Tuesday, November 27, 2012

TEMPE GORENG BEREMPAH

Salam sume,

Selamat pagi .... mentari muncul kembali sebelum mendung menjelma pada sebelah petang nanti ....

Beginilah keadaan cuaca sejak sebulan ni ... dah kembali semula era musim hujan pada hujung tahun dan sana sini kedengaran kisah banjir ... ada negeri yang dah ok keadaan banjirnya, ada yang sedang menghadapi gelombang banjir sekali lagi .... begitulah lumrah alam!

Dan juga sana sini dah penuh undangan majlis kahwin ... biasalah hujung tahun, cuti sekolah pulak tu, lagi pun acara penutup hujung tahun! Masa nilah sanak sedara berkumpul! Masa ni jugaklah baru tengok mana-mana anak buah yang dah besar panjang, lama tak jumpa, kejap aje dah jadik anak dara dan anak bujang!

Anyway cuti sekolah kali ni akak tak dpat nak balik kampung pakwe akak pasal anak dara akak dua-dua sedang exam sekolah menengah dan sekolah agama! Akak pun kena pergi kursus hujung minggu ni .... macam akak pernah kata sebelum ni, memang agak penuh dan padat kali ni, susah nak ke sana sini. Dengan keadaan cuaca yang kerap hujan juga, beberapa rancangan asal pun turut terbantut!

Oklah ... pagi ni nak share resepi simple yang akak buat petang semalam. Semalam akak tak berapa sihat, cuti kerja separuh hari! Keracunan makanan! Perut ni sakit memulas2 sampai ke pinggang. Serba tak kena! Jadi akak ambil cuti dan rehat sebelum mula memasak untuk makan malam selepas solat Asar!

Tempe goreng berempah ni akak jumpa resepinye dari rumah Mat Gebu! Sedap, terasa rempahnye ... cuma akak terlupa letak bawang putih!!! Mana taknye, main ingat dalam kepala aje, pulak tu laptop dan tablet si Iman bawak pergi ke rumah mak akak! Jadi bedal aje ler .... Enak di makan bersama lada padi kicap, tapi pasal semalam perut ni meragam, akak makan macam tu aje ... Jom nengok resepi ni, kalau suka bolehlah cuba!

TEMPE GORENG BEREMPAH
Sumber : Mat Gebu
  • 6 keping tempe (jenis berbunkus daun) - akak guna tempe bungkus plastik, 2 bungkus!
  • 11/2 cawan tepung beras (mat guna cap teratai)
  • 1 biji telur, dipukul sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • 1/2 camca teh serbuk kunyit
  • 1 1/2 camca teh ketumbar biji*
  • 1/2 camca teh jintan kasar*
  • 1/2 camca teh jintan halus*
  • 2 ulas bawang putih, hiris* (*ditumbuk hingga lumat) - yang ni lupa nak letak!!!
  • Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda
Cara penyediaan :-
  • Tempe dihiris layang seperti dalam gambar di atas. Ketepikan. 
  • Satukan tepung beras, bersama bahan yang ditumbuk lumat *), masukkan telur dan tuang air sedikit dahulu (anggaran 1/2 cawan), kacau rata dan jika agak pekat tuang sedikit lagi. 
  • Tambah serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kacau sebati dan ketepikan.
  • Panaskan minyak untuk goreng terendam. 
  •  Celup tempe yang dihiris tadu dalam bancuhan tepung, masukkan dalam kuali dan buat kaedah sama untuk baki tempe. 
  • Goreng 5 - 6 hirisan sekali goreng (bergantung pada saiz kuali anda). Guna api sederhana, dan balik2kan hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. 
  • Hidang bersama sambal kicap atau sos kegemaran anda....sedap dimakan panas2...
-InaChomel-

No comments:

Post a Comment