Sunday, June 17, 2012

PUDING KASTARD COKLAT

Salam,

Selamat malam sume. Dah malam macam ni baru sempat nak berblog. Siang tadi sibuk tolong Iman carikan bahan untuk buat buku skrap. Sampai ke malam ni akak baru siap cari gambo yang sesuai.

Semalam pun akak agak busy. Semalam ke airport Senai, hantar adik akak n familinye balik ke Brunei. Dah seminggu dia orang ada kat JB n Singapore sempena cuti sekolah di Brunei. Meriah rumah mak akak dengan riuh-rendah gelagat bebudak tu. Iman pun dah seminggu tidur rumah mak akak sebab nak main dengan cousins dia kat sana .... So minggu lepas akak tak berebut keluar awal dan bersesak dengan kesesakan jalan raya menuju ke pusat bandar.

Oklah, sebab dah malam ni, akak just nak share satu resepi yang biasa-biasa aje. Akak buat puding ni semalam, lepas balik dari airport! Teringin pulak nak mengubah wajah puding ni, so akak tambahkan serbuk coklat. Memang tak mengecewakan! Rasa lemak coklat tu buatkan puding ni boleh juga dimakan begitu sahaja tanpa kuah. Tapi still akak buat juga kuahnye sebab macam togel jer ler pulak kalau makan gitu jer kan???? So, kepada nak mencuba, silalah ikut step di bawah ni ye ....

PUDING KASTARD COKLAT

Kastard :-
  • 2 cawan tepung kastard
  • 3 sudu besar serbuk coklat - diayak
  • 12 cawan air susu suam - satukan 1 tin susu pekat dengan air suam dan jadikan sehingga 12 cawan air susu suam
  • 1 sudu teh esen vanilla
Kuah kastard :-
  • 2 tin susu cair
  • 1 tin krimer jagung
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 3 tin air
  • Gula
Hiasan :-
  • Buah-buahan koktail
Cara penyediaan :-
  • Satukan tepung kastard dan serbuk coklat di dalam periuk.
  • Masukkan susu suam sedikit demi sedikit untuk mengelakkan tepung kastard daripada berbintil.
  • Masak adunan ini di atas api yang sederhana besar hingga pekat dan bertali. Kecilkan api apabila aduan hampir pekat untuk mengelakkannya daripada berbintil dan kelihatan tidak licin.
  • Basahkan acuan dengan air dan cedukkan adunan kastard ke dalam acuan hingga siap dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk dikeraskan.
  • Untuk kuah kastard --- Masukkan semua bahan kecuali gula dalam periuk dan masak dengan api yang sederhana besar. 
  • Masukkan gula ikut citarasa dan masak hingga mendidih. Pastikan kuah dikacau sentiasa untuk mengelakkan susu daripada berbintil.
  • Sejukkan kuah.
  • Untuk hidangan --- ambil kastard yang telah dikeraskan dalam peti sejuk dan masukkan dalam mangkuk. Sendukkan kuah kastard dan buah koktail. Sedia untuk dimakan. Sedap dihidangkan sejuk.
Senangkan, cubalah, gerenti tak nyesal punye .....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment