Thursday, May 7, 2015

RINDU BERTAMU ... CRANBERRY POUND CAKE

Salam sume,

Dah lama tak jenguk blog sendiri. Bukanlah sibuk mana pun, cuma kesempatan nak berborak panjang disini tak ada! Ada masak, tapi tak de modal nak bersembang. Kekadang tak mood pun ye jugak!!!

Tapi mood memasak memang tak pernah hilang. Penat pun tetap nak masuk dapur gak! 

Seminggu dua ni pun akak agak sibuk juga dengan beberapa tempahan kek! Alhamdullillah, syukur ke hadrat Illahi yang mengurniakan kesihatan yang sihat untuk meraih rezeki yang halal. Permulaan, namun bukannya agresif untuk insan yang macam akak ni. Takat yang boleh aje, itu pun lebih kepada tempahan untuk keluarga, nak deco lebih-lebih tu, bukan akak orangnye. Belajor takat darjah 1, nak advance macam orang lain memanglah tidak jawapannye!!!

Cuma, jika ada kesempatan dan kudrat yang sihat, insyaallah, kalau ada yang sudi menempah, akak cuba usahakan. Terima kasih kepada yang sudi dan percaya dengan keupayaan akak yang tak seberapa ni .....

Ok, hari ini nak share satu resepi kek yang akak suka! Kek ni sedap! Ada rasa manis, lemak dan masam sikit! Tapi, serius akak suka! Simple and easy. Kalau guna butter yang mahal sket, lagi wangi bau kek ni. Resepi dari dapur Mat Gebu, so akak copy and paste aje ye. Memang berbaloi mencuba.

CRANBERRY POUND CAKE
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan @ Mat Gebu

BAHAN - BAHANNYA :-)

  • 180 gram mentega berkualiti (mat guna Anchor)
  • 220 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
  • 100 ml susu segar
  • 140 gram gula kastor
  • 2 biji telur gred A
  • 1 camca teh esen vanilla (mat guna butter vanilla)
  • 50 gram cranberry kering
  • Sedikit badam cincang untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  • Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 3.5inci x 3.5inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas minyak tadi. Boleh juga guna tin bulat berukuran 8 inci. Gaul cranberry dengan tepung hingga rata. Ketepikan.
  • Putar mentega dan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, masukkan butter vanilla dan putar sebati. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung + cranberry berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  • Tuang dalam tin, ratakan dan tabur badam cincang atasnya. Bakar 45 - 50 minit atau hingga masak, uji dengan mencucuk lidi sate bersih ditengah2 kek, jika keluar bersih, tanda kek anda telah masak. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaan tin dengan tudung periuk dan sambung bakar untuk 5-6 minit lagi. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong untuk hidangan.
CATATAN MAT GEBU :- Jika anda takde tepung naik sendiri atau self-raising flour, boleh guna tepung gandum, sukatan sama macam dalam resipi dan tambah 1 camca teh penuh baking powder, gaul rata dan ayak 3 kali sebelum guna, kemudian gaul rata dengan cranberry....Selamat mencuba!.

Well, dah bacakan! Senang jer .... must try, memang tak nyesal!



-InaChomel-

No comments:

Post a Comment