Tuesday, September 2, 2014

ANY COMMENTS? .... DEFINITELY MISSED YOU 200%!

Image credits to the owner.

Salam sume ....

Dah lama tak berbicara disini! No reasons except memang tak de masa nak berkarya! Tapi pagi ni just nak share sedikit komen! Hopefully korang enjoy baca dan sila komen jika berminat!

Semalam satu lagi episod kisah masyarakat melabuh tirainya dalam slot Akasia di TV3 ... banyak pengajaran yang boleh dikutip, khususnya untuk dalam kehidupan berumahtangga dan sokong ibubapa kepada anak-anak! Tapi akak gerenti ramai yang lebih teruja dengan watak Zill Faezrul lakonan Zul Ariffin! Ini memang tak dapat disangkal sebab akak pun julung-julung kalinya like fb artis sepanjang hayat akak menjadi penonton setia tv, tak kira apa jua siarannya!

First of all, tahniah kepada barisan pelakon yang hebat dalam slot Akasia - Rindu Awak 200% ini! Watak lakonan Zul memang terserlah kehebatannya! Laluan yang baik buat pelakon muda yang cukup lengkap dengan pakej sebagai seorang selebriti! Frankly speaking, akak memang puji sangat-sangat lakonan Zul yang pada akak memang mantap sebab boleh jadikan penonton fall in love with you dan sentiasa menunggu kehadiran Zul tepat jam 7.00 mlm, include me and my dotter! Pada tahap umur akak sekarang ni, akak lebih menilai bakat lakonan artis berbanding rupa paras! But as I said earlier, Zul memamg cukup lengkap pakejnya. Itulah anugerah Allah buat dirinya! Kalau dulu, memang hero macam Zul jadi igauan akak! tapi sekarang ni, beri laluan kat anak-anak rasa zaman kita dulu-dulu. Tak de bezanye pun, fitrah manusia memang begitu! So, you will see and feel the same way .... macam mak kita dulu-dulu selalu membebel dan perli kat kita bila kita tergila-gilakan artis pujaaan hati kita dulu! Betulkan .... jangan tak ngaku pulak!

Namun jangan lupa peranan pelakon lain yang turut menghidupkan suasana dan mood dalam drama ini! Well done to all of you. Ayda Jebat masih ada banyak ruang untuk meneruskan lakonan dengan lebih baik lagi. Watak parents Armel juga dilihat sangat bersahaja! Tak nampak sangat macam terikat dengan skrip yang menjadikan drama ini kelihatan lebih bersahaja dan santai!

Akak gerenti, lepas ni ramai akan menunggu kehadiran Zul dalam slot drama atau filem untuk melihat kehebatan hero ini dengan watak yang berbeza. Tapi yang paling akak nak kongsikan kat sini adalah, kita patut melihat sudut positif karya penulis novel ini untuk renungan bersama! Watak Zill yang sangat menyayangi Armel dihidupkan dengan cukup cantik sekali walau pun ramai jugak yang kata Armel tu mengada-gada! Buat as a husband, nilai kesabaran, kesetiaan, kasih sayang dan yakin dengan ketentuan Illahi, itu yang wajar dilihat oleh kita semua! Dalam kehidupan sekarang ni, kemewahan bukan segalanya! Ada kemewahan tapi hidup tak bahagia pun tak guna! Bukan bermaksud miskin itu tanda bahagia! Cuma kehidupan ini perlu seimbang antara kehidupan di dunia dan persediaan menuju akhirat! Dalam kehidupan berumahtangga, suami dan isteri perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tiada yang sempurna, namun kita harus menerima kelebihan dan kekurangan pasangan masing-masing secara positif dan memilih jalan untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing, serta berusaha ke arah membentuk sebuah keluarga yang bahagia! Bergaduh dan bertengkar itu perkara biasa, namun bukan untuk dipanjang-panjangkan dan berlarutan sehingga membawa kepada masalah yang lebih besar lagi! Allah jadikan kita tidak sempurna, jadi belajarlah untuk menerima kekurangan diri sendiri dan melihat kelebihan pada insan lain! Dan juga lihat kelebihan diri sendiri yang boleh kita gunakan untuk melengkapkan kekurangan insan lain! Itu pandangan akak secara peribadi!

Last but not least ... kepada pengkritik bebas di media sosial, jangan pandang yang asyik menonton tv waktu Maghrib tu lupa solat dan tak ingat akhirat! Insya Allah solat masih terpelihara biar bagus manapun hero & heroin beraksi di kaca tv! Yang ramai menebeng kat luar rumah dan bersidai di kedai kopi, even ada yang bergolek & bersantai kat rumah tak tengok tv pun, belum tentu menyahut seruan Azan untuk menunaikan solat! As I said, hidup di dunia kena seimbang! Tak de manusia yang tak melakukan dosa, namun jangan suka menilai manusia kalau kita tak tau hakikat yang sebenarnya, sebab sedangkan amalan kita pun belum tentu cukup dan sempurna untuk menuju akhirat! Mencari kelemahan dan kesempurnaan di dalam kehidupan sendiri itu lebih baik daripada mencari kesilapan orang lain ....

Wasallam .....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment