Monday, August 11, 2014

SALAM AIDILFITRI 2014, AKU RINDU PADAMU ....

 Di hadapan Masjid Jamek Hassanil Bolkiah, Bandar Seri Begawan.

Salam semua,

Dah terlalu lama rasanye akak menyepi dari arena penulisan blog ini! Bukannya lupe, tapi memang tidak berkesempatan sama sekali nak cari masa senggang untuk menulis! Asyik melawat blog orang lain aje!

Masih belum terlambat juga untuk akak mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua yang sudi menziarah ke blog akak ini! Macam dah dry aje kan??? 

Tahun ini kami sekeluarga beraya jauh di tempat orang! Dari JB kami menaiki flight ke Miri, seterusnye ke Jerudong, Brunei Darussalam! Akak beraya di rumah adik lelaki akak yang kini telah berkeluarga dan menetap di sana! Cuba berubah angin pulak tahun ni! Tapi mak & abah beraya di KL, rumah adik perempuan akak! 

Kalau tanya tentang suasana, memang ada sedikit perbezaan! Tapi dari serumpum bangsa Melayu, adat ziarah ke rumah kaum keluarga dan handai taulan masih tetap sama! Yang menarik, jika beraya di sana, kaum lelaki akan memakai baju melayu setiap kali beraya, dan bukan setakat hari raya pertama sahaja! Pagi raya pun baru sibuk memasak, dan tak sibuk nak sediakan bungkusan untuk dihantar ke sana sini sebab, masak untuk makan sendiri aje. Kebetulan kalau ada yang datang berkunjung, ada rezeki untuk mereka! Mungkin sebab di sana rumah kebanyakkannya bukan rumah teres macam disini! majoriti bina rumah sebuah atas lot tanah sendiri dalam sebuah kampung. Tapi open house tetap meriah!

Malam raya, adalah malam untuk shopping sebab ada lelong! Menggila shopping kat sana! Sebab harga barang murah untuk kualiti barangan import! Tapi currency exchange ler yang tak tahan! RM 1 = BND 2.51. Pejam mata jer ler .... Most excited goods are crystal plates & bowls, garments, kain ela, imported chocolates, foods and many others! Dapatlah juga bawak balik JB barangan kristal, kain, baju, makanan, coklat dan ada ler yang lain-lain lagi!!!


Hari Raya Pertama di Brunei adalah pada hari Selasa, lewat sehari dari Malaysia.

Apa yang akak boleh kata, barangan kat sana memang murah dan sangat berbaloi! Tapi most important thing is, kami nak berkumpul bersama dan anak-anak pun enjoy jumpa counsins mereka di sana! Insya Allah kami rancang untuk ke sana lagi beberapa tahun lagi, tapi kami plan nak pergi beramai-ramai bersama semua ahli keluarga! 

Sebelum balik JB, adik akak buat BBQ pada sebelah malam! Wahhh .... memang bebudak suka sambil main bunga api! but then, bila sampai hari nak balik JB, sedih rasanye sebab dah 8 hari bercuti di sana, so bila nak balik JB rasa berat hati dan sedih .... 

Banyak lagi gambar yang akak dah upload di FB, kalau berminat boleh tengok di album FB akak! 

Semoga Allah masih memberi kami kesempatan dilain masa untuk kembali berkumpul seperti ini. Dan semoga dikurniakan kesihatan yang sihat dan kesejahteraan hidup untuk kami terus menikmati rahmat yang diberikan buat kami selama ini!

Salam Aidilfitri dan Maaf & Zahir Batin dari kami sekeluarga .....


Kenangan di Airport Miri sebelum berlepas pulang ke JB, so touching ....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment