu expose kepada public! Kalau nak ke tempat yang ramai orang, digalakkan memakai mask supaya tidak mudah dijangkiti. So next week kena gi check up lagi pada setiap hari Khamis. Dan hari ni dapat MC dari doktor!

Tadi masa dapat result blood test, syukur Alhamdullillah, resultnye ok dan akak boleh meneruskan makan ubat yang bertujuan mengawal penyakit dan mengurangkan sakit sendi yang akak sedang alami sekarang ini! Tapi ubat ni tak boleh ambil terlalu lama kerana ada kesan sampingan lain. Nama ubat ni MTX. Syukur, dan akak berdoa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang sihat buat akak dan akak sentiasa dalam keadaan tenang. Amin .....

Ok, kali ni nak share resepi sayur yang sangat mudah. Dah lama akak masak lauk ni, tapi baru sempat nak upload N3 ni sebab terlepas pandang dalam koleksi gambar masakan yang akak ada. Jangan buang masa, mari lihat resepi mudah ni dan boleh cuba kalau terasa gambo tu mengiurkan hingga meleleh air liur tu ......

KOBIS GORENG BERSAMA CENDAWAN HITAM
  • 1/2 biji kobis hijau sederhana besar - hiris sederhana nipis, cuci dan toskan
  • 1 batang lobak merah - disagat halus
  • 1 paket cendawan hitam - rendam dan potong mana-mana yang kembang terlalu besar
  • 1 sudu besar udang kering - rendam dan bila sudah lembut tumbuk halus
  • 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan udang kering hingga wangi dan garing.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan lobak merah, kacau sebentar.
  • Masukkan cendawan dan kobis, kacau rata dan angkat bila sayur sudah agak lembut tapi jangan terlalu lama.
  • Angkat dan hidangkan.
Ok, selamat mencuba dan selamat malam!

-InaChomel-

Wednesday, February 8, 2012

BUTTER BREAD PUDDING

Salam sume,

Selamat kembali bertugas selepas 4 hari berehat! Berehat ke??? Rehat dalam ertikata tak masuk ofis, rehat minda! Tapi kat umah, fizikal tak rehat! Ada aje bende yang nak dikemas! Maklumlah, orang bekerja suami isteri, masa cuti macam nilah baru ada masa nak kemas sana sini ... tu pun tak dapat nak settlekan semua bende!

Anyway, dalam kesibukan akak masih berkesempatan untuk mencuba satu resepi dari blog Dayang Jack @ Dapur ku sayang! Dah lama nak cuba buat bread pudding, bila singgah di dapur Dayang ni, teringin pulak nak mencuba. Tapi ada beberapa bahan yang akak tak ada dan akak ubah dengan apa yang ada kat dapur akak! Memang sedap! Kalau bakar garing sikit lagi sedap. Cuma kalau tengok yang akak masak ni nampak macam hangus, tapi sebenarnye bukan hangus ..... bahagian atas tu akak tabur dengan coklat urai. Kalau nak tengok hasil yang betul-betuk cantik, silalh ke blog Dayang .... baru datang selera korang nak cuba! Yang pasti, pudding ni memang sedap dan kemanisannya sedang elok aje .... resepi kat bawah ni akak copy and paste dari blog Dayang, so harap diizinkan ye oleh tuan tanahnye untuk dikongsi bersama rakan yang lain ...... Selamat mencuba!

BUTTER BREAD PUDDING
Bahan-bahan : 4-5 orang makan
  • 8 keping roti
  • 2-3 biji pisang ranum- dihiris nipis --- akak guna fruit cocktail
  • mentega secukupnya
  • peanut butter secukupnya --- akak guna oren marmalade
  • chocolate rice / chocolate chips secukupnya
  • kismis secukupnya
  • sedikit parutan kulit oren sunkist - optional --- akak tak letak pun
Bahan A :
  • 2 cawan susu segar/susu cair --- akak guna susu cair
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Bahan B :
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis* - optional
  • 1-2 sudu besar gula perang/pasir * (satukan kedua-dua bahan ini)
Cara-cara :
  1. Bahan A : Pukul telur bersama gula hingga hancur dengan whisk. Kemudian masukkan susu segar/susu cair dan esen vanilla. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Sapukan roti dengan mentega dan peanut butter.
  3. Potong roti kepada 4 bahagian.
  4. Sementara itu, lengserkan bekas/mangkuk tahan panas dengan mentega. Kemudian susunkan roti dan hirisan pisang seperti dalam gambar. 
  5. Taburkan dengan sedikit chocolate rice dan parutan kulit oren jika suka. Lapiskan lagi dengan kepingan roti dan pisang yang sudah dipotong mengikut citarasa sendiri. Buat hingga habis. 
  6. Setelah itu, tuangkan bahan A tadi sehingga rata. Taburkan chocolate rice, parutan kulit oren, kismis dan juga bahan B. 
  7. Biarkan sebentar sehingga ia serap. Sementara itu sediakan dulang yang berisi air panas. Letakkan bekas/mangkuk roti tadi di tengah-tengahnya.
  8. Bakar selama lebih kurang 35-40 minit atau hingga keperangan dengan suhu 160C. 
  9. Setelah masak, bolehlah dihidangkan samada panas atau sejuk. 
-InaChomel-

Monday, February 6, 2012

CHICKEN RISSOLE

Salam,

Sebelum melabuh tirai untuk malam ini, akak nak kongsi satu resepi yang pada kali pertama akak makan, akak dah jatuh cinta pandang pertama.

Pernah dengar Rissole? Akak pun first time dengar, tapi zaman mak akak dah biasa buat kuih ni. Memang sedap, akak asyik teringat ajer nak cuba buat kuih ni! Akhirnya my aunty beri resepi ni.

Tapi akak ubah sikit cara penyediaan, especially intinya, anyway tak mengecewakan sama sekali rasanya! Sukatan untuk kulit rissole ni akak telah gandakan kepada 3 adunan dari resepi asal sebab untuk 1 adunan dapat sikit ajer kulitnye. Dan sukatan untuk kulit yang digandakan ini sesuai dengan sukatan inti yang akak catatkan disini. Akak galakkan korang cuba, memang tak nyesal punye! Sekali buat, mesti nak try lagi! Believe me, you won't regret! Ok, mari semak resepi ni, semoga tidak mengecewakan selera tekak korang ye!!!

CHICKEN RISSOLES
Sumber : My Aunty Sarah
Menghasilkan 40 keping

Bahan untuk kulit :-
  • 450 gm tepung gandum
  • 960 ml susu segar
  • 5 biji telur - resepi asal, 2 biji telur bagi setiap adunan
  • Garam
Cara penyediaan :-
  • Satukan semua bahan kecuali garam dan telur dalam satu bekas, kacau rata.
  • Masukkan bancuhan ke dalam blender dan blend seketika. Pastikan bancuhan di'blend' sedikit demi sedikit supaya bancuhan ini bersatu dengan rata dan teksturnya halus. Tapiskan ke dalam mangkuk. Pada bancuhan terakhir yang hendak di'blend', masukkan sekali telur yang telah dipukulkan sedikit terlebih dahulu. Blend dan tapis serta tuangkan ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  • Masukkan garam dan kacau rata.
  • Lenserkan non-stick pan dengan sedikit minyak dan dadar adunan ini seperti kulit popia hingga habis.
Bahan untuk inti :-
  • 3 - 4 keping isi dada ayam, potong kecil.
  • 45 gm tepung gandum
  • 45 gm susu tepung
  • 5-6 batang kacang panjang
  • 1 biji lobak merah disagat seperti lidi mancis
  • 1 kiub ayam dibancuh dengan 300 gm air
  • Lada sulah
  • 1 bawang holland - dipotong dadu
  • 2 biji bawang putih
  • Mentega
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
Cara penyediaan :-
  • Panaskan pentega, tumis bawang putih dan bawang besar.
  • Masukkan isi ayam, kacau rata dan biar seketika hingga isi ayam separuh masak.
  • Masukkan sayuran dan kacau rata.
  • Masukkan lada sulah, kacau rata.
  • Tambah garam jika kurang rasa masin.
  • Masukkan serbuk perasa dan kacau rata.
  • Masukkan tepung gandum, kacau rata cepat-cepat.
  • Masukkan bancuhan air dan kiub ayam, kacau rata dan masukkan susu tepung.
  • Jika terlalu pekat, tambah sedikit lagi air.
  • Angkat dan ketepikan.
Cara penyediaan rissole :-
  • Bread crumb
  • 4 biji telur - dipukul
  • Minyak
=======
  • Ambil sekeping kulit rissole yang telah siap didadar.
  • Letakkan satu sudu inti dan gulung seperti popia tetapi berbentuk empat segi tepat.
  • Panaskan minyak untuk gorengan terendam.
  • Celup rissole ke dalam telur dan salut dengan bread crumb.
  • Goreng dengan minyak yang panas.
  • Angkat dan toskan.
  • Sedia untuk hidangan.
Chicken Rissole yang sedia untuk digoreng.

-InaChomel-

BOLKUS DALMATION @ APAM COKLAT URAI

Salam Maulidur Rasul,

Semalam kita menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 1344 H. Teringat masa zaman sekolah dulu, kalau setiap kali sambutan Maulidur Rasul, pasti akan ada 1 hari semua murid akan hadir ke sekolah dengan baju kurung raya dan bawa bekas makanan dan minuman. Lepas acara persembahan, semua murid beratur dengan bekas makanan untuk ambil makanan! Acara sambutan Maulidur Rasul pulak dipenuhi dengan persembahan nasyid, bacaan ayat suci Al-Quran, lakonan berunsurkan Islam dan lain-lain lagi .....

Itu kisah di zaman sekolah dulu, kalau sambutan di masjid pulak, yang paling tak dapat dilupakan adalah bila makan beramai-ramai dalam satu dulang! Seronok kalau teringat zaman kanak-kanak dulu, sekarang ni masih dikekalkan sambutan Maulidur Rasul di sekolah, cuma sekarang ni makanan dibungkus dalam polisterin atau makan beramai-ramai di dewan dalam satu dulang! Akak paling suka kenang zaman sekolah, lebih-lebih lagi bila sesekali lalu kat sekolah lama akak, teringat zaman nakal dulu! Itulah kenangan paling berharga, susah nak lupakan yang indah ......

Semalam semasa semua umat Islam menyambut Maulidur Rasul, akak agak sibuk di rumah mak, sebab adik perempuan atuk sebelah mak dari KL datang berkunjung ke rumah kami. 3 kereta sekali serbu! Akak tolong mak masak ---- antara menunya adalah ayam kampung masak lemak cili padi, sambal goreng kentang dan tempe, sayur sup chap chai, ikan sepat goreng, sambal belacan buah binjai, ikan cencaru bakar dan kuah lada kicap. Dan sebagai hidangan sampingan, akak buah kuih apam ni ..... nama apam ni kalau disalah ertikan macam nama spesis a*****, tapi itu bukan maksudnye! Jadi kalau tak suka dengan nama asal apam ni, boleh beri nama yang sepadan dengan rupa paras dan bahan adunannya ...... jadi akak gelar apam ni sebagai apam coklat urai. Sedap! Cuma agak manis sikit. Kalau yang tak suka manis, boleh kurangkan sukatan gula tu .... first time cuba, dah tahu mana yang perlu ditambah dan dikurangkan, yang pasti, akak memang memandai tambah sukatan coklat urai tu, lebih coklat anak-anak lebih gemar memakannya ... Paling bagus, apam ni tak guna kuning telur! Tapi kenalak cari resepi lain yang cuma nak gunakan kuning telur ajer .......

Resepi ni akak jumpa di blog seorang blogger yang nun jauh berada di Kuwait! Kalau nak rayau blog ni, silalah klik pada sumber yang akak 'link'kan .... Selamat mencuba!

BOLKUS DALMATION @ APAM COKLAT URAI
Sumber : Home Maker By Choice
Resepi telah dialih bahasakan ke BM
  • 120 gm putih telur (5-6 biji telur gred A)
  • 1/4 sudu kecil garam halus
  • 225 gm gula
  • 2 sudu kedil ovalette
  • 300 gm tepung gandum*
  • 1/4 sudu kecil double acting baking powder*
  • 200 ml Sprite --- akak guna ice cream soda
  • 30 gm coklat urai --- akak tambah sendiri, ikut suka
Cara penyediaan :-
  • Panaskan kukus dengan api yang besar.
  • Satukan bahan bertanda * dan ayak. Ketepikan. (Akak terlepas pandang, jadi akak tercampur sekali garam dalam campuran ini ---- tapi jadi jugak!).
  • Satukan putih telur dengan garam dan pukul hingga menjadi putih dan pekat. Gunakan kelajuan yang tinggi.
  • Masukkan gula sedikit demi sedikit.
  • Masukkan ovalette dan putar hingga sebati.
  • Maukkan campuran tepung yang telah diayak berselang seli dengan Sprite. Kacau sebati dengan kelajuan yang perlahan.
  • Masukkan coklat urai, kacau rata.
  • Sudukan ke dalam bekas paper cup yang dimasukkan dalam acuan supaya bila mengukus bentuk apam kelihatan cantik. 
  • Kukus selama 15 mint dengan api yang besar. angakt dan sedia untuk dimakan.
-InaChomel-

Friday, February 3, 2012

ASAM PEDAS IKAN

Salam sume,

Hampir mencecah tengahari, kerja-kerja 5S akak hampir selesai untuk almari alatulis! Walaupun cuma 1 blok almari aje, makan separuh hari gak nak siapkan dan kemas almari ni! Itu pun baru 70% aje yang siap, selebihnya kena tunggu sebelah petang nanti sebab ada keperluan rak yang tak mencukupi, kena pergi kedai kejap tengahari nanti ....

Ok, pada yang menjadi surirumah sepenuh masa, dah siap masak??? Akak tengahari ni baru nak fikir ape nak dimasak untuk makan malam nanti .... Kepada yang gemar asam pedas, boleh cuba masakan ni! Masakan ni semua orang pun pasti tau macam mana nak masak! Ini pun resepi ulang tayang aje. Saje je masukkan untuk menghilangkan boring dan rehat kejap sebelum sambung semula aktiviti pada sebelah petang nanti. Asam pedas ni sedap dimasak kalau kena dengan ikannya. Biasanye boleh guna ikan tenggir, ikan merah, ikan pari, ikan duri, ikan sembilang dan beberapa lagi yang akak dah lupe. Tapi, kalau campur dengan sayuran seperti kobis, terung, bendir, daun kesum atau bunga kantan, lagi sedap. Masa akak masak lauk ni, semua tu tak de, jadiknye masukkan ikan jer ler ...... Ok, pada yang nak mencuba, silakan jengah ke dapur akak ni ...... Selamat mencuba!

ASAM PEDAS IKAN
  • 1 ekor ikan merah - potong 2 cm tebal dan kepalanya dibelah dua.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar*
  • 4 sudu besar bawang merah kisar*
  • 8 sudu besar lada kering kisar *
  • Belacan*
  • 1 sudu teh serbuk kunyit*
  • 1 mangku kecil air asam jawa
  • 1 kole air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak. Tumis bahan kisar yang telah disatukan (bahan bertanda *). Biar sehingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan air asam dan air. Sukatan air boleh dikurangkan untuk elakkan kuah terlalu cair.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Jika kurang asam, boleh tambah sedikit lagi air asam jawa. Rasa dan sesuaikan dengan citarasa masing-masing. Mesti ada rasa pedas dan masam sikit.
  • Masukkan ikan dan kecilkan sedikit api. Bila ikan hampir masak, masukkan sayuran jika ada atau boleh biarkan kuah gulai kosong tanpa sayuran.
  • Angkat dan hidangkan.
Sedap dipadukkan dengan sayur goreng seperti kobis, peria, kangkung atau bayam. Terpulang pada citarasa masing-masing. Nak lagi terangkat, makan bersama ulam-ulaman, ikan kering atau cencaluk ..... bak kata Mat Gebu ... pengsannnnnnnnnn!

-InaChomel-

SAYUR PERIA GORENG

Salam sekali lagi,

Sekarang ni berhenti rehat minum pagi kejap, so boleh ler cilok jap untuk berblog!

Ari ni bila masuk blog Kak CT, jelesnye tengok dia asyik gi holiday jer .... budak cuti sekolah pun dan start semula tau! Dia asyik cuti jer gi holiday ... tengah jadi ikan duyung lak tuh!!! Kak CT ... bila nak datang ofis keje ni ????? Jeles, jeles, jeles ........ huahhhhhh ....

OK, ni nak share lak resepi mudah yang semua orang pasti tau macam mana nak masak. Sayur peria ni kebanyakkan orang tak berapa suka. Akak dulu pun tak suka sangat sayur ni, tapi sekarangni dah mula suka, kalau rencahkan dengan udang basah lagi akak suke! Tapi pasal tak de stok udang basah, akak cuma guna udang kering dan fish ball aje untuk memeriahkan masakan dalam kuali akak ... keh, keh, keh, keh ..... tapi tetap sedap gak .... kalau masak 1 batang saiz sederhana dah cukup ok, sebab muai jugak sayur ni, kalau ada lebih tu boleh meratah jer ..... ok jom kita skodeng ...

SAYUR PERIA GORENG
  • 1 batang peria - belah dua, buang biji dan rendam dengan air garam selam 10 minit, kemudian potong nipis.
  • 1 batang loabk merah, disagat atau potong ala lidi mancis
  • Fish ball - belah 4
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar udang kering - direndam sekejap dan tumbuk lumat
  • 1 batang lada merah - hiris nipis
  • 2 sudu kecil bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 1 labu bawang besar - mayang kasar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis udang kering bahan kisar dan bawang besar hingga garing dan wangi.
  • Masukkan telur, biar seketika dan kacau.
  • Masukkan lada hiris, garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan fish ball dan lobak merah, kacau rata.
  • Masukkan sayur peria kacau rata dan biar seketika.
  • Angkat dan hidangkan.

Sedap dimakan dengan nasi panas dan dipadukkan dengan lauk gulai, asam pedas atau kari. Selamat mencuba!

-InaChomel-

KEK MENTEGA YOGURT LEMBAP

Salam pagi Jumaat sume,

Hari ni tak dapat nak celoteh panjang. Dah nak mula gotong-royong kemas ofis pagi ni. Satu hari suntuk kena kemas pejabat!

Harap-harap semua boleh beres. Tapi untuk projek 5S ni, setiap hari Jumaat adalah hari gotong-royong hingga semuanya siap dan selesai!

Ok, jom tengok resepi kek ni. Akak skodeng kat dapur Mat Gebu. Kek ni sedap, padat dan lembut! Tapi first time buat kek ni, bahagian tengah kek naik membumbung dan pecah sikit, tapi bila dah sejauk kembali normal! Mungkin pasal suhu oven agak tinggi kut!!! Tapi memang sedap. Cuma next time kalau akak buat kek ni, nak cuba guna yogurt yang berperisa pulak ... kalau tak cuba tak tau kan???? Ok jom serbu dapur untuk cuba buat kek ni ......

KEK MENTEGA YOGURT LEMBAP
Sumber : Mat Gebu

BAHAN - BAHANNYA :-)
125 gram mentega, pada suhu bilik
2 biji telur gred B
1 1/4 cawan tepung kek (atau 185 gram, guna tepung gandum pun ok)*
1/2 camca teh baking powder*(*gaul rata dan diayak)
150 ml plain yogurt
100 gram gula halus
1/2 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh parutan kulit oren (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim dan gula hancur, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masuk esen vanilla dan parutan kulit oren (jika guna). Putar rata.
  2. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata. Akhir sekali masukkan yogurt, gaul hingga rata dan tuang dalam tin berukuran 8 inci yang telah disapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas (mat guna bundt-pan jenis silicone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45 minit atau hingga masak.
  3. Sejukkan kek sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidangkan...
-InaChomel-

Thursday, February 2, 2012

APAM DWI WARNA a.k.a APAM DOT DOT

Salam sume,

Hai, dah beberapa hari tak update blog! Kat ofis sedang sibuk dengan projek 5S. Seronok tu seronok, sebab dapat kemas ruang kerja dan ruang pejabat pada waktu kerja ... kira gotong-royong kemas pejabat.

Esok kita orang start gotong-royong! Satu hari suntuk kena kemas mana yang patut dan buang mana-mana yang tak patut disimpan lagi! Bab nak membuang barang ni ada leceh sikit. Akak ni jenis yang suka menyimpan, especially barangan yang ada sentimental value! Nak pilih yang mana untuk dibuang pun susah, nak buang ke tidak ... ye ke tidak .....

Kat luar sana tu dah mula hujan lebat. Dah beberapa hari tak hujan dan cuaca agak panas. Sesekali hujan .... aahhhh indahnya dunia, sejuk mata memandang, kalau tak panas berdenting! Nak keluar gi beli makanan pun malas!

Sebut pasal makan, kali ni nak share resepi yang disunting dari dapur Hanamemories. Dah lama Hana tak update blog dia sejak balik ke Malaysia dari Jepun. Masakan dia menarik, akak suka rayau kat dapur dia. Resepi ni akak copy n paste aje, sedap! Cuma akak malas nak mengedotkan apam ni, jadik akak buat 2 warna jer ...... ok, jom kita skodeng resepi ni ....

APAM DOT-DOT
Sumber : Hanamemories

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
-InaChomel-