Hai, dah mula sibuk semua orang cite pasal biskut raya pulak kat blog masing-masing! Maklumlah, dah nak jumpa kembali Ramadhan dan diikuti dengan Syawal! Semua pun very excited!
Tahun ni angin malas nak buat biskut raya melanda diri akak ni! Tak tau lah nape! Riki resepi rajin, nak buat tu macam malas jer ....
Ok, hari ni nak share resepi yang buat kali kedua akak cuba. Last time buat, terlalu manis, this time just nice. Cuma mungkin orang ingat Congo Bar ni kek, tapi teksturnye agak kurang lembut berbanding kek! Dan, congo bar ni pun tak tebal macam kek, lebih kurang 1 inci aje ketebalannye. Kalau nak cuba sesuatu yang lain, just try this one! Resepi dari blog Kak Nor Secubit Garam yang akak dah melayukan supaya senang nak faham!
CONGO BAR
Sumber : Secubit Garam
Bahan-bahan :-
- 2 3/4 cawan tepung (315g)
- 2 1/2 sudu teh baking powder
- 1/2 sudu teh garam
- 2/3 cup mentega (150g)
- 200 gm gula perang sukatan asal - 453gm
- 3 biji telur "A"
- 1 sudu teh esen vanilla
- 326 gm milk chocolate chips - akak letak coklat chip
- 1 cawan chopped pecans (optional) - akak letak 1 cawan hazelnut cincang
- Ayak tepung bersama baking powder dan garam dan ketepikan.
- Dalam mangkuk pemutar, putar mentega dan gula perang hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu.
- Masukkan esen vanilla.
- Masukkan coklat chip, kekacang dan kacau rata.
- Masukkan campuran tepung tadi dan kacau rata.
- Sapukan loyang 10 x 10 dengan mentega dan alas dengan kertas parchment yang disapu dengan mentega.
- Bakar pada suhu 170 darjah C selama 30 minit.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment