Sunday, April 20, 2014

BEE HIVE BUNS .... MUST TRY!

Salam sume,

Wahhh .... rindu bangettt!!! Lama ni tak update blog! Bukan bersawang lagi, agaknye dah jadi macam haunted castle kot!!!

Sejak akhir-akhir ni memang busy giler! Kursus, desk work, nak settle income tax, nak sedia laporan tahunan .... weiiiii ni kalau nak senaraikan memang tak tersenarai u! 

Busy kerja tapi dapur tetap berasap gak, cuma tak de masa nak bersosial kat internet! 

Oklah, tak leh nak cite lama kat sini, just want to share kesedapan roti ini yang ramai dah cuba! Akak ni selalunya kalau adun roti selalu failed! Tapi kali ni menjadilah pulak! Dah lah tu sodap bukan main lagi! Baik korang try, nyesal kalau korangtak try. Ikut aje sukatan ni, pasti jadik! Nak cite lebih-lebih pun tak cun gak kalau tak try kan!!!! Aka buat sekali 2 adunan ... muaii!

BEE HIVES BUNS
Sumber : Izah Muffin Lover

DOH
  • 2 cawan tepung gandum * izah campur tepung roti
  • 1/2 Sudu teh dry yeast
  • 1/4 Sudu teh garam
  • ½ sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula pasir
  • ¼ cawan plain yogurt, suhu bilik *yogurt tak de boleh ganti buttermilk (1/4 cawan fresh milk + 1/2 sudu besar cuka epal)
  • ¼ cawan minyak sun flower
  • 1/2 cawan air suam +-
*Almond flakes, pumpkin seeds dan butterscotch jika suka. Butterscotch tu wajib ada, kalau tak roti ni sama aje macam roti biasa! Sos tu lah yang jadi penyedap rasa!
 

Cara penyediaan :-
  • Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
  • Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
  • Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan. Jika ada mixer, gunakan spiral hook dan putar hingga sebati.
  • Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruskan mengguli menggunakan mixer atau tangan.
  • Uli sehingga elastic. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
  • Biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas atau tertutup. Boleh tutup dengan tuala dapur juga.
  • Bila doh dah naik, tumbuk doh tersebut untuk keluarkan angin dalam doh.
  • Sapukan tangan anda dengan minyak atau mentega dan ambil sedikit doh sebesar bola pingpong dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
  • Buat sampai habis. Doh lembik tapi jangan tambah tepung. 
  • Tutup loyang dengan tuala dan biar adunan naik 2 kali ganda.
  • Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka.
  • Setting oven adalah : 160 / 180C api atas / bawah..(ikut oven masing-masing). Panaskan dulu aven dalam 10 minit. Kemudian baru masukkan loyang.
  • Dalam10 minit pertama, bakar gunakan guna api bawah sahaja, pada ketika ini suhu api atas boleh diturunkan kepada 50C sahaja.
  • Untuk 5 minit terakhir guna api atas bawah dengan suhu 160 / 180C.
  • Time bako dalam 10-15 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tuangkan butterscotch di atasnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

BUTTERSCOTCH SAUCE

  • 1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
  • 1/2 cup whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
  • A pinch of salt
  • 1/2 tsp vanilla essence
  • 25g butter
Cara penyediaan :- 
  • Cairkan butter dakam periuk kecil.
  • Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair @ larut sepenuhnya dan berbuih.
  • Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
  • Masukkan vanilla, garam dan bila semuanya sebati off kan api dan angkat dari dapur.
  • Sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
All the best! 
-InaChomel-

No comments:

Post a Comment