Monday, July 15, 2013

NASI AYAM ... YANG MUDAH LAGI SENANG UNTUK IFTAR

Salam Ramadan,

Sekejap aje dah hampir seminggu kita di bulan Ramadan ye! Sana sini sibuk orang ramai membuat persiapan Ramadan dan Syawal.

Sebut pasal persiapan Syawal, rasanye tahun ni ramai orang membuat persiapan awal ... ni tinjauan mata akak yang tengok secara 'live' ler ....

Last week, selepas gi Angsana, akak juga ke The Store di Jalan Tebrau. Much better over there! Senang nak cari baju, tak sesak dengan orang ramai, lebih mudah lagi, semua barang terletak dalam floor yang sama! Mungkin pasal shopping store yang agak kecil dan tak ramai orang rajin ke area sana, but for me, more easy dan boleh cari barang dengan tenang dan tak berebut-rebut! And again, last Friday I went to Angsana! Even during weekdays pun orang ramai macam weekends! Whatever ler .... since barang yang akak nak cari tu hanya available di Angsana, so ... have to!

Well, get back to kitchen story! Last weekend akak dah start buat biskut raya sikit2. Sikit2 pun, banyak juga! Sebab ramai yang nak diberikan biskut raya ni! However ... this year, my first experience buat Almond London! My goodness! Akak tak leh image yang biskut tu akan kembang setaman bila siap dibakar. So my Almond London this year really chubby! Makan 1 biji dah kenyang! Anyway cite pasal biskut raya ni later lah! Bila dah siap semua baru akak share kat sini!

For iftar last Saturday, akak sangat ler mengidam nak makan nasi ayam! Sana sini bila enter blog masakan, rata-rata masak nasi ayam for iftar! Meleleh lak air liur ni ..... Nak beli macam tak puas aje makan! Maklumlah, semua orang kat umah tu gemar nasi ayam! So, walau pun sibuk buat biskut, masih cari masa gak masak nasi ayam ni .... Well, resipi akak dapat dari blooger Singapore, Diana, tapi rasanya blog dia dah tak boleh akses lagi, I'm not sure why ... sebab akak pun berjinak2 dengan dunia blog ni dah agak lewat! But I'm sure, there's nothing too late for me to share something good with all my readers! So, just enjoy everything uploaded in this blog! Luv to see the counter moves ... showing there are somebody out there reading my writings! Thanks dear!

NASI AYAM
  • 7 cawan beras basmati - cuci bersih dan toskan.
  • 1 ekor ayam - dipotong 4, rebus sehingga setengah masak, angkat dan toskan.
  • 1 mangkuk kecil bawang putih kisar
  • 1 mangkuk kecil halia kisar
  • 2-3 helai daun pandan - disiat dan disimpulkan. Yang ni akak tak letak, pokok pandan dah lama berkubur ...
  • Air rebusan ayam - 7 cawan, sama sukatan dengan beras.
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis 
Cara penyediaan :-
  • Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia serta daun pandang hingga wangi dan garing.
  • Masukkan air rebusan ayam, kacau rata dan masukkan garam dan serbuk perasa.
  • Masukkan beras, dan biar hingga air hampir kering.
  • Apabila air hampir kering, kecilkan api dan alas periuk dengan tudung periuk dan tutup erat periuk nasi dengan tudung periuk untuk elakkan wap keluar.
  • Masak sehingga nasi masak.

AYAM PANGGANG MADU
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap - akak guna Saus ABC
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 labu bawang besar dikisar halus
  • 2 sudu besar bawang putih
  • 2 sudu besar halia kisar
  • 2-3 biji limau kasturi diperah jusnya.
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Masukkan ayam yang telah direbus setengah masak ke dalam bekas.
  • Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul rata. Perap sekejap, tapi kalau lebih lama lagi baik, rempah ratusnye lebih serap.
  • Tuang sedikit minyak ke dalam loyang atau bekas pembakar, ratakan.
  • Letak ayam dan kuahnya dan bakar sehingga masak dan garing.

SOS CILI
  • 15 batang lada merah
  • 15-20 biji limau kasturi diambil jusnya
  • Gula
  • Garam
  • 2-3 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar halia kisar
  • Air

Cara penyediaan :-
  • Kisar lada merah bersama sedikit sahaja air.
  • Masukkan gula, garam, jus limau kasturi, halia dan bawang putih kisar, kacau rata.
  • Jika kurang rasa masam dari jus limau kasturi, bolehlah dicampur dengan cuka masak.

SUP
  • Air rebusan ayam
  • 1 labu bawang besar dimayang kasar-kasar.
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • Serbuk lada sulah
  • garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak
Cara penyediaan :-
  • Pansakan minyak. Tumi bawang besar dan bawang putih kisar hingga wangi dan garing.
  • Masukkan lada sulah dan kacau rata.
  • Masukkan air rebusan ayam, garam dan serbuk perasa, biar mendidih dan angkat untuk hidangan.
Tambahan :-
  • Daun salad
  • Timun - dikupas kulit dan dihiris serong
  • Tomato buah - dihiris nipis
  • Daun sup dan daun bawang untuk ditabur pada nasi dan sup.

Untuk gambar kat atas nuu ... akak terlupa snap gambo sup, tapi kalau makan nasi ayam tanpa sup macam kurang kick ler sket walau pun korang kenyang jugak makan nasi tu .....

-InaChomel-

No comments:

Post a Comment