Wednesday, December 12, 2012

CHICKEN CHOP

Salam sume,

Selamat pagi ..... wahhhh hari ni ramai yang memilih untuk mengabadikan tarikh 12.12.12 untuk hari bahagia masing-masing. Kebanyakkannya memilih untuk berkahwin pada tarikh keramat ini ... yelah sekali terjadi dalam 100 tahun.

Logiknya ramai yang memilih tarikh ini adalah kerana nombornya yang cantik tersusun, dan lebih mudah nak ingat Maklumlah ... bila dah tua nanti, bila anak cucu tanya bila atuk ngan nenek kahwin, senang jer nak ingat .... 12 tiga kali!!!

Tapi, walau apa pun tarikh yang kita pilih, tarikh tu bukanlah faktor penentu kepada segalanya. Jika kita sendiri tak bijak mengurus kehidupan kita, tarikh keramat mana pun tak memberi apa-apa makna buat kita. Yang penting, kita mestilah menjadi seorang yang matang, bertanggungjawab, dan menghargai segala nikmat dan rahmat yang diberikan Allah buat kita. Hidup perlu sentiasa bersyukur supaya kita tidak lupa akan nikmat yang diterima. Janganlah sesekali kufur akan nikmat yang Allah berikan buat kita semua. Apa yang kita ada sekarang ni bersifat sementara, dalam sekelip mata Allah boleh menarik nikmat yang diberikan buat kita. Jadi, hidup dalam dunia ni kena selalu beringat dan berkongsi dengan yang lain. Kelebihan yang Allah berikan kat kita bukan untuk diri kita seorang. Sebaliknya bila kita berkongsi dengan orang lain, itu lebih barakah dan lebih mulia.

Cukup, cukup, sudah ... cukup sampai di sini saja tazkirah ringkas untuk pagi ni yea ... akak ni bukanlah ustazah, sekadar nak kongsi pandangan sahaja dengan korang!

Untuk kali ni, akak nak share resepi yang dah lama sungguh kami ngidam nak makan tapi baru berkesempatan nak buat. Nak makan kat luar macam tak berapa nak kenyang gitu, maklumlah perut masing-masing besar tempayan!!! Jadik masak ler sendiri. Masak sendiri lebih muai dan anak-anak serta suami lebih menghargainya ..... walau pun penat masak, tapi hati gembira!

Ehhhh, banyak plak songel ye ... Kalau bercakap memang susah nak berhenti ... tu mesti ada tahi lalt kat tepi bibir!!!!

Resepi ini akak dapat dari blog Dapur Kak Jee dan dari buku masakan Nostalgia Medan Selera! Sedap dah pasti! Thumbs up! Tak percaya cubalah korang buat sendiri, tak susah mana pun. Yang penting puas hati dengan hasil masakan yang korang masak! Biasanye anak-anak dan suami jarang kata apa yang kita masak tu tak sedap. Especially kanak-kanak, dia memang tak pandai berbohong. Wokehh .... meh lihat resepi ni ye .... jangan bimbang, kalau ikut cara dan sukatan yang betul, memang menjadi ..... ye, ni pun first time kaka ikut resepi ni, tapi menjadi (....... aku dah penat masak korang kata tak sedap!!! Nahas!!!).

CHICKEN CHOP
Sumber : Dapur Kak Jee

Penyediaan Ayam (sumber : Buku masakan Nostalgian Medan Selera) :-
  • 1 ekor ayam - buang tulangnya dan potong 4, kemudia bahagian dada dibelah dua sebab isi di bahagian ini agak tebal. Potong bahagian kepak supaya mudah untuk digoeng nanti. Biasanya akak minta penjual ayam buangkan tulang dan potong kepada 4 bahagian. Yang lain akak potong sendiri.
  • Rebusan stok ayam - ambil tulang ayam tadi dan direbus untuk dijadikan stok.
  • 2-3 sudu besar kicap pekat.
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • 2 biji telur ayam
  • 2 sudu besar tepung jagung 
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
Cara penyediaan :-
  • Cuci bersih isi ayam tadi dan toskan seketika.
  • Dalam mangkuk besar, masukkan ayam, lada sulah dan kicap pekat. Kacau rata dan biar seketika. Kalau nak goreng terus pun boleh.
  • Dalam mangkuk bersih yang lain, pecahkan telur tadi dan pukul sedikit. Masukkan tepung jagung dan kacau rata. Jika inginkan sedikit rasa garam, boleh letakkan garam.
  • Panaskan kuali dan minyak.
  • Celup ayam yang diperap seketika tadi ke dalam bancuhan telur dan goreng sehingga masak.
  • Angkat dan toskan. Ketepikan seketika.
Penyediaan kuah (Dapur Kak Jee) :-
  • 1 biji bawang holland - potong dadu
  • 1-1 1/2 sudu besar bawang putih kisar
  • 1/2 tin cendawan - dihiris nipis
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • Air rebusan stok ayam
  • 1-2 sudu teh serbuk lada hitam - akak tambah!
  • Garam
  • Mentega @ minyak zaitun
Cara penyediaan :-
  • Panaskan kuali dan masukkan mentega atau minyak zaitun.
  • Tumiskan bawang putih dan bawang holland hingga layu.
  • Masukkan cendawan dan kacau rata.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau lagi hingga mendapat warna brown yang dikehendaki.
  • Masukkan air rebusan stok ayam tadi dan kacau rata.
  • Masukkan pula serbuk lada hitam dan garam.
  • Kacau rata hingga mendidih dan mendapat kepekatan kuah yang dikehendaki, tidak terlalu cair dan tidak juga terlalu pekat.
  • Angkat dan ketepikan.
Penyediaan kentang putar (Dapur Kak Jee) :-
  • 3-4 biji kentang dicuci bersih dan direbus hingga empuk tanpa membuang kulitnya.
  • 1/2 cawan susu segar.
  • 1-2 sudu besar mentega.
  • Sedikit garam.
Cara penyediaan :-
  • Di dalam mangkuk yang sesuai, lenyekkan segera kentang yang telah empuk dan dibuang kulitnya.
  • Masukkan mentega dan garam, kacau rata.
  • Masukkan susu segar dan kacau rata lagi. Jika kurang rasa lemak dari mentega, boleh ditambah sedikit lagi. Perlu seimbangkan rasa masin dari mentega dan garam yang dibubuh tadi.
  • Ketepikan bila dah siap.
Penyediaan salad sayur campuran (Dapur Kak Jee) :-
  • 2 cawan mixed vege dicelur seketika dalam air panas.
  • Toskan dan gaulkan dengan 1-2 sudu besar mayonis.
  • Kacau rata dan ketepikan.
Cara hidangan :-
  • Gunakan pinggan yang sesuai dan ambil 1 bahagian ayam yang telah siap digoreng tadi.
  • Cedukkan 1-2 sudu besar kentang putar.
  • Cedukkan 1-2 sudu besar salad sayur campuran.
  • Curahkan kuah pada ayam dan juga kentang putar.
  • Sedia dimakan bersama sos cili kegemaran.
  • Jiak suka, boleh ditambah dengan kentang goreng (french fries).
Senangkan! Nampak je panjang berjela, tapi sebenarnya senang jer ..... dalam 1 masa boleh menyambil buat persediaan untuk hidangan sampingannya ... cubalah, tak cuba tak tau ......

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment