Thursday, June 14, 2012

UDANG MASAK LEMAK NENAS

Salam sume,

Dah lama tak bersiaran ye! Sejak akhir-akhir ni mood berblog agak merudum sikit! Entah le apasal ye? Agaknye penat kut. Maklumlah, baru lepas cuti sekolah. Masa cuti sekolah ari tu akak balik kampung pakwe di Melaka. Memang balik sana nak berehat, tapi pasal akak ni dalam proses pemulihan dari sakit kelmarin, perjalanan jauh ni agak meletihkan dan mudah penat! Jadi nak berblog sungguh malas. Tapi ari-ari akak tengok blog kawan-kawan yang sibuk ke sana sini sempena cuti sekolah!

Masa cuti sekolah kelmarin, selain balik kampung, kita orang ke PD gak! Dah dekat, 15 minit drive dah sampai. Next time kalau balik kampung akak nak repeat ler gi PD, nak santai kat sana ... ari tu just singgah kejap beli t-shirt n makan tengahari kat sana! Lepas ke PD kita orang ke Klebang lak, beli cencaluk dan gula melaka, ada yang memesan, so dah alang-alang tu kita ronda ler sekali ... selebihnya kita orang lepak kat pantai di Kuala Linggi .... nak tengok gambor silalah ke fb akak ye ....

Ok, hari ni nak share satu resepi yang dah agak lama akak masak, tapi tak nyempat nak upload. Lauk ni pak we akak punye faveret! Bebudak pun suka gak. Asyik masak sambal tumis jer, sesekali tukar ler selera pulak! Kalau masak lauk ni, kena ada ikan masin, ikan sepat lagi cun .... goreng sayur kacang panjang/buncis, nak cun lagi tambah ngan cencaluk, perrrggghhhh .... makan berpinggan pun tak sedar tau! Resepi untuk malam ni adalah Udang Masak Lemak Nenas. Senang jer, tak yah sibuk nak tumis itu dan ini, lebur jer ... tapi hati-hati dengan penggunaan santan ye .... Jom cuba lauk ni ..

UDANG MASAK LEMAK NENAS
  • 1 kg udang - potong muncung dan ekor, cuci bersih dan toskan.
  • 1/2 biji nenas - buang empulur dan potong sederhana kecil.
  • 1 paket santan serbuk - dibancuh dengan sedikit air menjadi 1 cawan.
  • 2 batang serai - diketuk sikit.
  • 1 batang lada merah - dikisar halus.
  • 5 batang lada hijau - dikisar halus.
  • 1 sudu teh serbuk kunyit dicampur bersama bahan kisar.
  • 1 sudu teh bawang putih kisar
  • 3 sudu besar bawang merah kisar
  • 2-3 keping asam gelugor
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Air
Cara penyediaan :-
  • Masukkan nenas dalam periuk dan rebus sebentar bersama sedikit air (1 cawan).
  • Bila mendidih, masukkan semua bahan kisar dan serai, kacau rata dan biar seketika.
  • Masukkan udang, kacau dan masukkan santan.
  • Kacau rata dan kecilkan sedikit api.
  • Masukkan asam gelugor, garam, serbuk perasa dan sedikit gula.
  • Kacau sentiasa untuk elakkan santan berbintil dan biar mendidih.
  • Angkat dan hidangkan.
Tahap kepedasan lauk ni terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau rasa lada merah dan lada hijau kurang power, bolehlah tambah dengan lada padi. Senangkan, tak yah tumis! Kalau nak gantikan santan ngan susu pun boleh, ikut citarasa masing-masing. Nenas pun kalau nak bubuh 1 biji pun boleh, yang pasti carilah nenas yang masak sikit, manis! Tapi sesetengah orang suka nenas muda, terpulang citarasa masing-masing, yang penting sedap!!! Selamat mencuba.

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment