Wednesday, June 27, 2012

UDANG KARI NENAS

Salam sume,

Waaahhhhh ... kat luar sana hujan turun dengan lebatnya .... dari dinding kaca ni cuaca kat luar tu sungguh gelap! Dah lama tak hujan, sehari dua ni hujan turun, sejuk sikit cuaca. Kalau tak panas berdenting! Guruh berdentum kuat! Suasana pun jadik ngantuk jer kat dalam ofis ni ... maklumlah, lepas kenyang makan dengan cuaca yang sebegini suram, ngantuklah pulak .....

Pagi ni kita orang ada jamuan Majlis Penghargaan Staf jabatan kami yang berpindah ke Jabatan lain, berpindah ke KL dan juga yang naik pangkat. Juga ada juga diselitkan penghargaan kepada pencapain terbaik bulanan yang kami anjurkan secar suka-suka untuk memotivasikan staf di jabatan kami. So pagi ni kenyang perut ni dengan pelbagai makanan. Kalau nak tengok gambo tu, gi lah ke fb akak ye ....

Ok, untuk N3 ari ni akak nak share masakan yang julung kali akak cuba semalam. Resepi pun main taram jer ... tapi rasanye tak mengecewakan, kalau bebudak makan bertambah, makanye sedap ler tu .... Udang kari nenas ni pun akak masak setelah jemu dengan menu udang yang biasa akak masak. So akak pun try ler agak-agak boleh telan tu, kira oklah .... pada yang ingin mencuba, silalah tengok resepi kat bawah nuuuu .....

UDANG KARI NENAS
  • 800 gm udang - potong ekor dan muncung tajamnya
  • 1 biji nenas - kupas kulit, buang empulur dan potong sederhana tebal, rebus sebentar dan ketepikan.
  • 3 sudu besar rempah kari ikan - bancuh dengan sedikit air
  • 3 sudu besar lada kering kisar
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • Sedikit halia - ditumbuk halus
  • 2 pelepah daun kari
  • 1/2 biji bawng besar dimayang
  • 3/4 paket santan serbuk dibancuh dengan 1 cawan air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Minyak untuk menumis
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar, halia dan bawang mayang. Masukkan daun kari dan goreng hingga wangi.
  • Masukkan rempah kari dan goreng lagi hingga garing dan wangi.
  • Masukkan nenas dan kacau rata.
  • Masukkan udang, kacau rata dan masukkan garam, serbuk perasa dan gula.
  • Masukkan santan, kacau rata dan kalau terlalu pekat tambah sedikit dengan air rebusan nenas tadi.
  • Kacau dan biar mendidih.
  • Angkat dan hidangkan.
Senangkan. Kalau ada kerisik, bolehlah masukkan dalam 2 sudu besar. Lagi sedap! Ok, silalah cuba, kalau sedap boleh repeat lagi!

 Walaupun kecil, tapi sebagai tanda penghargaan buat staf yang mencapai target pada Mei 2012! Siapa itu? I lerrrr .... I like!

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment