Dah sempat holiday ke belum dengan family masing-masing? Ada yang sudah, dan ada yang masih belum berpeluang lagi ... macam akak ler ... masih tak nyempat lagi nak cuti-cuti ngan family.
Yang baru lepas exam, baru nak menarik nafas lega dan nak santai! Akak insyaallah pertengahan bulan ni baru sempat cuti. Nak ke KL, ada cousin yang akan kahwin! Then, menjelang Krismas nanti akak cuti sekali lagi, tapi bukan untuk holiday, tapi lebih kepada nak uruskan keperluan sekolah anak-anak. Nak beli baju sekolah, buku sekolah dan bayar yuran sekolah! Cuti akak banyak lagi, tapi pak we akak dah tak de cuti pasal asyik ikut akak ke GH aje untuk buat check-up.
Untuk siaran kali ni, akak nak share resepi Mee Bandung yang menjadi kegemaran family akak. Akak masak mee dah lebih 2 minggu lepas, tapi tak sempat nak upload bahana sibuk mengejar ststik untuk bulan lepas! So, ada sedikit masa terluang ni, akak nak kongsi ngan korang sume.
Kalau ikutkan boleh beli yang ready made aje, tapi pak we aka tak berapa suke, katanya rasa mee bandung tu tak berapa nak pure, jadikkkk, kena lah buat pes mee bandung ni sendiri!!! Ok, pada yang ingin mencuba buat sendiri, meh lihat resepi nii ....
MEE BANDUNG
- 2 genggam udang kering - direndam hingga kembang dan dikisar hingga halus
- 2 sudu besar bawang putih kisar*
- 8 sudu besar bawang merah kisar*
- 8-10 sudu besar lada kering kisar *
- Gula
- Minyak untuk menumis
- Panaskan minyak.
- Tumis bahan bertanda * hingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan udang kering kisar, kacau rata dan masak lagi dalam tempoh 10-15 minit.
- Masukkan gula dan kacau rata. Untuk mee bandung, pesnya mestilah agak manis sedikit untuk seimbang dengan rasa pedas. Apabila telah mula pekat, angkat dan ketepikan.
- 1 kg mee kuning
- 2 biji tomato - dibelah lapan
- 2 keping fish cake
- 400 gm hirisan daging lembu yang telah direbus empuk
- 400gm udang dibuang kulit, tinggalkan kulit ekor sahaja
- 10 biji fish ball
- 3 biji telur
- Stok air rebusan daging atau rebusan kulit udang.
- Sawi
- Garam
- Serbuk perasa
- Daun sup
- Daun bawang
- Bawang goreng
- Masukkan stok air rebusan ke dalam kuali dan biar hingga mendidih.
- Apabila mendidih, masukkan pes yang telah siap dimasak tadi sedikit demi sedikit sehingga menghasilkan kuah yang tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
- Kecilkan sedikit api, masukkan telur satu persatu. Apabila telur sudah menggeras, keluar dari kuah supaya telur tidak pecah apabila dimasuk bersama bahan lain.
- Masukkan daging dan udang.
- Masukkan juga fish ball dan fish cake dan biarkan mendidih.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Jika kurang manis, boleh tambahkan sedikit lagi gula.
- Akhir sekali, masukkan sawi yang telah dikerat dan dicuci bersih.
- Dalam mangkuk hidangan, masukkan mee dan tabur buah tomato yang telah dipotong kecil.
- Letakkan telur yang diketepikan tadi di atas mee.
- Curahkan kuah yang telah siap dimasak. Taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng dan sedia untuk di makan.
Selamat mencuba.
-InaChomel-
No comments:
Post a Comment