Sunday, July 26, 2015

KIMA @ KEEMA DAGING? WHAT EVER ... YANG PENTING SEDAP!!!

Salam sume,

Wahhhh .... habuk sana sini kat blog akak ni! Lama betul tak jengah dapur ni. Agaknye sape-sape yang jadi follower akak mesti bosan gitu, jenguk tak update!

Anyway, Salam Aidilfitri buat semua! Dah lama tak bersiaran rasa rindu pulak! Bila jenguk blog orang lain, pun lebih kurang sama gak dengan akak! Tapi akak salute pada certain bloggers yang masih tak jemu nak share sesuatu, walau pun perkara kecil yang kita mungkin terlepas pandang!

Ok, for those yang visit this blog, tapi tak de update, so soorryyy ye! Tuan rumah gering dari awal cuti sekolah hinggalah raya! Diserang sekali lagi dengan penyakit psoriasis! Bertapa 12 hari di wad, dan cuti sakit 1 1/2 bulan! 4 hari sebelum raya baru mula kerja semula! Ofis pun dah lenggang macam padang jarak padang tekukur! 

Well, tak banyak masa nak berborak disini, tapi akak nak share resepi yang akak cedok sana sini, dicampur aduk, baru menjadi! Ini pun baru tau nama masakan ni kima @ keema! Bahana jiran sebelah selalu hantar kat rumah, dan bebudak pun suka, so mak budak ni pun dengan rajinnye mencari resepi kat internet! Jumpa + otter sendiri kasi sedap tekak ni. Kepada yang sudi nak cuba, silalah, memang sedap, akak gerenti!!!

KIMA @ KEEMA DAGING

Bahan-bahannya :-

  • 250gm daging cincang. Cuci bersih dan toskan
  • 2 batang carrot. Potong dadu.
  • 1 cawan kacang peas
  • 1 cawan jagung kernel
  • 15 biji tomato ceri dibelah dua
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 4 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji bawang besar merah dipotong dadu 
  • 1 biji bawang holland dipotong dadu
  • 4 sudu besar lada kering dikisar halus
  • 1 1/2 sudu teh jintan halus dikisar halus
  • 2 sudu teh jintan kasar dikisar halus
  • 4 sudu besar sos cili
  • Daun ketumbar dipotong kasar-kasar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 senduk kecik minyak masak
  • Air

Lain-lain :
Roti bhai @ french loaf @ roti sandwich
Telur rebus separuh masak - ini aksesori tambahan, kalau tak nak pun tak pe!

Cara penyediaan :-
  1. Panaskan minyak + minyak sapi.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga wangi dan layu.
  3. Masukkan bawang holland dan biar layu seketika.
  4. Masukkan lada kering kisar, jintan halus & kasar, dan masak hingga garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kentang, kacau rata.
  6. Masukkan daging, kacau rata.
  7. Masukkan carrot dan tomato ceri, kacau rata dan kemudian masukkan sos cili. Biar seketika.
  8. Masukkan kacang peas, jagung. Masukkan 1 cawan air atau lebih jika kuah terlalu pekat. Kecilkan sedikit api dan biarkan terbitkan pada kuah kima.
  9. Masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
  10. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau sebentar dan tutup api. Hidangkan bersama dengan roti bai, atau french loaf atau roti sandwich pun boleh. Untuk yang sukakan keenakan berganda, boleh letakkan telur separuh masak di atas kuah kima ini.
Mesti ada rasa masam, manis dan garam secukup rasa! Nikmati masakan ini dengan penuh selera ye! Memang marbeles!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment